wahahaha...
Sebentar tadi saya baru sahaja selesai membaca surat khabar Berita Harian,bertarikh 29hb Julai 2008.Mata ini lantas tertancap pada gambar seorang lelaki Inggeris berusia 23 tahun di muka surat ke 24.Macam familiar,hurmmmmm~Lelaki tersebut sempat kami jumpa di Cultural Village di Kuching,Sarawak,dan ambil gambar bersamanya dalam berpakaian tradisional masyarakat etnik di Sarawak,which we have to pay 10 bucks for the clothing's rent.Guess what??Rupa-rupanya lelaki England yang dikenali sebagai Jason Brooke ini adalah cicit kepada Raja Charles Brooke!!dan Sarawak pernah dijajah oleh keluarganya bermula dari tahun 1868 hingga 1917.Wahhhh,life is full with surprises~
Cicit Brooke lawat Sarawak
Oleh Norma Mullie
bhnews@bharian.com.my
TETAMU: Jason dijemput ke acara lumba perahu Jumaat ini. |
Jason dijemput saksi pertandingan lumba perahu
KUCHING: Regatta Sarawak 2008 iaitu pertandingan lumba perahu yang dijadualkan berlangsung di Sungai Sarawak dekat Tebingan Kuching, Jumaat ini, mempunyai keistimewaannya tersendiri ekoran kehadiran Jason Brooke yang merupakan cicit pengasas acara itu, Rajah Charles Brooke.
Acara lumba perahu yang bertujuan untuk mendamaikan puak yang bersengketa di Sarawak, diperkenalkan dan dianjur raja berkulit putih kedua itu pada 29 Februari, 1879.
Jason, 23, datang dari England untuk melawat Sarawak yang pernah dijajah keluarganya mulai 1868 hingga 1917.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Morshidi Abdul Ghani, berkata Jason tiba di Kuching seminggu lalu atas kunjungan peribadi.
Beliau ke sini untuk melawati bangunan peninggalan moyangnya yang merangkumi Astana yang dibina pada tahun 1870, Kota/Kubu Magherita (1879) dan Muzium Sarawak (1891).
Bagaimanapun, beliau dijemput kerajaan negeri sebagai tetamu khas untuk menyaksikan acara yang berlangsung selama tiga hari itu di Tebingan Kuching, di sini.
"Regatta merupakan acara penting ketika zaman pemerintahan British di Sarawak dulu kerana ia acara sosial tahunan.
"Kini ia tetap penting dan kita berharap regatta yang merupakan sebahagian sambutan perayaan kemerdekaan ke-45 tahun dalam Malaysia dijayakan dengan gemilang," katanya pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia, di sini, semalam.
Selain Jason, tetamu jemputan kerajaan negeri lain ialah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri Papua New Guinea, Sir Michael yang sampai di sini hari ini (Selasa).
Mengenai Regata 2008, kira-kira 6,200 dari 321 pasukan tempatan serta antara bangsa akan berentap dalam 15 kategori perlumbaan itu.
Pada masa yang sama, acara sampingan yang akan diadakan ialah permainan tradisioanl seperti meniti senyulong, menangkap itik, berlawan bantal atas tiang dan sebagainya.
Sebenarnya tiada apa pun yang nak dibanggakan.Cuma saya ni la kot,jakun sikit..minta maafla yer,ehehehe...Semoga berjumpa lagi wahai Encik Jason Brooke.In England perhaps :)
Sumber:Berita Harian Online
8 comments:
woowowooo
giler best lahh
ni kire dah jumpe ngan selebritila ek..hehe..bagusla..bleh tambah satu lagi kenangan terindah dalam idup..
tapi..
