Cicit Charles Brooke!!

wahahaha...

Sebentar tadi saya baru sahaja selesai membaca surat khabar Berita Harian,bertarikh 29hb Julai 2008.Mata ini lantas tertancap pada gambar seorang lelaki Inggeris berusia 23 tahun di muka surat ke 24.Macam familiar,hurmmmmm~Lelaki tersebut sempat kami jumpa di Cultural Village di Kuching,Sarawak,dan ambil gambar bersamanya dalam berpakaian tradisional masyarakat etnik di Sarawak,which we have to pay 10 bucks for the clothing's rent.Guess what??Rupa-rupanya lelaki England yang dikenali sebagai Jason Brooke ini adalah cicit kepada Raja Charles Brooke!!dan Sarawak pernah dijajah oleh keluarganya bermula dari tahun 1868 hingga 1917.Wahhhh,life is full with surprises~

Cicit Brooke lawat Sarawak

Oleh Norma Mullie
bhnews@bharian.com.my


TETAMU: Jason dijemput ke acara lumba perahu Jumaat ini.

Jason dijemput saksi pertandingan lumba perahu

KUCHING: Regatta Sarawak 2008 iaitu pertandingan lumba perahu yang dijadualkan berlangsung di Sungai Sarawak dekat Tebingan Kuching, Jumaat ini, mempunyai keistimewaannya tersendiri ekoran kehadiran Jason Brooke yang merupakan cicit pengasas acara itu, Rajah Charles Brooke.

Acara lumba perahu yang bertujuan untuk mendamaikan puak yang bersengketa di Sarawak, diperkenalkan dan dianjur raja berkulit putih kedua itu pada 29 Februari, 1879.


Jason, 23, datang dari England untuk melawat Sarawak yang pernah dijajah keluarganya mulai 1868 hingga 1917.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Morshidi Abdul Ghani, berkata Jason tiba di Kuching seminggu lalu atas kunjungan peribadi.

Beliau ke sini untuk melawati bangunan peninggalan moyangnya yang merangkumi Astana yang dibina pada tahun 1870, Kota/Kubu Magherita (1879) dan Muzium Sarawak (1891).

Bagaimanapun, beliau dijemput kerajaan negeri sebagai tetamu khas untuk menyaksikan acara yang berlangsung selama tiga hari itu di Tebingan Kuching, di sini.

"Regatta merupakan acara penting ketika zaman pemerintahan British di Sarawak dulu kerana ia acara sosial tahunan.

"Kini ia tetap penting dan kita berharap regatta yang merupakan sebahagian sambutan perayaan kemerdekaan ke-45 tahun dalam Malaysia dijayakan dengan gemilang," katanya pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia, di sini, semalam.

Selain Jason, tetamu jemputan kerajaan negeri lain ialah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri Papua New Guinea, Sir Michael yang sampai di sini hari ini (Selasa).

Mengenai Regata 2008, kira-kira 6,200 dari 321 pasukan tempatan serta antara bangsa akan berentap dalam 15 kategori perlumbaan itu.

Pada masa yang sama, acara sampingan yang akan diadakan ialah permainan tradisioanl seperti meniti senyulong, menangkap itik, berlawan bantal atas tiang dan sebagainya.



Sebenarnya tiada apa pun yang nak dibanggakan.Cuma saya ni la kot,jakun sikit..minta maafla yer,ehehehe...Semoga berjumpa lagi wahai Encik Jason Brooke.In England perhaps :)



Sumber:Berita Harian Online

Report on KEM Borneo,Sarawak

Blog updated..(setelah bersawang sekian lama)

