Realiti dan Potensi Di Alam Kerjaya


Pantas sekali masa meninggalkan kita yang lena terleka.Pejam celik mata,sudah hampir sebulan rupanya aku bekerja; menyertai Corporate and Commercial Services,di Crude Oil Group Petronas secara rasmi.Masih segar  di ingatan soalan-soalan yang diajukan semasa dipanggil untuk ‘chit chat session’,merangkap interview yang kedua selepas interview  pertama yang berlangsung di London.Masih lagi teringat bibit-bibit kegembiraan dan kecemasan apabila diberitakan tawaran bekerja daripada Petronas.Rasa tidak percaya!Doaku akhirnya diperkenankan Rabbul ‘Alamin.

 KENAPA AKU PERLU BEKERJA?

Namun begitu,kegiranganku tidak lama berlarutan.Sekarang,bilamana aku sudah berjaya mendapat tempat tempat di Petronas,aku mula hilang semangat dan konsentrasi.Aku selalu mencari motivasi yang kuat kenapa aku perlu bekerja.Kenapa aku mengambil langkah untuk makan gaji sahaja,sedangkan banyak lagi cara yang aku boleh lakukan untuk menyara hidup ini.Malah,mampukah aku menjalankan tugas dengan penuh ihsan dan ikhlas di sana?Aku kini sedang bekerja menguruskan harta dan amanah rakyat,berkatkah rezekiku jika ku gunakan kemudahan di pejabat (eg: internet,telefon,printer) untuk menyelesaikan kerja peribadi,walaupun ianya untuk dakwah?Tiba-tiba sahaja,pelbagai soalan datang menusuk benak pemikiranku dan ia meminta jawapan segera.Satu kepastian. 



CABARAN DALAM BEKERJAYA

Rutin kerjaku bermula seawal jam 7 pagi,dan berakhir  lebih kurang 8 malam setiap hari.Dan ianya diulang setiap hari kecuali hari cuti.Jika dulu aku boleh memilih untuk untuk datang atau tidak ke kelas universiti,kini tidak lagi.Kami diberi ‘annual leave’ hanya 14 hari,dan cuti tersebut mahu aku manfaatkan sebaiknya bila sampai waktu nanti.

Aku mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri.Mengenal suasana yang tidak pernah aku lalui selama ini.Cuba memerhati gerak geri dan cara berkomunikasi di antara kami.Akhirnya aku sedar dan membuat kesimpulan,banyak lagi perkara yang perlu aku pelajari terutama dari segi hubungan antara kawan-kawan sepejabat yang berbeza umur,jantina,pandangan dan perangai.Aku belajar untuk bersabar,berlapang dada dan menyuburkan sifat pemaaf sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.Jika subordinatesku melengahkan kerjanya,atau berbuat sebarang kesalahan,aku mengambil langkah untuk memandu mereka sekadar perlu.Mengkritik,marah mahupun merajuk tidak akan membantu membentuk kerjasama  yang dimahukan,lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan mereka yang jauh lebih berumur dan berpengalaman.

To forgive is the highest, most beautiful form of love. In return, you will receive untold peace and happiness." - Dr. Robert Muller

Namun,dalam banyak-banyak cabaran,batasan pergaulan itulah yang sering diuji.Dari awal bekerja hinggalah ke hari ini,sudah banyak ujian yang sama perlu ku lalui.Alhamdulillah,setakat ini aku masih lagi mampu mempertahankan prinsip yang dipegang.Sesekali,beberapa teman sekerja lelaki gemar mengusik.Mereka kerap menyanyikan lagu-lagu nasyid apabila aku datang meminta bantuan daripada mereka.Entah apa sebabnya,aku tidak berapa pasti.Mungkin melihatkan aku sentiasa memakai pakaian labuh menutup aurat disamping stoking kaki dan lengan.Mungkin juga hasil daripada perwatakanku yang lebih gemar diam dan sengih apabila sebarang ‘adult jokes’ diketengahkan.Tak mengapalah,yang penting  hijab dan jubahku bukanlah penghalang untuk aku bergaul  baik sesama  teman sepejabat.Terima kasih kepada kalian kerana  menerima diriku seadanya.

Ummi sering meminta agar aku menukar sedikit cara pemakaianku apabila ke tempat kerja.Niat murninya mampu ku tafsir sendiri.Ummi risau jika aku disisihkan rakan sepejabat kerana cara pemakaianku yang mungkin sedikit berbeza dengan aliran masyarakat zaman sekarang.Aku menerima sedikit sebanyak nasihat dan pesanan beliau.Namun sesungguhnya,jubah dan dan hijab ini bukanlah dipakai untuk menakutkan masyarakat,tetapi sebagai suatu tanda bahawa cara hidup sebegini adalah pilihanku.Ia adalah pilihan kami sebagai wanita muslim.Moga-moga kami beroleh redha dan rahmatNya kerana  memenuhi sebahagian tuntutan Islam terhadap wanita ini.Dan ingatlah,bahawa ajaran Islam tetap tidak berubah walau di mana sahaja kita berada  Hukum menutup aurat tetap sahaja sama,sama ada kita berada di UK,Bahrain,Antartika mahupun Malaysia.



PESANAN

Ramai yang gugur di jalan dakwah kerana menghadapi masalah dalam menyeimbangkan soal dakwah dan kerjaya dalam kehidupan.Apatah lagi bagi mereka yang sudah memliiki keluarga.Jika kuantiti masa yang diperuntukkan di pejabat lebih banyak daripada kualiti masa bersama keluarga,ia akan mengakibatkan rapuhnya sistem kekeluargaan di yang sedia ada.Buktinya?Lihat sahaja peningkatan kes penceraian dan masalah gejala sosial yang cukup membimbangkan masa kini.

Aku sudah merasa dan hampir terjerat sama (minda hanya fikir tentang kerja sepanjang masa).Dan aku hanya berpesan agar kalian sentiasa bersedia,dan beringat bahawa kerja bukanlah segala-galanya.Jangan lupa perbaharui dan tingkatkan ukhuwah bersama keluarga dan rakan jua.

Persiapkanlah dirimu menghadapi reaiti.Di mana semakin kamu menghampiri realiti,semakin kuranglah kejutan budaya yang bakal dihadapi.Namun,di realiti yang bakal kalian hadapi itulah terbentangnya potensi.Yakni potensi untuk memberi.

Selamat menjaga diri.Mohon doa kalian agar aku sentiasa sabar dan kuat melalui fasa-fasa kehidupan dunia sementara ini.

Wallahualam.

Perompak Yang Berdoa:Apa Peranan Kita?

