Bukan Cinta Biasa





Yasu my dear friends !!~

Kaifa halukum?Alhamdulillah,ana bikhair...and I hope your are all well,and in the best of health and eeman when reading this entry,inshaAllah....

Anyway,what is the first thing that pops up into your mind when reading the title of this entry?Do you think that I am going to talk about love between male and female either before or after marriage?If you do,then...sorrylah,memang jauh terpesong sangkaan anda.Or do you think that I am going to write something which describes the sacred relationship between Al Khaliq and us?Or do you think of something else.?Perhaps,it is something different,untypical and extra ordinary...

Takpe-takpe,saja je nak tanya,sebagai mukaddimah...But,I do believe every person in this world are "hungry".Yes,every person in this world is hungry for something,be it recognition,companionship,understanding,love-The list is endless..!When talking about Love,I suddenly remember these 2 videos.Aside from the love between The Almighty Creator and His Creation,I perceive that these videos demonstrate what true love and friendship are...

Warnings for all soft-hearted people out there,bring your hankies out..!Hahaha... Happy watching =)








Narrated Abu Hurairah RA:I heard Allah's Messenger SAW saying;

"Allah has divided mercy into 100 parts and He kept 99 parts with Him and sent down one part on the Earth,and because of that,one single part,His creatures are merciful to each other,so that even the mare lifts up its hoof away from its baby animal,lest it should trample on it" [Sahih Bukhari]


PS:Yasu means "Hello" or "Hye" in Cyprus.I have just learnt this word from my flatmate,Kristie.Nanti bila Cik Intan belajar tentang vocabs of other languages lagi,I'll put them on blog,inshaAllah..

Jangan Takut Untuk Bermimpi...

"OK,Intan..cuba bagitahu cikgu,apa yang kamu nak jadi bila dah besar nanti?"

Puan Rohaya,guru Bahasa Melayu saya yang juga merangkap guru kelas 1 Hijau mengajukan soalan di dalam suatu sesi 'interview' kecil-kecilan di dalam kelas.Hari ini kami diminta untuk memikirkan cita-cita kami sesudah besar nanti untuk diisi dalam borang maklumat diri.

Saya buntu sebentar.Dikala hampir separuh daripada ahli kelas 1 Hijau mahu menjadi doktor,saya langsung tidak mempunyai cita-cita yang tetap sebenarnya.Akan tetapi, saya mempunyai kecenderungan untuk berangan-angan yang tinggi.Saya mahu menjadi seorang yang hebat dan dapat menyelamatkan dunia,seperti mana watak hero di dalam TV dan komik-komik yang saya baca selama ini.




Mimpi Seorang Anak Kecil

Di waktu umur yang masih hijau,saya menyimpan impian untuk menghantar nasi bungkus Mok Joh berdekatan rumah kepada penduduk Bosnia dan Palestine yang sibuk berperang ketika itu.Di kala manusia sedang sibuk berbicara tentang pencemaran alam sekitar dan berlaku penipisan lapisan ozon hasil pengeluaran gas CFC,cita-cita saya pun turut berubah.Kali ini saya mahu menjadi seorang inventor; saintis wanita yang mampu merekacipta alatan futuristik yang dapat membantu membendung masalah pencemaran alam sekitar untuk kebajikan generasi masa hadapan.

"Cikgu,saya dah fikir masak-masak.Saya nak jadi pegawai pelindung haiwan dan alam sekitar,perekacipta atau suri rumah tangga."

Puan Rohaya hanya tersenyum lalu mencatitnya satu persatu diruangan kosong.Selepas sahaja tamat 'interview' tersebut,saya dikerumuni kawan-kawan sedarjah yang ingin tahu apa jawapan yang saya berikan pada Puan Rohaya.Namun,setelah diberitahu akan cita-cita saya itu,saya digelakkan kebanyakan mereka.Apetah lagi kerana saya menyebut suri rumah tangga sebagai kerjaya yang ingin dikejar.Respon yang lebih kurang sama juga diterima apabila hasrat ini diberitahu kepada keluarga di rumah.


