Melayu Dalam Dilema??

Saya cuba berborak-borak dengan kedua ibu bapa,dan juga sahabat handai untuk mendapatkan pandangan mereka berkenaan isu ini.Ayah saya seperti yang dijangkakan menerima cadangan ini sebulatnya.Sejak dahulu lagi,beliau sangat mengagumi non Bumi yang berjaya,dan sama sekali tidak gembira dengan 'tongkat' yang diberikan kepada orang Melayu selama ini.Sementara itu,ibu saya pula totally oppose this idea.Saya??Hurmm,bila ditanya tentang pandangan saya dalam hal ini,sebenarnya saya agak serba salah untuk memberikan pendapat,kerana saya bukanlah orang yang faqih untuk mengupas dan membincangkan isu ini.But I shall try..dengan harapan perbincangan topik seperti ini mampu menggerakkan minda saya yang 'dah lama tak eksesais'=P.Terima kasih kepada yang bertanya.




Selepas hampir 51 tahun negara Malaysia merdeka daripada cengkaman penjajah,tidak dapat dinafikan bahawa rakyat negara ini telah mengecapi pelbagai kekayaan dan kemajuan,termasuklah golongan bumiputera.Walaupun kadar kemisikinan telah banyak turun secara amnya(52.4% pada tahun 1971 menurun kepada 6.8% pada tahun 1997),tenyata jurang pendapatan antara etnik khususnya Melayu/Bumiputera dan Cina masih sangat jauh dan perlu diimprove.Oleh kerana orang Melayu masih dicengkam kemiskinan,maka mereka juga menghadapi kesukaran untuk maju dalam pendidikan.


Untuk mengatasi kemelut kemiskinan di kalangan bumiputera khususnya,Tun Abdul Razak telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru(DEB).DEB meletakkan target supaya bumiputera akan memegang ekuiti sebanyak 30% dalam bidang ekonomi dan pendidikan.
DEB memang suatu dasar yang baik,namun kerana perlaksanaan yang kurang sempurna menyebabkan masyarakat Melayu sehingga tamat tempohnya pada 1990,masih belum mencapai sasaran 30% ekuiti tersebut.Sekalipun DEB telah tamat pada tahun 1990 dan diganti dengan DPN-Dasar Pembangunan Negara,namun DPN yang bersifat terbuka ini ternyata tidak banyak membantu untuk mengecilkan jurang tersebut.Bumiputera mesti bersaing dengan bangsa-bangsa lain dalam semua bidang,meskipun padang permainan tersebut tidak sama rata.This is the time where the bumiputera should be independent,dan hakiskan sikap menjadi bangsa subsidi.


Setelah membaca,melihat dan mendengar pandangan ramai,saya berjaya identify sedikit sebanyak sebab kenapa UITM wajar/tidak wajar membuka 10% kuotanya kepada non bumi:

1)Terdapat banyak universiti yang boleh menjadi alternatif untuk pelajar non bumi menyambung pelajaran mereka terutamanya IPTS yang tumbuh bak cendawan selepas hujan.Kenapa alih-alih UITM juga nak dikacau?


Education in Islam,should be free for all.Ya,tidak dinafikan masih banyak universiti yang boleh cater pelajar non bumi tapi cuba kita fikir kembali,bagaimana UITM berjaya ditubuhkan?Adakah dengan menggunakan wang cukai yang dikenakan oleh kerajaan kepada rakyat?Jika ini benar,adakah cukai dari rakyat bumiputera sahaja??Kalu tidak,berapakah pula jumlah hasil cukai yang perlu dibayar oleh bumi dan non bumi??Adakah sama jumlahnya??



2)di UITM inilah bakat-bakat dan potensi anak-anak bumiputera dapat ditonjolkan dan diasah.Dah banyak kejayaan-kejayaan yang telah berjaya dicipta oleh pelajar UITM.Ini menunjukkan potensi dan bakat tidak hanya boleh diasah melalui persaingan antara bumi dan non bumi.