Desakan hidup telah mendorong segolongan manusia untuk melakukan perkara-perkara yang melampaui batas.Mencuri,melacur diri,menjadi peragut,menagih dadah,mengambil minuman beralkohol yang berlebihan dan sebagainya.Lihat sahaja suasana di Bangkok,ibu kota Negara Thailand.Ramai anak gadis muda memperdagangkan diri mereka dengan dengan meletakkan tag harga pada badan,untuk dipilih oleh para pelancong asing dan ahli perniagaan yang kerap berkunjung ke sana.Meskipun air muka wanita ini diinjak-injak,mereka tetap memilih jalan ini untuk memastikan kelangsungan hidup mereka dan keluarga.



Desakan hidup juga menjadi punca Greg Smith,seorang lelaki yang sudah hampir setahun menganggur melakukan suatu kesilapan besar dalam hidupnya ;iaitu merompak sebuah kedai yang dijaga oleh seorang kerani wanita bernama Angela Montez.Lelaki yang berasal dari Indianapolis USA ini merasakan dirinya telah gagal dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang lelaki,seorang bapa dan juga ketua keluarga.Lantas,tindakan nekad itu diambil tanpa berfikir semasaknya.Dia tidak mahu keluarganya hidup di pinggir jalanan;hidup merempat kerana dirinya tidak mampu membahagiakan mereka.

Namun cubaan merompak yang dirancang tidak berjalan lancar seperti yang disangkakan.Beliau bukan sahaja membatalkan niatnya asalnya untuk mengambil kesemua wang yang berada di dalam 'cash register',beliau juga langsung tidak mencederakan Angela.Malah mereka berdua telah berlutut dan berdoa bersama-sama meminta agar ‘the man upstairs’ (baca:Tuhan) mengampunkan dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh perompak muda ini.Semuanya jelas kelihatan di kamera CCTV.

Anda boleh ikuti wawancara Oprah bersama Angela Montez,Greg Smith dan keluarganya menerusi video di bawah:




Link sambungan A Praying Robber (2/3)
Link sambungan A Praying Robber (3/3)

Wawancara ini benar-benar menyentuh perasaan saya.Sedikit sebanyak saya memahami betapa sukarnya untuk dilabel sebagai seorang yang gagal.Betapa lemahnya kita menghadapi sesuatu dugaan jika tidak menerima sokongan yang baik daripada masyarakat khususnya keluarga dan teman-teman.Meskipun Ms Angela adalah seorang yang asing buat Greg,namun peranan yang dimainkannya telah berjaya mengetuk kewarasan akal pemuda itu dan membuatnya berfikir kembali baik buruk tindakan nekadnya itu.

Pengajaran Berguna

Begitu ramai sekali manusia yang dihumban,dilepas dan kemudiannya dimasukkan sekali lagi ke dalam penjara .Mereka bagaikan tidak menyesal dengan dosa yang dilakukan.Apakah punca utama kepada permasalahan ini?Saya pasti ramai yang mampu memberi puluhan jawapan yang berbeza kepada persoalan ‘mudah’ ini.

Di dalam rakaman video wawancara tersebut,saya tertarik dengan kata-kata Ms Angela yang sedang panik dan takut menyoal Greg ketika sebuah pistol diacukan kepadanya.

“Where’s your mother?” tanya Angela.Soalan yang ringkas namun jitu.

Di manakah peranan seorang ibu(dan ayah),tatkala anaknya sedang mengalami masalah dan tekanan?Sibuk di tempat kerja?Dapur?Atau di depan kaca TV?Benar,syurga di bawah telapak kaki seorang ibu.Namun jangan sampai anak ibu ini pula yang menarikmu ke gaung neraka.Takut-takut ada di antara kalian yang tidak bersungguh dalam menggalas tugas sebagai pendidik kepada aset-aset mereka ini.Akhirnya aset-aset ini menjadi liability dalam kehidupan anda di dunia dan di akhirat sana.Mana mungkin kita berpeluang untuk mencium bau syurga sekiranya kita mengabaikan amanah yang diberi Allah SWT.

Amar Makruf,Nahi Mungkar

Di dalam surah Aali Imran,ayat ke 104,Allah SWT berfirman:

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan ,menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar;merekalah orang-orang yang beruntung ."


Rasulullah SAW juga pernah bersabda:

"Sesiapa yang melihat satu perkara yang mungkar,hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya(kuasa).Sekiranya tidak mampu,hendaklah dengan lidahnya(perkataan/nasihat/hujah),dan sekiranya tidak mampu juga hendaklah dengan hatinya.Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman " [HR Muslim].

Merujuk kepada kedua-dua dalil di atas,dapat dirumuskan bahawa tugas amar makruf dan nahi mungkar adalah suatu perkara yang dituntut dalam Islam.Antara langkah yang boleh dilaksanakan dalam operasi mencegah kemungkaran ialah:

1.Memberi peringatan:Ada sahaja kemungkinan bahawa pelaku kemungkaran tersebut tidak tahu bahawa kelakuannya menyalahi tuntutan agama.Jika ia dijelaskan tentang kemungkaran tersebut,mungkin sekali dia akan menjauhinya.

2.Memberi nasihat dan menggambarkan ancaman Allah SWT kepada oranng-orang fasik yang tetap melakukan kemungkaran meskipun ia tahu perbuatannya itu adalah salah disisi syariat Islam.Nasihat yang baik mungkin mampu melembutkan hati-hati yang keras, dan menyedarkan jiwa-jiwa yang berkarat dengan jahiliah.

3.Mengucapkan kata-kata yang keras:Ini dilakukan setelah cara berhemah dan lemah lembut dengan memberi nasihat yang baik tidak berkesan kepada si pelaku kemungkaran.Malah,pelakunya semakin menunjukkan sikap menentang,tidak peduli dan seterusnya mengejek-ejek terhadap petunjuk dan nasihat yang diberikan kepadanya.
Setiap individu baik seorang pelajar,guru,ibu,ayah,abang,adik,kakak,tok imam,ustaz,ketua kampong,pegawai daerah,ahli politik,sultan dan lain-lain;bertanggungjawab untuk memikul amanah ini.Oleh yang demikian,hendaklah kita sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu dan menjaga apa yang telah difardhukan ke atas diri,serta meninggalkan segala yang dilarang dalam Islam.

