Showing posts with label Politics. Show all posts
Showing posts with label Politics. Show all posts

Kalau Nizar Kalah

Satu perkongsian untuk semua.I found this in Lim Kit Siang facebook.So,let us prepare for the worse,but hope for the best!Walaupun terasa video ini mungkin sedikit poyo,but I can't imagine what will happen to Perak after this; if Pakatan Rakyat lose in the small election at Bukit Gantang tomorrow..Thus,pray harder!Dan sila lah balik untuk mengundi bagi mereka yang berkenaan.



PS:Undilah dengan bijak!

Teori R.A.H.M.A.N.

Pernahkah anda mendengar teori ini ?

Saya masih ingat,teori ini amat popular ketika saya disekolah rendah.Teori yang kononnya meramalkan siapa yang akan menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia,mengikut susunan huruf "RAHMAN" itu.

As R denotes for Rahman ie Tunku Abdul Rahman.A for Abdul Razak,H for Hussein Onn,and M for Mahathir.Likewise,subsequent A for Abdullah Badawi dan esok hari..teori "RAHMAN" ini bakal terbukti dan disokong sekali lagi,dengan perlantikan Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke-6,yang mengisi ruang huruf yang terakhir,yakni huruf N.

How coincidence!

Namun,ketahuilah bahawa di dalam dunia ini tiada yang berlaku kerana 'kebetulan' @ 'coincidence' semata-mata.Semuanya dalam lingkungan perancangan Allah Yang Maha Esa(25:2).Moga-moga kita semua terlindung daripada mempercayai perkara-perkara khurafat yang boleh merosakkan akidah Islam,ameen..




Ucapan khasku buat Pak Lah,terima kasih di atas segala sumbangan Pak Lah yang membawa kebaikan dan kemajuan kepada masyarakat secara total.Saya yakin Allah akan membalas jasa dan pengorbanan Pak Lah dengan sebaik-baik ganjaran,inshaAllah..Kepada Dato' Seri Mohd Najib,tahniah dan takziah saya ucapkan.Semoga peralihan pucuk kepimpinan ini bakal membawa kebaikan. Yang tidak mahu kebaikan berlaku hanyalah penentang tegar Mohd Najib dan kerajaan yang dipimpinnya.

Quoting Abd Kadir Jasin:

Dengan suasana ekonomi dunia yang sangat muram dan ramalan ekonomi Malaysia yang negatif, tugas dan tanggungjawab Mohd Najid sangatlah berat.

Tidak seperti Abdullah yang mengambil alih ketika ekonomi teguh dan politik negara stabil, Mohd Najib mewarisi ekonomi yang lemah dan politik yang kucar-kacir.

Kalau Mohd Najib berjaya menstabilkan ekonomi, mengurangkan kesan kemelesetan ke atas rakyat jelata dan mengembalikan kewarasan politik, dia akan dikenang sebagai penyelamat.

Tidak ada Perdana Menteri sebelum ini yang mengambil alih pemerintahan dalam suasana yang serba tidak kena seperti yang akan terbeban di atas baju Mohd Najib.

Now I wonder, teori apa pula yang akan muncul selepas ini??




Raja Pasir Dua Butir 'bersidang ' di bawah pokok

Lawaknya cerita zaman dulu-dulu ni ye..Sebelum anda menonton keratan video ini,adalah lebih elok jika saya memberi beberapa peringatan untuk kita renungi bersama.

*WARNING*

Islam tidak pernah melarang umatnya melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

Sewajarnya, setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan kerana dibimbangi boleh membawa kepada beku atau matinya hati.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah

Selamat menonton dan berfikir kenapa saya menulis entri kali ini.Allahualam.






Sumber:
-Boleh Ketawa,Asal Tidak Keterlaluan dan Melanggar Adab, dari http://sahabatku.blogdrive.com/
-Filem Laksamana Do Re Mi

Teori R.A.H.M.A.N.

Pernahkah anda mendengar teori ini ?

Saya masih ingat,teori ini amat popular ketika saya disekolah rendah.Teori yang kononnya meramalkan siapa yang akan menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia,mengikut susunan huruf "RAHMAN" itu.

As R denotes for Rahman ie Tunku Abdul Rahman.A for Abdul Razak,H for Hussein Onn,and M for Mahathir.Likewise,subsequent A for Abdullah Badawi dan hari ini...teori "RAHMAN" terbukti benar sekali lagi,dengan perlantikan Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke-6,yang mengisi ruang huruf yang terakhir,yakni huruf N.