Ternyata,masa berlalu dengan pantas,dan kini umur saya bakal menginjak 23 tahun pada 13 Julai yang akan datang, yakni 3 hari sebelum majlis graduasi berlangsung.Terlalu banyak perkara yang telah berlaku dalam tempoh masa 16 tahun ini.Jika mahu dibandingkan antara cita-cita saya semasa kecil,dan kerjaya yang bakal saya miliki selepas graduasi,cukuplah jika saya katakan ianya umpama langit dan bumi.Langsung tidak tercapai dek akal saya akan perancangan Allah SWT yang Maha Sempurna.Hasilnya,saya belajar hikmah redha,sabar dan syukur...Bila direnungkan kembali,sebenarnya semua kerjaya sama ada yang saya suka ataupun tidak;semuanya memiliki suatu persamaan.

They all share the SAME VISION!!

Saya masih mahu dan mampu untuk menjadi seorang yang hebat dan mampu menyelamatkan dunia(lol,tak putus asa lagi ok!).Cuma kali ini impian itu mungkin lebih realistik dan much more acceptable.Maksudnya disini,saya akan menggunakan setiap ruang dan kapasiti yang ada untuk menyumbang kepada masyarakat,tidak kira apa jua karier yang bakal saya miliki selepas ini - doktor,CEO,akauntan,suri rumah,pemilik kedai mamak,atau apa-apa sahaja.Pasti ada ruang yang membolehkan kita untuk membantu masyarakat sama ada dalam bentuk tenaga fizikal,financial dan lain-lain.Dan kesempatan itulah yang akan saya grab sebaik mungkin.InshaAllah...

Truly,Allah is the best planner of all,there is no doubt about that.We can only put our best effort,pray to The Almighty and tawakkal.I believe that His gift to us are our potentials (regardless of what we are going to become in the future).And our gift back to Allah is what we do with those potentials.Setuju?

Helen Keller pernah disoal,"What would be worse than being born blind?" Dan beliau menjawab,"To have sight without vision."




Mempunyai Visi Yang Jelas dan Istiqamah

Look around you now,and see what is happening to others.There are too many people nowadays yang takut untuk bermimpi.Takut visi murninya itu digelakkan,dan takut untuk mencuba sesuatu yang diluar kebiasaan sesebuah masyarakat.Siapa yang bertanggungjawab menjadikan mereka takut untuk membina impian sebenarnya?People are fickle,and dreams are fragile.Thus,a vision needs support,bukannya diperlekehkan,apetah lagi disekat secara total (*cough*provided it is not against the teaching of Islam).

Look within you,and ask yourself,what do you feel?Do you have any vision in life?Are you a person with vision,or are you just another visionary person?There is a vast different between these two that I have mentioned.Quoting from John C Maxwell:

  • A person with a vision talks little but does much.
  • A visionary person does little but talks much.
  • A person with a vision finds strength from inner convictions.
  • A visionary person finds strength from outwards conditions.
  • A person with vision continues when problems arise.
  • A visionary person quits when the road becomes difficult.

Look above you,what does Allah expect from you?I leave this question for you to reflect and think by yourself...

But believe me dear,just don't be afraid...Have a vision in life dan do not be scared in dreaming something.Best of luck people!



Now Everybody Can Fly!!


PS:Is there any difference between vision and dream?If there's any,sorila...it's just the same to me..haha!



Fakta Menarik Tentang Ryanair

Alhamdulillah,coursework pertama [Career Management and Development] sudah hampir siap.Hanya tinggal final touch up sahaja.Saya fikir elok sahaja jika diteruskan dengan coursework kedua [Strategic Management II],kerana masa untuk menyiapkannya semakin suntuk.Jika untuk CDM,saya membedah siasat tentang diskriminasi yang berlaku ditempat kerja antara ahli akademik lelaki dan perempuan di higher education Malaysia,untuk coursework kedua ini pula saya perlu menyiasat tentang strategi yang digunakan oleh sebuah organisasi yang dipilih oleh saya,yakni Ryanair Plc.Syarikat ini merupakan sebuah syarikat penerbangan 'tambang murah' ie Low Cost Carrier yang amat popular di serantau UK dan Europe.Boleh rujuk websitenya di sini:www.ryanair.com



Memandangkan saya sudah menjalankan beberapa siri of research tentang Ryanair Plc sebelum ini,maka rasanya tidak salah untuk saya berkongsi beberapa info menarik untuk para peminat Ryanair atau LCC yang lain.

1.Lagu Tema dan Maskot Ryanair Pujaan Ramai





2.Recent Expose on Ryanair-must watch ok?!!