Penutup

Desakan hidup mungkin melemahkan semangat kita untuk terus hidup secara positif di muka bumi ini.Namun,sewajarnya ia menjadi pendorong untuk kita menjadi seorang yang lebih kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.Kenali potensi diri dan kembangkannya untuk manfaat bersama.Kaum African misalnya,menggunakan sektor sukan sebagai satu alternatif untuk membantu diri dan keluarga mereka keluar daripada masalah kemiskinan.Saya juga ingin melahirkan rasa kagum terhadap Tuan Haji Mat Ismail bin Jusoh,pengusaha budu cap 'Ketereh' di Tumpat,Kelantan.Daripada menjadi seorang nelayan yang buta huruf,beliau kini layak digelar sebagai seorang usahawan tanahair yang berjaya.Produk yang dihasilkan oleh syarikat beliau mendapat kepercayaan masyarakat dan kini telah berjaya menembusi pasaran luar negara termasuklah negara Perancis (sumber:teman rapat beliau).


antara produk budu (atau sos bilis) cap Ketereh

Oleh itu,sekalipun kita dtekan dan dihimpit dengan pelbagai kerumitan yang menyesakkan fikiran,kita masih punya Allah,Tuhan Yang Maha Mendengar.Tuhan yang mampu mengeluarkan seseorang daripada kegelapan kepada nur cahaya.Tuhan yang mampu menenangkan jiwa yang resah,membantu kita keluar daripada masalah.Mengadulah padaNya.Ingatlah tuntutan dan syariatnya.Sesungguhnya,kejayaan adalah milik orang-orang yang sabar.

Dalam entri ini juga ,sekali lagi saya ingin menekankan bahawa adalah menjadi kewajipan bagi setiap muslim untuk mengajukan dirinya menjadi perintis jalan dalam melaksanakan tugas amar makruf dan nahi mungkar ini.

“Setiap dari kamu adalah pemimpin(penjaga),dan setiap kamu bertanggungjawab ke atas dibawah jagaannya” [HR Al-Bukhari]


Semoga kita diberi pertolongan,kekuatan iman dan hidayah Allah SWT untuk menunaikan amanah dan tanggungjawab ini.


Rujukan tambahan:
Risalah Amar Makruf Nahi Mungkar oleh Abu Anas Madani,Pondok Sungai Durian,terbitan JAHEAIK.

Al-Itsar?


Info Sejarah Madinah

Antara persamaan di antara Madinah dan Malaysia,kedua-dua Negara ini memiliki taburan penduduk yang bersifat majmuk sama ada dari segi agama mahupun bangsa.Masalah perpaduan di kalangan rakyat Madinah memang sangat dititikberatkan oleh Rasulullah SAW.Jika Malaysia mempunyai rakyat berbangsa Melayu,Cina,India,Bajau,Iban dan lain-lain,di Kota Madinah pula terdapat 2 golongan yang sangat berbeza .

Pertama,golongan yang berasal dari sebelah utara iaitu kaum yahudi.Mereka terbahagi kepada 3 suku kaum besar iaitu Bani Quraizhah,Bani Qainuqa’ dan Bani Nadir.Manakala disebelah selatan didiami oleh suku kaum Arab,golongan yang terbesar di kalangan mereka ialah Kabilah Aus dan Khazraj.

Dalam rangka memperkemaskan kedudukan Negara Islam di Madinah,Rasulullah SAW telah membentuk pelbagai strategi termasuklah usaha-usaha meneguhkan perpaduan nasional di kalangan rakyat Madinah.Ini penting kerana perpaduan yang mantap dan kukuh akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.





Sebelum Rasulullah melaksanakan dasar perpaduan nasional ini,pergaduhan dan persengketaan seringkali berlaku di kalangan masyarakat Madinah,terutamanya di antara Kaum Aus dan Khazraj.Persengketaan ini sebenarnya telah berlaku sejak 120 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW bermula dari Perang Bu’ats.Oleh yang demikian,Rasulullah SAW telah mengambil langkah untuk mempersaudarakan masyarakat Aus dan Khazraj atas nama Islam.Mereka disatukan oleh Rasulullah SAW atas dasar tauhid kepada Allah SWT.

Dalam usaha untuk mengukuhkan lagi ikatan perpaduan di antara rakyat Madinah Rasulullah SAW melaksanakan program ta’akhi,iaitu suatu program mempersaudarakan 2 kelompok besar kaum muslimin,yang terdiri daripada kaum Muhajirin dan kaum Ansar.Antara para sahabat yang terlibat pada awal permulaannya ialah: Jaafar bin Abi Thalib dipersaudarakan dengan Muadz bin Jabal,Hamzah bin Abd Muthalib dipersaudarakan dengan Zaid bin Harithah,dan Umar Al Khattab pula dipersaudarakan dengan ‘Ataban bin Malik.

Al-Itsar

Diantara keindahan yang paling ketara dalam jaringan ukhuwah ini ,ialah wujudnya budaya al-itsar yang menghiasi peribadi umat Islam yang terdahulu.

Al-Itsar bermaksud mengutamakan hak-hak dan kepentingan orang lain lebih daripada diri sendiri.Salah satu contoh yang masyhur ialah Sa’ad bin Rabi’,yang dipersaudarakan dengan Abdul Rahman bin Auf.Sa’ad bin Rabi’ menawarkan kepada saudaranya itu untuk membahagi dua harta kekayaanya serta rumah yang didudukinya.Bahkan dia sanggup menceraikan salah seorang isterinya untuk dinikahi oleh Abdul Rahman.Bagaimanapun ‘Abd Rahman bin Auf menolak tawaran tersebut,sebaliknya beliau memohon agar ditunjukkan kepada beliau lokasi Pasar Madinah,kerana beliau mahu berusaha sendiri dengan berniaga di pasar itu.

Al itsar juga boleh wujud dari segi konteks hubungan suami isteri.Bagaimana seorang isteri melebihkan suaminya daripada dirinya sendiri.Begitu juga halnya dengan si suami ,yang mengutamakan keperluan isterinya daripada dirinya sendiri.Selain itu,ia juga wujud di kalangan ibu bapa terhadap anak-anak dan ahli keluarga mereka.Lihat sahaja cinta dan kasih sayang para ibu terhadap anak-anak mereka.Seorang ibu itu sanggup mengorbankan tidur lenanya di katil dan berjaga lewat malam demi memastikan anakanda kesayangannya aman daripada digigit sang nyamuk.Seorang suami yang mengerti kepenatan isteri dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga pula menawarkan dirinya untuk membuat sebahagian housechores,walaupun dirinya merasa keletihan sesudahnya pulang dari pejabat.Banyak lagi contoh lain berkenaan al-itsar yang boleh djadikan teladan dalam kehidupan harian kita.