Fuhhh,I'm trying to find opportunities to update this blog but it just happen not to be my luck.Nak akses internet bukan main payah lagi,alhamdulillah mujur ada tempat untuk berteduh aje.Untuk entri kali ini,I'll write something about the recent programme that I have joined along with other overseas students - Kem Eksplorasi Minda [KEM] Borneo,which is organised by ISAC Studio and iluvislam.com.The programme is basically a motivational programme for selected secondary schools,an is divided into two phases:one in Sarawak and the other one in Sabah.But somehow,I couldn't join the programme at the Kota Kinabalu due to the clashing date of Wonderful Overseas Weekend[WOW],another iluvislam's 'buah tangan' in Bukit Cerakah.Sebenarnya Sabah adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang saya belum jejakkan kaki lagi..Tapi,tak mengapalah..simpan sahaja angan-angan ini terlebih dahulu.InshaAllah I will visit the state when the right time has come.

The facis in SMS Kuching

In Sarawak,I was assigned to take care of SM Sains Kuching,and the other half of the facis in charged of Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.Antara aktiviti yang kami perkenal dan lakukan bersama mereka adalah modul mind mapping,Intensive Revision Programme[IRP]-sebuah teknik pembelajaran yang giat dijalankan di Kolej Mara Banting sehingga kini,Sharing Moments-sedikit pengenalan berkenaan overseas universities dan kehidupan di sana [UK,Eire,US,Czech Republic,France,Indonesia,Russia,dan Mesir],movie viewing-Bee Movie yang kelakar gila tapi sarat dengan unsur pengajaran,Q & A session,riadah,dan modul bersama Ustaz Hasrizal.


Sesekali saya bertanya kepada diri sendiri,kenapa saya perlu habiskan duit saya ke sini bersama dengan orang-orang yang langsung saya tidak kenal dan rapat sedangkan banyak lagi program menarik yang berlangsung di Semenanjung Malaysia.[I'm referring to the facis and the camp's participants].Kenapa saya tak stay dirumah sahaja??Boleh conquer internet yang saya kasihi sangat-sangat(lol),dan menonton siri Anakku Bukan Anakku[tv3] dan Soleha[tv9] yang semakin melalut dan merapu[but I'm still watching it].Besides,berada di rumah bermaksud makan minum free,mempunyai privacy sendiri dan boleh berehat-rehat tanpa perlu memikirkan masalah pengangkutan,accomodation dan financial semasa travelling.Isn't it?Dan saya yakin ibu bapa saya pasti bising kerana saya telah meninggalkan rumah selama lebih kurang sebulan untuk menghadiri program dan akiviti di luar Kelantan walaupun saya sudah memberitahu dan meminta izin daripada mereka terlebih dahulu.Hahahha!Sekarang,saya baru bekerja sedikit ,tetapi penatnya terasa agak melampau jugakla Sedikit sebanyak ia mempengaruhi mood saya semasa di KEM.The thing is I did realize this is happening but I don't have any idea on how to light up my mood again...

Namun,perasaan keliru,takut,bakhil dan penat yang datang menjengah akhirnya hilang tatkala melihat senyuman dan gelak tawa adik-adik di SMS Kuching.Walaupun sejak akhir-akhir ini saya dibelenggu oleh beberapa masalah,tetapi syukur,kerana their smiles,jokes and laughs really warms my hearts,especially adik-adik Form 3 yang saya lawat secara tidak sengaja.Hati saya yang keras pun cair sikit demi sedikit melihat aksi dan gelagat mereka yang mencuit hati.See these picture for yourselves.



F3 students


Tak kenal pun siapa ni,ehe..

Ilya,Firdaus and Raden


Ahaha,comelnya budak-budak ni

During riadah,I guess...

The Killers with their mind map-menang no 1 bebbb!

Me and Hani as facis

It's funny though,mereka sungguh gembira dan ceria sekali sehingga it affects me.They took my camera and take their pictures without me noticing it.Rasa nak tergelak melihat gambar mereka satu-persatu later.Here,I'd like to thank adik-adik The Killers kerana menjadi anak buah akak yang baik sepanjang program.Maafkan akak kalo akak cam tak best jadi faci korang,ehe..Thanks to Fatin[F3] for first inviting me to visit your class and introduce me to adik-adik F3 yang lain.Especially to Ain [F5],tq for the gift.and also to adik Firdaus[F3],thanks for the drawing you gave me.You sure have the talent.InshaAllah I'll bring it along to UK this September:) [haihhh,sket lagik boleh jatuh cinta dengan si Firdaus nih,bahaya betol..ahaha,i'm kidding!]