How coincidence!

Namun,ketahuilah bahawa di dalam dunia ini tiada yang berlaku kerana 'kebetulan' @ 'coincidence' semata-mata.Semuanya dalam lingkungan perancangan Allah Yang Maha Esa(25:2).Moga-moga kita semua terlindung daripada mempercayai perkara-perkara khurafat yang boleh merosakkan akidah Islam,ameen..




Ucapan khasku buat Pak Lah,terima kasih di atas segala sumbangan Pak Lah yang membawa kebaikan dan kemajuan kepada masyarakat secara total.Saya yakin Allah akan membalas jasa dan pengorbanan Pak Lah dengan sebaik-baik ganjaran,inshaAllah..Kepada Dato' Seri Mohd Najib,tahniah dan takziah saya ucapkan.Semoga peralihan pucuk kepimpinan ini bakal membawa kebaikan. Yang tidak mahu kebaikan berlaku hanyalah penentang tegar Mohd Najib dan kerajaan yang dipimpinnya.


Quoting Abd Kadir Jasin:

Dengan suasana ekonomi dunia yang sangat muram dan ramalan ekonomi Malaysia yang negatif, tugas dan tanggungjawab Mohd Najid sangatlah berat.

Tidak seperti Abdullah yang mengambil alih ketika ekonomi teguh dan politik negara stabil, Mohd Najib mewarisi ekonomi yang lemah dan politik yang kucar-kacir.

Kalau Mohd Najib berjaya menstabilkan ekonomi, mengurangkan kesan kemelesetan ke atas rakyat jelata dan mengembalikan kewarasan politik, dia akan dikenang sebagai penyelamat.

Tidak ada Perdana Menteri sebelum ini yang mengambil alih pemerintahan dalam suasana yang serba tidak kena seperti yang akan terbeban di atas baju Mohd Najib.



Now I wonder, teori apa pula yang akan wujud selepas ini??




'Lompat-Melompat' dan 'Jahil Bahasa Istana'

Hati bagai diruntun,setiap kali menonton video ini.[credit to Usop]



Begitu juga dengan video ini.How can someone become so calm,walaupun dihina,dimaki,dicela gila talak,gila kuasa dan maruahnya diinjak-injak?I'm totally amazed and impressed!![Credit to anis ucop for the video]



Semalam,saya sempat membaca beberapa blog dan artikel lagi.(baca:banyak blog dan artikel.Perkataan 'beberapa' hanya untuk membuatkan diri tak bersalah sebab semalam banyak menghadap komputer dari menghadap buku pelajaran dan membuat kerja sekolah,ehe..).Sampai naik tepu juga otakni rasanya.Tertarik dengan ulasan Ustaz Hasrizal,Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dan Ustaz Nasrddin Hassan At-Tantawi berkenaan kemelut politik di Perak.

Ustaz Hasrizal:Perak:Ibrah Sulaiman dan Wasiat Uthman
UZAR:Apakah Hukum Lompat Parti dan Double Standard Berkenaanya?
Ustaz Nasrudin Tantawi:Lompat Spring

Menambah lagi pengetahuan dengan membaca blog Jed Yoong,yang akhirnya membawa saya kepada blog Mohamed Hanipa Maidin ie Peguam Pas berkenaan tuduhan derhaka yang dilemparkan kepada Ir Nizar.It's very informative,as I learned something new about Bahasa Istana.Haha..vocab Bahasa Melayu saya lebih kurang sama sahaja agaknya dengan editor mainstream media meskipun they cover the palace more often compared to me; especially during the awards giving ceremony .

Semasa krisis tersebut juga media-media massa tajaan Umno membangkitkan kembali krisis beberapa orang Sultan dan Menteri Besar Umno seperti yang berlaku di Perak pada tahun 1997 ( Tan Sri Ghazali Jawi yang enggan meletak jawatan apabila diperintah oleh Sultan Perak pada masa itu yang mengakibatkan Sultan enggan bercukur jambang sehingga Menteri Besar tersebut meletakkan jawatan ) dan di Pahang pada tahun 1979 ( Datuk Rahim Abu Bakar ) .

[...]