Seseorang yang memiliki sifat itsar ini mampu mendahulukan kepentingan orang lain lebih daripada dirinya termasuklah dalam hal yang ia cintai.Namun,untuk mendapatkan akhlak ini,ia bukanlah mudah.Proses pembentukannya memerlukan kesabaran dan keikhlasan yang tinggi.Semuanya dilakukan demi mendapatkan redha Sang Ilahi.Ia juga perlu dilakukan dengan penuh sedar,dan bertanggungjawab.

Sudut Berbeza

Pada masa yang sama,saya tertarik dengan sebuah penjelasan ringkas mengenai budaya al-itsar dari sudut pandang yang berbeza sebagaimana yang ditonjolkan oleh Saudara Ruzaini Shahrom baru-baru ini di facebook.


“Al Itsar bil qurbi makruuhun wa fi ghairiha mahbuubun”
Saksikan...




Kes study kita:

"Abang,lepas ni abang tolong sapu dan mop lantai,ipat pakaian dalam bakul,dan mandikan anak-anak kita ye?Bak kata ustaz,kita kena beritsar bang,"kata si isteri.

Aha,macam mana pula tu?Jom kita fikir-fikirkan ia bersama..


Reference:

Dr Azhar bin Yaakub al-Ariri,(2006).Analisis Strategi rasulullah Dalam Pembentukan Negara Madinah.Al-Hidayah Pulishers.

Pengajaran Kem Beliawanis 2009

Terkejut dan terpinga-pinga saya sebentar mendengar lokasi program yang disertai kali ini.Seumur hidup,tidak pernah lagi saya dan keluarga mendengar nama tempat ini,apetah lagi untuk melawatnya.Pastinya tempat tersebut masih baharu dibuka dan berada di kawasan perhutanan yang kurang mendapat liputan masyarakat umum lagi.

Ternyata,telahan kami tepat!

Kem Beliawanis 2009 ini sebenarnya dianjurkan oleh kumpulan Nisa' kawasan Kubang Kerian,Kelantan.Ianya berlangsung selama 3 hari 2 malam dan melibatkan para peserta yang datang dari pelbagai sekolah menengah di bawah Parlimen Kubang Kerian.Malah,ada juga beberapa peserta yang sudahpun bekerja,namun sanggup meluangkan masa untuk hadir ke program semata-mata untuk menyertai program ini.Alhamdulillah,terima kasih saya ucapkan kepada Pengarah Program,Kak Nor kerana sudi mengundang saya menjadi fasilitator untuk program tersebut.

Lokasi



Kem Jeram Mengaji terletak di kawasan Selising,di daerah Pasir Puteh Kelantan.Memandangkan kedudukan lokasi yang terpencil dan jauh terperusuk di dalam hutan belantara,saya mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke destinasi.Memandu bersendirian di kawasan terpencil (tanpa tomtom) adalah suatu tindakan yang tidak pernah saya lakukan selama ini.Apatah lagi saya baru sahaja mendapat lesen memandu Percubaan (P) selepas sambutan Aidilfitri tahun 2009. Namun, saya amat gembira kerana keputusan yang diambil ini membuatkan saya mendesak diri untuk menjadi lebih berani dan berdikari.Saya yakin keberanian serta keyakinan diri itu hanya teruji apabila kita sanggup keluar daripada 'Comfort Zone' yang didiami selama ini.

Suasana dan Pendekatan Berbeza

Saya diminta untuk menjadi fasilitator Kumpulan 1 bagi menggantikan Kak Raden yang pulang awal.Saya juga diminta untuk memberi sedikit pengisian spontan sempena Kuliah Maghrib,sementara menunggu masuknya azan waktu Isyak.Tanpa sebarang persediaan,permintaan tersebut ditunaikan sebaiknya.Namun saya sedar bahawa terdapat banyak cacat cela di sepanjang perkongsian ringkas itu.Saya terlupa,bahawa saya kini bukan lagi berada di kampus universiti;dikelilingi teman-teman yang berani tampil ke hadapan ,memberi percambahan idea yang bernas serta berkebolehan memahami Bahasa Inggeris dengan baik.Oleh kerana itu,saya seringkali menyelitkan terma-terma dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu standard,daripada menggunakan loghat Kelantan yang lebih dekat di hati para peserta program.

Di hadapan saya pada ketika itu adalah golongan remaja yang bukan berasal dari keluarga senang-lenang.Ramai yang berasal dari kampung dan bersikap malu-malu.Sebagaimana kebanyakan pemuda-pemudi lain di Malaysia,mereka juga mengalami krisis keyakinan diri dan cenderung untuk berdiam diri,daripada bersifat proaktif.

Dihadapan saya juga adalah kumpulan fasilitator dari kalangan muslimat yang manis menutup aurat,bertudung labuh,dan ramai yang memakai purdah..suatu permandangan yang sangat jarang dilihat saya sebenarnya.Sehingga,sesekali saya terfikir,adakah aurat dan cara pemakaian saya masih belum sempurna?Liberalkah aku?(perasaan sedikit tergugah apabila melihat kumpulan fasi yang sangat menyejukkan mata,hehe,chill~)

Maka,ini menjadi suatu cabaran yang baik buat para daie yang menuntut di luar Negara khususnya saya sendiri untuk mencari titik persamaan kami 'despite of our differences and my awkwardness'.Bagaimana kita mahu 'break the ice' di kalangan peserta (dan fasilitator) program yang datang dari latar belakang yang jauh berbeza?Bagaimana pula kita ingin mendekati golongan pakcik makcik atau masyarakat yang lebih tua?Apa yang perlu kita lakukan sekiranya pertanyaan yang diajukan tidak mendapat sambutan?Apakah pendekatan yang dilakukan terhadap golongan ini sama sebagaimana pendekatan kita terhadap pelajar-pelajar universiti di oversea?Banyak lagi perkara yang perlu kita fikirkan sekiranya kita mahu menyampaikan mesej dengan efektif dan berkesan terhadap golongan yang ingin kita dekati.Yang pasti,suasana di universiti luar Negara dan realiti di Malaysia cukup berbeza sama sekali.Dan anda perlu sentiasa bersedia serta sanggup untuk belajar menyesuaikan diri.

Sebahagian pelajar oversea yang memiliki kesedaran dakwah dan ingin bergerak di Malaysia lebih selesa untuk memilih pelajar di sekolah-sekolah dan universiti sebagai golongan sasar.Mungkin jurang umur yang kurang ketara membantu mereka untuk memahami dan berinteraksi dengan mad'u.Ditambah pula jika golongan sasar tersebut belajar di sekolah-sekolah atau kolej persediaan yang pernah dihadiri mereka suatu ketika dahulu.Pasti ada sahaja topik yang boleh dibincangkan bersama.

