Aku,Kerja dan Dot Dot Dot

Buat rakan-rakan yang ingin tahu tentang update diri ini..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah sekarang saya bekerja sementara di sebuah syarikat milik ayah di Kota Bharu,Kelantan.Syarikat tersebut asalnya mahu diwariskan kepada saya atas dasar penglibatan dan pengetahuan serba sedikit saya tentang dunia business,finance dan marketing.Apetah lagi,nama syarikat pun dah diletakkan nama Intan-‘Intan Edible Oil Sdn Bhd’.Suatu 'kebetulan' yang menjadi sebutan ramai...Namun begitu,saya telah berfikir masak-masak dan mengambil keputusan untuk menolak tawaran tersebut kerana saya mahu menentukan hala tuju hidup saya yang sendiri.Alkisahnya lebih kurang sama sahaja seperti yang anda telah lihat dalam drama-drama Melayu di kaca televisyen,cuma kali ini pelakonnya adalah kenalan anda sendiri =P


di satu sudut tempat ku bekerja

Selepas tamat peperiksaan SPM,memang Abah mahu kami adik beradik bekerja sementara dan berkhidmat dengan beliau bagi memajukan perusahaan ini.Tapi entah kenapa,saya kurang berminat.Saya ‘memberontak’ kerana merasakan diri ini dipaksa melakukan sesuatu yang saya tidak suka.Hasilnya,saya tiada pengalaman bekerja jika dbandingkan dengan adik beradik yang lain yang lebih agresif mencari wang dan pengalaman berurusniaga di syarikat abah.Mereka juga jauh lebih bijak bermain saham berbanding saya yang hampir 0 knowledge dalam arena ini;walhal saya mengambil jurusan bisnes di UK.

Kali ini saya mahu menebus masa dan peluang yang telah sengaja saya tinggalkan satu ketika dahulu.Saya mahu bekerja bersungguh-sungguh sementara menunggu tawaran daripada Petronas dan syarikat-syarikat yang lain.Untuk pengetahuan semua,setiap hari kecuali hari Jumaat,saya akan bekerja bermula dari pukul 8 pagi hingga 6 petang.Faktor kesibukan dan kepenatan merupakan antara faktor utama yang boleh menyebabkan kita rasa tersisih dan seterusnya futur daripada menyumbang kepada masyarakat.Ini belum dikira lagi komitmen terhadap suami dan keluarga di masa akan datang.Sekarang,barulah saya faham sedikit sebanyak mengapa alam pekerjaan dan keluarga menjadi suatu cabaran besar bagi seorang insan berjiwa pejuang Islam untuk terus beristiqamah dalam perjuangan yang dipilihnya.’Willpower without motivation’ tidak cukup untuk seseorang itu untuk terus kuat dan beristiqamah.I do believe that everyone needs motivation in order to get what they want in life.Be it self actualisation,love,security etc.Sokongan daripada teman-teman juga memainkan peranan penting agar diri kita tidak tergelincir dari terus melakukan peranan sebagai hambaNya.


antara barangan yang dijual

Tempoh hari,saya dilontarkan dengan suatu soalan daripada seorang teman.Beliau bertanyakan tentang bagaimana skills,pengalaman dan ilmu yang diperolehi saya setelah melibatkan diri dalam aktiviti dan program di UK membantu kerjaya saya di Malaysia.Saya masih belum bekerja secara tetap dengan mana-mana syarikat,namun alhamdulillah,penglibatan saya dalam beraktiviti di sekolah dan universiti banyak memberi impak yang positif bukan sahaja dalam kerjaya,malah dari sudut yang lain jua.

1. Lebih tahan lasak:Walaupun diasak dengan kesibukan,kepenatan dan stress bekerja (kadangkala),saya dapat menghadapi situasi ini kerana pengalaman berharga ini telah terlebih dahulu saya perolehi semasa berorganisasi di UK.Rintangan seperti malas,jemu dan putus asa dapat ditangani dengan baik.

2. Skil dalam berkomunikasi:Rutin harian memerlukan saya bertemu dengan bermacam-macam orang termasuklah pengurus-pengurus syarikat,pegawai bank dan kerajaan,para pekerja dan juga pelanggan syarikat sendiri.Penglibatan berprogram semasa menuntut di universiti khususnya telah menajamkan lagi soft skill yang sedia ada ,dan membantu saya untuk memahami sikap manusia yang pelbagai dan bagaimana untuk menghadapi mereka dengan sebaiknya.

3. Peningkatan keyakinan diri:Saya dah tak takut untuk travel jauh-jauh,berurusan dengan orang-orang yang lebih tua dan berpangkat dari saya,etc.