Sejujurnya,sebagai seorang customer Ryanair,dan juga pelajar jurusan business and management,saya merasa tawar hati untuk memberi sokongan kepada perniagaan mereka setelah mengetahui dan memahami kebanyakan taktik licik yang digunakan oleh Ryanair untuk memaksimakan profit mereka.They are indeed very brilliant in one aspect,tapi jika dilihat dalam konteks yang lebih meluas,masih banyak kelemahan dan lompang-lompang yang perlu di perbaiki.

You cannot rate the success of the company only by looking at the figures of its profit in the annual report.If a company only thinks about profit,and compromising their ethics and other's safety in running the business,I personally don't think it is a good company [ps:I made this judgement based on the imperfect/incomplete info that I have with me currently].Furthermore,they keep passing the cost to the customers to gain more and more revenue.Saya tidak ada masalah dengan profit maximizing company,tetapi pada hemat saya yang agak innocent dalam bab business ini,strategi-strategi yang digunakan mereka sudah agak keterlaluan.For example:
  1. considering charging passengers for using toilet while flying-Reason:Kuranglah workers untuk cuci tandas sebab their turnaround is once in every 25 minutes (landing setiap 25 minit)
  2. suggesting that overweight customers should be charged more for their tickets
  3. overpriced food and drinks
  4. £2 "corkage" fee for passengers who bring their own food [masih dalam pertimbangan]
  5. a £3 charge to smoke in a converted toilet[masih juga dalam pertimbangan]
  6. launches in flight mobile calling.Passengers will be charged up to GBP 3 perminute for a call,around 40p for text messaging and up to GBP2 for emails.
  7. remove airport check in desk-Reason:tidak perlu hire pekerja untuk menjaga kaunter.Again jimat kos mereka!Namun,jikalau anda menggunakan service check in airport,they will charge you GBP 10 per one way.
  8. baggage charges yang mahal-GBP 15 per one way
  9. and many more.Anda boleh fikir dan lakukan research sendiri.Boleh juga cek advertisement mereka yang penuh kontroversi jika mahu..[Pada tanggal 9 April 2008,telah diumumkan bahawa 9 advert Ryanair telah di banned dalam masa 2 tahun]

As a result,they earn approximately GBP650 million per year for the extra charges!Phew,that's a lot my friends~

I wonder now,what are Ryanair's next strategy to increase their annual profit and sustaining their position as market leader after this.And how will the other short haul flight's company like Easyjet,and BMibaby will react to Ryanair's low cost strategy.Price War?Monopoly on certain routes?Oh well,..this should be interesting!!

Saya mungkin kelihatan jahat,seolah-olah mahu memburuk-burukkan imej Ryanair kepada anda semua.Tetapi saya percaya bahawa sebagai seorang pengguna yang bijak dan rasional,anda mempunyai hak untuk tahu tentang kebenaran ini dan anda berhak untuk membuat pilihan sendiri setelah mengetahui kebenaran tersebut.

Saya akhiri entri ini dengan sebuah video berkenaan Ryanair yang kelakar.Dan saya juga memohon kawan-kawan untuk mendoakan saya agar berjaya menyiapkan coursework ini in time.Ameen!





Oh,sebelum terlupa!They also call blogger as lunatic too!Click here.Agak-agaknya saya pun akan diserang pro-Ryanair selepas ini..Habislah kamu Intan Nadia,lol..


Meghsi Buku@TQ Very Much!


Heihei,inilah yang dinamakan rezeki...Dikala hidupku haru-biru,ada sahaja bantuan dan sokongan yang datang...Kecil tapak tangan,nyiru Cik Intan tadahkan,ehem..Lagipun,orang tua-tua bilang;rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari..makanan pula,tak elok kalau tak dihabiskan.



Pizza yang mereka buat sendiri,wahh!



Kek coklat dibuat dengan penuh kasih sayang.....sob!

Semoga makanan-makanan ini dengan izin Al Razzaq akan menjana tenaga yang berterusan kepadaku untuk menyiapkan coursework Career and Diversity dan Strategic Management II yang cukup menguji kesabaran dan keteguhan jiwa ini..ececehhh..

Thank You korang!!! (>_<)<--muka redha dan happy dapat makanan sodap yang free..