Krisis Keyakinan Diri

Sepanjang keterlibatan saya dalam KEM Borneo sebagai seorang fasilitator,kebanyakan pelajar mengadu tentang masalah keyakinan diri,cepat berputus asa,dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya.Pada saya,krisis keyakinan diri ini adalah perkara biasa,terutamanya dikalangan pelajar MALAYSIA.Mungkin ini kerana kita senantiasa diajar untuk merendah diri,dan tidak menunjuk-nunjuk sehingga akhirnya bagi mereka yang 'too humble' tidak kena pada tempatnya ini,sikap tersebut memakan diri sendiri.Besides,saya berpendapat bahawa sikap sebahagian masyarakat yang mudah iri hati dan cepat melabel seseorang turut memainkan peranan dalam ketidak aktifan pelajar-pelajar disekolah.Maka,sewajarnya sikap seperti ini perlu diganti dan dimurnikan dengan 'positive attitudes' yang lain seperti giving support and motivate each other.Mungkin,perkara ini juga terjadi kerana sistem pendidikan kita masih banyak lompang-lompang yang perlu ditampung dan dibaiki untuk menjadi lebih efektif seterusnya meningkatkan tahap keyakinan para pelajar.Mari kita saksikan rakyat US.Berjuta-juta rakyat US menghadiri audition American Idol saban tahun, dan masih berkeras mengaku bahwa mereka pandai menyanyi dan menari meskipun hakikatnya adalah sebaliknya.

How to Enhance Our Self Esteem?

Evelline,salah seorang ahli dalam kumpulan saya[The Killers] berpendapat bahawa untuk meningkatkan self esteem,kita perlu bergaul dengan pelbagai lapisan pihak tidak kira tua,muda,bijak,pandai etc.Faisol,salah seorang facilitator yang terlibat dalam kem ini menjawab dalam sesi Q&A,bahawa untuk menambahkan keyakinan diri,kita perlu bergaul dengan mereka yang mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi jua.It serves the hadith telling that if you befriend with a perfume seller,then you will be smelled like a perfume.Friends do reflect who you are indeed..Tetapi saya lebih tertarik dengan jawapan Izat,seorang lagi fasilitator muslimin.Dia memberitahu bahawa segala inferioriti dan krisis keyakinan diri itu datangnya dari minda kita sendiri.Kita asyik menganggap diri kita lemah dan kurang berkeyakinan,maka in the end we will act like it since our beliefs are embedded in mind.Jadi apa yang penting adalah untuk kita menguasai pemikiran kita,dan cuba mempositifkannya.Penerangan Izzat mengingatkan tentang diri saya yang terdahulu,maka saya cukup faham dengan apa yang cuba disampaikan beliau.Alhamdulillah,saya telah disedarkan oleh seorang trainer mind mapping di suatu program di Sheffield anjuran MUSST dan FOSIS UK.He told me that saya telah meletakkan suatu barrier pada diri saya untuk maju ke hadapan kerana asyik memikirkan saya mempunyai daya ingatan yang lemah dan tidak mampu untuk bersaing dan maju ke hadapan bersama rakan-rakan yang lain.


