Twinkle Twinkle

http://1.bp.blogspot.com/_EqQZrgoXvqM/R_fpwJOrg6I/AAAAAAAABTw/44g2Ur3VOvU/s400/Star%2Btwinkle.jpgAlign Centre

Twinkle twinkle satellite
Shining like a star so bright
Cluttering up the evening sky
You're not a star,you are a lie

Twinkle twinkle satellite
Man made garbage in the night


PS: A sarcastic humour from Dawud Wharnsby Ali which I find pretty entertaining,before going to bed tonight.Yadaa..!


Hartaku dan Hartamu

Sudah 3 minggu rasanya saya masuk bekerja.Dan dalam masa 3 minggu ini saya telah belajar banyak perkara;terutamanya tentang susah senang dalam kehidupan.Suatu alam dan persekitaran yang asing pasti akan mengajar anda tentang pelbagai perkara jika anda memerhati dan menggunakan pancaindera yang diberikan Tuhan sebaik-baiknya.Dan hari ini saya ingin berkongsi pemerhatian dan pengalaman yang telah saya lalui sepanjang saya bekerja dalam tempoh tersebut.

Kisah 1:

Dikala jajahan Padang,Indonesia dilanda gempa bumi berskala ritcher 7.6,Kelantan pula dikejutkan dengan kehadiran ribut kencang pada hari yang sama.Ratusan rumah ,kemudahan awam dan juga tanaman telah rosak akibat kejadian ini dan antara mangsa yang terlibat termasuklah seorang pekerja syarikat yang bernama Che Hussin. yang tinggal di Salor.Che Hussin merupakan antara pekerja kesayangan syarikat kerana sikapnya yang rajin dan mudah bertolak ansur dalam sebarang urusan.Pada hari kejadian,kami dimaklumkan bahawa bumbung zink rumah Che Hussin telah tercabut diterbangkan oleh angin kencang,manakala wayar-wayar panjang yang menghubungkan eletrik ke rumahnya dari tiang pencawang telah ditimpa sebuah pokok.Dianggarkan banyak juga wang yang perlu dibelanjakan bagi membaiki kerosakan-kerosakan tersebut,namun gaji yang diterimanya sebagai pemandu lori/van di kilang hanya cukup-cukup sahaja untuk menyara isteri dan anak-anaknya di rumah.


sempat menangkap gambar di rumah Che Hussin-bajet 'wakil rakyat'

Kisah 2:

Pada suatu hari yang panas terik,saya dan abah berhenti di sebuah gerai makan setelah pulang dari urusan bank di Kota Bharu.Tiba-tba,kami dikejutkan dengan kehadiran satu susuk tubuh yang cukup saya kenali;sedang tekun bekerja di gerai makanan tersebut.

Namanya Ida (nama samaran) dan beliau merupakan jiran yang tinggal berdekatan denganku di sini.


mencari jalan keluar dari kesempitan hidup..

Umurnya masih hijau.Merupakan anak sulung di dalam keluarganya.Namun nasibnya mungkin tidak seuntung sebagaimana saya,dan kawan-kawan yang lain.Ida tidak dapat meneruskan pengajian di sekolah memandangkan bapanya langsung tidak mengambil endah akan masa depannya dan adik-adiknya yang lain.Ibunya pula telah melarikan diri bersama lelaki lain meninggalkan Ida terpinga-pinga dikala dia sangat memerlukan bimbingan dan sokongan daripada orang yang dekat dengannya untuk menakhoda hidup ini.Masih lagi saya ingat di waktu kami masih kecil,saya mahu membuang buku-buku dan majalah dirumah kerana ketiadaan ruang untuk menyimpan bahan-bahan bacaan ini.Ida datang ke rumah,dan meminta buku tersebut diberikan kepadanya kerana beliau tak mampu membeli bahan bacaan untuk membantu menambahkan pengetahuannya sebagai seorang pelajar sekolah.

Kisah 3

Salah seorang pekerja abah berkahwin buat kali ke 3 setelah bercerai hidup dengan kedua isterinya yang lain.Maka,saya dan keluarga mengambil peluang untuk beramah mesra dengan isteri baru Abang L dengan menjemput mereka untuk hadir makan-makan di rumah.

