Posted by
Intan
comments (5)
17hb Mei 2011 bersamaan 13 Jamadil Akhir,genaplah 5 bulan usia perkahwinanku.Bagi sahabat-sahabat yang belum maklum,aku telah mengikat tali pernikahan ini bersama jejaka pilhanku sendiri, Mohd Khairul Anwar bin Zahri , seorang bekas pelajar University of Sheffield yang lebih dikenali sebagai Roy.
Sejujurnya,sehingga kini aku rasa bagaikan tidak percaya aku sudah mendirikan rumah tangga.Sudah dikurniakan seorang suami dan mengikat MOU dengan beliau.Komitmen bertambah seiring dengan kematangan yang dibina secara semula jadi tatkala melayari hidup sebagai sepasang suami isteri. Rutin harianku juga turut berubah. Sejak berkahwin,aku sudah pandai pulang awal ke rumah dari pejabat.Berat badan bertambah mendadak memandangkan kebajikanku kini lebih terjaga.Dan yang paling best,aku sudah semakin mahir (sedikit) dalam menampal bedak di muka dan mencoles gincu ke bibir(susah oo,lol).
Bagi yang ingin mendirikan rumah tangga,sudah tentu membayangkan keindahan dan nikmat hidup di awal perkahwinan.Siapa tidak bahagia jika hasrat untuk hidup bersama dengan insan yang tercinta akhirnya terlaksana.Namun,tanggapan sebegini tidak semestinya benar untuk semua.Banyak cabaran dan pasang surut dalam rumah tangga yang perlu ditangani bersama,terutamanya bagi pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Antaranya:-
1. Sukar Untuk Menyatukan Pendapat.
Banyak pasangan suami isteri baru yang sering berkelahi dalam perkara-perkara yang kurang penting seperti pilihan perabot dan tempat makan. Masing-masing mahu mempertahankan ego sendiri dan merasakan bahawa pendapat mereka lebih baik daripada pendapat pasangan..Aku masih teringat pesanan Professor Dr Muhayya semasa menghadiri kuliah beliau di surau pejabat - “Better Be Kind Than be Right”..Mungkinsebenarnya, kita sudah berkali-kali melukakan hati pasangan tanpa sedar kerana mempertahankan pendapat kita yang dianggap lebih penting daripada mempertahankan keharmonian rumah tangga yang dipupuk bersama.Justeru,belajarlah untuk lebih berkompromi dan mengalah sekali sekala demi kesenangan pasangan.
2. Kewangan – Duitku Duitmu
Kebanyakan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga masih lagi tercari-cari cara yang terbaik untuk menguruskan perihal kewangan rumah tangga mereka.Soal belanja dapur,bil eletrik,bil internet,hutang kereta dan sebagainya boleh menjadi menjadi isu serius dan menimbulkan masalah besar dalam keluarga.Sikap terlalu boros dan terlalu berkira juga mungkin akan membuatkan pasangan merasa kurang senang dengan gaya hidup tersebut. Oleh yang demikian, suami isteri sewajarnya membincangkan masalah dan pengurusan mereka secara terbuka sejak awal perkahwinan lagi.Soal tabungan juga tidak boleh dilupa.
Kadang-kadang kita sering terlupa bahawa perkahwinan ini adalah satu ibadah.Lagi banyak kita memberi kepada pasangan dan keluarga,lagi banyak lagi pahala dan ganjaran yang dikurniakan Allah SWT. Ingatlah, setiap rezeki adalah milik Allah SWT. Mohonlah kepadaNya. Disamping itu, bahagikanlah tugas pembayaran bil ini secara adil dan saksama mengikut kemampuan pasangan.
3. Sukar Meninggalkan Gaya Hidup Bujang
Seringkali kita mengharapkan pasangan untuk memahami gaya hidup kita mendirikan rumah tangga.Sebelum ini kita mungkin bebas beraktiviti bersama rakan-rakan ,bekerja hingga lewat malam,menghias kereta berhabis-habisan dan sebagainya.Sebaiknya,fahami kehendak dan keperluan keluarga,dan luangkanlah lebih masa yang berkualiti bersama mereka.Pada masa yang sama,mereka yang masih bujang dan belum berkahwin juga perlu memahami dan menghormati keadaan sahabat mereka yang sudah membina masjid.
4. Sukar Bergaul Dengan Keluarga Mertua
Berkahwin dengan pasangan turut bermaksud ‘berkahwin’ dengan keluarga pasangan,khususnya ibu dan bapa mertua yang perlu disayangi dan dihormati seperti ibu bapa kita sendiri. Maka ,sebagai seorang ahli baru dalam keluarga pasangan,kita perlu pandai bergaul dan membawa diri.Setiap orang tentunya berbeza tahap pergaulannya.Ada yang pemalu dan pendiam,sukar untuk memulakan sesuatu perbualan sehinga dianggap sombong di kalangan keluarga mertua. Ada juga yang peramah dan bermulut becok.Justeru,adalah amat penting bagi kita untuk meminta pasangan memberi pemahaman yang sewajarnya kepada keluarga mertua tentang sikap kita bagi mengelakkan timbulnya salah sangka.Seiring dengan usaha tersebut,by hook or by crook,kita juga perlu belajar begaul dengan mereka.Mulakan dengan mencari titik persamaan antara kita dan mertua.eg:Menonton sukan bola sepak bersama atau berbicara tentang isu semasa (atau mungkin gossip-gosip semasa ).Jambatan hubungan ini perlu dibina secara kreatif dan diperkukuhkan dari semasa ke semasa demi menjamin keharmonian alam rumah tangga.
Solusi
Aku pernah meminta nasihat dan pesanan daripada sahabat serta ahli keluarga sebelum mendirikan bait al muslim ini.Antara beberapa pesanan yang biasa di berikan kepada ku adalah pesanan untuk sentiasa bersabar dan saling bertolak ansur. Mudah untuk diungkapkan namun sukar untuk dilaksanakan.Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ,ayat 187 yang bermaksud:
“Mereka wanita ialah pakaian bagi kamu,dan kamu juga adalah pakaian bagi mereka”
Dalam ayat di atas Allah SWT menggunakan perkataan ‘pakaian’ sebagai suatu analogi yang cukup indah bagi menggambarkan betapa eratnya hubungan yang semestinya terjalin antara pasangan suami isteri.
Mengambil pandangan Professor Dr Yusuf al Qardawi dalam bukunya Fatawa al Mar’ah al Muslimah(Fatwa-fatwa Tentang Wanita Muslimah),beliau menghuraikan beberapa makna ‘libasa ‘ dalam ayat tersebut sebagai penutup,pemelihara,pemanas,pembalut,perhiasan dan kecantikan.Sehubungan dengan itu,ia jelas menunjukkan bahawa kedua-dua lelaki dan wanita yang bergelar suami isteri harus mampu untuk menyediakan diri untuk menjadi pakaian terindah dan terbaik bagi mencerminkan imej dan identiti diri dan pasangan.
Buat teman-teman yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, ingatlah pasangan kita adalah milik Allah SWT. Jagalah amanah yang diberikan ini dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang.Semoga Allah SWT merahmati kalian.
Buat suamiku, terima kasih kerana sering menjaga,melindungi dan menyayangiku.sepenuh hati.Semoga Allah SWT menempatkanmu di kalangan orang-orang yang soleh dan berakhlak mulia di dunia dan di akhirat,inshaAllah.
PS:Most points were taken from Majalah Wanita and Majalah Solusi,and was edited by hubby,hehe.. =)
PS:Most points were taken from Majalah Wanita and Majalah Solusi,and was edited by hubby,hehe.. =)