And O My Lord,The Most Beneficient and The Most Merciful..Please give Your blessings to my fellow sisters,and grant them prosperity in wealth,health and eeman...ameen.

Regards;
INT yang sedang makan dengan gembira.She is very happy indeed for all the blessings and love around her..All praise goes to her Lord...subhanallah~*

Not Afraid To Stand Alone



Ini merupakan teknik memboostkan semangat (yang entah ke berapa) untuk bersabar dan terus berusaha menyiapkan coursework final semester...Fuuuhhhhh!Banyakkan bersabar Intan..once you have done with these 2 courseworks,the rest will be much,muuuuuuuuuuuch easier..inshaAllah,ameen!

By the way,this is a track from Native Deen;which consists of 3 young African-American men who were raised as Muslims in America. They have emerged as one of the leading Islamic Nasheed groups and have inspired an international fan base.Love the uplifting message of Islam!





I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Single mother raising her children
And Now she's a Muslim
Started praying and wearing a headscarf
It Was a healing for her heart

Struggling with no one to lean on
But with prayer she would be strong
Had a job but then she was laid off
Got a better education and it paid off

She was called for a job that she dreamed of
Close by, great pay -she was in love --
They brought her in -- told her shes the 1 pick
You got the job, but you gotta lose the outfit"

It's a tough position that you put me in
Cause look at my condition, and my two children
But I'll continue looking for a job again
Cause my faith and my religion I will never bend

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Peer pressure, they were insisting
And I was resisting
Some days.... I felt I would give in
Just wanted to fit in

I know.....when I'm praying and fasting'
They be teasing and laughing
So I called to my Lord for the power
For the strength every day, every hour...

one day there's a new Muslim teacher
Single mom and the people respect her
Just seeing.... her strength I get stronger
They can break my will no longer

You don't see me sweatin' when they're jokes cracking
Never see me cussing' with my pants saggin'
I aint never running Yo Im still standing,
sorry I aint jumping on your band wagon, cause...

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Now, I'm a tough one, who can bear their blows
The rest play dumb, they don't dare say no
Scared of being shunned, but its clear they know
I aint never gonna run, I aint scared no more....

Man, these sisters be resolute
Never stressed when the rest say they wasn't cute
And the get the respect of the other youth
Come best with the dress yo and thats the truth

These sisters are strong gonna hand it down
So me Im a brotha gotta stand my ground
No fear, Im tough Im the man in town
Peer pressure no more, its my planet now

Others may fall, but Im hold my own
With Allahs help I'll be strong as stone
And I'll be the one to let Al Islam be shown
Cause I am not afraid yo to stand alone

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Review Buku Formula Solat Sempurna



Field: Islam
Title: Formula Solat Sempurna
Author: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Publication: Telaga Biru
ISBN: 978-983-3494-98-9
Rating: 4/5
Level: Beginner
Reviewed by: Intan

Semakin jauh kita berjalan di merata pelusuk bumi,kita akan melihat pelbagai ragam manusia bersolat.Ada yang dilakukan atas dasar kejahilan.Kebanyakannya menjadi pak turut atau mewarisi ajaran daripada nenek moyang mereka.Perkembangan Islam membawa kepada perkembangan perkara-perkara furuk(ranting) yang wujud dalam ajaran Islam kerana makin jauh daripada sumber asal iaitu Rasulullah SAW.Jauh dari segi faktor zaman juga menghambat amalan solat yang tulen.Maka,pengarang yang juga merupakan pemilik kepada website http://zaharuddin.net telah merumuskan cara solat sempurna seperti yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW yang dengan merujuk sumber tradisional dan kontemporari.

Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat sesuai untuk masyarakat dari latar belakang yang pelbagai termasuklah mereka yang mempunyai pengetahuan yang minimum dalam kefahaman syariah.Buku ini dibahagikan kepada 5 bab yakni:

1. Persoalan taklid mazhab dan mencampuradukkan mazhab

2. Maklumat asas berkaitan solat

3. Tatacara solat berkualiti

4. Zikir dan doa nabawi

5. Hakikat dalam mendapatkan khusyuk dalam solat.

Menariknya,selain daripada merungkaikan tatacara solat mengikut pandangan para ulamak fiqh daripada 4 mazhab utama ahli sunnah wal jamaah iaitu Hanafi,Maliki,Syafi’i dan Hanbali,pengarang juga menyisipkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan dalam memperoleh khusyuk dalam solat.Kesan kerosakan akidah dan kepercayaan (bomoh dan ramalan,terlibat dalam gejala sihir,tangkal azimat,kepercayaan zodiak etc) dan pengambilan makanan,minuman dan pakaian daripada harta haram memberi kesan kepada munajat dan doa seseorang.Di dalam buku ini juga pengarang menekankan dosa besar yang melibatkan harta haram termasuklah dosa riba(2:278-279) dan dosa rasuah/sogokan (2:188) yang mana selalu dipandang remeh oleh masyarakat.

