A Tear Fell




By MARGE TINDAL

I shed a tear today
Silently, I felt it fall
You caught it
shared it
held it
felt it
then
suddenly
it wasn't so big
after all...





Saya sangat sukakan poem ini...simple,but concise and meaningful..Mungkin disebabkan my nature yang quite sensitive and sangat mudah untuk menumpahkan air mata.Kadang-kadang saya menangis hampir setiap hari apabila me'reflect' kembali perjalanan hidup saya selama ini,and semakin tertekan apabila memikirkan masalah-masalah yang berlaku di sekeliling.Arghhhhh,sungguh memalukan~Betapa rapuhnya iman saya..Kolam air mata ini seumpama langit dan bumi jika dibandingkan dengan lautan darah dan air mata para mujahid yang berjuang bermati-matian untuk mempertahankan syiar islam.
Teringat pula kisah Mus'ab b. Umayr yang diceritakan sanggup memeluk panji islam erat ke dadanya hingga mati syahid, setelah kedua-dua belah tangannya kudung dipancung oleh pihak musuh ketika Perang Uhud..Hamzah Abd Mutalib,bapa saudara Rasulullah SAW turut terkorban dalam perang sengit ini.Kagumnya saya dengan semangat perjuangan mereka!Dan Allah telah menjanjikan sebaik-baik balasan untuk mereka di syurga sebagaimana yang diceritakan dalam Surah Al-Imran,ayat 169-173.Mereka ini tidak mati,malah terus hidup disisi Allah dan beroleh pelbagai kurnia yang tak mampu dicapai oleh akal pemikiran kita.Hopefully,saya akan menjadi sebahagian daripada mereka suatu hari nanti,insyaAllah...BERUSAHA!!

















0 comments: