FUIYO 2009.Berusaha!

Fuiyo..

Laju sungguh promotion program FUIYO tahun ni ye?Well done,and keep it up guys!Semoga Allah merahmati kalian dan memudahkan segala urusan,inshaAllah.

Best wishes from me =)

-Yang mendoakan dari jauh-



Visit:http://fuiyo.iluvislam.com/

Menua

Semakin lama,semakin slow update blog ini.Ada sebab musababnya,namun itu semua tidak boleh dijadikan alasan untuk melepaskan diri.Sungguh,diri merasa bersalah kerana telah banyak mencuri masa rakan-rakan yang berkunjung ke blog ini.Mohon ampun dan maaf..Muhasabah untuk diri ini bahawa tanggungjawab 'berblogging' masih perlu digalas sebaik mungkin..Berani buat,beranilah tanggung..ye dok?

Saya sebenarnya baru sahaja pulang bercuti dari German dan Brussels bersama keluarga.Memandangkan tenancy di Riverside Point sudah lama tamat,saya terpaksa berteduh di rumah teman-teman dan alhamdulillah,kini saya 'menumpang kasih' di rumah Zaffan pula.(tq yer cik kak!).

Hari Jadi


kek 'buatan' pi'e

Usia saya meningkat lagi dari angka 22 ke 23 pada tanggal 13 Julai lepas.Bagaimanapun,terima kasih yang tidak terhingga buat teman-teman yang menganjurkan surprise birhday party sama ada di Dunkirk mahupun di Riverside.Minta maaf jika respon saya yang kurang memberansangkan anda;yang mungkin akibat kepenatan yang masih belum hilang,hehe..Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada teman dan sahabat handai yang menghantar mesej samada melalui facebook,instant messenger dan juga telefon.Sedikit sebanyak,tersentuh juga hati ini lebih-lebih lagi apabila ada teman yang cuba sedaya upaya menjadi insan terawal dan insan yang terakhir mengucapkan Selamat Hari Lahir pada hari tersebut.Tidak lupa,Happy Belated Birthday to Lisley Salimin (aka Gyl),Danish(adik Hazriq),dan Kak Ina (isteri UZAR) yang berkongsi tarikh harijadi mereka bersamaku.Dan yang paling penting,sekalung penghargaan buat ibuku,Zainab bt Ishak kerana bersusah payah melahir dan membesarkan anak gadisnya yang nakal ini.Semoga Allah melimpahkan rahmat,dan nikmat iman dan kesihatan kepada kalian semua,inshaAllah..

Graduation

I believe my graduation ceremony is so different when compared to the graduation ceremony back in Malaysia.Ours are very simple and precise.We have no rehearsals or even briefing for the graduation day.And no long talks from the chancellor and d gang as well (phew).Sadly,Intan Nadia tak sempat ambil gambar banyak-banyak sebab kelam kabut sikit on that day.But,nevermind..The exciting future is waiting ahead,and I should focus more on my future rather than thinking on such trivial things.




Maka,berakhirlah sebahagian daripada fasa kehidupanku..Kalau nak diikutkan,hampir setiap hari juga saya membilang umur,berfikir dan bermuhasabah;betapa cepatnya masa berlalu,dan betapa cepatnya saya menua.Wah,semuanya berlaku tanpa sedar dan tanpa kawalan (of course).Doakan juga agar saya mampu untuk beristiqamah dalam kebaikan meskipun dibebani dengan tambahan komitmen di masa hadapan.InshaAllah,masa depan yang lebih baik sedang menunggu kita dihadapan.






Dijangkiti Swine Flu?


Terdapat banyak hadith yg menerangkan bhw kesakitan (ujian) dapat memadamkan kejahatan dan menghapuskan dosa..

Diriwayatkan dr Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila Allah menghendaki kebaikan ke atas seseorang, Dia akan mengujinya dengan kesulitan..

Dan juga hadith ini

Diriwayatkan juga dr Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, bahaw aRasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Untuk setiap musibah, penyakit, keresahan, kesedihan atau kesakitan yg menimpa seorang Muslim – hatta luka yg disebabkan tertusuk duri – Allah akan menghapuskan dosa2 nya..



