Dugaan Di Alam Perkahwinan

17hb Mei 2011 bersamaan 13 Jamadil Akhir,genaplah 5 bulan usia perkahwinanku.Bagi sahabat-sahabat yang belum maklum,aku telah mengikat tali pernikahan ini bersama jejaka pilhanku sendiri, Mohd Khairul Anwar bin Zahri , seorang bekas pelajar University of Sheffield yang lebih  dikenali sebagai Roy.

Sejujurnya,sehingga kini aku rasa bagaikan tidak percaya aku sudah mendirikan rumah tangga.Sudah dikurniakan seorang suami dan mengikat MOU dengan beliau.Komitmen bertambah seiring dengan kematangan yang dibina secara semula jadi tatkala melayari hidup sebagai sepasang suami isteri. Rutin harianku juga turut berubah. Sejak berkahwin,aku sudah pandai pulang awal ke rumah dari pejabat.Berat badan bertambah mendadak memandangkan kebajikanku kini lebih terjaga.Dan yang paling best,aku sudah semakin mahir (sedikit) dalam menampal bedak di muka dan mencoles gincu ke bibir(susah oo,lol).

Bagi yang ingin mendirikan rumah tangga,sudah tentu membayangkan keindahan dan nikmat hidup di awal perkahwinan.Siapa tidak bahagia jika hasrat untuk hidup bersama dengan insan yang  tercinta akhirnya terlaksana.Namun,tanggapan sebegini tidak semestinya benar untuk semua.Banyak cabaran  dan pasang surut dalam rumah tangga yang perlu ditangani bersama,terutamanya bagi pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Antaranya:-

1. Sukar Untuk Menyatukan Pendapat.

Banyak pasangan suami isteri baru yang sering berkelahi dalam perkara-perkara yang kurang penting seperti pilihan perabot dan tempat makan. Masing-masing mahu mempertahankan ego sendiri dan merasakan bahawa pendapat mereka lebih baik daripada pendapat pasangan..Aku masih teringat pesanan Professor Dr Muhayya semasa menghadiri kuliah beliau di surau pejabat  - “Better Be Kind Than be Right”..Mungkinsebenarnya, kita sudah berkali-kali melukakan hati pasangan  tanpa sedar kerana mempertahankan pendapat kita yang  dianggap lebih penting daripada mempertahankan keharmonian rumah tangga yang dipupuk bersama.Justeru,belajarlah untuk lebih berkompromi dan mengalah sekali sekala demi kesenangan pasangan.

2. Kewangan – Duitku Duitmu

Kebanyakan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga masih lagi tercari-cari cara yang terbaik untuk menguruskan perihal kewangan rumah tangga mereka.Soal belanja dapur,bil eletrik,bil internet,hutang kereta dan sebagainya boleh menjadi menjadi isu serius dan menimbulkan masalah besar dalam keluarga.Sikap terlalu boros dan terlalu berkira juga mungkin akan membuatkan pasangan merasa kurang senang dengan gaya hidup tersebut. Oleh yang demikian, suami isteri sewajarnya membincangkan masalah dan pengurusan mereka secara terbuka sejak awal perkahwinan lagi.Soal tabungan juga tidak boleh dilupa.
Kadang-kadang kita sering terlupa bahawa perkahwinan ini adalah satu ibadah.Lagi banyak kita memberi kepada pasangan dan keluarga,lagi banyak lagi pahala dan ganjaran yang dikurniakan Allah SWT. Ingatlah, setiap rezeki adalah milik Allah SWT. Mohonlah kepadaNya. Disamping itu, bahagikanlah tugas pembayaran bil ini secara adil dan saksama mengikut kemampuan pasangan.

3. Sukar Meninggalkan Gaya Hidup Bujang

Seringkali kita mengharapkan pasangan untuk memahami gaya hidup kita mendirikan rumah tangga.Sebelum ini kita mungkin bebas beraktiviti bersama rakan-rakan ,bekerja hingga lewat malam,menghias kereta berhabis-habisan dan sebagainya.Sebaiknya,fahami kehendak dan keperluan keluarga,dan luangkanlah lebih masa yang berkualiti bersama mereka.Pada masa yang sama,mereka yang masih bujang dan belum berkahwin juga perlu memahami dan menghormati keadaan sahabat mereka yang sudah membina masjid.