Isteri abang L,Kak T membawa bersama satu-satu anaknya hasil daripada perkongsian bersama dengan suaminya yang terdahulu.Kak T ditinggalkan suami ketika anaknya berumur 6 bulan.Sunyi tanpa berita..apetah lagi untuk menunaikan nafkah zahir dan batin buatnya.Namun saya dapat lihat keazaman dan kegigihan Kak T membesarkan anak perempuannya agar anaknya itu tidak mengalami nasib seperti dengannya.Moga-moga adik Intan Syahiqah membesar menjadi anak yang solehah,berilmu dan berbakti kepada kedua orang tuanya.


http://dian33.files.wordpress.com/2009/04/ibu-dan-anak-di-aceh1.jpg
pejuang kehidupan..

Watak-watak dalam ketiga-tiga kisah di atas memiliki suatu persamaan.Mereka berasal dari golongan yang kurang berada,namun mereka tidak menyerah kalah dan memilih untuk bekerja keras bagi menyelesaikan saki baki kehidupan mereka.Sungguh,,mereka ini pejuang kehidupan!Masing-masing adalah insan istimewa yang dipilih Tuhan untuk mengharungi ujian duniaNya,terutamanya dari sudut harta,kesabaran dan tawakkal.Firman Allah SWT di dalam Surah Al Imran ayat ke 3 :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ 

"Hai orang-orang beriman,bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu."

Perihal yang sama juga disebut dalam surah al Baqarah,ayat ke 155:

وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu,dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."

Jadi,sabar adalah kunci kejayaan bagi orang-orang yang beriman.Dan orang yang beriman itu sama sekali berbeza dengan orang yang tidak beriman i.e. the non believers.Bagi yang meletakkan ilah dan pergantungan mereka kepada manusia;ingatlah bahawa setiap makhluk ciptaan Allah SWT telah ditentukan rezeki mereka hatta bayi kecil yang tidak berdaya untuk memahami dan berbuat apa-apa.

Setelah bekerja di syarikat milik ayah,sedikit sebanyak ia membuka mata bahawa ayah saya telah banyak menghabiskan kudrat dan sisa umurnya untuk memperkukuhkan syarikat ini.Dan wang hasil daripada perniagaan tersebut sudah tentu dilaburkan kembali kepada kami,anak-anaknya yang kadang-kadang alpa mengingati jasa dan keringat yang telah ditumpahkannya.Alangkah beruntungnya hidup kami adik-beradik kerana begitu senang sekali bagi kami mendapatkan akses kepada makanan,tempat tinggal,sekuriti,pendidikan dan kesihatan.Cukuplah jika dibandingkan diri ini dengan watak-watak dalam kisah di atas..Apetah lagi jika dibandingkan dengan saudara-saudara kita Palestin,Mindanao,Afghanistan,Iraq,Acheh dan sebagainya?Apakah kita masih buta,pekak dan sombong untuk melahirkan rasa syukur atas segala nikmat dan rahmat yang melimpah ruah selama ini?

Sebagai seseorang yang mahu memaknakan kehidupan sementara ini,saya ingin mengajak rakan-rakan untuk sentiasa aktif bukan sahaja dalam berzikir tapi juga berfikir,apa yang boleh kita sumbangkan dalam ruang dan kesempatan yang ada,khususnya bagi pelajar yang bakal pulang dari overseas.

