Fastabiqulkhairat:Tips Menjaga Orang Yang Sakit




Seorang teman memberitahu saya bahawa orang yang menjaga orang yang sakit adalah orang yang beruntung,kerana mereka dipilih oleh Allah SWT untuk menghadapi ujian kesabaran.Begitu juga dengan pesakit itu sendiri.Fizikal dan mental mereka diuji Allah,dan mungkin kesakitan yang mereka hadapi ini adalah kafarah-menghapuskan dosa dan meningkatkan darjat disisi Allah hasil daripada kesabaran terhadap penyakit atau ujian yang ditimpakan. Ketika berjaulah ke Kuala Lumpur beberapa hari yang lepas,teman saya itu sempat berkongsi suatu ilmu yang saya kira sangat menarik untuk dikongsi di blog ini.Ia berkenaan adab dan tips menjaga orang sakit.Cukup praktikal dalam kehidupan,namun mungkin ramai dilkalangan kita yang masih belum tahu.Diantara tips-tips yang diberi beliau:

1.Pertama,UBAH MINDSET.Kita harus yakin bahawa semua penyakit bukanlah sebagai musibah ke atas pesakit.Sebagai seorang practicing muslim,sebaik-baiknya kita banyakkan berdoa moga-moga penyakit yang ditimpakan kepada pesakit adalah kafarah dari Allah SWT.

2.Selain itu,kita juga perlu percaya dan turut meyakinkan pesakit bahawa SETIAP PENYAKIT PASTI ADA UBAT.Sabda Rasulullah SAW dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud:
"Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua"

Ini memberi maksud,bahawa usaha mencari penawar kepada sesuatu penyakit perlu diteruskan,dan pesakit tidak boleh berputus asa dengan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT terhadapnya.

3.Tanggungjawab menjaga pesakit bukanlah suatu tugas yang mudah.Maka,banyakkan BERDOA agar Allah SWT kembalikan nikmat kesihatan kepada pesakit,dan moga-moga Allah kurniakan kita kekuatan dan kesabaran yang berterusan sepanjang menjaga kebajikan mereka.

4.BERSIHKAN HATI,PERKUKUHKAN AMALAN.Hanya dengan mengingati Allah,hati ini akan menjadi gembira dan ikhlas dalam memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

5.Sekali sekala,TUKAR ENVIRONMENT demi menceriakan pesakit.Tempatkan mereka dibilik yang mempunyai pengudaraan dan pencahayaan yang baik(eg:buka tingkap,selak langsir).Jika pesakit sukakan pokok-pokok dan bunga,hiasi bilik dengan pokok atau bunga yang menjadi kegemarannya.Anda juga boleh memakaikan mereka dengan pakaian kegemaran atau lain-lain accessories yang boleh membantu meningkatkan mood dan suasana sekeliling yang suram.

5.SENYUM DENGAN IKHLAS.No need to elaborate more;it truly helps.Tidak ada sesiapa mahu melihat rupa kita yang masam mencuka bukan?

6.BUAT LAWAK.Sejujurnya,saya berpendapat bahawa untuk membuat lawak kepada pesakit adalah amat sukar apetah lagi jika pesakit tengah down,marah,stress dan lain-lain.Cara lain yang boleh kita gunakan ialah dengan menonton video kelakar-eg:video Ustaz Azhar kat youtube pun ok,hehe..




7.Cari dan SELONGKAR BARANGAN LAMA (eg:gambar,muzik),dan tunjukkan kepada pesakit.Remind them all the good memories ,and cherish them .

8.SENTUHAN.Sentuh dan belailah pesakit dengan penuh kasih sayang.Dikala ini emosi mereka mungkin amat lemah,maka sokongan dan perhatian anda amat-amat diperlukan.Sungguh,sentuhan dan belaian anda mampu untuk menenang dan memberi semangat kepada para pesakit,inshaAllah.Just don’t be shy to do it.

