Seruan Perkahwinan

Wow..wow..

Sudah beberapa waktu lamanya rumahku ini tidak diupdate.Jika bukan aku diingatkan oleh adik Najwa,gadis cilik yang kini tinggal di Leicester,sudah tentu aku makin jauh daripada Fatehulkashfia.Lupa bahawa akan terpikulnya suatu amanah dan tanggungjawab apabila kita melakukan sesuatu perkara.Dalam soal ini,menjadi tanggungjawab bagiku untuk menulis dan merekod sesuatu yang bermanfaat untuk dikongsi bersama para pembaca.

Jazakillah Najwa Safiyah Zaharuddin..

Recent Baitul Muslims 

Umurku semakin menghampiri ¼  abad; umur dikala Nabi Muhammad SAW melangsungkan perkahwinannya yang pertama,yakni bersama Saidatina Khadijah r.a. Aku yakin ramai yang bercita-cita untuk menamatkan zaman bujang mereka sebagaimana seruan Rasulullah SAW agar menyegerakan perkahwinan andai berkemampuan.Melihatkan statistik anak luar nikah dan masalah keruntuhan akhlak di Malaysia yang kian meruncing, membuatkan hatiku semakin gusar memikirkan masa depan masyarakat Malaysia yang suram,dan berpendapat bahawa nikah yang halal,dan diredhai Allah dan kedua ibu bapa, adalah antara kunci terpenting bagi menyelesaikan masalah ini.

Sabda Nabi Muhammad SAW:

Barangsiapa di antara kamu yang berkemampuan mengeluarkan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berkahwin kerana perkara ini akan memejamkan mata dari melihat perempuan ajnabi dan akan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang ketiadaan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berpuasa. Maka bahawasanya puasa itu melemahkan syahwat jimak. (Hadis yang disepakati oleh ali Hadis) 

Oleh yang demikian,untuk entri kali ini,akan ku selak sedikit lembaran memori berkenaan teman-temanku yang sudah pun berumah tangga mutakhir ini.Maklumlah,satu persatu teman-temanku telah meninggalkan alam bujang memasuki gerbang perkahwinan.Aduhai,alangkah cepatnya masa berlalu..terasa baru semalam  baru mengenalimu,berkongsi tawa,duka dan rindu..menempuh susah dan senang bersamamu...

...atau, adakah aku sahaja yang berperasaan begitu?(ocecehhh)

Tapi,secara jujurnya,aku sebenarnya merasa gembira dan lapang apabila melihat rakan-rakan dan sahabat baikku berbahagia bersama pasangan masing-masing.Kebahagian mereka sebenarnya menjadi penawar tatkala aku sedang berperang dengan kerja di pejabat dan kerja-kerja tambahan yang lain.Walaupun sebagai seorang yang bujang (dan naïf),aku merasa sedikit ‘pellik’ dengan suasana dan pengalaman baru ini, ia sedikit sebanyak memberiku gambaran dan pengajaran yang berguna,bahawa aku perlu bersedia untuk menjadi seorang isteri ,yang mencintai Allah dan Rasul kami.Untuk itu,setinggi-tinggi terima kasih ku ucapkan =)

Bagi yang ingin mendirikan baitulmuslim,tapi masih belum kesampaian,ku nasihatkan tidak perlulah merasa ketinggalan atau tertekan apabila melihat sahabat sendiri melayar bahtera perkahwinan mereka. Perasaan kalian itu mungkin terbit  dek belum mempunyai calon yang sesuai untuk dijadikan suri, atau  sukar dilaksanakan kerana halangan keluarga,masalah kewangan dan lain-lain. 'Chill' sahaja,perkemaskan taqwa dan banyakkan memohon doa serta bersangka baik pada Allah SWT. Kalau rasa sunyi, rajin-rajinkanlah melibatkan diri dalam program dan aktiviti-akiviti yang bermanfaat untuk mengisi kekosongan itu buat sementara waktu.Moga-moga kalian dipertemukan jodoh yang terbaik pada waktu dan tempat yang sesuai,inshaAllah..Usaha tangga kejayaan!

Buat teman-temanku yang sudah/bakal mendirikan masjid,salam sayang dan mabruk dari Cik Intan buat semua.Moga Allah melimpahkan rahmah dan mawaddah ke atas perkahwinan yang dibina atas dasar keimanan dan kasih sayang ini..Ameen..and of course,jangan lupakan kami yang masih bujang disini,hehe..cheers!