Hal ini langsung tiada salahnya.Namun,jika kita terlalu selesa berada di dalam kelompok/zon ini,ia mungkin menyekat potensi diri untuk berkembang lebih jauh,tanpa kita sedari.Cuba bayangkan jika anda seorang pemalu atau mungkin lebih gemar menjadi seorang pengikut setia daripada memegang amanah sebagai ketua.Tiba-tiba,suatu hari nama anda dicalonkan sebagai Pengarah Program X.Adakah anda akan menerima atau menolak pencalonan tersebut ?

"Tak naklah.Saya tak pernah lead orang."

dan

"Bagi kat si Y ajelah.Dia dah biasa buat kerja-kerja macam ni."

adalah antara jawapan yang biasa dilontarkan oleh mereka yang mempunyai sikap 'pengikut'.Kadang-kadang kasihan juga kepada sebahagian teman yang sanggup berkorban menggalas beberapa jawatan dalam satu-satu masa,sedangkan di dalam suatu organisasi kita sewajarnya bersikap toleransi selain bersatu menjaga penjuru masing-masing.

Mari kita bertanya kepada diri sendiri,Kenapa hal sebegini terjadi even dalam organisasi dakwah sendiri?



Sebagaimana yang anda lihat di dalam gambar rajah di atas,anda(dan saya) kini berada di 'Comfort Zone' –lingkungan yang sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita.Seperti kebanyakan insan yang lain,kita mahu terus untuk berada disitu selamanya.Malah,ada yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengelakkan perasaan 'uncomfortable' muncul di dalam diri.Well,to avoid this feeling is actually a mistake,dan berikut adalah antara sebab musababnya.

Why avoiding the uncomfortable feeling is a mistake?

Realitinya,setiap apa yang kita mahukan dalam hidup ini berada di area 'Possibility Zone',yakni di luar 'Comfort Zone' itu sendiri.Tidak kiralah apa jua impian yang dimahukan sama ada kesihatan yang lebih baik,mencapai personal development/achievement,kewangan yang lebih terurus,atau cinta yang berbalas dan direstui kedua-dua belah pihak keluarga.Semuanya berada di luar sana.Apa yang penting,kita perlu berani untuk mengambil risiko,dan keluar daripada 'Comfort Zone' tersebut.Pada awal permulaanya,mungkin perasaan kekok,gugup,takut,gementar,'sakit jantung' dan segala perasaan lain yang kurang selesa akan muncul melemahkan semangat anda.Namun,sekiranya usaha untuk keluar daripada 'Comfort Zone' ini dilakukan berulang kali,inshaAllah segala perasaan tersebut dapat diatasi.'Daerah Comfort Zone' saya dan juga anda juga akan berkembang.Kemajuan ini seterusnya menjadi pemudah cara bagi kita mencapai sesuatu yang diinginkan di dalam hidup.Tapi harus diingat;semua yang anda mahukan sentiasa berada di luar 'Comfort Zone'.Jadi,proses untuk berpijak keluar dari 'Comfort Zone' ini perlu dilakukan secara kerap dan berterusan.

Penutup

Di suatu sudut,terlihat kelebihan pelajar-pelajar luar Negara yang bijak mendekati pemuda pemudi harapan bangsa yang masih lagi menuntut di sekolah dan universiti.Namun,seringkali mereka mengutamakan institusi pengajian yang sudah establish dan meminggirkan sekolah-sekolah bermasalah,sekolah kampung dan orang asli.Sedangkan di tempat-tempat sebeginilah khidmat dan follow up anda benar-benar di perlukan.Saya tidak pasti,jika ini adalah salah satu daripada 'Comfort Zone' kami.Namun,saya tetap berpendapat bahawa adalah lebih adil dan lebih baik jika kita manfaatkan kebolehan dan anugerah yang dimiliki ini bukan kepada sesetengah golongan yang 'terpilih' sahaja.

Di luar sana,masih ramai lagi pelajar yang belum menguasai 3M (mengira,membaca dan menulis) meskipun kini berada di peringkat sekolah menengah.Kurang ilmu.Kurang didikan agama.Dan kekurangan teman yang boleh memberi inspirasi,semangat dan keyakinan kepada mereka bahawa mereka juga mampu untuk berjaya JIKA mereka berusaha bersungguh-sungguh dan berani untuk bercita-cita.

Anda,adalah antara orang yang diharap dan ditunggu mereka untuk memberi inspirasi dan beraspirasi bersama mereka.

Jadi,beranikanlah diri untuk keluar daripada kebiasaan supaya anda mampu menjadi seorang insan yang luar biasa!

Di Alam Mimpi

Setiap yang hidup pasti mempunyai kemahuan,impian atau cita-cita yang ingin dicapai.Sesuatu impian atau perasaan ‘mahu kepada sesuatu’ ini ditanam semenjak kita masih kecil.Ramai di kalangan teman sekolah menengah saya dahulu mahu menjadi doktor,suatu profession yang cukup popular dikalangan kami.Sebut sahaja “doctor”,ke’glamouran’nya pasti mengalahkan seorang selebriti .

Di dalam sebuah program motivasi dan kerohanian yang dikendalikan saya baru-baru ini pula seorang muslimat tampil memberitahu saya bahawa beliau mahu menjadi seorang pendakwah.Dalam suatu event yang lain,seorang adik kecil memberitahu bahawa dia mahu menjadi seorang perekacipta mesin yang mampu memulihkan keadaan lapisan ozon Bumi yang semakin tipis dari hari ke hari.Selebihnya;ada yang mahu graduate dengan ijazah kelas pertama,melangsungkan perkahwinan sebelum berumur 26 tahun,menjadi seorang pelabur dan hartawan yang berjaya dan sebagainya.

Ya,mereka mempunyai impian.Saya juga turut menyimpan impian yang tersendiri.Kami mahu melakukan sesuatu yang bermakna dalam hidup dan bekerja keras mencapai apa yang kami impikan selama ini.



Namun,tidak dapat tidak,ada yang mengungkapkan kata ‘sukar’,merasakan bahawa perkara yang mereka impikan itu hampir mustahil untuk dilakukan.

Ahh,aku hanya bermimpi,” kata si A.

Ini hanyalah angan-angan kosong,”luah si B pula.


Realiti Mimpi

Hakikatnya kita memang hidup di alam mimpi.Malah,kita dikelilingi dengan mimpi-mimpi selama ini..anda tidak percaya?

Cuba lihat disekeliling anda.Antara barangan yang terdapat disekeliling saya disaat ini ialah pen,buku,meja dan bekas minuman.