Kesimpulannya,buku ini amat bagus dan 'wajib' untuk dijadikan bahan bacaan semua setelah diambil kira dari semua aspek termasuk penggunaan bahasa mudah,isi yang komprehensif,tulisan yang bersaiz besar,glossari dan gambar-gambar yang memudahkan pembaca memahami tatacara solat sempurna.



Beware,Shaytans Are Whispering!

MashaAllah..

I really-really-really want to share this with you guys!Credit to Azim for the link to these videos.Watch for yourself,and you will find how informative these reminders are..

1)Don't Wear Hijab,You Look Ugly!



2)Check Out These Sexy Girls



3)A Video Blog From Shaytan To You



Di suatu sesi bersama adik-adik usrah Santai Broadgate,kami pernah berbincang tafseer Surah An-Nas,dengan merujuk Tafsir Ibnu Katheer dan juga nota Usrah Sister Fullah.




1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.

2. "Yang Menguasai sekalian manusia,

3. "Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia,

4. "Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul tenggelam, -

5. "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, -

6. "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".

Justify Full
Di dalam surah An-Nas,ia menjelaskan bahawa Allah SWT memiliki sifat Rububiyah (Lord of Maknkind),Al-Malik (King of Mankind) dan Ilahiyah (God of Mankind).Dia memerintahkan seluruh makhluknya(that includes us!),untuk memohon perlindungan daripada kejahatan yang tersembunyi,iaitu syaitan;yang diantara sifatnya adalah melemparkan bisikan jahat dan hasutan ke dalam hati manusia.

Rasulullulah SAW pernah bersabda;"Tiap -tiap orang di antara kalian telah disertakan syaitan yang akan mengganggunya."

Para sahabat bertanya,"Bagaimana dengan kamu,wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab,"Ya termasuk aku.Akan tetapi,sesungguhnya Allah telah membantuku,maka aku terhindar dari syaitan itu.Allah juga tidak menyuruhku kecuali untuk melakukan kebaikan."

Hadis ini dipetik daripada Riwayat Muslim.

Setiap manusia pasti memiliki syaitan yang sungguh 'setia' mendampingi mereka.Syaitan-syaitan berbisik dengan meniupkan hal-hal jahat pada hati manusia ketika sedih mahupun gembira.Sungguh 'setia' tanpa mengira masa dan ketika.Sister Fullah,wanita Algeria yang menjadi naqibah kami untuk halaqah anjuran Nottingham Islamic Society pernah memberitahu,jika surah An-Nas dibaca dengan cara sebutan dan tata tertib yang betul,kita dapat lihat dan rasa sendiri satu lagi mukjizat al-Quran.Bagaimana,each of these ayat ends with 'SSSSSS',and it indeed sounds like people whispering!Sangat kena dengan tema surah ini-to seek protection from shaytan,the evil of the whisperer.Cantik tidak cantiknya al Quran,setiap penggunaan perkataan,susunan ayat,surah,pengulangan ayat,cara sebutan dan sebagainya..ia sebenarnya mempunyai maksud dan kepentingan tersendiri.Alangkah beruntungnya bagi mereka yang mengerti dan memahami hikmah Bahasa Al-Quran ini.

Moga-moga kita terlindung daripada tipu muslihat syaitan yang durjana ini.True,they have lived for thousand years,and had acquired various knowledge and skills in seducing people to do sins and wrongdoings.But we,have the Holy Book,and we have sunnah of the Prophet to guide us to the right path.I strongly believe,if you take a stand to fight these evil whisperers,then Allah will give you strength.And if Allah is standing with you,then nobody can stand against you..!