Betultu..bakat,potensi dan kebolehan boleh diasah melalui pelbagai cara.Ini termasuklah melalui persaingan sihat antara bumi dan non bumi,atau persaingan dikalangan bumi sendiri.The problem is how the students and the academicians memaksima dan memanfaatkan peluang yang sedia ada without any attachment to the policians.Maksud saya disini,UITM tidak boleh hanya memberi tumpuan kepada isu kuota kemasukan,tetapi perlu fokus tentang bagaimanakah caranya untuk meningkatkan kemudahan dan mutu pendidikan di universiti bagi meletakkan nama universiti-universiti Malaysia sebaris dengan universiti lain di peringkat antarabangsa.Benarkan pemuda pemudi tonggak harapan negara ini berfikir sendiri apakah platform yang terbaik untuk pembangunan negara,tanpa campurtangan kuasa politik yang cuba memburukkan lagi keadaan.





3)Apakah matlamat utama UITM ditubuhkan??Ia adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak Melayu dan bumiputera yang kurang berkemampuan untuk menyambung pelajaran dan meneruskan cita-cita mereka.Maka,prinsip dan pegangan UITM haruslah dihormati oleh semua.


Alhamdulillah,saya sangat bersetuju dengan matlamat UITM seperti di atas.Memandangkan UITM mengenakan kadar bayaran yuran yang paling rendah,sewajarnya the university placements should be offered to the deserving ones only(there's still a lot of rich and affordable students,who has been offered to further their study in UITM,and pay for the relatively low fees)
Namun bila difikirkan balik,apakah hanya anak-anak Melayu dan kaum bumiputera sahaja yang tergolong dalam golongan kurang berkemampuan.Saya rasa masih ramai lagi kaum non bumi yang mengalami masalah kewangan,cuma ramai diantara kita memberi fokus kepada non bumi yang sudah kaya raya dan meminggirkan kelompok non bumi yang lebih wajar untuk diberikan tumpuan. Untuk membiayai pelajaran anak-anak mereka,ada dikalangan kaum bukan bumiputera ini menggunakan wang simpanan untuk keranda/jenazah.Ibu bapa seorang sahabat saya juga sanggup menggadaikan tanah milik mereka demi memastikan sahabat saya mendapat pelajaran yang baik di IPTS bagi menjamin masa depan beliau.


4)"UiTM ini mungkin menjadi benteng terakhir bagi orang2 melayu"-Yang Dipertuan Agong,majlis konvokesyen UITM ke 66


Mari kita bermuhasabah bersama-sama,apa yang kita sudah lakukan untuk memperjuangkan ketuanan bangsa kesayangan kita ini?DO we speak proper Malay or at least write out notes in huruf jawi?(no rojak-rojak like this,please..I know I'm bad..sigh~).Oklah,paling senang,have you try to wear baju Melayu to the class/lecture hall??Not sure if IPTA can do this,but IPTS and overseas students definitely can.
Bahasa Malaysia seolah-olah dipandang sebelah mata.Baju kurung dianggap baju yang kolot dan ketinggalan zaman.Nilai-nilai Melayu dipinggirkan.We try to imitate Westerners,tapi apa yang kita tiru bukanlah nilai-nilai murni mereka,yang cuba diikuti adalah budaya hedonisme yang jelas sama sekali bertentangan dengan syariat Islam.Kalau tak ikut syarat Allah SWT(eg:disiplin,punctuality etc),bagaimana mahu maju ke hadapan dan dihormati oleh bangsa dan negara lain?


Kesimpulan:


Let's put our racial differences aside dan melihat isu pembukaan kuota ini dalam perspektif yang lebih terbuka menurut syariat Islam.Tak perlulah kita cepat melatah,takut atau bimbang yang berlebihan kerana ini hanyalah usul,dan Menteri Besar Selangor tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan usul ini jika tidak mendapat persetujuan ramai.Plus!!!!Sebenarnya saya belum lagi melihat statement yang dikeluarkan oleh Tan Sri Khalid berkenaan isu ini secara live/kaca tv/Youtube.Memandangkan isu keluar tepat pada masanya sebelum pilihanraya kecil Permatang Pauh,besar kemungkinan isu ini dipolitikkan oleh sesetengah pihak bagi meraih undi daripada rakyat.