4. Sumbangan idea: Abah pernah meminta pandangan dan idea untuk membantu menguruskan masalah di syarikatnya terutamanya apabila berhadapan dengan ‘mischief’ workers.Alhamdulillah,sedikit sebanyak saya dapat berkongsi dengannya ilmu dan hal-hal pengurusan organisasi yang diperolehi bukan sahaja daripada lecture,tapi juga dari penglibatan dalam program dan aktiviti di UK.


Dunkirk Quiz with the locals

Ternyata penglibatan diri ini dalam program dan aktiviti di luar akademik bukanlah suatu yang sia-sia.Banyak faedah yang bakal diperolehi,jika anda bijak dan sanggup memanfaatkan peluang yang yang terbentang.Jadi,selaku seseorang yang sudah melalui peringkat universiti,dan baru menapak dalam alam kerjaya,saya sangat-sangat menyarankan untuk adik-adik di sekolah dan universiti untuk bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum tanpa mengenepikan soal ilmu dan pelajaran di institusi pendidikan masing-masing.InshaAllah,jika anda yakin dan bekerja dengan bersungguh-sungguh,anda pasti akan lihat hasil pelaburan anda ini di masa hadapan,tidak kira dalam apa juapun bidang yang anda ceburi kelak.

Wallahualam.

PS:Diamku bukan beerti lemah.Sepiku bukan bermakna futur..(ehe,walaupun sebenarnya dah hampir mandom tahap dewani :P)


9 comments:

Salam...

Alhamdulillah, penat2 kerja pitih masuk dok...Hehe...

Betul tu, mereka2 yang ke universiti perlu aktif juga dalam persatuan dan komuniti, dapat improve diri dan CV.:)

 

i wish i can have my own business one day..envy sama kamu cik intan..huhu~

 

salam mek na

huhu...baru real...kerja dan fikirkan tentang uruskan family..selama ni..kita dok ckp je ye dok?

apa pun, bekerjalah untuk Islam di mana kita berada. Biar setiap masa dilaksanakan dengan taqwa dan sabar ----> Pesanan untuk diri sendiri sebenarnya..juga terasa macam slow..maklumlah perlukan teman... Haish...mu dok jauh sgt! Cabaran-cabaran...

Caiyok Intan! Bukan dapat pitih semata-mata (woww..belanjaaaa)...latihan agar jadi businesswoman buat ummah..=)

 

Roy@x pres SMSA (fiwwit):

Oh,'pitih' masuk je pocket,alhamdulillah..But 'pitih' is just a temporary motivation.At least it doesn't really work on me.Lol.

Yup,takdelah kosong CV tu nanti.But apa2pun,you join the activities not only for the sake of CVs,but also to prove others who your real self eh?

At least,that's what I think...

kainz:

hmm,ramai juga yang mahu untuk end up doing business.I wish you all the best!

In the mean time,you can start researching now;which business suits you the most,which one can give you a good return etc.But the market may change through time.

Don't forget me when you have succeed yea?

PS:I don't intend to take over the company,as I have said earlier :)

 

'kita'??ehem ehem..

Takpe2,we will survive,inshaAllah...Ruang untuk menyumbang sentiasa ada,sekalipun kita rasa kita seperti berseorangan...sob!!(wat nada2 sayu sikit,lol).

Apa2pun,jangan lupa roger saya kalau ada apa2ye?Don't leave me alone,huhu...

PS:Nak belanja???Substitute money with massaging boleh?kui3~

 

erk..ada kerja kosong tak lagi? macam mana nak apply di syarikat bapa kamu tuh. erk..gaji berapa ya sebulan?

 

Terkejut pula blog ni jadi tempat cari kerja :P

But to answer your question,I think ada a few kekosongan lagi,but it's only for kerja-kerja yang memerlukan ketahanan fizikal seperti pemandu lori;handle kelindan(xsure ejaannya,but basically antara skop kerjanya ialah organizing the goods and make sure it's ready for delegation),dan penjaga stor(kot).

Gaji boleh dirunding.Kalau berminat untuk memohon,boleh sahaja datang ke pejabat di Salor,Kelantan.

Cuma saya rasa,kalau saudara mempunyai kelayakan yang tinggi,dan bercita-cita untuk meningkatkan tahap karier saudara,saya cadangkan saudara untuk memohon pada syarikat-syarikat besar yang telah lama establish :)

Apa-apa kemusykilan,boleh hubungi saya melalui email atau blog ini.

 

yup...saya sokong dgn apa yang cik intan katakan...bukan hanya untuk CV, tp peningkatan diri dan lain2 juga...

tp, 'pitih' sangat membantu memberi motivasi kepada saya...:D haha...

 

Jangan risau,inshaAllah kamu dapatlah kerja yang baik-baik nanti..Doa banyak-banyak dengan sabar dan ikhlas.Moga-moga Dia perkenankan suatu hari nanti.

Tapikan.....kelihatan Roy terdesak semacam je..Ada apa-apa ke ni Roy??Haha..

Anyway,selamat kembali ke tanah air.