4. Sukar Bergaul Dengan Keluarga Mertua

Berkahwin dengan pasangan turut bermaksud ‘berkahwin’ dengan keluarga pasangan,khususnya ibu dan bapa mertua yang perlu disayangi dan dihormati seperti ibu bapa kita sendiri. Maka ,sebagai seorang ahli baru dalam keluarga  pasangan,kita perlu  pandai bergaul dan membawa diri.Setiap orang tentunya berbeza tahap pergaulannya.Ada yang pemalu dan pendiam,sukar untuk memulakan sesuatu perbualan sehinga dianggap sombong di kalangan keluarga mertua. Ada juga yang peramah dan bermulut becok.Justeru,adalah amat penting bagi kita untuk meminta pasangan memberi pemahaman yang sewajarnya kepada keluarga mertua tentang sikap kita bagi mengelakkan timbulnya salah sangka.Seiring dengan usaha tersebut,by hook or by crook,kita juga perlu belajar begaul dengan mereka.Mulakan dengan mencari titik persamaan antara kita dan mertua.eg:Menonton sukan bola sepak bersama atau berbicara tentang isu semasa (atau mungkin gossip-gosip semasa ).Jambatan hubungan ini perlu dibina secara kreatif dan  diperkukuhkan dari semasa ke semasa demi menjamin keharmonian alam rumah tangga.

Solusi

Aku pernah meminta nasihat dan pesanan daripada sahabat serta ahli keluarga sebelum mendirikan bait al muslim ini.Antara beberapa pesanan yang biasa di berikan kepada ku adalah pesanan untuk sentiasa bersabar dan saling bertolak ansur. Mudah untuk diungkapkan namun sukar untuk dilaksanakan.Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ,ayat 187 yang bermaksud:

“Mereka wanita ialah pakaian bagi kamu,dan kamu juga adalah pakaian bagi mereka”

Dalam ayat di atas Allah SWT menggunakan perkataan ‘pakaian’ sebagai suatu analogi yang cukup indah bagi menggambarkan betapa eratnya hubungan yang semestinya terjalin antara pasangan suami isteri.

Mengambil pandangan Professor  Dr Yusuf al Qardawi dalam bukunya Fatawa al Mar’ah al Muslimah(Fatwa-fatwa Tentang  Wanita Muslimah),beliau  menghuraikan beberapa makna ‘libasa ‘ dalam ayat tersebut sebagai penutup,pemelihara,pemanas,pembalut,perhiasan dan kecantikan.Sehubungan dengan itu,ia jelas menunjukkan bahawa kedua-dua lelaki dan wanita yang bergelar suami isteri harus mampu untuk menyediakan diri untuk menjadi pakaian terindah dan terbaik bagi mencerminkan imej dan identiti diri dan pasangan. 

Buat teman-teman yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, ingatlah pasangan kita adalah milik Allah SWT. Jagalah amanah yang diberikan ini dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang.Semoga Allah SWT merahmati kalian.

Buat suamiku, terima kasih kerana sering menjaga,melindungi dan menyayangiku.sepenuh hati.Semoga Allah SWT menempatkanmu di kalangan orang-orang yang soleh dan berakhlak mulia di dunia dan di akhirat,inshaAllah.

PS:Most points were taken from Majalah Wanita and Majalah Solusi,and was edited by hubby,hehe.. =)

Choose To Be An Amazing Pencil


I was actually doing my unfinished homework,brainstorming on 'The Window To My Future',and suddenly I remember this one story.An inspiring story which was told by Puan Juniwati,one of our respectable VPs in Petronas.

 Puan Juni with PIPERS 55


It was told  when I was in PERMATA undergoing  a course specifically for new executives. It goes like this........



The Pencil Maker took the pencil aside, just before putting him into the box. 

"There are 5 things you need to know," he told the pencil, "Before I send you out into the world. Always remember them and never forget, and you will become the best pencil you can be."

"One: You will be able to do many great things, but only if you allow yourself to be held in Someone's hand."

"Two: You will experience a painful sharpening from time to time, but you'll need it to become a better pencil."

"Three: You will be able to correct any mistakes you might make."

"Four: The most important part of you will always be what's inside."

"And Five: On every surface you are used on, you must leave your mark. No matter what the condition, you must continue to write."

The pencil understood and promised to remember, and went into the box with purpose in its heart.



