Panasnya Negaraku Malaysia!!





Panas!Panas!!!Panas!!!!!!!!!!



Keluh seorang pelajar Malaysia yang pertama kali pulang ke tanahairnya yang ‘tercinta’ setelah beberapa lama melanjutkan pengajiannya di United Kingdom.But don’t get her wrong!!Panas yang dimaksudkannya bukanlah iklim panas dan lembap sepanjang tahun di Malaysia seperti yang dipelajari dalam subjek Geografi Tingkatan 1-3 di sekolah menengah,tetapi panas ini adalah hasil daripada kehangatan isu politik di Malaysia yang nampaknya semakin meruncing dan tidak terkawal. Dan,pelajar Malaysia yang dimaksudkan di atas tidak lain dan tidak bukan adalah tuan empunya blog ini sendiri…[sigh,sigh~]

Saya sebenarnya sudah jemu,jelik dan muak melihat kepincangan kepimpinan di Malaysia.Rakus cuba membolot kuasa dan kekayaan dunia,dan yang selalu menjadi mangsa adalah rakyat. jelata[Yer,saya tahu.Sebahagian daripada mereka sahaja,bukan semua].Yang terbaru sekali adalah isu tuduhan liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim[DSAI],mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.Tidak lupa juga akan isu kehilangan Balasubramaniam setelah beliau menarik balik akuannya akan keterlibatan Dato’ Seri Abdul Najib dalam kes pembunuhan Altantuya Sharibuu.


Semalam ketika saya makan malam sambil menonton Berita TV3 bersama keluarga,mahu tercekik rasanya kami sekeluarga melihat saluran TV3 tiba-tiba menggunakan ayat-ayat al Quran untuk menerangkan hujah tentang bahaya fitnah..hahaha!!Tidak mengapa,mungkin usaha mereka ini murni,minta maaf kalau saya sedikit memperlekehkan usaha pihak TV3.Tapi kenapa hanya merujuk al Quran bila timbul isu fitnah?Ada mereka rujuk al Quran dan Hadis tentang penganjuran maksiat seumpama Karnival Sure/Jom Heboh yang sah difatwakan HARAM oleh Mufti Perak??Bagaimana pula dengan rancangan hiburan yang melalaikan seperti Gangstarz dan rancangan berunsur gossip [fitnah] seperti Melodi??Ada mereka merujuk al Quran dan Hadis??Dah berapa banyak pula kenyataan pihak pembangkang [eg:Tuan Guru Nik Aziz,dan Tuan Guru Abdul Hadi Hj Awang] yang telah diputar belit oleh media kerajaan ini??Ada mereka rujuk al Quran dan Hadis dikala mengecam pimpinan tersebut?



Mengiakan kata-kata Abdul Kadir Jasin,politik di Malaysia sungguh ‘cergas,kompleks dan sensasi’.Menuduh tanpa bukti yang kukuh dan sahih,itulah yang dinamakan sebagai fitnah.Dari sudut pandangan Islam dan undang-undang Malaysia,DSAI seorang individu yang dianggap tidak bersalah dan DSAI tidak perlu sama sekali membuktikan apa-apa,jauh sekali membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.Saya memetik blog Mohamed Hanipa bin Maidin untuk ulasan lebih lanjut tentang perkara ini[muhabalah].Saya bukan pakar dalam kaedah ini,malah saya tidak pernah mendengar istilah tersebut sebelum ini.Tetapi,saya merasakan pandangan yang diberikan oleh Saudara Mohamed Hanipa ini wajar dipertimbangkan - bahawa yang kita perlu laksanakan adalah hukum al Quran yakni merujuk kepada sistem jenayah undang-undang Islam,bukan bersumpah dengan al Quran semata-mata.

Di dalam undang-undang yang dipakai di negara ini , bagi mana-mana pertuduhan jenayah prinsip yang terpakai adalah “seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah. Prinsip ini dikenali sebagai “presumption of innocence.” Prinsip ini sebenarnya diambil dari syariat Islam iaitu berasaskan kaedah “ al-aslu al-‘adam” atau pun kaedah “al-aslu –baraatun zimmah” yang juga bermaksud “seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah.

Apa yang berlaku di dalam isu dakwaan liwat ini adalah Anwar belum lagi dituduh di Mahkamah . Jadi tidak timbul beliau harus membuktikan bahawa beliau tidak bersalah. Jika pun beliau dituduh di Mahkamah dengan kesalahan liwat, beliau masih dianggap tidak bersalah kecuali setelah disabitkan bersalah oleh Mahkamah.

Yang demikian mana-mana saranan yang meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran supaya membuktikan beliau tidak bersalah adalah saranan yang menggambarkan seorang yang jahil dengan syariat Islam dan juga undang-undang negara ini.

Kedua, jika benar terdapat tuduhan liwat ke atas Anwar sekalipun, mana-mana pihak yang bersungguh meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran sepatutnya perlu menuntut bahawa Anwar diadili dengan hukum Al-Quran. Ulama Islam mengklasifikasikan kesalahan liwat adalah sama dengan kesalahan zina . Maka mana-mana pihak yang menuduh seseorang melakukan liwat adalah sama seperti orang yang menuduh seseorang itu melakukan zina. Menuduh seseorang berzina ( termasuk liwat ) tanpa mendatangkan empat orang saksi boleh didakwa melakukan kesalahan qazaf . Qazaf adalah hukum Al-Quran yang diklasifikasikan sebagai salah satu kesalahan di dalam jenayah hudud.