Nobody is perfect...Setiap antara kita pasti akan bermula dari tidak sempurna,dan kemudiannya menjadi lebih baik dan sempurna setelah diletakkan usaha dan tawakkal.Contoh mudah,lihat sahaja kanak-kanak yang cuba belajar untuk berjalan.Dulu hanya tahu merangkak,namun apabila keyakinan dibina perlahan-lahan,mereka cuba meniru untuk berjalan dengan sempurna sebagaimana orang dewasa yang lain.What's important here is the willingness to take the first step.First step mungkin paling sukar,tapi langkah-langkah yang seterusnya inshaAllah akan dipermudahkan.Pada masa yang sama,jangan cepat lemah semangat,berputus asa,dan mencipta pelbagai jenis alasan untuk melarikan diri daripada menghadapi cabaran.Be strong my dear brothers and sisters!There can be miracle when you believe :)












Loads of Thanks!

Salamun alayk

Just a quick post since I'm running out of time+battery power

Thanks for all the birthday wishes and presents!!
No matter whether it's through phone calls,SMS,Friendster etc.
Really appreciate it,especially bagi mereka yang saya tau memang jenis tak ingat besday orang..eheheh![meaning saya dah masuk special case korang!]



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




I really love you guys~
Sorrila kalau balik Malaysia ni tak sempat nak jumpa dengan semua orang,haha =P
Currently in UPM,and will visit KYUEM kejap lagi.

Daaa~

Currently Under Maintenance

Apela ko dah buat dengan blog nih intan???hahhaha~

Hancurs!!Hahahha...Dah le kalut nk merantau keluar Kelantan 12/13hb July ni

Haihhhhs,try and error yang 'bernas',without having backups =D

Panasnya Negaraku Malaysia!!





Panas!Panas!!!Panas!!!!!!!!!!



Keluh seorang pelajar Malaysia yang pertama kali pulang ke tanahairnya yang ‘tercinta’ setelah beberapa lama melanjutkan pengajiannya di United Kingdom.But don’t get her wrong!!Panas yang dimaksudkannya bukanlah iklim panas dan lembap sepanjang tahun di Malaysia seperti yang dipelajari dalam subjek Geografi Tingkatan 1-3 di sekolah menengah,tetapi panas ini adalah hasil daripada kehangatan isu politik di Malaysia yang nampaknya semakin meruncing dan tidak terkawal. Dan,pelajar Malaysia yang dimaksudkan di atas tidak lain dan tidak bukan adalah tuan empunya blog ini sendiri…[sigh,sigh~]

Saya sebenarnya sudah jemu,jelik dan muak melihat kepincangan kepimpinan di Malaysia.Rakus cuba membolot kuasa dan kekayaan dunia,dan yang selalu menjadi mangsa adalah rakyat. jelata[Yer,saya tahu.Sebahagian daripada mereka sahaja,bukan semua].Yang terbaru sekali adalah isu tuduhan liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim[DSAI],mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.Tidak lupa juga akan isu kehilangan Balasubramaniam setelah beliau menarik balik akuannya akan keterlibatan Dato’ Seri Abdul Najib dalam kes pembunuhan Altantuya Sharibuu.


Semalam ketika saya makan malam sambil menonton Berita TV3 bersama keluarga,mahu tercekik rasanya kami sekeluarga melihat saluran TV3 tiba-tiba menggunakan ayat-ayat al Quran untuk menerangkan hujah tentang bahaya fitnah..hahaha!!Tidak mengapa,mungkin usaha mereka ini murni,minta maaf kalau saya sedikit memperlekehkan usaha pihak TV3.Tapi kenapa hanya merujuk al Quran bila timbul isu fitnah?Ada mereka rujuk al Quran dan Hadis tentang penganjuran maksiat seumpama Karnival Sure/Jom Heboh yang sah difatwakan HARAM oleh Mufti Perak??Bagaimana pula dengan rancangan hiburan yang melalaikan seperti Gangstarz dan rancangan berunsur gossip [fitnah] seperti Melodi??Ada mereka merujuk al Quran dan Hadis??Dah berapa banyak pula kenyataan pihak pembangkang [eg:Tuan Guru Nik Aziz,dan Tuan Guru Abdul Hadi Hj Awang] yang telah diputar belit oleh media kerajaan ini??Ada mereka rujuk al Quran dan Hadis dikala mengecam pimpinan tersebut?



