I was actually planning to write on my experience performing umrah for the next entry,but somehow,something much more interesting came up.My kitchen was on fire just now!Intan Nadia rasa macam tengok movie pula.I was so thrilled!
Sebenarnya,saya sedang sibuk mengemaskan barang-barang untuk shipping ke Malaysia sebentar tadi.Al maklum,kedua ibu bapa saya akan sampai ke UK pada tanggal 13 haribulan Julai ini,inshaAllah.Jadi,anakanda mereka perlulah membereskan semua urusannya sebelum menyambut ketibaan ayahanda dan bondanya itu.
Sedang saya sibuk mengemas buku-buku ke dalam kotak,tiba-tiba sahaja saya terdengar bunyi jeritan dan ketukan pintu yang bertalu-talu dari luar bilik Diana.Memikirkan mungkin flatmate saya yakni Intan Syaz dan Diana sedang berbual-bual tentang perkara yang menarik perhatian mereka,saya mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan jeritan tersebut.Namun,semakin lama,suara mereka semakin kuat dan… seakan-akan panik.”Something is not right here…”Lalu,saya perlahankan muzik di laptop dan terus meluru keluar.
Keluar sahaja dari bilik,fire alarm flat kami berbunyi secara tiba-tiba.Saya masih blurr lagi dengan apa yang berlaku,sehinggalah sesampainya saya di dapur dan melihat sendiri api yang menjulang tinggi di atas periuk dan hob;beserta asap hitam yang berkepul-kepul naik ke udara memenuhi ruang dapur kami yang sempit.Suasana sedikit cemas.Intan Syaz cuba untuk memadamkan api dengan menggunakan fire blanket malangnya usahanya tidak berhasil.Temanku seorang lagi ie Diana menggigil ketakutan;panik kerana ini kali pertama kami berhadapan dengan perkara sebegini.
Langsung saya mencapai fire extinguisher,dan menekannya. Alhamdulillah,saya sendiri tidak tahu dari mana saya mendapat kekuatan dan ketenangan dalam situasi ini.Cubaan pertama saya untuk memadamkan kebakaran gagal.Api dilihat semakin marak dan semakin galak menyambar barang-barang berdekatan.Melihatkan cubaan memadamkan api tidak berjaya,saya berusaha untuk memadamkannya dengan meniup api tersebut seperti meniup lilin di atas kek harijadi.Haihhh,kelakar sungguh...It’s a definite failure,of course.Akhirnya,saya melakukan cubaan memadamkan api buat kali kedua menggunakan fire extinguisher yang tersedia ada di flat kami.Syukur,api tersebut berjaya dipadamkan sepenuhnya.Dan benarlah kata pepatah Melayu yang biasa kita dengari; “berusaha tangga kejayaan” =D.
Teruk juga kerosakannya..Menurut pegawai hall kami,kebakaran ini dipercayai berpunca daripada hob yang terlampau panas.Pelik,kerana kalau tidak silap,tiada siapa di antara kami yang membuka dan manggunakan hob tersebut.Mungkin ada berlaku litar pintas,wallahualam…Apa-apapun,tiada guna kalau kita saling berprasangka antara satu sama lain lebih-lebih lagi setelah perkara ini telah pun berlaku.Apa yang lebih penting,api berjaya dipadamkan dan semua warga flat 29 sihat dan selamat.Alhamdulillah buat kesekian kalinya.
Terima kasih Ya Allah kerana menyelamatkan kami daripada kebakaran kecil sebentar tadi.Moga-moga Kau lindungi dan rahmati kami bukan sahaja di dunia,malah Kau selamatkan kami jua daripada azab api neraka di akhirat sana.Ameen...
Dan sedikit nasihat terakhir daripada saya;berikanlah sepenuh perhatian anda terhadap briefing fire drill di sekolah/hall/university etc.Jangan sekali-kali tidur atau cabut ye..hehe...Prepare yourself for anything - either good or bad encounters.
Wallahualam.

6 comments:
Alhamdulillah
kini intan digelar firewoman...yehaaaaaa
hebatlah mek na..alhamdulillah..kuasa Allah yang Maha Besar mengatasi segalanya, lalu memberi kekuatan kepada kamu untuk beraksi cool (tenang) sekali...
apa pun, anda teta venusians...heh
yerp,all praise goes to Allah..rasa nak tergelak bila teringat balik aksi-aksi saya masa mula2 nak guna fire extinguisher(tak reti) dan masa cuba padamkan api dengan meniupnya.haha!
i'm indeed a venusian and proud to be one.although,i might not become the best venusian,but at least i will become a venusian who tries at her best in life.
wakiki...ayat tersiratni..
fuh terkejut dgr!!
dahsyat jgk fire tu..bile tgk pics..
kak eli,dapur kami dah kembali bersinar tau..semalam flatmates sy bertungkus lumus cantikkan dapur kami kembali :)
Salam kak intan..uisho hebat r kak intan pdm api..
nway,backgroung blog baru ke ni..lain benor ajo..
salam reym...camne demam?hopefully makin sihat :)
kui3x...takde hebatnya akak ni,awak pun boleh buat juga.tapi honestly akak rasa ini merupakan suatu achievement dalam hidup akak..almaklumlah,bukan selalu dapat buat aksi adventure camni.
sila pastikan rumah awak(both malaysia and UK) dilengkapi dengan fire extinguisher juga.balik msia nnt akak ingat nak order satu untuk rumahla.kantoi kami tak mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap penjagaan dan keselamatan rumah.
Post a Comment