Now replacing the place of the pencil with you.  Always remember them and never forget, and you will become the best person you can be. 

One: You will be able to do many great things, but only if you allow yourself to be held in God's hand. And allow other human beings to access you for the many gifts you possess.

Two: You will experience a painful sharpening from time to time, by going through various problems in life, but you'll need it to become a stronger person.

Three: You will be able to correct any mistakes you might make. 

Four: The most important part of you will always be what's on the inside.

And Five: On every surface you walk through, you must leave your mark. No matter what the situation, you must continue to do your duties.


Note:

  1. Allow this parable on the pencil to encourage you to know that you are a special person and only you can fulfill the purpose to which you were born to accomplish.
  2. Never allow yourself to get discouraged and think that your life is insignificant and cannot make a change.
  3. Choose to be an amazing 'pencil'! :)

I hope the story inspires you as it does to me.

Have a great day ahead!


Di uji dengan ibu bapa?

Kisah 1


Beberapa hari lepas Abah singgah di KL untuk bertemu dengan rakan seperniagaannya.Hari Jumaat sampai,dan akan terus bertolak pulang pada keesokan harinya.Dan aku hanya diberitahu akan ketibaannya pada lewat petang Jumaat itu.Sedangkan pada tarikh yang sama aku sudah merancang untuk berbuka di Rumah Nur Salam bersama Sherina dan Abang Radzi,teman yang aku kenal dari MERCY Malaysia.


Masih terpahat di ingatan akan telatah kanak-kanak yang berkunjung di sana untuk mendapatkan perlindungan.Ada yang datang hanya datang untuk mendapatkan makanan,pelajaran,tempat tinggal dan sebagainya.Tawa dan nyanyian mereka tempoh hari sungguh mencuit perasaanku...Nyata,mereka mahukan perhatian dan tunjuk ajar sebenarnya.Seseorang yang boleh meluangkan masa untuk mendengar dan bermain bersama mereka.Mengingatkan adik-adik kecil ini menguatkan lagi azamku untuk berkunjung ke sana.

Sebenarnyanya,ini ialah satu perkara yang amat-amat aku minati sejak kecil - Community Service.Aku percaya bahawa hidup ini perlu memberi.Bergaul bersama masyarakat dan tidak mementingkan diri.Malah,Allah SWT juga memerintahkan hamba-hambaNya untuk sentiasa membantu keluarga,sahabat dan orang lain yang memerlukan.Memberi dengan ikhlas, antara kayu pengukur taqwa.

Tapi situasi kali ini meletakkan aku dalam dilema.Antara Abah dan perkara yang ku minati,yang mana harusku berikan prioriti?The clock is ticking fast..aku perlu berfikir dan membuat keputusan dengan pantas!


Kisah 2

Ringgggg ringggggg!
Satu kali.....

Ringgggg ringggggg!
Dua kali...

Ringgggg ringggggg!

Aduh,sekali lagi mobile ku berbunyi,meminta untuk diangkat segera.Perasaanku serba salah.Banyak sungguh kerja hari ini.Ada banyak emel yang memerlukan tindakan segera dan report yang perlu dihantar.Namun,pada masa inilah juga Ummi menelefon.Mahu dijawab ataupun tidak?



Aku mengambil masa yang agak lama untuk mengangkat telefon.Ummi menelefon bertanya khabar.Ummiku tahu aku sedang bekerja..Ummi tahu kadang-kadang anak gadisnya ini pulang lewat malam dari pejabat kerana kerja.Sebaliknya yang berlaku,dia berusaha mempelbagaikan topik perbualan untuk memanjangkan lagi perbualan kami. Mendengar suaranya di corong gagang telefon,tahulah aku........ Sebenarnya dia merindui aku...

Lalu aku mengimbas kembali,bilakah kali terakhir aku menelefon Ummi?Di manakah kedudukannya dalam hidupku setelahku melangkah ke dunia baru mengenal sepak terajang alam pekerjaan..


Kasihi Kedua Ibu Bapa Kita

2 kisah diriku yang berlaku baru-baru ini membuatkan aku segera teringat akan surah al Israk,ayat yang ke 24 seperti yang tertera di bawah:


17:23

Maksudnya:
And your Lord has decreed that you not worship except Him, and to parents, good treatment. Whether one or both of them reach old age [while] with you, say not to them [so much as], "uff," and do not repel them but speak to them a noble word.