Bersandarkan bukti-bukti di atas kini sipenderhaka Umno yang sama dengan tanpa segan silu menuduh Nizar pula sebagai penderhaka. Ya, memang benar Nizar mengakui telah “menyembah sembah derhaka” semasa beliau diminta oleh Yang Mulia Tuanku Sultan untuk mengundur diri daripada jawatan Menteri Besar Perak. Apabila seseorang tidak bersetuju dengan titah sultan menjadi adat dan bahasa istana seseorang akan menyatakan “hamba memohon untuk menyembah sembah derhaka” . “Sembah derhaka” bermaksud tidak bersetuju dalam bahasa rakyat. Di dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Menteri-Menteri Besar saya difahamkan dipanggil “hamba tua” . Ini bahasa istana nak buat macam mana .

Malangnya Umno yang jahil dengan bahasa istana menganggap nizar sebagai derhaka apabila memohon “menyembah sembah derhaka” . Naif dan ceteknya pemikiran Umno.


Sumber:

Jed Yoong:UMNO'Juara Menderhaka','Jahil Dengan Bahasa Istana'
PR Leaders Dato'ship Should Be Revoked For Blatant Derhaka and Ingkar
Peguam Pas:Penderhaka Tuduh Nizar Penderhaka

Malaysia di Ambang Bahaya


I rarely see girls(so far) talk about politics and current issues in their blogs,or through words of mouth.

OK,saya start dulu lah kalau macam tu.I can't just be in silence,zipping my mouth ignoring what is happening in Malaysia.Bila masuk isu Gaza,kita boleh bersatu.Tetapi mengapa apabila mebicarakan hal politik Malaysia,ramai yang mengambil langkah untuk berdiam diri sahaja?Tak mahu ambil pusing.Ada unsur diskriminasi disini..Hurmm...

[parti+politik+malaysia+copy.jpg]

Apakah kekejaman yang berlaku di Gaza lebih superior dengan ketidak adilan yang berlaku di Malaysia ?If the answer is yes,does that justify our actions to ignore the crisis in Malaysia and other parts of the world that needs attention?Apakah perkataan 'politik' menjadi suatu perkataan taboo dalam kamus hidup anda?Atau tanah air Malaysia,dimana tinggalnya keluarga,sanak saudara,dan teman-teman memang sebenarnya tidak dekat di hati anda semua?(tambah sket,sila konsider juga future keluarga dan anak-anak yang bakal dibesarkan di Malaysia bagi mereka yang akan mendirikan rumah tangga di masa hadapan).Apakah dakwah anda hanya untuk selected people,and on selected issues only?

Soalan-soalan ini hanyalah untuk trigger diri sendiri dan teman-teman yang lain.Sama-sama muhasabah dan fikir kembali,sejauh mana kebersamaan kita dalam memperjuangkan sesuatu isu.Kata Islam syumul.Jangan percaya je,kena yakin!So,are we on the right track,in the right tune now?

Jika anda merasa jahil dan tidak tahu tentang politik dan isu semasa,kikiskanlah kejahilan itu dengan ilmu.Janganlah risau untuk bermula dari 0 knowledge.Yang penting adalah kemahuan,kerana dorongan 'mahu' akan membawa kepada 'tahu',inshaAllah.Namun dinasihatkan untuk berhati-hati dalam menuntut ilmu dan mencari kebenaran kerana bukan semua yang dihidangkan di depan mata itu sahih dan benar.

Jika anda rasa bimbang dan takut,ketahuilah bahawa jalan dakwah memang akan ada ranjau dan onaknya.Lihat sahaja sirah Rasulullah SAW dan para nabi yang terdahulu.Pasti ada 'ujian pengukuhan iman dan taqwa' yang diturunkan Allah untuk hamba-hambaNya.Dan ingatlah,bahawa Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar dan sabar.

Jika anda masih cintakan agama,bangsa dan negara,janganlah menidakkan kepentingan politik dan isu semasa ini dalam kehidupan harian kita.Anda boleh lihat persamaan yang dikongsi bersama Malaysia dan Palestine,yakni krisis Politik dan Kepimpinan.Imagine our future are controlled by bad leaders.Kalau anda fikir anda masih mampu untuk survive,fikirkan pula keadaan pakcik makcik yang tinggal dihujung kampung,yang hidup susah dan dah cukup terabai kebajikan mereka.

Kalau masih tidak setuju juga,terpulanglah...

Entri ini bukanlah mahu menghentam sesiapa,namun cukuplah untuk memberitahu dan mengajak rakan-rakan untuk menjadi seseorang yang cakna dengan isu semasa,tidak kiralah sama ada ini isu politik,isu agama,pendidikan dan sebagainya.Saya bercakap disini sebagai seorang rakyat yang risaukan tanah airnya akan menjadi lebih tidak terbela,melihatkan krisis politik dan kepimpinan di Malaysia saat ini.