Sebentar tadi,saya baru sahaja mendapat berita bahawa beberapa peserta rombongan umrah yang saya ikuti tempoh hari telah dikuarantin sama ada di hospital atau di rumah kerana dijangkiti virus H1N1 i.e. selsema babi.Ini bermaksud ada kebarangkalian untuk saya mengidap penyakit tersebut juga memandangkan saya telah terdedah kepada virus yang sama sepanjang keberadaan saya di sana (ps:kat Nottingham pun dah banyak confirmed case actually).

Saya dah google dan menghubungi local doktor disini untuk mendapatkan maklumat lanjut serta nasihat berkenaan penyakit ini dan apa yang perlu saya lakukan sekarang.

Memandangkan saya telah terdedah kepada virus swine flu,adalah penting untuk kesihatan saya di monitor closely.So far,alhamdulillah masih belum ada any flu-like simptom,namun begitu saya masih perlu menunggu selama beberapa hari to see if I develop a fever (high temperature over 38C) with a cough,sore throat,headache or muscles ache.Buat masa ini,there's no need for me to isolate myself from other people as long as I remain well.Tetapi,jika anda merasa gusar dan bimbang untuk mendekati saya,inshaAllah saya faham,hehe..I am so sorry for any inconvenience,especially kepada sesiapa yang ada in contact dengan saya.Moga-moga keputusannya negatif,dan majlis graduasi serta ziarah keluarga kita semua berjalan lancar sebagaimana yang dirancang.

Doakan jua rakan-rakan yang telah dijangkiti virus swine flu ini cepat sembuh,dan dapat kembali menjalani rutin harian mereka seperti sediakala.







Addiction vs Relationship

A few days ago,I went to the supermarket and they played Dead and Gone by TI and Justin Timberlake.It reminds me of this dance (see below),as it is one of the best routine I have ever seen in life.The level of dancing skills,the creativity of the choreography and the emotional commitment portrayed are just awesome.Top of all,I actually love the strong message conveyed via the dance.It's just brilliant!Credit to Tabitha and Napoleon.



There are some strong words in the lyrics(to me,at least):

No more stress, now I'm straight,
Now I get it now I take
Time to think
Before I make mistakes
Just for my familys sake
That part of me left yesterday
The heart of me is strong today
No regrets I'm blessed to say
The old me dead and gone away.

Indeed,be wise in making decision and do remember your loved ones.Say no to drugs,alcohol etc that against the Islamic teachings.It's not too late repent,inshaAllah..as Allah, will surely run to us if we hold out our hand.


My House Was On Fire!

I was actually planning to write on my experience performing umrah for the next entry,but somehow,something much more interesting came up.My kitchen was on fire just now!Intan Nadia rasa macam tengok movie pula.I was so thrilled!

Sebenarnya,saya sedang sibuk mengemaskan barang-barang untuk shipping ke Malaysia sebentar tadi.Al maklum,kedua ibu bapa saya akan sampai ke UK pada tanggal 13 haribulan Julai ini,inshaAllah.Jadi,anakanda mereka perlulah membereskan semua urusannya sebelum menyambut ketibaan ayahanda dan bondanya itu.

Sedang saya sibuk mengemas buku-buku ke dalam kotak,tiba-tiba sahaja saya terdengar bunyi jeritan dan ketukan pintu yang bertalu-talu dari luar bilik Diana.Memikirkan mungkin flatmate saya yakni Intan Syaz dan Diana sedang berbual-bual tentang perkara yang menarik perhatian mereka,saya mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan jeritan tersebut.Namun,semakin lama,suara mereka semakin kuat dan… seakan-akan panik.”Something is not right here…”Lalu,saya perlahankan muzik di laptop dan terus meluru keluar.

