Pergi Tak Kembali

Pukul 4 pagi waktu UK tadi,Ummi menelefon beberapa kali untuk memberitahu berita pemergian nenek ke dunia yang seterusnya sebelum sampai ke syurga yang kekal(insyaAllah).

Honestly,saya agak terkedu dalam mamai ketika mendengar berita tersebut. I took masa yang quite lama untuk memproses input tersebut..Namun,setelah beberapa ketika,saya baru sedar yang saya kehilangan seorg lagi ahli famili yang agak rapat dengan saya selepas pemergian Che Ka,uncle saya ketika berumur 15 tahun.Walaupun saya tidaklah sangat-sangat rapat dengannya,tapi mungkin kerana "blood related" atau hubungan yang telah sekian lama terjalin,perasaan kehilangan itu tetap dirasai..Dan disebabkan terlalu complacent dengan hidup saya sekarang,saya lupa bahawa orang sekeliling saya sebenarnya hanya menunggu masa untuk pergi one by one,kembali pada penciptanya yang Maha Esa seperti dijanjikan.

Fikiran saya mula aktif dan ligat berputar..Seolah-olah something strikes me..perasaan cuak menguasai diri.Oh God,i've lost Mok(nenek saya)...What if kalau yang meninggal seterusnya ialah my parents-Abah and Ummi?or my siblings?-Abe Se,Kak Sue,Buja,Mat E and Mat D...or maybe my bestfriends-tak kisah di Malaysia mahupun any part of the world..How would I respond to the news??Rasa takut untuk ditinggalkan...dan perasaan takut untuk menghadapi mati mencengkam,kerana saya tahu bahawa saya masih belum bersedia untuk menerima semua ini.

Apa-apa pun,terima kasih sangat-sangat kepada kawan-kawan dan sahabat yang sudi menghubungi saya sama ada untuk menyampaikan salam takziah mahupun meng"comfort"kan saya.Korang best!!Sangat bersyukur kerana saya sedar bahawa saya dikelilingi oleh kawan-kawan yang baik dan mengambil berat antara satu sama lain..alhamdulillah~Saya sangat-sangat sayangkan kamu semua..(even t terucap di lidah,di blog pun jadila...haha!)

Hurmmm ,personally,saya agak terkilan kerana tidak sempat untuk berjumpa dengan arwah nenek dan meminta maaf atas salah dan silap saya sebelum ini.Beberapa hari yang lepas ketika saya menelefon rumah,saya bercakap dengan semua orang kecuali dengan nenek saya hanya kerana memikirkan dia mengalami sedikit masalah pendengaran.Hanya salam yang disampaikan.Walhal,mungkin jika saya bercakap dengannya walaupun sebentar,atau berpura-pura mendengar dan memahami kata-katanya..mungkin...mungkin,itu dapat menggembirakan hatinya sebelum dia kembali ke rahmatullah.Jauh disudut hati,saya masih berduka dengan apa yang terjadi..Tapi Dia ternyata lebih tahu,dan lebih bijak dalam mencaturkan hidup hamba-hambaNya...

Tiada apa yang saya harapkan melainkan arwah berada dibawah pemeliharaan Allah SWT dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Tolong doakan dia sama yer..

2 comments:

salam takziah untuk intan.. manusia datang dan pergi..saya juga takut untuk menghadapi nya. semuga terus tabah.

 

tq anis...baru kini intan betul2 rasa perasaan takutnya menghadapi mati itu,alhamdulillah