Sebahagian daripada ayat ini menyentuh tentang Allah Azzawajalla pada permulaan ayat,manakala sebahagian(baca:majoriti) firmannya itu adalah berkenaan ibu bapa,bagaimana cara yang sewajarnya untuk kita melayan kedua ibu bapa.Ini termasuklah:

  • treat our parents nicely
  • don't say even 'uff' 
  • do not repel them but speak to them with noble word.
Apa yang menarik dan perlu diambil perhatian adalah susunan ayat itu sendiri. Perhatikan ayat tersebut dengan teliti.Allah SWT menyebut akan dirinya terlebih dahulu sebelum menyebut tentang 'parents' .


And your Lord has decreed that you not worship except Him, and to parents, good treatment....

Mengikut sebuah kuliah Nouman Ali Khan yang pernah aku dengar sebelum ini,firman Allah itu juga memberi maksud bahawa kita tidak akan mampu menjadi anak yang baik,taat dan kasih kepada kedua ibu bapa,jika kita tidak menjadi hamba yang baik dan taat kepada Allah SWT. If we're not doing good at the first part,then we'll be failing in the next part of the ayat.


Dalam erti kata yang lain juga,jika kita mempunyai masalah perhubungan dengan ibu bapa,ia sebenarnya menandakan bahawa kita masih belum menunaikan peranan kita sebagai hamba Allah SWT sebaik-baiknya.The latter would be easier for you if you fulfill the former.Subhanallah!


Benarlah....


It's easy to be good to your boss,because you don't want to mess up with your work.
It's easy to be good to your teacher or professor,because you don't want him to fail you.
It's easy  to be good to your friends,because you don't want to lose them.


But when it comes to parents,we always take them for granted :(


Jadi ingatlah,sekalipun dihambat dengan kerja-kerja di ofis mahupun aktiviti ko-kurikulum,ia bukanlah tiket untuk mengabaikan keperluan untuk solat,rehat,bersenam bagi menjaga kesihatan badan,makan minum dan tidur yang cukup,dan bersosial dengan teman-teman.Dan yang paling penting,ia bukanlah  suatu 'green light' untuk mengurangkan perhatian kita terhadap kedua orang tua.Sebagai seorang muslim yang diberikan akal dan emosi untuk berfikir dan membuat keputusan,berusahalah untuk mendapatkan 'win-win situation' dalam segala situasi yang dihadapi.


Sesungguhnya,aku tidak mungkin akan duduk menaip entri ini,jika bukan jasa mereka menyekolahkanku dan mendidikku menjadi insan yang berguna untuk masyarakat.Maafkan aku Ummi dan Abah sekiranya aku leka dengan hambatan dunia sementara ini sehingga melukakan hati dan perasaanmu...


Allahualam.







Binnabil Huda

Seruan Perkahwinan

Wow..wow..

Sudah beberapa waktu lamanya rumahku ini tidak diupdate.Jika bukan aku diingatkan oleh adik Najwa,gadis cilik yang kini tinggal di Leicester,sudah tentu aku makin jauh daripada Fatehulkashfia.Lupa bahawa akan terpikulnya suatu amanah dan tanggungjawab apabila kita melakukan sesuatu perkara.Dalam soal ini,menjadi tanggungjawab bagiku untuk menulis dan merekod sesuatu yang bermanfaat untuk dikongsi bersama para pembaca.

Jazakillah Najwa Safiyah Zaharuddin..

Recent Baitul Muslims 

Umurku semakin menghampiri ¼  abad; umur dikala Nabi Muhammad SAW melangsungkan perkahwinannya yang pertama,yakni bersama Saidatina Khadijah r.a. Aku yakin ramai yang bercita-cita untuk menamatkan zaman bujang mereka sebagaimana seruan Rasulullah SAW agar menyegerakan perkahwinan andai berkemampuan.Melihatkan statistik anak luar nikah dan masalah keruntuhan akhlak di Malaysia yang kian meruncing, membuatkan hatiku semakin gusar memikirkan masa depan masyarakat Malaysia yang suram,dan berpendapat bahawa nikah yang halal,dan diredhai Allah dan kedua ibu bapa, adalah antara kunci terpenting bagi menyelesaikan masalah ini.