Oh yer,tidak lupa...ekonomi di Malaysia bakal jatuh merundum sebanyak 5%.(kalau tak silap)Terima kasih kepada 'mereka' yang menjaga kebajikan rakyat selama ini..

Girls pun kena ambil hal politik dan isu semasa juga yer,bukan tertakhluk kepada kaum lelaki semata-mata.

Correct me if I'm wrong..(kata-kata keramat miminapis)


- Si Risau-



Dokumentari Hartal - 10 years before Merdeka



I like this documentary even though it's just a one-sided story~

Up to you whether to believe it or not..but it sure has some information that I had never knew before.I would like to dedicate these videos to all Malaysian,no matter what races,religion,or social status are you.

History is such an interesting subject isn't it??













Melayu Dalam Dilema??

Saya cuba berborak-borak dengan kedua ibu bapa,dan juga sahabat handai untuk mendapatkan pandangan mereka berkenaan isu ini.Ayah saya seperti yang dijangkakan menerima cadangan ini sebulatnya.Sejak dahulu lagi,beliau sangat mengagumi non Bumi yang berjaya,dan sama sekali tidak gembira dengan 'tongkat' yang diberikan kepada orang Melayu selama ini.Sementara itu,ibu saya pula totally oppose this idea.Saya??Hurmm,bila ditanya tentang pandangan saya dalam hal ini,sebenarnya saya agak serba salah untuk memberikan pendapat,kerana saya bukanlah orang yang faqih untuk mengupas dan membincangkan isu ini.But I shall try..dengan harapan perbincangan topik seperti ini mampu menggerakkan minda saya yang 'dah lama tak eksesais'=P.Terima kasih kepada yang bertanya.




Selepas hampir 51 tahun negara Malaysia merdeka daripada cengkaman penjajah,tidak dapat dinafikan bahawa rakyat negara ini telah mengecapi pelbagai kekayaan dan kemajuan,termasuklah golongan bumiputera.Walaupun kadar kemisikinan telah banyak turun secara amnya(52.4% pada tahun 1971 menurun kepada 6.8% pada tahun 1997),tenyata jurang pendapatan antara etnik khususnya Melayu/Bumiputera dan Cina masih sangat jauh dan perlu diimprove.Oleh kerana orang Melayu masih dicengkam kemiskinan,maka mereka juga menghadapi kesukaran untuk maju dalam pendidikan.


Untuk mengatasi kemelut kemiskinan di kalangan bumiputera khususnya,Tun Abdul Razak telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru(DEB).DEB meletakkan target supaya bumiputera akan memegang ekuiti sebanyak 30% dalam bidang ekonomi dan pendidikan.
DEB memang suatu dasar yang baik,namun kerana perlaksanaan yang kurang sempurna menyebabkan masyarakat Melayu sehingga tamat tempohnya pada 1990,masih belum mencapai sasaran 30% ekuiti tersebut.Sekalipun DEB telah tamat pada tahun 1990 dan diganti dengan DPN-Dasar Pembangunan Negara,namun DPN yang bersifat terbuka ini ternyata tidak banyak membantu untuk mengecilkan jurang tersebut.Bumiputera mesti bersaing dengan bangsa-bangsa lain dalam semua bidang,meskipun padang permainan tersebut tidak sama rata.This is the time where the bumiputera should be independent,dan hakiskan sikap menjadi bangsa subsidi.


Setelah membaca,melihat dan mendengar pandangan ramai,saya berjaya identify sedikit sebanyak sebab kenapa UITM wajar/tidak wajar membuka 10% kuotanya kepada non bumi:

1)Terdapat banyak universiti yang boleh menjadi alternatif untuk pelajar non bumi menyambung pelajaran mereka terutamanya IPTS yang tumbuh bak cendawan selepas hujan.Kenapa alih-alih UITM juga nak dikacau?


Education in Islam,should be free for all.Ya,tidak dinafikan masih banyak universiti yang boleh cater pelajar non bumi tapi cuba kita fikir kembali,bagaimana UITM berjaya ditubuhkan?Adakah dengan menggunakan wang cukai yang dikenakan oleh kerajaan kepada rakyat?Jika ini benar,adakah cukai dari rakyat bumiputera sahaja??Kalu tidak,berapakah pula jumlah hasil cukai yang perlu dibayar oleh bumi dan non bumi??Adakah sama jumlahnya??