Selaku peminat setia carboot,saya mencadangkan rakan-rakan membeli bahan bacaan untuk kanak-kanak yang sangat murah di carboot,dan derma atau pinjamkannya kepada mereka yang memerlukan di tanah air,selain membelinya untuk keperluan masa hadapan anda(ehem)..Jika harga standard buku kanak-kanak Disney di Malaysia boleh mencecah berbelas malah berpuluh-puluh ringgit,anda boleh mendapatkannya di carboot dengan harga 10,20 or 50 pence sahaja.Malah,yang lebih menyoronokkan,anda turut berbakti dalam membentuk masyarakat yang lebih berilmu dan suka membaca!


antara buku yang sempat dibeli di carboot

Dan ingatlah,syarat untuk bertemu dengan Alla SWT ialah mati.,Dan di antara perkara yang disoal dan diadili Allah SWT setelah meninggal dunia kelak ialah ke mana harta yang diperolehi setiap hambaNya itu dibelanjakan:

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi;

"Tidak bergerak telapak kaki seseorang hamba pada Hari Kiamat sehingga diminta bertanggungjawab tentang 4 perkara:
  1. Tentang masa muda,untuk apa dihabiskan,
  2. Tentang dari mana hartanya diperolehi & ke mana ia dibelanjakan
  3. Masa hidup,dimana dimanfaatkan,
  4. Dan tentang masa sihat,kemana dihabiskan"

Jika anda bertanya kepada saya tentang tips-tips menguruskan kewangan and how to expand your income untuk masa hadapan,jawapan saya mudah sahaja:

It’s not about how much money you have,but what you do with it.

Heh,cakap memang senang…but you have my best wishes;sama ada untuk pelaburan anda di dunia mahupun di akhirat.Semoga kita menjadi hambaNya yang kaya dengan amal dan taqwa!

PS:Buku-buku novel etc dari carboot juga boleh didermakan di perpustakaan sekolah-sekolah,khususnya di kawasan pedalaman :D Marilah beramal,beramal kerana Allah..Takbir!!






Aku,Kerja dan Dot Dot Dot

Buat rakan-rakan yang ingin tahu tentang update diri ini..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah sekarang saya bekerja sementara di sebuah syarikat milik ayah di Kota Bharu,Kelantan.Syarikat tersebut asalnya mahu diwariskan kepada saya atas dasar penglibatan dan pengetahuan serba sedikit saya tentang dunia business,finance dan marketing.Apetah lagi,nama syarikat pun dah diletakkan nama Intan-‘Intan Edible Oil Sdn Bhd’.Suatu 'kebetulan' yang menjadi sebutan ramai...Namun begitu,saya telah berfikir masak-masak dan mengambil keputusan untuk menolak tawaran tersebut kerana saya mahu menentukan hala tuju hidup saya yang sendiri.Alkisahnya lebih kurang sama sahaja seperti yang anda telah lihat dalam drama-drama Melayu di kaca televisyen,cuma kali ini pelakonnya adalah kenalan anda sendiri =P


di satu sudut tempat ku bekerja

Selepas tamat peperiksaan SPM,memang Abah mahu kami adik beradik bekerja sementara dan berkhidmat dengan beliau bagi memajukan perusahaan ini.Tapi entah kenapa,saya kurang berminat.Saya ‘memberontak’ kerana merasakan diri ini dipaksa melakukan sesuatu yang saya tidak suka.Hasilnya,saya tiada pengalaman bekerja jika dbandingkan dengan adik beradik yang lain yang lebih agresif mencari wang dan pengalaman berurusniaga di syarikat abah.Mereka juga jauh lebih bijak bermain saham berbanding saya yang hampir 0 knowledge dalam arena ini;walhal saya mengambil jurusan bisnes di UK.

Kali ini saya mahu menebus masa dan peluang yang telah sengaja saya tinggalkan satu ketika dahulu.Saya mahu bekerja bersungguh-sungguh sementara menunggu tawaran daripada Petronas dan syarikat-syarikat yang lain.Untuk pengetahuan semua,setiap hari kecuali hari Jumaat,saya akan bekerja bermula dari pukul 8 pagi hingga 6 petang.Faktor kesibukan dan kepenatan merupakan antara faktor utama yang boleh menyebabkan kita rasa tersisih dan seterusnya futur daripada menyumbang kepada masyarakat.Ini belum dikira lagi komitmen terhadap suami dan keluarga di masa akan datang.Sekarang,barulah saya faham sedikit sebanyak mengapa alam pekerjaan dan keluarga menjadi suatu cabaran besar bagi seorang insan berjiwa pejuang Islam untuk terus beristiqamah dalam perjuangan yang dipilihnya.’Willpower without motivation’ tidak cukup untuk seseorang itu untuk terus kuat dan beristiqamah.I do believe that everyone needs motivation in order to get what they want in life.Be it self actualisation,love,security etc.Sokongan daripada teman-teman juga memainkan peranan penting agar diri kita tidak tergelincir dari terus melakukan peranan sebagai hambaNya.