Mengiakan kata-kata Abdul Kadir Jasin,politik di Malaysia sungguh ‘cergas,kompleks dan sensasi’.Menuduh tanpa bukti yang kukuh dan sahih,itulah yang dinamakan sebagai fitnah.Dari sudut pandangan Islam dan undang-undang Malaysia,DSAI seorang individu yang dianggap tidak bersalah dan DSAI tidak perlu sama sekali membuktikan apa-apa,jauh sekali membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.Saya memetik blog Mohamed Hanipa bin Maidin untuk ulasan lebih lanjut tentang perkara ini[muhabalah].Saya bukan pakar dalam kaedah ini,malah saya tidak pernah mendengar istilah tersebut sebelum ini.Tetapi,saya merasakan pandangan yang diberikan oleh Saudara Mohamed Hanipa ini wajar dipertimbangkan - bahawa yang kita perlu laksanakan adalah hukum al Quran yakni merujuk kepada sistem jenayah undang-undang Islam,bukan bersumpah dengan al Quran semata-mata.

Di dalam undang-undang yang dipakai di negara ini , bagi mana-mana pertuduhan jenayah prinsip yang terpakai adalah “seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah. Prinsip ini dikenali sebagai “presumption of innocence.” Prinsip ini sebenarnya diambil dari syariat Islam iaitu berasaskan kaedah “ al-aslu al-‘adam” atau pun kaedah “al-aslu –baraatun zimmah” yang juga bermaksud “seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah.

Apa yang berlaku di dalam isu dakwaan liwat ini adalah Anwar belum lagi dituduh di Mahkamah . Jadi tidak timbul beliau harus membuktikan bahawa beliau tidak bersalah. Jika pun beliau dituduh di Mahkamah dengan kesalahan liwat, beliau masih dianggap tidak bersalah kecuali setelah disabitkan bersalah oleh Mahkamah.

Yang demikian mana-mana saranan yang meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran supaya membuktikan beliau tidak bersalah adalah saranan yang menggambarkan seorang yang jahil dengan syariat Islam dan juga undang-undang negara ini.

Kedua, jika benar terdapat tuduhan liwat ke atas Anwar sekalipun, mana-mana pihak yang bersungguh meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran sepatutnya perlu menuntut bahawa Anwar diadili dengan hukum Al-Quran. Ulama Islam mengklasifikasikan kesalahan liwat adalah sama dengan kesalahan zina . Maka mana-mana pihak yang menuduh seseorang melakukan liwat adalah sama seperti orang yang menuduh seseorang itu melakukan zina. Menuduh seseorang berzina ( termasuk liwat ) tanpa mendatangkan empat orang saksi boleh didakwa melakukan kesalahan qazaf . Qazaf adalah hukum Al-Quran yang diklasifikasikan sebagai salah satu kesalahan di dalam jenayah hudud.

Memandangkan Anwar dituduh kononnya melakukan kesalahan liwat ke atas Saiful maka mereka yang meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran sepatutnya dari segi Islam meminta supaya Saiful mendatangkan empat saksi yang melihat Anwar melakukan liwat tersebut. Kalau Saiful tidak dapat mendatangkan empat saksi tersebut mereka yang meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran hendaklah meminta Kerajaan mendakwa Saiful dengan kesalahan qazaf di Mahkamah Syariah di negara ini

Berkemungkinan besar pihak yang meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran berhujah balas di negara ini hukum qazaf tidak dijalankan , jadi bagaimanakah Saiful boleh didakwa dengan kesalahan qazaf. Jika ini hujahnya maka jawapan saya adalah kenapakah kamu sibuk bercakap tentang Al Quran jika hukum qazaf yang terdapat di dalam Al-Quran kamu pendamkan dan tidak dilaksanakan selama puluhan tahun sejak negara ini mencapai kemerdekaan. Kenapakah kamu tidak menuntut hukum qazaf tersebut dilaksanakan di negara ini agar Anwar mahupun Saiful boleh diadili oleh hukum Islam.