2)di UITM inilah bakat-bakat dan potensi anak-anak bumiputera dapat ditonjolkan dan diasah.Dah banyak kejayaan-kejayaan yang telah berjaya dicipta oleh pelajar UITM.Ini menunjukkan potensi dan bakat tidak hanya boleh diasah melalui persaingan antara bumi dan non bumi.


Betultu..bakat,potensi dan kebolehan boleh diasah melalui pelbagai cara.Ini termasuklah melalui persaingan sihat antara bumi dan non bumi,atau persaingan dikalangan bumi sendiri.The problem is how the students and the academicians memaksima dan memanfaatkan peluang yang sedia ada without any attachment to the policians.Maksud saya disini,UITM tidak boleh hanya memberi tumpuan kepada isu kuota kemasukan,tetapi perlu fokus tentang bagaimanakah caranya untuk meningkatkan kemudahan dan mutu pendidikan di universiti bagi meletakkan nama universiti-universiti Malaysia sebaris dengan universiti lain di peringkat antarabangsa.Benarkan pemuda pemudi tonggak harapan negara ini berfikir sendiri apakah platform yang terbaik untuk pembangunan negara,tanpa campurtangan kuasa politik yang cuba memburukkan lagi keadaan.





3)Apakah matlamat utama UITM ditubuhkan??Ia adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak Melayu dan bumiputera yang kurang berkemampuan untuk menyambung pelajaran dan meneruskan cita-cita mereka.Maka,prinsip dan pegangan UITM haruslah dihormati oleh semua.


Alhamdulillah,saya sangat bersetuju dengan matlamat UITM seperti di atas.Memandangkan UITM mengenakan kadar bayaran yuran yang paling rendah,sewajarnya the university placements should be offered to the deserving ones only(there's still a lot of rich and affordable students,who has been offered to further their study in UITM,and pay for the relatively low fees)
Namun bila difikirkan balik,apakah hanya anak-anak Melayu dan kaum bumiputera sahaja yang tergolong dalam golongan kurang berkemampuan.Saya rasa masih ramai lagi kaum non bumi yang mengalami masalah kewangan,cuma ramai diantara kita memberi fokus kepada non bumi yang sudah kaya raya dan meminggirkan kelompok non bumi yang lebih wajar untuk diberikan tumpuan. Untuk membiayai pelajaran anak-anak mereka,ada dikalangan kaum bukan bumiputera ini menggunakan wang simpanan untuk keranda/jenazah.Ibu bapa seorang sahabat saya juga sanggup menggadaikan tanah milik mereka demi memastikan sahabat saya mendapat pelajaran yang baik di IPTS bagi menjamin masa depan beliau.


4)"UiTM ini mungkin menjadi benteng terakhir bagi orang2 melayu"-Yang Dipertuan Agong,majlis konvokesyen UITM ke 66


Mari kita bermuhasabah bersama-sama,apa yang kita sudah lakukan untuk memperjuangkan ketuanan bangsa kesayangan kita ini?DO we speak proper Malay or at least write out notes in huruf jawi?(no rojak-rojak like this,please..I know I'm bad..sigh~).Oklah,paling senang,have you try to wear baju Melayu to the class/lecture hall??Not sure if IPTA can do this,but IPTS and overseas students definitely can.
Bahasa Malaysia seolah-olah dipandang sebelah mata.Baju kurung dianggap baju yang kolot dan ketinggalan zaman.Nilai-nilai Melayu dipinggirkan.We try to imitate Westerners,tapi apa yang kita tiru bukanlah nilai-nilai murni mereka,yang cuba diikuti adalah budaya hedonisme yang jelas sama sekali bertentangan dengan syariat Islam.Kalau tak ikut syarat Allah SWT(eg:disiplin,punctuality etc),bagaimana mahu maju ke hadapan dan dihormati oleh bangsa dan negara lain?


Kesimpulan:


Let's put our racial differences aside dan melihat isu pembukaan kuota ini dalam perspektif yang lebih terbuka menurut syariat Islam.Tak perlulah kita cepat melatah,takut atau bimbang yang berlebihan kerana ini hanyalah usul,dan Menteri Besar Selangor tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan usul ini jika tidak mendapat persetujuan ramai.Plus!!!!Sebenarnya saya belum lagi melihat statement yang dikeluarkan oleh Tan Sri Khalid berkenaan isu ini secara live/kaca tv/Youtube.Memandangkan isu keluar tepat pada masanya sebelum pilihanraya kecil Permatang Pauh,besar kemungkinan isu ini dipolitikkan oleh sesetengah pihak bagi meraih undi daripada rakyat.