Memandangkan Anwar dituduh kononnya melakukan kesalahan liwat ke atas Saiful maka mereka yang meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran sepatutnya dari segi Islam meminta supaya Saiful mendatangkan empat saksi yang melihat Anwar melakukan liwat tersebut. Kalau Saiful tidak dapat mendatangkan empat saksi tersebut mereka yang meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran hendaklah meminta Kerajaan mendakwa Saiful dengan kesalahan qazaf di Mahkamah Syariah di negara ini

Berkemungkinan besar pihak yang meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran berhujah balas di negara ini hukum qazaf tidak dijalankan , jadi bagaimanakah Saiful boleh didakwa dengan kesalahan qazaf. Jika ini hujahnya maka jawapan saya adalah kenapakah kamu sibuk bercakap tentang Al Quran jika hukum qazaf yang terdapat di dalam Al-Quran kamu pendamkan dan tidak dilaksanakan selama puluhan tahun sejak negara ini mencapai kemerdekaan. Kenapakah kamu tidak menuntut hukum qazaf tersebut dilaksanakan di negara ini agar Anwar mahupun Saiful boleh diadili oleh hukum Islam.

Tidakkah sikap kamu yang meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran ( yang tidak ada pun nasnya di dalam Al-Quran ) tapi tidak mahu menuntut hukum Al-Quran menjadi hukum yang dipakai bagi menyelesaikan tuduhan liwat ke atas Anwar adalah satu sikap yang dilihat berpura-pura. Saya ingin bertanya dengan Putera UMNO- betul ke kamu bersungguh dengan Al-Quran ini ? Ingat Al-Quran ini boleh jadi “hujjatun lana” ( hujah untuk kita ) atau “hujjjatun ‘alaina” ( hujah ke atas kita ).

Kesimpulannya tidak perlu Anwar bersumpah dengan Al-Quran. Mubahalah juga saya berpendapat tidak perlu kerana Anwar telah dikaitkan dengan kesalahan jenayah maka kaedah yang betul adalah Anwar mahupun Saiful sepatutnya diadili oleh sistem undang-undang jenayah Islam - sistem yang telah telah terbukti keadilannya .


Pada waktu yang sama,perkara yang turut membimbangkan saya adalah krisis politik ini turut mengancam keadaan ekonomi negara.Zeti Akhtar menjangkakan bahawa inflasi untuk bulan June 2008 mungkin mencapai 6-7%.Inflasi ini tercetus hasil daripada pemotongan subsidi dan menaikkan harga bahan bakar terhadap ekonomi negara.Mengikut apa yang saya belajar tentang ekonomi di kolej dan universiti,ekonomi yang stabil akan mengalami inflasi sebanyak 2% setiap tahun.Betulkan saya andai ada sebarang kesilapan,terutamanya dari segi fakta yang dibentangkan.Kadar inflasi ekonomi negara sebanyak 6-7% pada bulan June berbanding 3.8% pada bulan May,cukup membebankan rakyat.Zeti juga meramalkan bahawa pertumbuhan ekonomi negara akan jatuh dibawah paras 5%.Kita dapat saksikan perkara-perkara yang tidak menguntungkan negara berlaku secara berterusan.Soalnya kini,siapa yang mampu membantu Malaysia menangani krisis ini?Dan bagaimana pula caranya untuk memulihkan kestabilan dan ketelusan politik dan ekonomi Malaysia?

Pihak pentadbiran dan kepimpinan negara memainkan peranan yang sangat penting untuk meyakinkan para pelabur sama ada dalam atau luar negeri untuk mengekalkan pelaburan dan membuat pelaburan baru.Usaha ini perlu demi memacu ekonomi negara mara ke tahap yang lebih baik.Pada hemat saya,Malaysia kini berada dalam situasi yang rapuh/fragile dan tidak fokus kerana menghadapi masalah demi masalah tanpa suatu jalan penyelesaian yang sistematik dan demokratik,berdasarkan al Quran dan Sunnah.Saya yakin ada pihak yang sedang menunggu untuk mengambil kesempatan untuk menangguk di air keruh,melihatkan keadaan politik dan pentadbiran negara yang jelas sama sekali tidak stabil.Siapakah dia/mereka??Wallahualam...



Rujukan:

Mohamed Hanipa Maidin
Abdul Kadir Jasin
Bendahara Tun Perak



1 comments:

salam..

Bukan kali pertama saya rasa tv3 mmperdengar ayat AlQuran tuk mmbela tndakan puak2 bersalah dan kononnya mreka itulah di pihak yg benar.. Entahlah knapa..

"btapa jahatnya mreka".. Spontan kluar dr mulut saya..

Kita xtau dan blum tau lg sape yg bersalah.. tp sjak skian lama rakyat sbnrnya dah lali dan dah dpt mmbuat pnilaian sndiri dr apa yg brlaku.. "Aku dah agak", mngkin itu yg akan kluar dr mulut2 kita.. MUNGKIN.. (saya antaranya)

eeeermm.. Entri kali ni agk srius.. hehe.. msti berkerut dahi mse mnekan keyboard ni.. :)=