-BARAKALLAHULAKUMA WABARAKA 'ALAIKUMA WAJAMA'A BAINAKUMA FI KHAIR..-

1. Zaffan dan Azlan



 2.Zarith Fawiza dan Faizal 


3. Munazieraa dan Amir Faisal


4.Ahas dan Fazleen Razali


5. Wan Nor Farhana dan Anesman


6. Najwati dan Syahrul


7. Shafiq dan Arifah 


8. Azwani dan Faiz


9.Khairul Hafidz dan Syafawati



10. Anis Nurdhiani dan Zulhilmi


11. Lutfan dan Anida


12. Syurahbil dan Nurhanis Syazni 



dan lain-lain...Mohon maaf kerana tidak memasukkan kesemuanya di dalam blog ini,but our prayers are always with you,inshaAllah..May you have His blessings!


Sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Ilahi diciptanya jodoh-jodoh  untuk kamu dari jenis kamu sendiri ,supaya kamu menghadapi kehidupan yang tenteram,dipastikan pula antara kamu sifat saling cinta mencintai dan kasih mengasihi.Sesungguhnya yang demikian menjadi pelajaran bagi mereka yang berfikir (Surah Ar-Rum,ayat 21)


PS: Soalan yang paling berbahaya dan paling keberatan untuk dijawab: Intan bila pula?

9 comments:

Intan, thanks tak sangka gambar saya turut berada di list itu. Tq2 =)

 

slm wbt,

bnyk juga kwn intan yg dan melangkah, saya punya kawan tidak la sebanyak itu..huhu~

soalan cepu emas begini, mmg susah nak dijawab. hehe

 

anis:afwan...minta maaf ye saya tak dapat datang kenduri awak tempoh hari :)

suhana:wslm wbt..memang banyak,inipun tak masuk junior/senior2 lagi.Tapi takpe,Cik Intan tumpang gembira :D and masa ni la masa terbaik nak buat reunion dengan kawan2 :)

 

nice collection of photo untuk setahun. Boleh tambah gambar Dr Balqis selepas ini.

 

wah...zarith tu ex-melawati kan? huhu..kawen dah ye.. barokallahu lahuma...

 

granuloma@Daus:

aha..Dr Balqis and Dr Tuan Fairuz are next in the line..(and also Safwan Wong)

kainz@ikhwan:

tidak dapat dipastikan di mana Zaza bersekolah dulu..tapi alhamdulillah,Zaza kat atas ni dah selamat melangsungkan perkahwinannya bulan Julai lepas

 

Menjawab persoalan, zarith tu CBN dulu, tapi mungkin juga pernah sekolah melawati, wallahualam.

Kepada cik intan: Cik Intan bila pula? Muahaha. =P

Saya perlu mengontek anda atas sbb2 tertentu, tapi sy perlu mencari masa lapang. Nantikan panggilan sy ya. Hehe. Senyum selalu sis.

Wassalam~

ps: syok tgk gambo kami ade di sini. Haha. femes skejap. =P

 

yup3..kene chill2 aje,,jodoh pertemuan itu rezeki yang dah lama Allah tetapkan pada hamba - hambaNya..
intan payung ku sayang ..hehe2,,akak balik ireland jumaat ni,,sory sgt x smpt jumpe..sedih sungguh,,cuti ni x smpt nk ke mana2 pun,..insyaallah,,nnti ape2 ym or fb ye..doakan akak,,dh nk msk final year.,..cant wait to finish this,,insyaallah..

hungs n kisses
k itnay

 

Arifah:

Wahh,apa isu serius yang nak dibincangkan dengan Cik Intan ni?Tak boleh bincang dengan Shafiq eh?:P

Anyway,you're more than welcome to contact me anytime.Cuma buat masa ni jangan contact lagi by phone kot,coz tengah demam and tak ada suara la ni :)

K Yanti:

Kejamnya........tak jumpa pun dengan saya waktu di Msia,walhal akak ada kat KL kan?(teknik nak bagi akak rasa bersalah,ehe)

Tak mengapa Kak Yanti,kami semua mendoakan kebahagiaan akak di dunia dan akhirat.InshaAllah kita akan jumpa lagi jika umur panjang :)