Barangan ini dan juga setiap barangan lain asalnya bermula daripada suatu idea.Idea-idea ini dikembangkan dan diperhalusi;seterusnya dilaksanakan sehingga ia berjaya membuahkan hasil yang membanggakan.Dan atas hasil usaha mereka inilah yang memberi anda peluang untuk menikmati pelbagai kemudahan dan keseronokan dalam hidup.Dalam erti kata lain,setiap barang disekeliling kita adalah bukti-bukti insan yang telah bekerja keras dan berjaya menjayakan mimpi-mimpi mereka, yang pernah dikatakan sebagai mustahil oleh orang-orang lain.Sebagai contoh:

Thomas Edison:meskipun dipanggil sebagai seorang yang bebal di sekolah,lelaki ini tidak berhenti bermimpi dan berusaha untuk memajukan dirinya.Akhirnya beliau manjadi manusia pertama yang menciptakan mentol lampu di dunia setelah gagal dalam ribuan percubaan.Namanya dicatat di dalam sejarah dan diingati ramai sehingga kini.

Sultan Muhammad Al Fateh:sebaik-baik pemimpin yang mengepalai sebaik-baik tentera untuk membuka Kota Constantinople yang kini dikenali sebagai Istanbul,di Turki.Hadis Rasulullah SAW yang menyebut bahawa kota kebanggaan Kerajaan Byzantine itu bakal dibuka dan diperintah oleh umat Islam menjadi pemangkin kepada kesungguhan para sahabat dan umat Islam yang terdahului untuk bermimpi,dan bekerja merealisasikan apa yang dipercayai dan diimpikan mereka.

The Biggest Loser:sebuah rancangan realiti di TV yang memaparkan peserta-peserta yang mempunyai berat badan yang berlebihan (overweight) bertanding dengan diri mereka sendiri untuk menjadi lebih kurus dan sihat.Hasilnya cukup mengkagumkan!Lihat sahaja gambar-gambar bekas peserta rancangan ini di bawah.







Faktor Kejayaan

Jika anda benar-benar ingin merealisasikan impian anda,ingin berjaya seperti mereka,anda wajib memiliki 2 kriteria di bawah :

1.Matlamat dan impian yang jelas.
2.’Unshakable’ determination

Dengan dua faktor ini,ia akan membantu anda untuk sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai impian tersebut termasuklah merintangi segala permasalahan dan cabaran yang bakal mendatang.

Jika anda mahu menjadi seorang doctor, anda akan belajar dan cuba membentuk diri menjadi seorang doctor dengan melengkapkan diri dengan ilmu perubatan,cuba untuk meningkatkan kesabaran dan keberanian,skil berkomukasi dengan pesakit,skil mengendalikan peralatan pembedahan dan sebagainya.

Jika anda mahu menjadi seorang jutawan,anda akan melakukan perkara dan usaha-usaha serupa yang boleh mendekatkan diri anda dengan cita-cita yang diimpikan.
Namun,perlu diingat bahawa setiap usaha anda perlulah seiring dengan syariat. Janganlah kerana mahu kaya,anda terlibat dengan rasuah.Mahu mendapat first class,tetapi anda menipu di dalam dewan peperiksaan.Berwaspadalah dengan tipu muslihat syaitan.

Penutup

Jutaan manusia telah berjaya membuktikan bahawa mereka mampu untuk berjaya.Di luar sana di saat ini,terdapat ribuan malah jutaan lagi penduduk di muka bumi yang bekerja keras demi mencapai apa yang mereka mahukan.Salah seorang daripada mereka mungkin adalah anda,jika anda berubah,mula bermimpi dan berusaha dari sekarang.

Demi masa,sesungguhnya manusia berada dalam kerugian…

Jangan ditangguh-tangguh lagi.Ayuh kita bermimpi dan berusaha bersama-sama untuk merealisasikan mimpi-mimpi ini…

Tell Me Why

A wonderful song,with great lyrics sung by an absolutely powerful,young singer.Do listen carefully to its beautiful message.




Lyrics - Tell me why (Declan Galbraith):

In my dream, children sing
A song of love for every boy and girl
The sky is blue and fields are green:
And laughter is the language of the world
Then I wake and all I see

Is a world full of people in need
Tell me why (why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something I have missed?
Tell me why (why) 'cause I don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why?

Everyday I ask myself
What will I have to do to be a man?
Do I have to stand and fight
To prove to everybody who I am?
Is that what my life is for
To waste in a world full of war?

Tell me why (why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something I have missed?
Tell me why (why) 'cause I don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand

tell me why
tell me why
tell me why
tell me why
tell me why
just tell me why, why, why

Tell me why (why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something I have missed?
Tell me why (why) 'cause I don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand

Tell me why (why, why, does the tiger run)
Tell me why(why, why do we shoot the gun)
Tell me why (why, why do we never learn)
Can someone tell us why we let the forest burn?
(why, why do we say we care)

Tell me why (why, why do we stand and stare)
Tell me why (why, why do the dolphins cry)
Can someone tell us why we let the ocean die?
(why, why if we're all the same)

Tell me why(why, why do we pass the blame)
Tell me why (why, why does it never end)
Can someone tell us why we cannot just be friends?
Why, why

Allah Lebih Menyayangimu..

Masih segar lagi diingatan perbualan di antara saya dan Keyo,seorang sahabat di yang masih menyambung pengajiannya di Nottingham.Kami berkongsi berita gembira tentang pelajar-pelajar Nottingham yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka dalam masa terdekat di bulan Disember ini.

Keyo:Intan,Fathi pun nak kawin,incase kalau ko tak tahu.

Intan:Owh,dengan sape?


Keyo:Kak Aini.Ko kenalke?


Intan:Gila la korang...semua orang notts ni!

Keyo:Tu lah.Tono-Nik Aida.Zahid-Nurul Hidayah.Fathi-Aini.Azim-Miza.Arep-orang NZ.

Intan:Arep?Arep mana eh?

Keyo:Ariff Kadir.Housemate aku dulu.Batch Fathi.

Intan:Ada gambar x?Kena tengok muka.


Keyo:This is the best picture I have.



Dan gambar yang sama inilah yang keluar di buletin utama TV 3 semalam dan hari ini,ketika saya dan keluarga sedang menikmati makan malam.Allahyarham yang juga merupakan bekas pelajar jurusan mechanical engineering di University of Nottingham meninggal dunia di tempat kemalangan 4 jam setelah diijabkabul dirumah pengantin perempuan di Kedah.

Ulasan Utusan Malaysia mengenai kemalangan tersebut.

Blog Keyo dan Cha,rakan dari Nottingham.