Sabda Nabi Muhammad SAW:

Barangsiapa di antara kamu yang berkemampuan mengeluarkan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berkahwin kerana perkara ini akan memejamkan mata dari melihat perempuan ajnabi dan akan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang ketiadaan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berpuasa. Maka bahawasanya puasa itu melemahkan syahwat jimak. (Hadis yang disepakati oleh ali Hadis) 

Oleh yang demikian,untuk entri kali ini,akan ku selak sedikit lembaran memori berkenaan teman-temanku yang sudah pun berumah tangga mutakhir ini.Maklumlah,satu persatu teman-temanku telah meninggalkan alam bujang memasuki gerbang perkahwinan.Aduhai,alangkah cepatnya masa berlalu..terasa baru semalam  baru mengenalimu,berkongsi tawa,duka dan rindu..menempuh susah dan senang bersamamu...

...atau, adakah aku sahaja yang berperasaan begitu?(ocecehhh)

Tapi,secara jujurnya,aku sebenarnya merasa gembira dan lapang apabila melihat rakan-rakan dan sahabat baikku berbahagia bersama pasangan masing-masing.Kebahagian mereka sebenarnya menjadi penawar tatkala aku sedang berperang dengan kerja di pejabat dan kerja-kerja tambahan yang lain.Walaupun sebagai seorang yang bujang (dan naïf),aku merasa sedikit ‘pellik’ dengan suasana dan pengalaman baru ini, ia sedikit sebanyak memberiku gambaran dan pengajaran yang berguna,bahawa aku perlu bersedia untuk menjadi seorang isteri ,yang mencintai Allah dan Rasul kami.Untuk itu,setinggi-tinggi terima kasih ku ucapkan =)

Bagi yang ingin mendirikan baitulmuslim,tapi masih belum kesampaian,ku nasihatkan tidak perlulah merasa ketinggalan atau tertekan apabila melihat sahabat sendiri melayar bahtera perkahwinan mereka. Perasaan kalian itu mungkin terbit  dek belum mempunyai calon yang sesuai untuk dijadikan suri, atau  sukar dilaksanakan kerana halangan keluarga,masalah kewangan dan lain-lain. 'Chill' sahaja,perkemaskan taqwa dan banyakkan memohon doa serta bersangka baik pada Allah SWT. Kalau rasa sunyi, rajin-rajinkanlah melibatkan diri dalam program dan aktiviti-akiviti yang bermanfaat untuk mengisi kekosongan itu buat sementara waktu.Moga-moga kalian dipertemukan jodoh yang terbaik pada waktu dan tempat yang sesuai,inshaAllah..Usaha tangga kejayaan!

Buat teman-temanku yang sudah/bakal mendirikan masjid,salam sayang dan mabruk dari Cik Intan buat semua.Moga Allah melimpahkan rahmah dan mawaddah ke atas perkahwinan yang dibina atas dasar keimanan dan kasih sayang ini..Ameen..and of course,jangan lupakan kami yang masih bujang disini,hehe..cheers!

-BARAKALLAHULAKUMA WABARAKA 'ALAIKUMA WAJAMA'A BAINAKUMA FI KHAIR..-

1. Zaffan dan Azlan



 2.Zarith Fawiza dan Faizal 


3. Munazieraa dan Amir Faisal


4.Ahas dan Fazleen Razali


5. Wan Nor Farhana dan Anesman


6. Najwati dan Syahrul


7. Shafiq dan Arifah 


8. Azwani dan Faiz


9.Khairul Hafidz dan Syafawati



10. Anis Nurdhiani dan Zulhilmi


11. Lutfan dan Anida


12. Syurahbil dan Nurhanis Syazni 



dan lain-lain...Mohon maaf kerana tidak memasukkan kesemuanya di dalam blog ini,but our prayers are always with you,inshaAllah..May you have His blessings!


Sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Ilahi diciptanya jodoh-jodoh  untuk kamu dari jenis kamu sendiri ,supaya kamu menghadapi kehidupan yang tenteram,dipastikan pula antara kamu sifat saling cinta mencintai dan kasih mengasihi.Sesungguhnya yang demikian menjadi pelajaran bagi mereka yang berfikir (Surah Ar-Rum,ayat 21)


PS: Soalan yang paling berbahaya dan paling keberatan untuk dijawab: Intan bila pula?

Puisi Buat Isteri Seorang Pejuang

Bismillahirrahmanirrahim...