FASTABIQULKHAIRAT

Malam selepas perbincangan dengan teman saya itu,kami bergerak ke kolej pula.Di sana,kami membincangkan tentang isu fastabiqulkhairat-berkejar kejar dalam mengerjakan kebajikan.Alhamdulillah,kelihatan semua naqibah faham akan peranan masing-masing dan sumbangan yang boleh diberikan oleh mereka terhadap kolej setelah diberi penjelasan ringkas daripada super seniors.Setelah tamat diskusi,kami menghadap lebihan makanan moreh,yang seringkali menjadi masalah utama tiap kali di bulan Ramadhan.Bukan sahaja di Kolej Yayasan UEM,malah ia berlaku di kebanyakan tempat lain juga.

Melihatkan adik-adik MUSCOM yang termangu memikirkan cara untuk menghabiskan makanan ini,kami memberi cadangan kepada mereka untuk menjaja sahaja makanan lebihan tersebut kepada pelajar dan juga staff kolej seperti pakcik-pakcik jaga yang mungkin kelaparan di kala menjaga ketenteraman kolej.

“Hurm..korang tau tak,biasanya apabila kita dapat ilmu dan faham tentang sesuatu perkara,kita pasti akan diuji Allah selepas tu,”saya cuba menyucukkan jarum,dengan niat mahu menaikkan semangat adik-adik ini untuk menjaja lebihan makanan tersebut.

“Apa maksud akak?”Tanya mereka.

“Bukan ke kita baru belajar tentang fastabiqulkhairat sebentar tadi?Agaknya inilah ujian daripada Tuhan bagi menguji sejauh mana kefahaman dan kesungguhan adik-adik dalam mengaplikasikan perkara ini dalam kehidupan seharian.Malah,ini juga peluang kepada kalian untuk berbuat kebaikan,dan menambah amal jariah.Benda-benda camni,hanya insan-insan terpilih je yang dapat tau.”Tambah saya lagi.Semakin galak perasaan mahu menyakat,namun pada masa yang sama,saya mahu mereka memahami dan memiliki sikap ikhlas untuk memberi.Gembira apabila diberi ‘pekerjaan’.

Dan alhamdulillah,adik-adik tersebut melakukan tugas tersebut dengan baik sekali pada malam itu.

GILIRAN TIBA

Sebaik sahaja saya pulang dari jaulah di KL dan Tanjung Malim,tiba giliran saya pula untuk diuji.Ummi demam panas sepeninggalan saya ke KL beberapa hari.Dua,tiga hari ini beberapa lagi sanak saudara jatuh sakit,dan tiba masa untuk saya mengamalkan tips yang saya pelajari daripada teman saya tersebut ketika berhadapan dengan orang yang sakit.

Memang bulan puasa ni banyak perkara menarik yang berlaku.Setiap kali apabila saya cuba untuk memahami tentang sesuatu particularly mengenai Islam,sekejap sahaja Allah SWT akan bagi jawapan samaada dalam teori dan praktikalitinya.Saya tidak perlu menunggu lama.Is it a coincidence?Well,I don’t think so.Semua yang berlaku adalah kerana kemahuan dan kehendakNya.Setinggi-tinggi puji dan kesyukuran buat Allah SWT,kerana masih sudi memandang dan membimbingku meskipun aku bukanlah siapa-siapa,hanya hambaNya yang miskin lagi hina.

2 comments:

masyaAllah, perkongsian yang baik...

semoga semua ahli keluarga dikurniakan kesihatan yang baik, insyaAllah...

p/s: masa jaga umi kamu tu ada buat lawak x?:D

 

owh,sy tak buat lawak tapi sy guna teknik lain yakni menjadi anak yang cukup mendengar kata,lol.

in other words,segala house chores disiapkan sebaik mungkin dan sentiasa ready if she needs anything.

jzkk for the prayer anyway.