Masing-masing ada pendapat peribadi tersendiri,justeru itu pendapat-pendapat tersebut perlu dihormati dan didengar terlebih dahulu bagi mewujudkan masyarakat yang berfikiran kritis dan berdaya saing.Hati saya berat untuk bersetuju dengan pembukaan 10% kuota ini,dan fokus kepada memperkasakan integrasi antara kaum yang sangat rapuh dikalangan perbilangan etnik di Malaysia.Namun kajian yang lebih terperinci perlu dijalankan untuk memastikan kebaikan usul melebihi kepincangan idea ini.

Wallahualam.

ps:Berbaik sangka itu baik,berburuk sangka itu buruk..Love Allah's creation and He will love you in return,inshaAllah..

Rujukan:

1)'50 Tahun Politik Orang Melayu:Apa Yang Kita cari?'by Razali Endun
2)Blog Anwar Ibrahim
3)iluvislam's forum

8 comments:

salam

di tempat kita, orang yang bela bangsa melayu akan digelar pejuang bangsa. orang yang bela agama di gelar ekstremis, pengganas, kolot dan sbgnya. Mmg Islam sudh dagang di bumi sndiri.

Saya tidak menolak pndangan tan sri khalid ttp tak jgk 100% bstuju. xkira la smaada ia dipolitikkan atau tak, tndakan mmbuat demo sbg tnda bntahan bknlah ssuatu yg lyak dipuji mlah ia mnjelikkan saya. Scara pribadi itu yg sya rsa. Org lain, wallahua'lam.

Apa prasaan bngsa lain mlihat bngsa mlayu berdemo? Jika pmimpin cbuk melaungkan anti perkauman, adakh berdemo mmbela bngsa sndiri 1 pnyelesaian.

NC Uitm, Ibrahim abu shah kata, dia tak suruh plajarnya berdemo. Mreka sndiri yg trun. tidak dirancang katanya. wah, smpat plk buat baju tuk ahli demo kalau tak dirancang. Sape buat? Mngkin kna tnya MPP dorang. Ok, kalau btul mmg tak di suruh, dia sbg NC ada kuasa mnghalang demo dr blaku.Liht lps dari tu, smua branch cmpus wat demo yg sama. Apa tu? Melayu,melayu..

Saya bkn tak syg melayu, tp kita ptt lbih syg Islam. Islam yg di anuti oleh smua kaum. Ada india, cina, org asli. Nabi saw juga sayang bngsanya. Tp bginda tak surh kita lbih syg bngsa dr Islam. Ada pnah dngar ke, Nabi mwakili bngsa arab beperang lwn bangsa lain? Kalau ada, blehla org mlayu bedemo, saya pun nak join skali.

Maaf, xemosi pun cuma terkilan sikit. saya pnah bbrp thun di uitm, sya syg uitm sbg tmpat mnadah ilmu. Itu saja. Atikel yg bgus. skadar pndangan. Syukron...

 

assalamualaikum kak intan,
;)
hee~ isu ini..
a gud article which has give me more input about UiTM.

then, saya tertarik dgn isi akak yg kata, byk lagi cara utk mengasah bakat para pelajar, not only brsaing antra bumi n non bumi. :)

saya rasa semua pihak pun perlu diberi masa utk berubah kan? utk golongan bumi pun cmtu gak. hee~

time kaseh diatas penerangan2 dlm article ni n kat YM ari tu.. :)

-miminapis-

 

wsalam...

sewajarnya ucapan terima kasih ini perlu diajukan kepada saudara kfadhli memandangkan beliau yang bertanya kepada saya tentang isu ini terlebih dahulu..kalau x digesa,Cik Intan nih liat2 jugak nak baca and hadam isu semasa betul2,hahaha...

abudarwis:

hurmmm,I don't think the demo on that day is necessary either.