Ketahuilah jika hati manusia mengingati Allah,maka syaitan ini akan mengecil dan dapat dikalahkan.Namun,jika hati manusia lari daripada mengingati Tuhan Yang Maha Esa,maka syaitan-syaitan ini akan menjadi besar.(Saya ringkaskan sebuah hadis riwayat Ahmad,dan dicatat oleh Imam-imam hadis seperti Imam Malik,Imam Ahmad,Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Rujukan:

Tafseer Ibnu Katheer:Surah An-Nas
Sister Fullah's words of wisdom
Encik Youtube yang banyak berjasa,JIKA kita menggunakannya untuk perkara yang bermanfaat di waktu yang tepat



Kalau Nizar Kalah

Satu perkongsian untuk semua.I found this in Lim Kit Siang facebook.So,let us prepare for the worse,but hope for the best!Walaupun terasa video ini mungkin sedikit poyo,but I can't imagine what will happen to Perak after this; if Pakatan Rakyat lose in the small election at Bukit Gantang tomorrow..Thus,pray harder!Dan sila lah balik untuk mengundi bagi mereka yang berkenaan.



PS:Undilah dengan bijak!

Teori R.A.H.M.A.N.

Pernahkah anda mendengar teori ini ?

Saya masih ingat,teori ini amat popular ketika saya disekolah rendah.Teori yang kononnya meramalkan siapa yang akan menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia,mengikut susunan huruf "RAHMAN" itu.

As R denotes for Rahman ie Tunku Abdul Rahman.A for Abdul Razak,H for Hussein Onn,and M for Mahathir.Likewise,subsequent A for Abdullah Badawi dan esok hari..teori "RAHMAN" ini bakal terbukti dan disokong sekali lagi,dengan perlantikan Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke-6,yang mengisi ruang huruf yang terakhir,yakni huruf N.

How coincidence!

Namun,ketahuilah bahawa di dalam dunia ini tiada yang berlaku kerana 'kebetulan' @ 'coincidence' semata-mata.Semuanya dalam lingkungan perancangan Allah Yang Maha Esa(25:2).Moga-moga kita semua terlindung daripada mempercayai perkara-perkara khurafat yang boleh merosakkan akidah Islam,ameen..




Ucapan khasku buat Pak Lah,terima kasih di atas segala sumbangan Pak Lah yang membawa kebaikan dan kemajuan kepada masyarakat secara total.Saya yakin Allah akan membalas jasa dan pengorbanan Pak Lah dengan sebaik-baik ganjaran,inshaAllah..Kepada Dato' Seri Mohd Najib,tahniah dan takziah saya ucapkan.Semoga peralihan pucuk kepimpinan ini bakal membawa kebaikan. Yang tidak mahu kebaikan berlaku hanyalah penentang tegar Mohd Najib dan kerajaan yang dipimpinnya.

Quoting Abd Kadir Jasin:

Dengan suasana ekonomi dunia yang sangat muram dan ramalan ekonomi Malaysia yang negatif, tugas dan tanggungjawab Mohd Najid sangatlah berat.

Tidak seperti Abdullah yang mengambil alih ketika ekonomi teguh dan politik negara stabil, Mohd Najib mewarisi ekonomi yang lemah dan politik yang kucar-kacir.

Kalau Mohd Najib berjaya menstabilkan ekonomi, mengurangkan kesan kemelesetan ke atas rakyat jelata dan mengembalikan kewarasan politik, dia akan dikenang sebagai penyelamat.

Tidak ada Perdana Menteri sebelum ini yang mengambil alih pemerintahan dalam suasana yang serba tidak kena seperti yang akan terbeban di atas baju Mohd Najib.

Now I wonder, teori apa pula yang akan muncul selepas ini??




Babysitting 3 Kids

Ahhaa...last time I received a few messages from friends asking me whether I am going to attend The Pre-Marriage Courses in Leeds,and they requested me to share the knowledge I acquired in my blog.Amboi-amboi,yakinje korang-korang ni ye...Walhal,I have made a promise to my friends to attend Nottingham Malaysian Night 2009 [read:trying to save some scenes,at least].Well,a promise is still a promise,and I had to keep it.