Tidakkah sikap kamu yang meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran ( yang tidak ada pun nasnya di dalam Al-Quran ) tapi tidak mahu menuntut hukum Al-Quran menjadi hukum yang dipakai bagi menyelesaikan tuduhan liwat ke atas Anwar adalah satu sikap yang dilihat berpura-pura. Saya ingin bertanya dengan Putera UMNO- betul ke kamu bersungguh dengan Al-Quran ini ? Ingat Al-Quran ini boleh jadi “hujjatun lana” ( hujah untuk kita ) atau “hujjjatun ‘alaina” ( hujah ke atas kita ).

Kesimpulannya tidak perlu Anwar bersumpah dengan Al-Quran. Mubahalah juga saya berpendapat tidak perlu kerana Anwar telah dikaitkan dengan kesalahan jenayah maka kaedah yang betul adalah Anwar mahupun Saiful sepatutnya diadili oleh sistem undang-undang jenayah Islam - sistem yang telah telah terbukti keadilannya .


Pada waktu yang sama,perkara yang turut membimbangkan saya adalah krisis politik ini turut mengancam keadaan ekonomi negara.Zeti Akhtar menjangkakan bahawa inflasi untuk bulan June 2008 mungkin mencapai 6-7%.Inflasi ini tercetus hasil daripada pemotongan subsidi dan menaikkan harga bahan bakar terhadap ekonomi negara.Mengikut apa yang saya belajar tentang ekonomi di kolej dan universiti,ekonomi yang stabil akan mengalami inflasi sebanyak 2% setiap tahun.Betulkan saya andai ada sebarang kesilapan,terutamanya dari segi fakta yang dibentangkan.Kadar inflasi ekonomi negara sebanyak 6-7% pada bulan June berbanding 3.8% pada bulan May,cukup membebankan rakyat.Zeti juga meramalkan bahawa pertumbuhan ekonomi negara akan jatuh dibawah paras 5%.Kita dapat saksikan perkara-perkara yang tidak menguntungkan negara berlaku secara berterusan.Soalnya kini,siapa yang mampu membantu Malaysia menangani krisis ini?Dan bagaimana pula caranya untuk memulihkan kestabilan dan ketelusan politik dan ekonomi Malaysia?

Pihak pentadbiran dan kepimpinan negara memainkan peranan yang sangat penting untuk meyakinkan para pelabur sama ada dalam atau luar negeri untuk mengekalkan pelaburan dan membuat pelaburan baru.Usaha ini perlu demi memacu ekonomi negara mara ke tahap yang lebih baik.Pada hemat saya,Malaysia kini berada dalam situasi yang rapuh/fragile dan tidak fokus kerana menghadapi masalah demi masalah tanpa suatu jalan penyelesaian yang sistematik dan demokratik,berdasarkan al Quran dan Sunnah.Saya yakin ada pihak yang sedang menunggu untuk mengambil kesempatan untuk menangguk di air keruh,melihatkan keadaan politik dan pentadbiran negara yang jelas sama sekali tidak stabil.Siapakah dia/mereka??Wallahualam...



Rujukan:

Mohamed Hanipa Maidin
Abdul Kadir Jasin
Bendahara Tun Perak



I'm Yours by Jason Mraz

I listened to this song once from the TV and fell in love with it..
I perceive his song is so 'sempoi' yet nice and ease to listen[at least to me].I'll admit that I was once his fan,haha!