Terjumpa satu sajak ini di alam maya...ku dedikasikannya kepada isteri-isteri para pejuang dan juga buat mereka yang bakal bergelar isteri seorang pejuang (ecehh).Mohon tunjuk ajar dari kalian agar turut sama mendidik ku menjadi insan yang lebih baik di masa hadapan.

May God bless you,ameen!:)

INT

_________________________________________________________________________________________________



Isteriku...
Apabila kusentuh telapak tanganmu...
Ku usap-usap, ianya semakin kasar dan keras....
Apabila kurenung wajahmu....
Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun kutahu...
Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat....
Apabila kutersentak dari pembaringan dikala fajar kazib
menyinsing.. .
Aku terpana dek munajatmu yang syahdu.

Isteriku...
Tatkala teman-temanmu sedang bersantai di samping...
Insan-insan tersayang di dunia ciptaan mereka..
Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu. ...
Hanyasanya untuk Islam...
Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti...
Pelbagai hiasan yang indah...
Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan barang kemas...
Pakaian-pakaian mereka anggun persis puteri kayangan...
Wajah mereka dipalit pelbagai warna dan jenama...
Kau umpama ladang ummah...
Kau menginfa'kan seluruh jiwa dan raga demi kebangkitan
Islam...
Kau tak pernah bersungut-sungut, mengeluh, meminta-minta
mahupun mengadu domba...
Tatkala mereka berlumba-lumba mengejar pangkat dan nama..
Kau gah menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi yang Esa...

Isteriku...
Bukan aku tidak mampu membelikan barang dan hiasan-hiasan tersebut...
Tetapi isteriku...
Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk dijadikan
suri dan seri kamar hatiku....
Kau melafazkan, "Saya sudi menjadi sayap kiri perjuangan
saudara tetapi dengan syarat..."..
Kau tersenyum sambil menghela nafas dalam-dalam. ...
Aku termangu sendirian...
Syarat apakah itu? Banglokah? Hantaran seribu serba satukah?
Kereta mewahkah? Aksesori Habib Jewels kah? Barangan kulit
Bonia kah? Perabot mahal dari Itali kah?...
Atau honeymoon di Kota Paris kah?..
Katakan... Aku mampu memberikan.. .
Lamanya kau mengumpul kekuatan untuk berkata...

Akhirnya...
Arghhh... Permintaanmu itu...
Pasti ditertawakan oleh kerabat dan teman-teman kita...
Dengan penuh keyakinan kau berkata..
"Saudara, Mampukah saudara menjadikan saya sebagai isteri
yang kedua saudara?....
Mampukah saudara menjadikan Islam sebagai isteri pertama
saudara yang lebih perlukan perhatian?.. .
Mampukah saudara meletakkan kepentingan Islam melebihi
segala-galanya termasuklah urusan-urusan dunia?...
Mampukah saudara menjual diri saudara semata-mata kerana
Islam?..
Mampukah saudara berkorban meninggalkan kelazatan dunia?...
Mampukah saudara menjadikan Islam laksana bara api....
Saudara perlu menggenggamnya agar bara itu terus menyala...
Mampukah saudara menjadi lilin yang rela membakar diri untuk Islam..
Bukannya seperti lampu kalimantang yang bisa di'on'kan bila
perlu dan di'off'kan bila tidak....
Mampukah saudara mendengar hinaan yang bakal dilontarkan
kepada saudara kerana perjuangan saudara.....
Dan... mampukah saudara menjadikan saya isteri seorang
pejuang yang tidak dimanjai dengan fatamorgana dunia?...

Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu isteriku...
Namun aku menerima syarat-syarat tersebut kerana aku tahu..
Jiwamu kosong dari syurga dunia...
Kerana aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu..
Bukannya kau yang diubah oleh dunia...

Isteriku...
Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda
mengemudi bahtera kehidupan kita...
Susah senang kita tempuh bersama...
Aku terharu dengan segala kebaikanmu.. .
Kau jaga akhlakmu....
Kau pelihara maruahmu selaku muslimah...
Kau tak pernah mengeluh apabila sering ditinggalkan dek
tugasku menjulang
Islam ke persada agung....
Kau jua sanggup menyekang mata menungguku sambil memberikan
aku suatu senyuman terindah di ambang pintu tatkala aku
pulang lewat malam....
Malah, kau seringkali meniupkan semangat untuk aku terus
thabat di pentas perjuangan ini....
Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dengan
haruman kemenangan.. .