Masing-masing ada pendapat peribadi tersendiri,justeru itu pendapat-pendapat tersebut perlu dihormati dan didengar terlebih dahulu bagi mewujudkan masyarakat yang berfikiran kritis dan berdaya saing.Hati saya berat untuk bersetuju dengan pembukaan 10% kuota ini,dan fokus kepada memperkasakan integrasi antara kaum yang sangat rapuh dikalangan perbilangan etnik di Malaysia.Namun kajian yang lebih terperinci perlu dijalankan untuk memastikan kebaikan usul melebihi kepincangan idea ini.

Wallahualam.

ps:Berbaik sangka itu baik,berburuk sangka itu buruk..Love Allah's creation and He will love you in return,inshaAllah..

Rujukan:

1)'50 Tahun Politik Orang Melayu:Apa Yang Kita cari?'by Razali Endun
2)Blog Anwar Ibrahim
3)iluvislam's forum

Panasnya Negaraku Malaysia!!





Panas!Panas!!!Panas!!!!!!!!!!



Keluh seorang pelajar Malaysia yang pertama kali pulang ke tanahairnya yang ‘tercinta’ setelah beberapa lama melanjutkan pengajiannya di United Kingdom.But don’t get her wrong!!Panas yang dimaksudkannya bukanlah iklim panas dan lembap sepanjang tahun di Malaysia seperti yang dipelajari dalam subjek Geografi Tingkatan 1-3 di sekolah menengah,tetapi panas ini adalah hasil daripada kehangatan isu politik di Malaysia yang nampaknya semakin meruncing dan tidak terkawal. Dan,pelajar Malaysia yang dimaksudkan di atas tidak lain dan tidak bukan adalah tuan empunya blog ini sendiri…[sigh,sigh~]

Saya sebenarnya sudah jemu,jelik dan muak melihat kepincangan kepimpinan di Malaysia.Rakus cuba membolot kuasa dan kekayaan dunia,dan yang selalu menjadi mangsa adalah rakyat. jelata[Yer,saya tahu.Sebahagian daripada mereka sahaja,bukan semua].Yang terbaru sekali adalah isu tuduhan liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim[DSAI],mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.Tidak lupa juga akan isu kehilangan Balasubramaniam setelah beliau menarik balik akuannya akan keterlibatan Dato’ Seri Abdul Najib dalam kes pembunuhan Altantuya Sharibuu.


Semalam ketika saya makan malam sambil menonton Berita TV3 bersama keluarga,mahu tercekik rasanya kami sekeluarga melihat saluran TV3 tiba-tiba menggunakan ayat-ayat al Quran untuk menerangkan hujah tentang bahaya fitnah..hahaha!!Tidak mengapa,mungkin usaha mereka ini murni,minta maaf kalau saya sedikit memperlekehkan usaha pihak TV3.Tapi kenapa hanya merujuk al Quran bila timbul isu fitnah?Ada mereka rujuk al Quran dan Hadis tentang penganjuran maksiat seumpama Karnival Sure/Jom Heboh yang sah difatwakan HARAM oleh Mufti Perak??Bagaimana pula dengan rancangan hiburan yang melalaikan seperti Gangstarz dan rancangan berunsur gossip [fitnah] seperti Melodi??Ada mereka merujuk al Quran dan Hadis??Dah berapa banyak pula kenyataan pihak pembangkang [eg:Tuan Guru Nik Aziz,dan Tuan Guru Abdul Hadi Hj Awang] yang telah diputar belit oleh media kerajaan ini??Ada mereka rujuk al Quran dan Hadis dikala mengecam pimpinan tersebut?



Mengiakan kata-kata Abdul Kadir Jasin,politik di Malaysia sungguh ‘cergas,kompleks dan sensasi’.Menuduh tanpa bukti yang kukuh dan sahih,itulah yang dinamakan sebagai fitnah.Dari sudut pandangan Islam dan undang-undang Malaysia,DSAI seorang individu yang dianggap tidak bersalah dan DSAI tidak perlu sama sekali membuktikan apa-apa,jauh sekali membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.Saya memetik blog Mohamed Hanipa bin Maidin untuk ulasan lebih lanjut tentang perkara ini[muhabalah].Saya bukan pakar dalam kaedah ini,malah saya tidak pernah mendengar istilah tersebut sebelum ini.Tetapi,saya merasakan pandangan yang diberikan oleh Saudara Mohamed Hanipa ini wajar dipertimbangkan - bahawa yang kita perlu laksanakan adalah hukum al Quran yakni merujuk kepada sistem jenayah undang-undang Islam,bukan bersumpah dengan al Quran semata-mata.

