Pantas sekali masa meninggalkan kita yang lena terleka.Pejam celik mata,sudah hampir sebulan rupanya aku bekerja; menyertai Corporate and Commercial Services,di Crude Oil Group Petronas secara rasmi.Masih segar di ingatan soalan-soalan yang diajukan semasa dipanggil untuk ‘chit chat session’,merangkap interview yang kedua selepas interview pertama yang berlangsung di London.Masih lagi teringat bibit-bibit kegembiraan dan kecemasan apabila diberitakan tawaran bekerja daripada Petronas.Rasa tidak percaya!Doaku akhirnya diperkenankan Rabbul ‘Alamin.
KENAPA AKU PERLU BEKERJA?
Namun begitu,kegiranganku tidak lama berlarutan.Sekarang,bilamana aku sudah berjaya mendapat tempat tempat di Petronas,aku mula hilang semangat dan konsentrasi.Aku selalu mencari motivasi yang kuat kenapa aku perlu bekerja.Kenapa aku mengambil langkah untuk makan gaji sahaja,sedangkan banyak lagi cara yang aku boleh lakukan untuk menyara hidup ini.Malah,mampukah aku menjalankan tugas dengan penuh ihsan dan ikhlas di sana?Aku kini sedang bekerja menguruskan harta dan amanah rakyat,berkatkah rezekiku jika ku gunakan kemudahan di pejabat (eg: internet,telefon,printer) untuk menyelesaikan kerja peribadi,walaupun ianya untuk dakwah?Tiba-tiba sahaja,pelbagai soalan datang menusuk benak pemikiranku dan ia meminta jawapan segera.Satu kepastian.
CABARAN DALAM BEKERJAYA
Rutin kerjaku bermula seawal jam 7 pagi,dan berakhir lebih kurang 8 malam setiap hari.Dan ianya diulang setiap hari kecuali hari cuti.Jika dulu aku boleh memilih untuk untuk datang atau tidak ke kelas universiti,kini tidak lagi.Kami diberi ‘annual leave’ hanya 14 hari,dan cuti tersebut mahu aku manfaatkan sebaiknya bila sampai waktu nanti.
Aku mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri.Mengenal suasana yang tidak pernah aku lalui selama ini.Cuba memerhati gerak geri dan cara berkomunikasi di antara kami.Akhirnya aku sedar dan membuat kesimpulan,banyak lagi perkara yang perlu aku pelajari terutama dari segi hubungan antara kawan-kawan sepejabat yang berbeza umur,jantina,pandangan dan perangai.Aku belajar untuk bersabar,berlapang dada dan menyuburkan sifat pemaaf sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.Jika subordinatesku melengahkan kerjanya,atau berbuat sebarang kesalahan,aku mengambil langkah untuk memandu mereka sekadar perlu.Mengkritik,marah mahupun merajuk tidak akan membantu membentuk kerjasama yang dimahukan,lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan mereka yang jauh lebih berumur dan berpengalaman.
To forgive is the highest, most beautiful form of love. In return, you will receive untold peace and happiness." - Dr. Robert Muller
Namun,dalam banyak-banyak cabaran,batasan pergaulan itulah yang sering diuji.Dari awal bekerja hinggalah ke hari ini,sudah banyak ujian yang sama perlu ku lalui.Alhamdulillah,setakat ini aku masih lagi mampu mempertahankan prinsip yang dipegang.Sesekali,beberapa teman sekerja lelaki gemar mengusik.Mereka kerap menyanyikan lagu-lagu nasyid apabila aku datang meminta bantuan daripada mereka.Entah apa sebabnya,aku tidak berapa pasti.Mungkin melihatkan aku sentiasa memakai pakaian labuh menutup aurat disamping stoking kaki dan lengan.Mungkin juga hasil daripada perwatakanku yang lebih gemar diam dan sengih apabila sebarang ‘adult jokes’ diketengahkan.Tak mengapalah,yang penting hijab dan jubahku bukanlah penghalang untuk aku bergaul baik sesama teman sepejabat.Terima kasih kepada kalian kerana menerima diriku seadanya.
Ummi sering meminta agar aku menukar sedikit cara pemakaianku apabila ke tempat kerja.Niat murninya mampu ku tafsir sendiri.Ummi risau jika aku disisihkan rakan sepejabat kerana cara pemakaianku yang mungkin sedikit berbeza dengan aliran masyarakat zaman sekarang.Aku menerima sedikit sebanyak nasihat dan pesanan beliau.Namun sesungguhnya,jubah dan dan hijab ini bukanlah dipakai untuk menakutkan masyarakat,tetapi sebagai suatu tanda bahawa cara hidup sebegini adalah pilihanku.Ia adalah pilihan kami sebagai wanita muslim.Moga-moga kami beroleh redha dan rahmatNya kerana memenuhi sebahagian tuntutan Islam terhadap wanita ini.Dan ingatlah,bahawa ajaran Islam tetap tidak berubah walau di mana sahaja kita berada Hukum menutup aurat tetap sahaja sama,sama ada kita berada di UK,Bahrain,Antartika mahupun Malaysia.