Keluar sahaja dari bilik,fire alarm flat kami berbunyi secara tiba-tiba.Saya masih blurr lagi dengan apa yang berlaku,sehinggalah sesampainya saya di dapur dan melihat sendiri api yang menjulang tinggi di atas periuk dan hob;beserta asap hitam yang berkepul-kepul naik ke udara memenuhi ruang dapur kami yang sempit.Suasana sedikit cemas.Intan Syaz cuba untuk memadamkan api dengan menggunakan fire blanket malangnya usahanya tidak berhasil.Temanku seorang lagi ie Diana menggigil ketakutan;panik kerana ini kali pertama kami berhadapan dengan perkara sebegini.


fire extinguisher bertuah

Langsung saya mencapai fire extinguisher,dan menekannya. Alhamdulillah,saya sendiri tidak tahu dari mana saya mendapat kekuatan dan ketenangan dalam situasi ini.Cubaan pertama saya untuk memadamkan kebakaran gagal.Api dilihat semakin marak dan semakin galak menyambar barang-barang berdekatan.Melihatkan cubaan memadamkan api tidak berjaya,saya berusaha untuk memadamkannya dengan meniup api tersebut seperti meniup lilin di atas kek harijadi.Haihhh,kelakar sungguh...It’s a definite failure,of course.Akhirnya,saya melakukan cubaan memadamkan api buat kali kedua menggunakan fire extinguisher yang tersedia ada di flat kami.Syukur,api tersebut berjaya dipadamkan sepenuhnya.Dan benarlah kata pepatah Melayu yang biasa kita dengari; “berusaha tangga kejayaan” =D.

Teruk juga kerosakannya..Menurut pegawai hall kami,kebakaran ini dipercayai berpunca daripada hob yang terlampau panas.Pelik,kerana kalau tidak silap,tiada siapa di antara kami yang membuka dan manggunakan hob tersebut.Mungkin ada berlaku litar pintas,wallahualam…Apa-apapun,tiada guna kalau kita saling berprasangka antara satu sama lain lebih-lebih lagi setelah perkara ini telah pun berlaku.Apa yang lebih penting,api berjaya dipadamkan dan semua warga flat 29 sihat dan selamat.Alhamdulillah buat kesekian kalinya.


keadaan dapur kami sekarang

Terima kasih Ya Allah kerana menyelamatkan kami daripada kebakaran kecil sebentar tadi.Moga-moga Kau lindungi dan rahmati kami bukan sahaja di dunia,malah Kau selamatkan kami jua daripada azab api neraka di akhirat sana.Ameen...

Dan sedikit nasihat terakhir daripada saya;berikanlah sepenuh perhatian anda terhadap briefing fire drill di sekolah/hall/university etc.Jangan sekali-kali tidur atau cabut ye..hehe...Prepare yourself for anything - either good or bad encounters.

Wallahualam.



Layakkah Aku Menjadi Tamu Mu?


Hanya beberapa hari sahaja lagi saya akan berangkat ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah.Perasaan ini tiba-tiba sahaja berdebar-debar.Mungkin kerana ini kali pertama saya akan berkunjung ke sana.Mungkin juga perasaan ini timbul kerana mendengar cerita yang 'macam-macam' dari pada internet dan rakan taulan.Malu dan gentar apabila memikirkan betapa banyaknya dosa dan cacat cela diri ini.Moga jika ada ujian dan dugaan yang mendatang nanti,saya diberi kekuatan untuk menghadapinya dengan sabar,tenang dan ikhlas.Mohon para sahabat iringi pemergian saya dengan doa kalian.




Dalam kesempatan yang terhad ini,saya ingin menyusun sebanyak-banyak ampun dan maaf pada semua teman dan sahabat handai atas sebarang kesalahan, terkasar bahasa etc samada secara sedar mahupun tidak. Saya juga ingin meminta pelepasan atas sebarang bentuk hutang juga sebarang amanah yang tertangguh yang tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat ini. Saya juga memaafkan serta menghalalkan sebarang harta yg terhutang (sekiranya ada) kepada semua.

Masih belum terlewat untuk anda claim hutang dari saya (sebelum 27hb Jun;jika ada),tetapi sebaik-baiknya halalkanlah ia sahaja :P .

Dari Abu Hurairah r.a.,Nabi SAW pernah bersabda:

"Barangsiapa melepaskan seorang mukmin daripada kesusahan hidup di dunia,nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat,barangsiapa memudahkan urusan mukmin yang sulit,nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat....Allah akan menolong hambanya selagimana hamba itu senantiasa menolong saudaranya..." (HR Muslim)

Berkenaan dengan doa untuk disampaikan di raudhah dan baitullah,saya telah hampir siap mengumpulkan kesemua doa tersebut dalam satu koleksi. melalui email,text messaging etc.Sudah terbongkar akhirnya rahsia dan isi hati teman-temanku ini (hihi).Namun jangan risau,saya akan pegang amanah tersebut sebaiknya.Saya dahului dengan ucapan jazakumullahu khairan katheera atas kepercayaan yang diberikan.