Di dalam undang-undang yang dipakai di negara ini , bagi mana-mana pertuduhan jenayah prinsip yang terpakai adalah “seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah. Prinsip ini dikenali sebagai “presumption of innocence.” Prinsip ini sebenarnya diambil dari syariat Islam iaitu berasaskan kaedah “ al-aslu al-‘adam” atau pun kaedah “al-aslu –baraatun zimmah” yang juga bermaksud “seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah.

Apa yang berlaku di dalam isu dakwaan liwat ini adalah Anwar belum lagi dituduh di Mahkamah . Jadi tidak timbul beliau harus membuktikan bahawa beliau tidak bersalah. Jika pun beliau dituduh di Mahkamah dengan kesalahan liwat, beliau masih dianggap tidak bersalah kecuali setelah disabitkan bersalah oleh Mahkamah.

Yang demikian mana-mana saranan yang meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran supaya membuktikan beliau tidak bersalah adalah saranan yang menggambarkan seorang yang jahil dengan syariat Islam dan juga undang-undang negara ini.

Kedua, jika benar terdapat tuduhan liwat ke atas Anwar sekalipun, mana-mana pihak yang bersungguh meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran sepatutnya perlu menuntut bahawa Anwar diadili dengan hukum Al-Quran. Ulama Islam mengklasifikasikan kesalahan liwat adalah sama dengan kesalahan zina . Maka mana-mana pihak yang menuduh seseorang melakukan liwat adalah sama seperti orang yang menuduh seseorang itu melakukan zina. Menuduh seseorang berzina ( termasuk liwat ) tanpa mendatangkan empat orang saksi boleh didakwa melakukan kesalahan qazaf . Qazaf adalah hukum Al-Quran yang diklasifikasikan sebagai salah satu kesalahan di dalam jenayah hudud.

Memandangkan Anwar dituduh kononnya melakukan kesalahan liwat ke atas Saiful maka mereka yang meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran sepatutnya dari segi Islam meminta supaya Saiful mendatangkan empat saksi yang melihat Anwar melakukan liwat tersebut. Kalau Saiful tidak dapat mendatangkan empat saksi tersebut mereka yang meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran hendaklah meminta Kerajaan mendakwa Saiful dengan kesalahan qazaf di Mahkamah Syariah di negara ini

Berkemungkinan besar pihak yang meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran berhujah balas di negara ini hukum qazaf tidak dijalankan , jadi bagaimanakah Saiful boleh didakwa dengan kesalahan qazaf. Jika ini hujahnya maka jawapan saya adalah kenapakah kamu sibuk bercakap tentang Al Quran jika hukum qazaf yang terdapat di dalam Al-Quran kamu pendamkan dan tidak dilaksanakan selama puluhan tahun sejak negara ini mencapai kemerdekaan. Kenapakah kamu tidak menuntut hukum qazaf tersebut dilaksanakan di negara ini agar Anwar mahupun Saiful boleh diadili oleh hukum Islam.

Tidakkah sikap kamu yang meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran ( yang tidak ada pun nasnya di dalam Al-Quran ) tapi tidak mahu menuntut hukum Al-Quran menjadi hukum yang dipakai bagi menyelesaikan tuduhan liwat ke atas Anwar adalah satu sikap yang dilihat berpura-pura. Saya ingin bertanya dengan Putera UMNO- betul ke kamu bersungguh dengan Al-Quran ini ? Ingat Al-Quran ini boleh jadi “hujjatun lana” ( hujah untuk kita ) atau “hujjjatun ‘alaina” ( hujah ke atas kita ).

Kesimpulannya tidak perlu Anwar bersumpah dengan Al-Quran. Mubahalah juga saya berpendapat tidak perlu kerana Anwar telah dikaitkan dengan kesalahan jenayah maka kaedah yang betul adalah Anwar mahupun Saiful sepatutnya diadili oleh sistem undang-undang jenayah Islam - sistem yang telah telah terbukti keadilannya .