PESANAN
Ramai yang gugur di jalan dakwah kerana menghadapi masalah dalam menyeimbangkan soal dakwah dan kerjaya dalam kehidupan.Apatah lagi bagi mereka yang sudah memliiki keluarga.Jika kuantiti masa yang diperuntukkan di pejabat lebih banyak daripada kualiti masa bersama keluarga,ia akan mengakibatkan rapuhnya sistem kekeluargaan di yang sedia ada.Buktinya?Lihat sahaja peningkatan kes penceraian dan masalah gejala sosial yang cukup membimbangkan masa kini.
Aku sudah merasa dan hampir terjerat sama (minda hanya fikir tentang kerja sepanjang masa).Dan aku hanya berpesan agar kalian sentiasa bersedia,dan beringat bahawa kerja bukanlah segala-galanya.Jangan lupa perbaharui dan tingkatkan ukhuwah bersama keluarga dan rakan jua.
Persiapkanlah dirimu menghadapi reaiti.Di mana semakin kamu menghampiri realiti,semakin kuranglah kejutan budaya yang bakal dihadapi.Namun,di realiti yang bakal kalian hadapi itulah terbentangnya potensi.Yakni potensi untuk memberi.
Selamat menjaga diri.Mohon doa kalian agar aku sentiasa sabar dan kuat melalui fasa-fasa kehidupan dunia sementara ini.
Wallahualam.
11 comments:
Salam. Semoga tabah menghadapi dan mengharungi dunia pekerjaan. Selagi kita mempunyai minat dengan kerjaya kita, insha-Allah itulah antara motivasi yang terbaik untuk terus meningkatkan prestasi dalam kerjaya. Selepas ni, dunia / alam rumahtangga pula menanti. Menanti untuk kita seimbangkan antara kerjaya, rumahtangga (keluarga) dan kerja-kerjaya dakwah. Akak doakan dari jauh moga Intan berjaya, insha-Allah...(K.Syikin Birm)
keep on being tough babe!it sounds hard..now i wonder do i really want to do this?
assalamualaikum wbt k.intan, :)
miminapis likes this!
banyak membuka mata tntg realiti sebenar.
teruskan menjadi seorang yang berprinsip dan berpegang pada prinsip ye, kak intan.
Kak Syikin,Iman dan Miminapis:
Jzkk.Alhamdulilah,mungkin saya masih kuat disini kerana berkat doa keluarga dan teman2 seperti kalian :) .
Islam menyarankan umatnya untuk berusaha dengan tekun dan bersungguh-sungguh dalam menjayakan sesuatu.Alhamdulillah,potensi untuk memberi disini cukup luas,dan ia menjadi antara motivasi utama saya untuk bekerja dengan ihsan dan ikhlas,inshaAllah.
rupenye ade mamat2 pelik kt petronas tu..
Allah gives, but can mere men give without the needs of receiving?
Salam wbt kak intan!
Jzkk utk artikel ni.
Celik sikit mata saya baca entri tentang realiti ni.
Chaiyok2 akak.Semoga akak sntiasa kuat menghadapi hari-hari yg mendatang.
salam syg,
Reym Leeds
Salam wbt kak intan,
Artikel sebegini patut diingatkan pada da'ie yg masih dalam zon selesa dan tidak banyak halangan. Sangat penting untuk 'mentally-prepared' dengan realiti sebenar. Mudah-mudahan dengan 'mentally-prepared' kita akan lebih berusaha dalam menyediakan diri dari semua aspek.
InsyaAllah, kak intan yang saya kenal akan terus berusaha cekal dan tabah untuk terus istiqamah. Doa kami sentiasa untuk akak, insyaAllah =)
p/s: jangan lupa jaga diri juga, kak ;)
salam sayang dari Leicester,
Dina
salam kak intan
moga akak sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang..ameen=)
juds:
aish,mamat-mamat yang dipanggil pelik tu jugalah yang banyak membantu sebenarnya.I owe them a lot :)
ikhlas itu ada tingkatan tersendiri,dan hanya Allah yang mampu menjadi hakimnya.'Mere,mortal men' seperti kita hanya mampu untuk berusaha menuju ke arah tingkatan yang terbaik.
reym,deyna,sis:
jzkk.semoga kalian juga cekal dan tabah tak kira di mana sahaja kalian berada,inshaAllah.
assalamualaikum
waa kak na karang buku la pasni, stail ust hasrizal n lain2, " travelog tarbiah di bumi petronas" heheh saya cop nak jadi editor ye=) ... umm anyway smoga trus thabat leh ye kak na, doa r kat saya jgk, banyak cabaran exam (huhu wlaupun org kate time kampus ni zon selesa tapi mcm xbrape selesa jgk kalu nak exam besar2 gini) anyway mohon doanya sis=)
Amin:
haha,yakin je awak ni..but jazakallah for your support.Harapnya awak dapat buat yang terbaik dalam setiap mata pelajaran yang diambil.Saya yakin awak boleh maintain cemerlang,inshaAllah...
Sama-sama kita berdoa antara satu sama lain.Datang KLCC,bagitau la k?:)
Post a Comment