Saya menerima makluman awal pemergian arwah di rangkaian yahoogroup 'kampungnotts'.Walaupun tidak mengenal arwah secara rapat dan bercakap face-to face dengan beliau,namun kami seringkali terserempak di majlis-majlis ilmu semasa di Notingham dan pernah berurusan beberapa kali melalui internet.

Menerima kematian seorang teman pastinya membuatkan kita terkejut dari lamunan dan berfikir sejenak tentang amalan yang telah kita lakukan sepanjang jantung ini mula berdetak,saat dada menarik nafas.

Sekecil-kecil kebolehan umpama menggerakkan jari di tangan mahupun mengerdipkan mata merupakan suatu nikmat yang bukan kepalang.

Keupayaan untuk bangun solat,tunduk rukuk dan sujud serta membelek helaian al Quran satu persatu, juga merupakan satu anugerah dari Tuhan.

Sungguh,nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita takkan mungkin dapat dibilang..

Hidup Adalah Anugerah Ilahi

Hakikatnya hidup ini bukanlah suatu yang sia-sia.Ia merupakan hadiah teristimewa,buat makhluk teristimewa daripada Yang Teristimewa.Kalau kita bukanlah sebaik-baik makhluk ciptaan Tuhan,sudah tentu Allah SWT tidak akan menyuruh para malaikat dan iblis menyembah Nabi Adam suatu ketika dahulu.Sudah tentu Allah SWT tidak mengajar ilmu dan hikmah kepada Adam AS.Ilmu yang tidak diajarkannya kepada makhlukNya yang lain.

Kita mungkin seringkali lupa bahawa kita adalah hambaNya,mempunyai tanggungjawab yang perlu digalas dan diselesaikan sebelum tiba Hari Perhitungan.Namun yang pasti,Allah SWT tidak mungkin melupakan kita.Kita akan tetap kembali kepadaNya suatu hari nanti.

Manusia...

berasal dari Allah SWT,hidup kerana beribadah kepada Allah dan akan pulang juga nanti kepada Allah.

Jadi,atas alasan apa lagi kita mahu mensia-siakan kehidupan ini?

"Sesungguhnya Kami menghidupkan dan mematikan,dan hanya kepada Kamilah tempat kembali" (Qaf:43)

PINJAMAN ALLAH

Saya mendongak ke langit biru.Memandang sisi kanan dan kiri.Dan pandangan ini akhirnya jatuh ke muka bumi..di tempat kaki saya berdiri.Kaku.



Di setiap penjuru singgahan pandangan ini,tidak ada satupun perkara mahupun benda yang menjadi hak milik mutlak saya.Semuanya hanyalah pinjaman,untuk digunakan sebaiknya bagi memenuhi tujuan kewujudan kita di muka bumi ini.

Termasuklah allahyarham Ariff dan arwah lain yang telah meninggal.You will be sorely missed by us.Namun,kasih dan cinta kami semua tidak cukup hebat jika dibandingkan dengan cinta Allah SWT terhadap kalian.


Ya Allah,

Kau ampun kanlah dosa-dosa arwah dan keluarga...cucurilah arwah akan rahmatMu yang tak kunjung padam dan tempatkanlah mereka dikalangan mukmin dan mukminah yang soleh.

Ampunkan jua dosa-dosa kami yang seringkali lalai dan lengah dalam menunaikan tanggungjawab kami terhadapMu.

Semoga Ukht Teh Afifah dan keluarga tabah dan diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini.

Al -fatihah.


Korban Manusia


It was raining.
My father was tied up.
My mother and sister ran away.
The Malicious find me hiding under my bed.
They tied my hands behind my back and blindfolded me.
I was raped till morning.
During this time,I could hear people everywhere,screaming..

Berikut merupakan testimoni sorang gadis berusia 20 tahun,yang telah dirogol oleh puak pemberontak di Republic Democratic of Congo.Wanita dan kanak-kanak seringkali menjadi mangsa kekejaman dalam perang saudara di negara sub-Saharan Africa ini..Tangan dan kaki rakyat yang tidak bersalah dipotong (amputated) 'tanpa tauliah' untuk memastikan puak pemberontak terus bermaharajalela.Malah the Congolese rebels turut menjadikan musuh mereka sebagai sajian makanan.Mereka percaya bahawa ritual bersifat kanibal ini mampu menakutkan musuh apabila berdepan dengan mereka di medan perang kelak.



WHAT DOES LIFE MEANS TO YOU?

"Why do you chop off their hands and arms?"

"Because the hands do the work"

"Why do you cut their legs then?"

"It's because the legs do the walk."

Mudah sahaja jawapan yang dberikan oleh seorang kanak-kanak yang pernah dilatih menjadi askar pemberontak apabila ditanya oleh seorang wartawan Al Jazeera.Kanak-Kanak tersebut mengaku,beliau pernah menahan,memukul dan membunuh insan yang tidak berdosa.Mujurlah kanak-kanak itu telah insaf dan kembali bersekolah bersama kanak-kanak lain di kampungnya.Namun,masih ramai lagi kanak-kanak yang direkrut menjadi askar pemberontak di luar sana.Ada yang menyertai pasukan pemberontak kerana dipaksa,namun ada juga yang bersifat sukarela kerana mereka mahukan wang yang mencukupi untuk menyara diri dan keluarga.

Di negara satu Malaysia,lain pula ceritanya.

Maksiat pelacuran,zina dan sumbang mahram semakin tidak terkawal.Setiap hari,pasti ada sahaja laporan berita mengenai gadis remaja yang sanggup menjual maruah mereka demi membuktikan 'kasih' dan 'cinta' mereka kepada lelaki berkriteria'makhluk perosak'.Buktinya ialah laporan yang diunjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan penglibatan dalam gejala sosial bermula seawal umur 10 tahun.Perangkaan yang dikeluarkan oleh PDRM menunjukkan aliran peningkatan kes sejak 3 tahun lalu yang melibatkan kelompok umur berkenaan dengan purata kes sebanyak 200 dan melibatkan 120 tangkapan setiap bulan.Kegiatan mereka ini merangkumi penyalahgunaan dadah,gengsterisme dan perilaku seks bebas(zahirzainudin).



2 situasi,antara terpaksa dan rela..akhirnya membawa kepada suatu realiti yang serupa - penggadaian maruah sang gadis yang tak mungkin dapat dikembalikan selamanya.


DI SEBALIK PERAYAAN EID ADHA

Beberapa hari lepas,kita baru sahaja usai menyambut perayaan eidul adha.Disebalik perayaan besar ini,terdapat hikmah dan pengajaran yang cukup besar. untuk direnungi oleh setiap umat Islam seluruh dunia.