Isteriku...
Tangkasnya engkau selaku suri...
Biarpun kau jua sibuk bersama mengembleng tenaga selaku
sayap kiri perjuanganku. .
Kau jaga teratak kita dengan indahnya...
Kau siraminya dengan wangian cinta dan kasih sayang....
Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk kau lari
dari amanahmu meskipun jadualmu padat dengan agenda-agenda
bersama masyarakat dan kaum sejenismu... .
Cekalnya engkau mendidik anak-anak...
Kau kenalkan mereka dengan Allah, Rasul SAW, Ahlul Bait
serta para pejuang Islam...
Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis
jundullah...
Kau asuh mereka membaca Al Quran...
Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran dikala
menjelangnya peperiksaan. ..

Isteriku...
Barangkali inilah kebenarannya ungkapan keramat Al Khomeini...
Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia...
Andai Saidatina Fatimah binti Rasulullah SAW masih ada..
Pasti beliau tersenyum bangga kerana masih ada srikandi
Islam...SEPERTIMU. ...WAHAI ISTERIKU

Justice For Aafia Sidiqui

Our Sister has been kidnapped,shot,and falsely accused..
Our honor is raped,tortured and humiliated!
Our dignity...is imprisoned for life.


I have just come across a true on story about Dr.Aafia Siddiqui, who is due to be sentenced on 6th May 2010 and faces up to 60 years in prison for attempted murder and armed assault.A case which is built on hate,not fact.

Perhaps, there many more sisters out there who shares the same fate with Aafia, regardless of their nationalities,and skin colour.Yet we are unaware to any of them.

Therefore, let's unite,pray and practice for justice,and show our support to Aafia.You can visit http://justiceforaafia.org/ for more information on how you can help our sister,Aafia and her family from being continously oppressed by this extreme oppressor.

Justice for Aafia Siddiqui!
May Allah protect her and her family from any threat,and make them even stronger when facing this trials.



Realiti dan Potensi Di Alam Kerjaya


Pantas sekali masa meninggalkan kita yang lena terleka.Pejam celik mata,sudah hampir sebulan rupanya aku bekerja; menyertai Corporate and Commercial Services,di Crude Oil Group Petronas secara rasmi.Masih segar  di ingatan soalan-soalan yang diajukan semasa dipanggil untuk ‘chit chat session’,merangkap interview yang kedua selepas interview  pertama yang berlangsung di London.Masih lagi teringat bibit-bibit kegembiraan dan kecemasan apabila diberitakan tawaran bekerja daripada Petronas.Rasa tidak percaya!Doaku akhirnya diperkenankan Rabbul ‘Alamin.

 KENAPA AKU PERLU BEKERJA?

Namun begitu,kegiranganku tidak lama berlarutan.Sekarang,bilamana aku sudah berjaya mendapat tempat tempat di Petronas,aku mula hilang semangat dan konsentrasi.Aku selalu mencari motivasi yang kuat kenapa aku perlu bekerja.Kenapa aku mengambil langkah untuk makan gaji sahaja,sedangkan banyak lagi cara yang aku boleh lakukan untuk menyara hidup ini.Malah,mampukah aku menjalankan tugas dengan penuh ihsan dan ikhlas di sana?Aku kini sedang bekerja menguruskan harta dan amanah rakyat,berkatkah rezekiku jika ku gunakan kemudahan di pejabat (eg: internet,telefon,printer) untuk menyelesaikan kerja peribadi,walaupun ianya untuk dakwah?Tiba-tiba sahaja,pelbagai soalan datang menusuk benak pemikiranku dan ia meminta jawapan segera.Satu kepastian. 



CABARAN DALAM BEKERJAYA

Rutin kerjaku bermula seawal jam 7 pagi,dan berakhir  lebih kurang 8 malam setiap hari.Dan ianya diulang setiap hari kecuali hari cuti.Jika dulu aku boleh memilih untuk untuk datang atau tidak ke kelas universiti,kini tidak lagi.Kami diberi ‘annual leave’ hanya 14 hari,dan cuti tersebut mahu aku manfaatkan sebaiknya bila sampai waktu nanti.