salam
keifa hal? lme tul kat kpulaun borneo yek.. Emmm.. xde apa2.. Cumaaa yea, saya mrasakan btapa untungnya bprogram kat sne.. satu yg utama, awk dpt tngok sndiri keadaan Islam kat sne espcially sabah.. Saya pnah di KK lbih kurang 2 thun.. Mngkin awk leh kira sndiri btapa bnyaknya greja kat sne yg dibina dtgh2 kwsn org Islam yg mskin. Antara strategi, Pirin kitingan smasa mmrintah sabah dulu yg saya bleh kata bjaya dan mnakutkan.. Emmm, bnyak lg sbnrnya.. Bilngan aktivis dkwah di sbah skit tp mnakjubkan.. Yg saya kenallah.. Ok, slmt bprogram.. Sya pun da kletihan sngat tngok pkara pelik yg berlaku skrg ni.. Da smakin malas.. Isu sodomy yg xabis2.. Seb baik kat ofc xde TV, kalu tak sya pun mnonton jgk 'anakku bkn anakku'.. sinetron indon ni mmg mrepek2 lg2 bila da nk abis.. Eeh, tetiba mncul watak baru.. haha.. salam wa ilalliqo.. Biar rebah jgn brubah :)=
tngginye jason brooke tu.. ke yg kat tepi tu yg tak brapa nk tinggi... hehe.. sori, ade plak pngnjung stia fatehulkashfia yg mrah saya nnt.. Tp mmg tnggi la cucu charles brooke tu :) Peace!
Eraz:beria pulak makcik nih..ishk ishk!
kfadhli:selebriti??kenangan terindah??hahaha,amende poyo gitu~
rasanya yg menjadikan pengalaman itu sdikit menarik dan different adalah kerana saya bersama kawan2 pergi bercuti sambil melakukan voluntary work,dan d meeting dengan 'pakciktu' was totally unexpected!
abudarwis:alhmdulillah,ana bikhair walaupun sedikit kepenatan kerana banyak travel di musim cuti ini.Saya t pergi Sabah anyway,hanya sempat ke Sarawak.Moga lebih ramai aktivis dakwah yang berkualiti turun ke Kepulauan Borneo dan juga Sem Malaysia sendiri,untuk membantu menggerakkan dakwah di Malaysia.
amen
benar..tak perlu la bangga apa2..
cuma saya hairan dgn orang malaysia..
mengapa suka sangat mengagumi keturunan penjajah seperti jason ni?
sama la juga seperti kebanggaan org kita pada pengishtiharan melaka n georgetown sbg tapak warisan dunia..lupa ke mereka bahawa A famosa dan bangunan2 besejarah disana tu didirikan atas runtuhan kerajaan melayu melaka yg melaksanakan hukum Islam?
Hehe
To define orang-orang malaysia yang bersikap sedemikian,mungkin kita perlu lebih spesifik tentang siapa,berapa peratusannya,dan atas sebab apa mereka menyanjungi mereka.Kurang adil rasanya jika saudara men'generalise'kan rakyat malaysia sebegitu =)
Sama ada mereka lupa atau tidak tentang sejarah mereka....itu saya rasa kita perlu fokus ttg perkara2 lain terlebih dahulu:
1:Adakah rakyat faham ttg sejarah negara dan menghayati ibrah yg boleh dipetik dari sejarah tersebut?
2:Adakah sejarah yang disampaikan boleh dipercayai?i.e tidak ditokok tambah,diputar belit,disorokkan fakta dan sebagainya.
Kalau mereka lupa,sama2la kita ingatkan mereka kembali.Apa salahnya bukan??=)[peringatan dan muhasabah untuk diri sendiri jua]
Hehe
To define orang-orang malaysia yang bersikap sedemikian,mungkin kita perlu lebih spesifik tentang siapa,berapa peratusannya,dan atas sebab apa mereka menyanjungi mereka.Kurang adil rasanya jika saudara men'generalise'kan rakyat malaysia sebegitu =)
Sama ada mereka lupa atau tidak tentang sejarah mereka....itu saya rasa kita perlu fokus ttg perkara2 lain terlebih dahulu:
1:Adakah rakyat faham ttg sejarah negara dan menghayati ibrah yg boleh dipetik dari sejarah tersebut?
2:Adakah sejarah yang disampaikan boleh dipercayai?i.e tidak ditokok tambah,diputar belit,disorokkan fakta dan sebagainya.
Kalau mereka lupa,sama2la kita ingatkan mereka kembali.Apa salahnya bukan??Peringatan dan muhasabah untuk diri sendiri jua.Terima kasih kerana berkunjung ke sini dan memberi peringatan untuk faedah semua,ehehe.Jzkk
Post a Comment