Hanya beberapa hari sahaja lagi saya akan berangkat ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah.Perasaan ini tiba-tiba sahaja berdebar-debar.Mungkin kerana ini kali pertama saya akan berkunjung ke sana.Mungkin juga perasaan ini timbul kerana mendengar cerita yang 'macam-macam' dari pada internet dan rakan taulan.Malu dan gentar apabila memikirkan betapa banyaknya dosa dan cacat cela diri ini.Moga jika ada ujian dan dugaan yang mendatang nanti,saya diberi kekuatan untuk menghadapinya dengan sabar,tenang dan ikhlas.Mohon para sahabat iringi pemergian saya dengan doa kalian.
Dalam kesempatan yang terhad ini,saya ingin menyusun sebanyak-banyak ampun dan maaf pada semua teman dan sahabat handai atas sebarang kesalahan, terkasar bahasa etc samada secara sedar mahupun tidak. Saya juga ingin meminta pelepasan atas sebarang bentuk hutang juga sebarang amanah yang tertangguh yang tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat ini. Saya juga memaafkan serta menghalalkan sebarang harta yg terhutang (sekiranya ada) kepada semua.
Masih belum terlewat untuk anda claim hutang dari saya (sebelum 27hb Jun;jika ada),tetapi sebaik-baiknya halalkanlah ia sahaja :P .
Dari Abu Hurairah r.a.,Nabi SAW pernah bersabda:
"Barangsiapa melepaskan seorang mukmin daripada kesusahan hidup di dunia,nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat,barangsiapa memudahkan urusan mukmin yang sulit,nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat....Allah akan menolong hambanya selagimana hamba itu senantiasa menolong saudaranya..." (HR Muslim)
Berkenaan dengan doa untuk disampaikan di raudhah dan baitullah,saya telah hampir siap mengumpulkan kesemua doa tersebut dalam satu koleksi. melalui email,text messaging etc.Sudah terbongkar akhirnya rahsia dan isi hati teman-temanku ini (hihi).Namun jangan risau,saya akan pegang amanah tersebut sebaiknya.Saya dahului dengan ucapan jazakumullahu khairan katheera atas kepercayaan yang diberikan.
Doakan agar ibadat saya diterima Allah SWT,dan dimudahkan segala urusan termasuklah perjalanan pergi dan kembali dari Tanah Suci Mekah.Moga-moga Intan Nadia binti Taib mendapat ketenangan yang dicarinya semasa permusafirannya di sana dan pulang menjadi individu muslim yang lebih baik dan bermanfaat kepada agama dan masyarakat.
Ameen.
Semoga berjumpa lagi.Assalamualaikum wbt..

7 comments:
moga diterima umrahmu =)
tod doakan aku bjaya sampai ke mekah jugok one day.
semoga selamat pergi dan kembali.
semoga dianugerahkan kesihatan yang baik sepanjang umrah. dan sepanjang hayat.
salam wbt kak tan,
kamel baru nak email tu pasni.. harapnya it's not too late for me?
kak tan take care ya kat sana
must be sangat panas already
jangan lupa minum air byk2
lagi2 dapat minum air zam2 bertong2 yang percuma dalam haramain
huu..bertuahnya.. doakan kitorang sume dapat dijemput lagi ke sana ya..
siiru 'ala barakatillah~
subhanallah..slmt intan...umratallah, mg mndpt keberkatan dr sisi-NYA... tumpang nama saya dlm doa awop deh...huhu
mg diri ini juga berpeluang satu hr nanti..mnjadi tamu-Mu...
peliharalah shbt2ku ini yA Allah..amin
ok na selamat berangkat ke tanah suci...cik da gi doh...awk pong nk gi jugok ni...InsyaAllah akan sampai giliran saya suatu hari nanti...Jgn rusing sy dok doa sokmo ko kaum kerabat kita,family ayoh mat,family awk dan family sy tentunya...Moga seluruh kehidupan kita dalam redhaNYa...ameen
panje ni doa sayo jange lupo doa hok ambo kirim suruh baco tuh....
intan, doa sungguh-sungguh dan hayati masa kamu di sana
yang akan merindui kamu dengan sangat
salam wbt semua;
alhamdulillah,br dapat pengesahan visa saya dah confirm diluluskan oleh pihak embassy sebentar tadi.ada seorang sahabat yang tak lepas,sama2 kita doakan moga2 sahabat tersebut sabar dan redha dalam menerima ujian ini,dan moga Allah swt gantikan takdir yang lebih baik untuknya,inshaAllah.
Kali ini rezeki saya,lain kali rezeki korang pula,inshaAllah...terima kasih atas nasihat dan doa.hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian semua.
ps:noted all ur du'as.no worries.
Post a Comment