And since I'm too lazy to do more readings and write an article recently,I'll just update my blog with this entry,hehe!Who cares if it sounds like jiwang a lil bit.Layan ajelah~






Well, you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but your so hot that I melted
I fell right through the cracks, and I'm tryin to get back
before the cool done run out I'll be givin it my best test
and nothin's gonna stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn to win some or learn some

But I won't hesitate no more,
no more, it cannot wait I'm yours

Well open up your mind and see like me
open up your plans and damn you're free
look into your heart and you'll find love love love love
listen to the music of the moment people dance and sing
We're just one big family
And it's our god forsaken right to be loved loved loved loved Loved

So, i won't hesitate no more,
no more, it cannot wait i'm sure
there's no need to complicate our time is short
this is our fate, i'm yours

*scat*

I've been spendin' way too long checkin' my tongue in the mirror
and bendin' over backwards just to try to see it clearer
But my breath fogged up the glass
and so I drew a new face and I laughed
I guess what I'd be sayin' is there ain't no better reason
to rid yourself of vanity and just go with the seasons
it's what we aim to do
our name is our virtue

But I won't hesitate no more, no more
it cannot wait, I'm yours

Well open up your mind and see like me
open up your plans and damn you're free
look into your heart and you will find that the sky is yours

so please don't, please don't, please don't,
there's no need to complicate,
Cause our time is short
This, this, this is our fate,
I'm yours

*scat*


Disclaimer:Lagu ini tidak ditujukan kepada sesiapa,dan liriknya tiada
kaitan dengan kisah hidup saya.TQ!

Cooking Untuk Nisa' or CUN



On 10th June 2008,dengan inisiatif tidak seberapa daripada Cik Zaffan,Cik Diana,Cik Maryam Jameelah[MJ] and I,lahirlah Program CUN i.e. Cooking Untuk Nisa'.Yes,it's for girls only!!Hehe,many apologies to my dear brothers of Nottinghamshire!!=P The idea arose bila mana Cik Intan and Cik Diana berkunjung ke rumah K Shanaz,selaku keluarga angkat kami.Pada ketika kami dijemput itu,rumahnya menjadi tempat untuk mengadakan prog Helwa untuk akak-akak postgrad.I just realize that undergrad should do the same or even better than that =D Especially bila memikirkan saya selaku budak bisnes yang sukar sekali untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang lain memandangkan kampus bisnes[Jubilee Campus] berada di lokasi yang berasingan.

So,I have outlined some of the programme's objectives:

  • to provide an alternative way for undergrad girls to socialize and have fun.
  • meet up with new and old friends esp since some of us studying in different campus,and rarely meet one another.
  • polishing up other skills esp in cooking.Hey we have to equip ourselves with many different skills to become an outstanding person as dai'e,aren't we?
  • others [which I just can't be bothered to write it out now,ehe]

For this first time ever session,Mj and Zaffan was the cooking instructor.They made moist chocolate cake and also black pepper mee which was marvellous!!And it was great to gather everyone around,and made a last meeting before coming back to Malaysia for summer holidays.I thank u my friends-those who work hard in order to work out CUN,and also those who spare some time with us and help out to make this activity a memorable one.I just love you guys!=)

Antara yang hadir ialah:

Penduduk Taman Dunkirk Jaya:
Zaffan
K Yati
K Fiesha
K Aini

Penduduk Raleigh Park:
Aisyah Ain
Mira
Shera
Fiqah

Penduduk St Peter's Court
Ayu
Atie

Penduduk Riverside:
Diana
Cik Intan
MJ

Lain-lain:
Nana Birmingham
Suraya Architecture
Bruneian gurl-forgot her name la

Some shots taken during the activity:














Thanx peeps for coming.This activity inshaAllah akan diadakan lagi next time,yakni once student Notts dah masuk sem seterusnya.We will think of new fresh ideas untuk penambahbaikan prog CUN dari semasa ke semasa[grooming,jalan2,piknik,riadah sm2 etc].Feel free to voice out any ideas or criticisms out of your chest yea??Jzkk

Heyyyyyy!!Maybe we can learn Nusantara dance from Suraya!!Hurmmm,muehehehe~

-Jangan Takut Untuk Bermimpi-