Another Episode

Rindunya dikejar angsa-angsa yang bermastautin di Lakeside,memberi mereka makanan dan berjalan melalui padang universiti yang penuh dengan harta-harta mereka..

Rindu akan family postgrad yang ramah tamah dan air tangan mereka yang boleh membuatkan anda meracau di tengah malam..

Aku rindu suasana iftar jamaie dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di UK.Terasa 1 Malaysia yang sebenarnya,berbanding tanah air sendiri yang lebih bersifat retorik semata-mata.

Rindu untuk mempraktikkan Islam yang syumul dengan bebas.

Rindu manggo lassi Desi Express dan kebab Khyber Pass yang sangat menyelerakan.

Rindu untuk membeli belah di carboot yang sangat murah,dan berbual dengan pakcik dan makcik tua di sana yang sangat mesra.

Banyak sungguh kenangan di sana,baik yang manis mahupun yang masam-masam sikit.

Alhamdulillah,aku berjaya bergelar sebagai alumni The University of Nottingham sebagaimana Perdana Menteri Malaysia yang ke 6,Dato' Seri Najib Abd Razak,hehe...tak sabar rasanya menunggu kepulangan rakan-rakan medik yang bakal mengisi perjuangan Islam di Malaysia kelak.

Buat warga baru Nottingham,selamat datang!!Hargailah kehidupan dan pengalaman anda di bumi bertuah ini~


8 comments:

Rindu itu adalah
Anugerah dari Aallah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan

 

Rindu itu di hati..pastikan hati kamu tidak tertinggal di sana ...

Intan sudah mulakan langkah di tanah air..pandang depan dan terus mara supaya kerinduan pada masa lalu lebih bermakna

Tanpa masa lalu tiadalah kita pada masa kini

All the best untuk driving test...saya cabar kamu ni Intan...sahut cabaran saya!

ps: mood baru..blog suasana baru..best best...haha

 

Nottingham Kini:

cilok lagu nasyid :D

Zaf:

Owhh,jangan risau..inshaAllah tak stuck di masa lalu,cuma merenung kembali dan menghargai setiap aturan takdir yang telah ditetapkan Allah SWT.Subhanallah,cantik sungguh aturan itu!:)

Hehe,baikkkkkk....saya akan usaha sungguh2.inshaAllah,suatu hari nanti saya akan drive kamu pula..

ps:baru ada mood 2,3 hari ini.tapi blog saya mana boleh challenge kamu lagi :P

 

wowwweeee...intan nak drive sayo...nak drive pi mano? kita pi honeymoonnnnnnnn kat bulan! bulan penuh!


fastabiqul khairat dalam menulis blog...blog kamu dah cantik dan canggih ni...sayo masih di takuk lama..kemudian-kemudianlah

 

na kijo doh ko??....kiranya dah dapatla sijil pelepasan bagi duit rayo la nih?...hahaha...jago2 nok gi kutip nih...

 

zaffan:

hehe,bosan la asyik jadi co-driver or penumpang kat belakang je.harus memajukan diri juga :P

bulan penuh?kak zaf ni,macam ada double meaning pula..lol.

oh:

ehem2...uncle oh ni jadi balik umah x raya ni?

sukacita dimaklumkan bahawa saya masih menganggur,dan mungkin masih berkelayakan untuk mendapat duit raya buat kali terakhir.wooowwee~

 

salam..
salam ziarah..
emm sape ehh yg empunyer blog nie??

jempput follow blog sye..

http://syahameer.blogspot.com

 

salam wbt

siapa tuan empunya blog ini ada tertulis di kolum sebelah.

apa2pun,jzkk untuk ziarah dan jemputannya..