antara barangan yang dijual

Tempoh hari,saya dilontarkan dengan suatu soalan daripada seorang teman.Beliau bertanyakan tentang bagaimana skills,pengalaman dan ilmu yang diperolehi saya setelah melibatkan diri dalam aktiviti dan program di UK membantu kerjaya saya di Malaysia.Saya masih belum bekerja secara tetap dengan mana-mana syarikat,namun alhamdulillah,penglibatan saya dalam beraktiviti di sekolah dan universiti banyak memberi impak yang positif bukan sahaja dalam kerjaya,malah dari sudut yang lain jua.

1. Lebih tahan lasak:Walaupun diasak dengan kesibukan,kepenatan dan stress bekerja (kadangkala),saya dapat menghadapi situasi ini kerana pengalaman berharga ini telah terlebih dahulu saya perolehi semasa berorganisasi di UK.Rintangan seperti malas,jemu dan putus asa dapat ditangani dengan baik.

2. Skil dalam berkomunikasi:Rutin harian memerlukan saya bertemu dengan bermacam-macam orang termasuklah pengurus-pengurus syarikat,pegawai bank dan kerajaan,para pekerja dan juga pelanggan syarikat sendiri.Penglibatan berprogram semasa menuntut di universiti khususnya telah menajamkan lagi soft skill yang sedia ada ,dan membantu saya untuk memahami sikap manusia yang pelbagai dan bagaimana untuk menghadapi mereka dengan sebaiknya.

3. Peningkatan keyakinan diri:Saya dah tak takut untuk travel jauh-jauh,berurusan dengan orang-orang yang lebih tua dan berpangkat dari saya,etc.

4. Sumbangan idea: Abah pernah meminta pandangan dan idea untuk membantu menguruskan masalah di syarikatnya terutamanya apabila berhadapan dengan ‘mischief’ workers.Alhamdulillah,sedikit sebanyak saya dapat berkongsi dengannya ilmu dan hal-hal pengurusan organisasi yang diperolehi bukan sahaja daripada lecture,tapi juga dari penglibatan dalam program dan aktiviti di UK.


Dunkirk Quiz with the locals

Ternyata penglibatan diri ini dalam program dan aktiviti di luar akademik bukanlah suatu yang sia-sia.Banyak faedah yang bakal diperolehi,jika anda bijak dan sanggup memanfaatkan peluang yang yang terbentang.Jadi,selaku seseorang yang sudah melalui peringkat universiti,dan baru menapak dalam alam kerjaya,saya sangat-sangat menyarankan untuk adik-adik di sekolah dan universiti untuk bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum tanpa mengenepikan soal ilmu dan pelajaran di institusi pendidikan masing-masing.InshaAllah,jika anda yakin dan bekerja dengan bersungguh-sungguh,anda pasti akan lihat hasil pelaburan anda ini di masa hadapan,tidak kira dalam apa juapun bidang yang anda ceburi kelak.

Wallahualam.

PS:Diamku bukan beerti lemah.Sepiku bukan bermakna futur..(ehe,walaupun sebenarnya dah hampir mandom tahap dewani :P)


Rumours

I heard rumours ...

It's about Petronas;trying to lay off its people.

The reason?Still unknown.

But parent-anak, husband-wife will be the victims. Only one of them will still remain.

So far,the new policy has been successfully enforced.

New policy = Petronas staff isn't allowed to marry their colleague



Weird eh?

I wonder what‘s their plan?This is somehow a mind boggling for a person like me.

Ha ha..

Nak apply Exxon Mobil la kejap lagi :P


PS:Ehem...May I remind you that this is just rumours..So,no worries
too much.Besides,rezeki Allah ada di mana-mana sahaja ~