Aku mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri.Mengenal suasana yang tidak pernah aku lalui selama ini.Cuba memerhati gerak geri dan cara berkomunikasi di antara kami.Akhirnya aku sedar dan membuat kesimpulan,banyak lagi perkara yang perlu aku pelajari terutama dari segi hubungan antara kawan-kawan sepejabat yang berbeza umur,jantina,pandangan dan perangai.Aku belajar untuk bersabar,berlapang dada dan menyuburkan sifat pemaaf sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.Jika subordinatesku melengahkan kerjanya,atau berbuat sebarang kesalahan,aku mengambil langkah untuk memandu mereka sekadar perlu.Mengkritik,marah mahupun merajuk tidak akan membantu membentuk kerjasama  yang dimahukan,lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan mereka yang jauh lebih berumur dan berpengalaman.

To forgive is the highest, most beautiful form of love. In return, you will receive untold peace and happiness." - Dr. Robert Muller

Namun,dalam banyak-banyak cabaran,batasan pergaulan itulah yang sering diuji.Dari awal bekerja hinggalah ke hari ini,sudah banyak ujian yang sama perlu ku lalui.Alhamdulillah,setakat ini aku masih lagi mampu mempertahankan prinsip yang dipegang.Sesekali,beberapa teman sekerja lelaki gemar mengusik.Mereka kerap menyanyikan lagu-lagu nasyid apabila aku datang meminta bantuan daripada mereka.Entah apa sebabnya,aku tidak berapa pasti.Mungkin melihatkan aku sentiasa memakai pakaian labuh menutup aurat disamping stoking kaki dan lengan.Mungkin juga hasil daripada perwatakanku yang lebih gemar diam dan sengih apabila sebarang ‘adult jokes’ diketengahkan.Tak mengapalah,yang penting  hijab dan jubahku bukanlah penghalang untuk aku bergaul  baik sesama  teman sepejabat.Terima kasih kepada kalian kerana  menerima diriku seadanya.

Ummi sering meminta agar aku menukar sedikit cara pemakaianku apabila ke tempat kerja.Niat murninya mampu ku tafsir sendiri.Ummi risau jika aku disisihkan rakan sepejabat kerana cara pemakaianku yang mungkin sedikit berbeza dengan aliran masyarakat zaman sekarang.Aku menerima sedikit sebanyak nasihat dan pesanan beliau.Namun sesungguhnya,jubah dan dan hijab ini bukanlah dipakai untuk menakutkan masyarakat,tetapi sebagai suatu tanda bahawa cara hidup sebegini adalah pilihanku.Ia adalah pilihan kami sebagai wanita muslim.Moga-moga kami beroleh redha dan rahmatNya kerana  memenuhi sebahagian tuntutan Islam terhadap wanita ini.Dan ingatlah,bahawa ajaran Islam tetap tidak berubah walau di mana sahaja kita berada  Hukum menutup aurat tetap sahaja sama,sama ada kita berada di UK,Bahrain,Antartika mahupun Malaysia.



PESANAN

Ramai yang gugur di jalan dakwah kerana menghadapi masalah dalam menyeimbangkan soal dakwah dan kerjaya dalam kehidupan.Apatah lagi bagi mereka yang sudah memliiki keluarga.Jika kuantiti masa yang diperuntukkan di pejabat lebih banyak daripada kualiti masa bersama keluarga,ia akan mengakibatkan rapuhnya sistem kekeluargaan di yang sedia ada.Buktinya?Lihat sahaja peningkatan kes penceraian dan masalah gejala sosial yang cukup membimbangkan masa kini.

Aku sudah merasa dan hampir terjerat sama (minda hanya fikir tentang kerja sepanjang masa).Dan aku hanya berpesan agar kalian sentiasa bersedia,dan beringat bahawa kerja bukanlah segala-galanya.Jangan lupa perbaharui dan tingkatkan ukhuwah bersama keluarga dan rakan jua.

Persiapkanlah dirimu menghadapi reaiti.Di mana semakin kamu menghampiri realiti,semakin kuranglah kejutan budaya yang bakal dihadapi.Namun,di realiti yang bakal kalian hadapi itulah terbentangnya potensi.Yakni potensi untuk memberi.

Selamat menjaga diri.Mohon doa kalian agar aku sentiasa sabar dan kuat melalui fasa-fasa kehidupan dunia sementara ini.

Wallahualam.