Pada waktu yang sama,perkara yang turut membimbangkan saya adalah krisis politik ini turut mengancam keadaan ekonomi negara.Zeti Akhtar menjangkakan bahawa inflasi untuk bulan June 2008 mungkin mencapai 6-7%.Inflasi ini tercetus hasil daripada pemotongan subsidi dan menaikkan harga bahan bakar terhadap ekonomi negara.Mengikut apa yang saya belajar tentang ekonomi di kolej dan universiti,ekonomi yang stabil akan mengalami inflasi sebanyak 2% setiap tahun.Betulkan saya andai ada sebarang kesilapan,terutamanya dari segi fakta yang dibentangkan.Kadar inflasi ekonomi negara sebanyak 6-7% pada bulan June berbanding 3.8% pada bulan May,cukup membebankan rakyat.Zeti juga meramalkan bahawa pertumbuhan ekonomi negara akan jatuh dibawah paras 5%.Kita dapat saksikan perkara-perkara yang tidak menguntungkan negara berlaku secara berterusan.Soalnya kini,siapa yang mampu membantu Malaysia menangani krisis ini?Dan bagaimana pula caranya untuk memulihkan kestabilan dan ketelusan politik dan ekonomi Malaysia?

Pihak pentadbiran dan kepimpinan negara memainkan peranan yang sangat penting untuk meyakinkan para pelabur sama ada dalam atau luar negeri untuk mengekalkan pelaburan dan membuat pelaburan baru.Usaha ini perlu demi memacu ekonomi negara mara ke tahap yang lebih baik.Pada hemat saya,Malaysia kini berada dalam situasi yang rapuh/fragile dan tidak fokus kerana menghadapi masalah demi masalah tanpa suatu jalan penyelesaian yang sistematik dan demokratik,berdasarkan al Quran dan Sunnah.Saya yakin ada pihak yang sedang menunggu untuk mengambil kesempatan untuk menangguk di air keruh,melihatkan keadaan politik dan pentadbiran negara yang jelas sama sekali tidak stabil.Siapakah dia/mereka??Wallahualam...



Rujukan:

Mohamed Hanipa Maidin
Abdul Kadir Jasin
Bendahara Tun Perak



Dr M in Hard Talk's Interview

Berikut adalah petikan rakaman daripada siri wawancara Hard Talk anjuran stesen penyiaran televisyen BBC,Britain bersama Tun Dr Mahathir(TDM).I think the interview is quite interesting and sangat menarik utk ditonton,direnung dan difikir-fikirkan bersama sahabat-sahabat yang lain.To make it more interesting,ana suggest antum semua baca ulasan allahyarham Rustam A. Sani berkenaan wawancara ini diblognya,but preferably after watching all these videos.

Yang menjadi "pull factor" untuk saya pos entri kali ini kerana saya merasa keliru dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh TDM.Kenapa,apa yang TDM cakap contradicts from what I have heard before?

Kenapa dalam satu video dia mengaku Dato' Seri Anwar Ibrahim(DSAI) telah dizaliminya ketika dia memegang tampuk pemerintahan dulu,and this video pulak cakap DSAI is guilty,and that's why dia disumbat dan dihumban ke dalam lokap??!

So which one is the true statement???

More questions bombarding my head..

Apakah video yang menidakkan kesalahan DSAI itu telah diedit secara "melampau" seperti yang yang dikatakan oleh sesetengah pihak sehingga menyebabkan penontonnya silap faham??Atau kesalahan ini perlu disandarkan kepada saya kerana analisa dan interpretation yang misleading??It might be,saya pun masih memiliki banyak kekurangan dan kelemahan yang perlu diimprove..

Ataupun...mungkin TDM sendiri yang miss something??Hurmmmm~

Duhhhh...people nowadays are more educated,cmon!!..Some of us will not blindly accept what we heard without doing further investigation first.Saya bukan nak pro parti mana2 or nak serang sesiapa,certainly no..But I'm totally against this attitude - putar belit ayat/fakta for the sake of him/herself.Saya cuba untuk berhusnuzon(berprasangka baik),malangnya t berjaya lagi..hehe!InshaAllah akan terus berusaha..

Dan ini juga menjadi sebab kenapa kami mahukan pemimpin yang adil,kerajaan yang berwibawa dan media yang telus!!Adalah menjadi fitrah bagi manusia untuk mencintai keadilan dan sebarang kebaikan,kerana kami sendiri diciptakan oleh Yang Maha Adil(Al 'Adl)dan Yang Maha Pengasih dan Penyayang(Ar-Rauf)

Wallahualam...



TDM Mengeluarkan Kenyataan Bahawa DSAI Bersalah [at 7:41]















TDM Mengaku DSAI Dizalimi dan Tidak Bersalah[at 1:00]