Sakinah and Saifullah

Selain menghadiri Pre-Marriage Courses dan forum dan talks yang berkaitan,saya sangat mengesyorkan untuk rakan-rakan sekalian bekerja membaby sit anak-anak postgraduate,atau lebih bagus kalau membantu mereka tanpa menerima sebarang upah.Ilmu,tarbiah,pengalaman,pendedahan,peluang mengejar pahala dan macam-macam perkara lagi yang anda boleh dapat hanya dengan meluangkan sedikit waktu dengan menjaga dan mendidik anak-anak ini.Bayangkan,jika tangisan seorang bayi sudah mampu mengajar kedua orang tuanya pelbagai perkara tanpa perlu berkata-kata seperti orang dewasa disekelilingnya.Apatah lagi,jika anak ini mampu berkata-kata dan meluahkan pandangannya menerusi perbuatan?

***************

Selepas menghadiri interview di London,saya terus bergegas menaiki train ke Loughborough untuk menjaga 3 kanak-kanak riang - Marwan [7],Saifullah [5] dan Sakinah [4],hero-hero dan heroin kepada Kak Anum dan Abang Syah.Turut direkrut ialah partner in crime saya dari Nottingham,yakni Elyani@El or Ellooo,The Happy Moo [Panggilan beliau yang lebih mesra tapi tak ramai yang tahu,hihi!Maafkan akak!:P]


menikmati keindahan musim bunga

Cabaran pertama kami adalah untuk menyiapkan mereka dan menghantar mereka ke sekolah yang berdekatan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.Keadaan menjadi rumit sementara apabila Saifullah melihat ummi dan abinya tiada di kamar,lalu menangis dan decide tidak mahu untuk ke sekolah,haha!Namun,alhamdulillah..berbekalkan sedikit ilmu nursery dan 'jampi-jampi 'berguna yang telah dihafal berdasarkan pengalaman menjaga kanak-kanak terdahulu,cabaran ini berjaya ditangani kami berdua dengan baik.

Sesudah menghantar Sakinah ke Playgroup di Burleigh Community College,kami menghantar pula Marwan dan Saifullah ke sekolah mereka yang hanya terletak sebelah menyebelah antara satu sama lain.Kali ini kami ditemani Kak Atiah,postgradraduate Loughborough University yang turut menghantar anaknya,Ilham ke sana.Sungguh gembira rasanya melihat kanak-kanak ini belajar dan bermain dengan riang,tidak seperti kanak-kanak di Malaysia yang seolah-olah telah hilang zaman kanak-kanak mereka kerana dihantar tuisyen merata tempat dan dibebankan dengan kerja sekolah yang banyak.Apalagi,tangan saya terus gatal mahu me'record' aktiviti Shake-Up,Wake-Up mereka atau dalam bahasa mudahnya,senam pagi sebelum bermula sesi persekolahan.

video

Oppps,maafkan komentator video ini yang memang di tahap amatur dan over excited.Well,actually there are two videos.Video yang satu lagi merakamkan saya ber"shake-up,wake-up" bersama mereka sambil memakai jubah,which I think is unnecessary to upload it for public.Besides,I can say that pada waktu itu saya mengalami kejakunan dan ke'excited'an yang nyata.

Anyway,menurut Kak Anum,kanak-kanak disini diajar membaca dengan membina imaginasi sendiri terlebih dahulu.Contohnya,jika mereka membuka dan membaca buku,kanak-kanak ini akan membina plot cerita mereka sendiri berdasarkan gambar-gambar yang tersedia di dalam buku.Ini sekaligus membantu perkembangan otak dan penggunaan deria penglihatan,sentuhan dan lain-lain yang dimiliki sebaik mungkin.This is what I think.Berbanding dengan sistem pendidikan di Malaysia [mengikut pengalaman sendiri,zaman-zaman muda dulu],kanak-kanak di ajar untuk membaca melalui sebutan perkataan,dan berlatih sehingga benar-benar lancar dan familiar dengan perkataan tersebut.

Education di UK juga tidak/jarang mengamalkan sistem homework,dan lebih bertumpu kepada social interaction and development dikalangan kanak-kanak..Mereka di ajar bermain games Mathematic secara online,bermain sukan seperti ping pong,dan memasak makanan yang mudah seperti pizza,menanam,membesar,dan menyayangi pokok dan tumbuhan yang dipertanggungjawabkan, etc.Aktiviti-aktiviti yang saya rasa sangat jarang dilakukan di sekolah-sekolah atau tadika di Malaysia![ke dah berubah sekarang?].Namun,apa yang saya notice, and based on my readings,kanak-kanak di UK jarang mengambil diet yang sihat sama ada di sekolah mahupun di rumah.Mereka lebih cenderung untuk mengambil makanan ringan.To add on this note,the number of overweight schoolchildren in the UK is almost two million, of which about 700,000 are obese, according to a study carried out by the International Obesity Taskforce [www.medicalnewstoday.com].