Somehow,I personally believe that rakyat Malaysia perlu mengenal undang-undang dan perlembagaan Malaysia,supaya hak rakyat lebih terjaga dan tidak dicabuli due our lack of knowledge in this + ignorance...kata-kata ini ditujukan untuk diri sendiri especially

miminapis:

no problem...akak pun suka je adakan perbincangan sebegini.And minta maafla,saya belum reply lagi soalan awk tru email,hehe

Everyone deserves untuk diberi peluang untuk berubah.Cuma,jika diberi masa,berapa lama baru akan dikatakan ample/cukup?

Bak kata Imam Hassan Al Banna-Kerja yang perlu kita lakukan lebih banyak dari masa yang sedia ada...(lebih kurang camtula agaknya)

Wallahualam..

 

if saudara cakap demo tu tak patut dilakukan, msti saudara bersetuju demo utk forum majlis peguam juga tidak patut diadakan rite?

begitu juga pelbagai demo yang telah diadakan oleh bangsa melayu yang beragama islam yang lain.

jika saya berada diluar UiTM, saya akan mengatakan bahawa demo itu tidak wajar diadakan.

tapi nak wat camne..saya syg uitm..walaupun diorang mgkin salah..tapi sy tak sampai hati nak menghukum diorang macam orang lain wat..

dalam forum iluvislam sya ada ceritakan tntang analogi kg balang utk orang lain lebih memahami apa yang saya rasakan.

-kfadhli

 

"tapi nak wat camne..saya syg uitm..walaupun diorang mgkin salah..tapi sy tak sampai hati nak menghukum diorang macam orang lain wat.."<---apakah hukuman yang dikenakan ke atas mereka??kot2 saya ada miss something..

Whatever u do in this world,akan ada orang yang suka,and akan ada orang yang t suka.But no worries,if u think that u are doing the right thing setelah berfikir semasak-masaknya,then do go ahead and follow ur heart.Sesungguhnya Allah SWT adalah sebaik-baik hakim dan Maha Mengetahui setiap apa yang dikerjakan umatnya :)


anyway,iluvislam.com dalam proses pemindahan server baru due to increasing web surfers visiting the site..tenatnya :(

 

takla..mghukum dari segi melabel dipolitikkan..di peralatkan..tak matang..

dan mgkin gak kene tindakan lain..ntahla..

dah mmg tmpat tu yg byk berbakti pada sy..so mmg tetap akan terkesanlah..tu jer..

tapi okey je if ramai yg terus mengkritik atau mengutuk..dah puas dah rase kat forum tu..hu3..

 

dah mmg tmpat tu yg byk berbakti pada sy..so mmg tetap akan terkesanlah..tu jer.<---understood.Appreciation,love and protectiveness which should be inculcated among each and everyone of us.Besides,saya yang bukan UITM ini mungkin mempunyai sudut pandang yang berbeza kerana tidak berada dalam situasi tersebut sbg pelajar UITM.Mungkin kita wajar refer pada waqi' juga kerana mereka lebih memahami hal ini:)

Oh,now I think I get your point:)Saya t tahu sama ada tindakan demo mereka dipolitikkan atau tidak.Tapi saya rasa ada gerakan politik yang cuba membangkitkan sentimen ini,walhal itu tidak perlu.Wallahualam,sesungguhnya Allah lebih mengetahui hal ini..(reminder:i'm trying to be neutral and tak bias)

Kalau diorg DIHUKUM(eg:dikenakan tindakan disiplin) sebab menjalankan demo,saya pun akan membantah sebab saya t suka AUKU yang menyukarkan lagi kebangkitan dan keperkasaan mahasiswa,haha..

En tunelife,bagus juga kalau dikritik dan dikutuk sekali sekala...latihan yg baik untuk meningkatkan kesabaran,disamping kita dapat lihat sejauh mana kita dapat menangani sesuatu kritikan dengan baik.Let's look at it on the bright side yea??

Saya pun masih struggle dalam hal ni.Sama-sama kita berusaha untuk berlapang dada dan berprasangka baik kepada semua orang.Beres bro??peace..

ps:adakah en tunelife turut turun berdemo sama??hehe,instinct yg mungkin benar,dan mungkin juga tidak...

Selamat Menyambut Ramadhan anyway

 

saya tak join demo.pada hari kejadian saya sdg bekerja kerana dlam tmpoh praktikal di scope international