Doakan agar ibadat saya diterima Allah SWT,dan dimudahkan segala urusan termasuklah perjalanan pergi dan kembali dari Tanah Suci Mekah.Moga-moga Intan Nadia binti Taib mendapat ketenangan yang dicarinya semasa permusafirannya di sana dan pulang menjadi individu muslim yang lebih baik dan bermanfaat kepada agama dan masyarakat.

Ameen.

Semoga berjumpa lagi.Assalamualaikum wbt..


Ada Apa Dengan Degree?

Asif kerana membiarkan blog ini bersawang lagi.Bukan sibuk penyebabnya,tetapi saya cuba memupuk diri agar tidak menjadikan internet sebagai menu utama setiap hari lebih-lebih lagi apabila sudah tidak terikat dengan pembelajaran.Masa yang terluang cuba digunakan sebaiknya dengan menziarah teman-teman,membantu adik-adik junior yang berpindah keluar dan lain-lain.Syukur,setiap ketika yang terisi membuatkan diri ini terasa berguna buat agama dan masyarakat. Semoga detik-detik yang berlalu itu mempunyai nilai dan mendapat barakahNya,ameen..

Keputusan Degree

Alhamdulillah,saya sudah menerima keputusan keseluruhan bagi BA in Management Studies.Keputusan yang biasa-biasa sahaja namun lafaz syukur tidak harus ditinggalkan.Sejujurnya,semasa dalam perjalanan ke kampus untuk melihat keputusan sijil ijazah di papan kenyataan,saya langsung tidak merasa cuak atau takut.Dalam bahasa yang lebih mudah, ‘tak ada perasaan’.Berlainan sekali dengan rakan saya yang mengomel di sepanjang perjalanan kami-mahu terjun bangunan,mahu terjun ke dalam kolam jubilee campus dan lain-lain.Semuanya gara-gara keputusan sebuah degree.Bisa membuat manusia mahu 'bunuh diri'..tsk!



Ada Apa Dengan Sebuah Degree?

“What’s the point of studying hard?As long as you pass or get decent marks,you will till be employed by your sponsor.” beritahu seorang teman,yang dulu sangat terkenal dengan dedikasinya terhadap pembelajaran di kelas.

Jangan terkejut.

Ini adalah antara kata-kata yang diluahkan oleh pelajar-pelajar bijak pandai di overseas.Saya tahu ramai di kalangan rakyat Malaysia khasnya adik-adik di sekolah menyanjung pelajar luar negara dan menjadikan kami sebagai idola,kami juga manusia biasa,ada kelebihan tersendiri dan kelemahan yang cuba dilindungi daripada pandangan umum.Jujur saya katakan bahawa ada sahaja dikalangan pelajar yang menuntut di luar negara ini tidak menggunakan potensi dan peluang yang dimiliki sebaik-baiknya (mungkin termasuk saya). Lebih malang lagi,jika ada dikalangan pelajar luar Negara yang kembali ke Malaysia bukan sebagai pembela tanahair sebaliknya meruncingkan lagi kegawatan moral di sana.Namun,untuk bersikap lebih adil,jangan dipandang serong kepada semua pelajar lepasan luar negara,sekalipun result mereka hanya cukup makan.They might become a respectful person (or richer,hihi) than we do once they have realised their capabilities; and work in the best system or working environment that fit them the most.

Ada teman-teman saya yang lain pula berpendapat,sijil degree hanyalah sekeping kertas.Tidak perlu dibangga-banggakan kerana yang penting ialah kebolehan melakukan sesuatu pekerjaan bila di alam pekerjaan kelak.Ramai graduan yang bijak pandai berjaya dilahirkan,namun bukan pekerja atau petugas yang berkebolehan.Jika graduan ini diminta untuk menjadi ketua atau diberi sebarang tugasan,ramai yang gagal untuk melakukannya dengan baik kerana kekurangan soft skills yang diperlukan.Kesimpulannya,tak perlulah kami belajar rajin-rajin sepertimana ketika membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan SPM atau A-Levels satu ketika dahulu.