laptopku turut menjadi mangsa mereka

Yang paling menyentuh perasaan saya adalah apabila mengajar mereka mengaji al Quran.Saifullah tidak serius,dan asyik bermain-main.Di saat itu,barulah saya sedar setapa susahnya emak saya mahu mengajar saya membaca al Quran dahulu.Culas,dan ada sahaja alasan kreatif yang saya akan fikirkan,haha!Walaupun baru mencecah 7 tahun,Marwan selaku anak sulung cukup matang menegur Saifullah untuk tidak bermain dengan ayat-ayat al Quran."Nanti masuk neraka" katanya,hehe..bijak,bijak...Dan bermulalah sesi soal jawab bersama mad'u cilik untuk beberapa waktu.Antara soalan dan pernyataan yang diajukan beliau ialah:

1.Akak,is it true that our hands will talk for themselves once we have died?

2.What if kalau Marwan tak sengaja koyakkan al Quran,Marwan masuk neraka ke?

3.Akak cakap that Allah knows everything...Dia tahu kalau Saifullah conteng buku Marwan,kalau Marwan punch Saifullah.Bolehke dia ingat semua ni?

4.What is mumtaz?...Cemerlang??What is cemerlang??Marwan doesn't know much about Bahasa Melayu [ni selepas diberi pujian apabila he offered himself to help Saifullah to read Al-Fatihah,and he recited it very well]

Sedikit-sebanyak,ia menguji sejauhmana saya mampu memberi penjelasan yang rasional kepada mereka,dalam proses membentuk suatu foundation Islam yang kukuh.Bila difikirkan balik,terdetik rasa kasihan dan emphaty kerana mereka tarpaksa hidup dalam environment yang kurang membantu untuk memahami tentang Islam.Ditambah pula dengan language barrier,yang mungkin mengambil masa paling kurang 6 bulan untuk menyesuaikan diri [ it depends on how quick they are grasping the knowlege].Kelas KAFA diadakan di sesetengah tempat,dan ia adalah hasil inisiatif murni beberapa ahli postgraduate yang berkorban masa dan harta mereka demi memastikan anak-anak ini mempelajari serba sedikit mengenai asas-asas Islam.Oleh kerana syllabus dan teknik pengajaran yang digunakan di Kelas KAFA dan di sekolah di UK jauh berbeza,menjadi suatu cabaran yang besar kepada para pengajar KAFA di UK,untuk menarik perhatian anak-anak ini untuk berminat mempelajari agama.


membantu Marwan membuat origami

Jadi,sukalah saya untuk menyeru rakan-rakan membantu memesatkan lagi pengajaran KAFA di Bumi UK.Paling tidak pun,mungkin ahli undergraduate yang mempunyai masa extra lagi flexible ini boleh either menjadi tenaga pengajar atau turut sama duduk berfikir mencari cara yang lebih ampuh untuk membina suasana yang lebih Islamik untuk anak-anak ini membesar.Indeed,there are boons and banes in every systems.Yet,it is up to us to understand (and make others understand), and practise the positive side of the systems to get the most benefit of them;as long as the systems and the processes are permissible in Islam.


PS:Ini hanyalah pemerhatian saya selama 3 hari melalui sikap dan perkongsian cerita daripada kanak-kanak ini dan juga kedua orang tua mereka.Jadi,anda diminta untuk tidak membuat judgement dengan cepat dalam membandingkan sistem pendidikan yang disediakan di Malaysia dan UK kerana info dan observation saya yang sangat limited,ditambah pula dengan faktor-faktor lain yang mungkin turut menyumbang kepada pembentukan sahsiah kanak-kanak ini.

PS2:Teringat pada 6 orang anak saudara Cik Intan di Malaysia [3 nephews and 3 nieces].Moga mereka membesar dengan sihat sejahtera dan gembira...dan moga Kak Ja,Dina,Amni dan Sara dapat bersatu kembali dengan Abi mereka secepat mungkin;setelah sekian lama tinggal berjauhan [Cork-Malaysia]

Ameen..