Di awal permulaan kehidupan manusia,Qabil dan Habil mengorbankan sebahagian harta mereka yang terdiri daripada hasil pertanian dan penternakan untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.Namun,perayaan ini lebih sinonim dengan kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya, Nabi Ismail a.s.Catatan sirah kedua-dua nabi ini, menjadi satu inspirasi kepada jutaan umat Islam ke arah rasa taqwa kepada Allah s.w.t. tanpa berbelah bahagi.Malah ia juga menjadi gambaran simbol cinta dan kasih sayang yang kukuh antara seorang nabi kepada Tuhannya, seorang suami kepada isterinya, Siti Hajar serta kasih antara ibu dan anaknya.Jujurnya,sebelum ini,saya sendiri kurang menghayati erti perayaan eid adha sebagai salah satu kegembiraan yang dihadiahkan Allah SWT kepada umat Islam.Kurang ilmu,kurang pendedahan,kurang proaktif untuk ambil tahu,mungkin..Namun,tahun ini,segalanya berubah.Syukur,alhamdulillah.

Terdapat tiga peristiwa penting yang boleh dikutip daripada catatan sirah ini:

Pertama, peristiwa Siti Hajar dan anaknya Ismail diperintahkan oleh Allah SWT agar Nabi Ibrahim meninggalkan mereka di satu kawasan padang pasir yang tandus.Ia kini menjadi tumpuan jutaan umat Islam menunaikan rukun Islam yang ke lima;Mekah atau dahulunya di kenali sebagai Bakkah.

Peristiwa kedua merupakan ujian Allah SWT. ke atas Nabi Ibrahim agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail yang berakhir dengan penyembelihan seekor kambing biri-biri sebagai ganti kepada anaknya.Peristiwa ini menunjukkan betapa patuhnya Nabi Ismail dalam memenuhi arahan yang diberikan oleh Allah tanpa rasa ragu-ragu mahupun curiga.Nabi Ismail a.s. berkata: ``Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya-Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'' (Ash-Shafaat:102)

Dan ketiga, pembinaan semula Kaabah oleh kedua-dua nabi Allah yang mulia ini.

``Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat solat.

``Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: ``Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, yang i'tikaf, yang ruku' dan sujud...'' (Al-Baqarah:125)

HIKMAH SYARIAT DAN IBADAH KORBAN



Di dalam surah AL Kauthar,ayat 1-3,Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya Kami mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu, maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang membenci engkau, dialah yang terputus (daripada mendapat perkara yang diingininya).”

Hikmah syariat dan ibadat korban terletak kepada keikhlasan dan ketaatan seseorang itu dalam menunaikan perintah Allah SWT.Allah menguji keimanan dan ketaqwaan seseorang,sebagaimana Dia menguji keimanan Nabi Ibrahim dengan memerintahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih anak kesayangannya,Nabi Ismail a.s. untuk meningkatkan darjat Nabi Ibrahim disisiNya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keredaan Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya.” (Surah al-Hajj, ayat 37)

Jika kita perhatikan maksud disebalik ayat ini,Allah SWT menekankan di dalam al Quran bahawa yang membezakan darjat manusia disisiNya adalah tingkat ketaqwaan seseorang manusia.Bukan harta,warna kulit,bangsa mahupun rupa.Justeru,fikir-fikir dan zikirlah dalam setiap amal yang kita lakukan.Bersihkan hati dan lorongkan niat di jalan yang betul,moga-moga segala ibadah kita akan diterima oleh Allah SWT.

KENAPA ANDA BERKORBAN?

Saya suka bertanya diri sendiri akan sebab musabab bagi setiap tindakan dan keputusan yang telah saya ambil selama ini.Ia membuat saya lebih jelas dalam tindakan dan matlamat,lebih berprinsip dan redha dengan takdir yang telah ditetapkan Tuhan.

Jika Nabi Ibrahim sanggup menunaikan perintah Allah SWT menyembelih anak kesayangannya,Nabi Ismail a.s. sebagai bukti ketaatannya yang tidak berbelah bahagi....

Jika Daw Aung San Suu Kyi menghabiskan sisa umurnya memperjuangkan demokrasi di Burma demi membebaskan negara itu di bawah pemerintahan junta..

Jika seorang aktivis politik seperti Mahatma Gandhi sanggup 'berpulun' mengukuhkan semangat nasionalisme di India meskipun diugut dan dihumban ke penjara beberapa kali..

Apa yang telah saya korbankan selama ini sebagai suatu langkah persiapan untuk bertemu Ilahi?Cukupkah?Adakah ibadah saya ini diterima Allah SWT?

Apakah pula nilai dan faedah yang bakal diperolehi oleh seorang gadis dengan mengorbankan kehormatan dan kesuciannya kepada lelaki yang tidak halal bagi mereka?

Do we get more love and respect from people?
No.

Do we make our Mum,Dad,family and friends feel proud of us?
No.Believe me.

Oh,yes,common reason used in drama and also in real life - We'll get some love in return,provided with some conditions.Cinta bersyarat.There's no such thing as free lunch anyway.

Kalau begitu,anda fikirlah sendiri.Bagaimana seorang lelaki itu mampu menjadi suami yang baik,jika dia sendiri sanggup menjadi tupai yang menebuk buah durian?Bagaimana mungkin Allah SWT akan merahmati sesebuah rumah tangga jika selama ini kita seringkali melanggar perintah dan larangannya.Dan zina,adalah di antara perbuatan yang terkeji dan paling dibenci oleh Allah SWT.

"He'll change,one day."

Sigh..I hope so.But,get a grip of yourself.Be realistic,and sensible.Antara kelemahan seorang wanita;mereka suka untuk meletakkan suatu harapan yang belum pasti.Come on,you deserve someone better.Remember,sesal dahulu,pendapatan.Sesal kemudian,tiada gunanya.Sayangilah diri anda dan keluarga.

Buat seluruh lelaki di dunia ini...

Ketahuilah,bahawa tanggungjawabmu adalah untuk melindungi kami,menyayangi kami,dan membimbing kami untuk lebih taat dan dekat dengan Allah SWT.Bukannya mengheret kami ke dalam jurang maksiat bersama kalian.Jika tidak,anda tidak ubah seperti pemberontak-pemberontak Congo yang berterusan menyumbang kepada kehancuran negara republik itu.



Credit to:
http://zahirzainudin.blogspot.com/2009/05/senario-gejala-sosial-di-malaysia-1.html
http://muslimean.blogspot.com/2008/12/sejarah-qurban.html