I partly agree,memang ada yang graduan sebegini,bukan semua.Bahkan,isu ini ada dimana-mana;bukan sahaja di luar negara. Namun,apa yang paling saya tidak setuju ialah apabila alasan-alasan sebegini seolah-olah sengaja dicipta bagi menyedapkan hati masing-masing setelah mendapat keputusan peperiksaan yang kurang memberansangkan.Lalu usaha dan fokus yang diberikan tidak mencapai level yang sewajarnya.Mungkin alasan tersebut membantu anda merasa lebih tenang,namun untuk jangka masa panjang,saya tak fikir hidup dengan 'alasan' akan membawa anda maju ke hadapan dan cemerlang sebagai individu muslim.

Bukankah kita sebagai umat Islam dituntut untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan?Namun mengapa kita memilih untuk mengalah sebelum masuk ke medan tempur dan berusaha sehabis baik?Kenapa kita tidak kejar kesemuanya sekaligus-cemerlang akademik,ko-kurikulum,serta sahsiah dan akhlak terpuji?Sangat merugikan jika kebolehan ‘cream of the cream’ yang menjadi harapan rakyat tidak diasah sebaiknya semasa di peringkat universiti.

Kenapa Perlu Cemerlang?

Kita perlu cemerlang kerana kecemerlangan dalam sesuatu bidang mampu menyuntik semangat dan keyakinan diri dalam melakukan sesuatu perkara.Dengan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan/degree juga,inshaAllah,anda juga telah memberi inspirasi kepada rakan sekeliling secara tidak langsung serta menggalakkan pertandingan yang sihat dalam arena akademik.Apatah lagi jika anda turut tidak ketinggalan untuk aktif dalam lapangan lain seperti bidang kepimpinan,sukan,seni lakonan etc.Pasti ada yang terfikir dan mahu berusaha untuk menjadi sehebat anda.Qudwah hasanah yang ditonjolkan mungkin bakal menjadi titik tolak kepada permulaan hidayah kepada sahabat kita yang lain.Buat pelajar muslim khususnya,keputusan peperiksaan kita might be associated with our religion,Islam.Kita akan senantiasa menjadi duta kepada Islam walau dimana sahaja kita berada.Janganlah kerana dek kelemahan kita,nama baik agama turut tercalar sama.

Dengan memperolahi result yang baik juga,anda bukan sahaja menggembirakan hati diri sendiri,malah anda juga menggembirakan kedua ibu bapa,keluarga dan guru-guru yang mendoakan kejayaan akademik anda tanpa henti.Sponsor pun happy,hehe...(don't start dreaming for extra allowance :P).Again,sijil degree itu bukanlah sekeping kertas keras cantik semata-mata.Sijil tersebut bakal melakar riak wajah mereka yang dekat dengan kita.Making people smile and happy is a charity indeed.

adik Nik Nur Madihah,pelajar terbaik SPM 2008.

No doubt,keputusan peperiksaan yang baik memberi markah tambahan kepada anda dalam memohon pekerjaan yang diidamkan.Malah,berbekalkan ijazah yang sedia ada,anda telah memiliki sedikit sebanyak kuasa untuk mempengaruhi masyarakat sekeliling,lebih-lebih lagi bagi pelajar lepasan luar negara.Saya percaya bahawa kelebihan ini adalah amanah Allah,maka gunakanlah ia sebaik-baiknya.Dunia akhir zaman ini amat memerlukan individu-individu yang berkualiti dan berhemah tinggi untuk memimpin masyarakat kepada perubahan yang lebih baik.

Namun sebelum melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan cemerlang dalam bidang yang diceburi,ada baiknya jika kita merenung kembali niat asal menuntut ilmu selama ini.Make sure we are always on the right track:

Niat Belajar (antara reminder daripada Ustaz Kadir Al-Joofre)

Berapa ramai dikalangan kita yang belajar bersungguh-sungguh supaya mudah mendapat pekerjaan dan senang mengumpulkan harta dunia dengan sekeping pengiktirafan ijazah?

Berapa ramai pula yang belajar untuk menunjukkan dia lebih hebat,lebih pandai atau lebih alim daripada orang lain?

Berapa ramai yang belajar kerana mahukan dirinya dipuji dan dihormati?

Berapa ramai pula yang menuntut ilmu tanpa diniatkan langsung untuk balik ke tempat masing-masing bagi berjuang menegakkan agama Islam?

Apa-apapun,usahalah dengan bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan,sama ada anda suka ataupun tidak.Dalam konteks sebagai seorang pelajar,our core business is study.Soal hasilnya biarlah Allah SWT sahaja yang tentukan.Dengan ini barulah dapat kita tahu tahap kemampuan sebenar yang dimiliki dan inshaAllah merasa lebih puas dengan hidup yang singkat ini.At least,we know we have tried our best.

Kalau kalian mendapat keputusan peperiksaan yang memuaskan,lafazkanlah zikir memuji nama-namaNya…Sesungguhnya,setiap rezeki itu datangnya dari Allah.Ia tidak mungkin berlaku jika bukan kerana rahmat dan belas kasihanNya.Namun,jika keputusan yang diterima itu kurang memberansangkan mengikut pandangan umum,ketahuilah iaNya adalah kehendak Allah dan semoga kehendak Allah ini merupakan takdir yang terbaik dikurniakanNya kepadamu..

Kesimpulan

Pada hemat saya,proses untuk mendapatkan degree merupakan fasa penting dalam kehidupan.Benar,life is not only about studying,tetapi janganlah memandang sijil degree hanya dengan sebelah mata sahaja.Menganggap ia sebagai suatu yang remeh lalu tidak berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana yang dituntut agama.Lihatlah ia dengan mata hati dan akal yang kurniaan Allah SWT.Dengan itu,anda tahu apakah kalian belajar kerana mahu mendapatkan kejayaan di dunia sahaja atau berusaha mendapatkan degree bagi mendapatkan keredhaanNya.Moga-moga anda sedar bahawa setiap detik yang berlalu itu ada nilai dan harganya;termasuklah masa yang diperuntukkan untuk mendapatkan pengiktirafan ijazah di universiti.Tarbiah dari Allah tidak pernah berhenti.

Besides,what you see determines what you get.

Allah knows best.


WOW kembali menggegar

WOW bukanlah Bow Wow,seorang artis Hollywood.WOW bukanlah juga sejenis permainan tradisional,atau kuih muih alaf baru.Sebaliknya program WOW atau singkatan kepada Wonderful Overseas Weekend ini merupakan program pre-departure briefing anjuran iluvislam untuk mana-mana pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke luar negara khususnya UK dan Ireand.

Pada tahun lepas,saya telah menghadiri program ini sebagai fasilitator terjun.Ia sangat menyeronokkan meskipun terasa lelah dan penat dalam berkejar ke sana dan ke mari dan hidup sebagai si nomad.Boleh rujuk entri Perkongsian WOW yang terdahulu untuk membaca respon saya dan adik-adik lain yang turut sama menghadiri program tersebut.




Summer ini bakal menyaksikan WOW kembali lagi berentap bersama INTELEK dan iluvislam di Nur Sungai Merab,Putrajaya bermula 31 Julai sehingga 2 Ogos 2009.Kali ini,saya cuma mampu memberi sokongan dan berdoa dari kejauhan agar perjalanan program dipermudahkan.Saya tidak dapat hadir ke sana kerana tiket flight pulang ke Malaysia sudah di issuekan oleh Petronas semalam.InshaAllah,jika semua berjalan seperti yang dirancang,saya akan pulang kembali ke Malaysia pada 9 Ogos ini.

Jadi buat adik-adik yang bakal menjadi perantauan menggantikan saya,jangan lepaskan peluang ini untuk menimba ilmu dan berkongsi pengalaman daripada krew WOW 2009.You will be surprised to find how charming and friendly they are.Haha!

Last but certainly not the least,I present you a few videos to give you some ideas on what WOW is all about.



WOW's Closing Video from Wan Yusof N.E Wan Jeffery on Vimeo.


Selamat ber'WOW' semua...