Watak-watak:
Adi,berumur 7 tahun.Seorang anak yang nakal dan buas.
Ali,3 tahun.adik kepada Adi,juga merangkap sebagai pengikut setianya.
Sepiah atau lebih dikenali sebagai Mak Yah,pemilik warung nasi lemak paling famous di Kampung Din Beramboi.Bakal menginjak 40 tahun Oktober ini.Malang seribu malang,walaupun jelita dan baik hati,beliau masih lagi single dan available.
Disuatu hari yang indah ..
Adi:Heyyyyyy!!Apa Ali makan berterabur sana sini ni?Macam toyol…Ali makan macam toyol,tau tak?
Telinga Mak Yah berdesing-desing.Beliau yang duduk berdekatan dengan dua beradik tersebut pada ketika itu cukup pantang mendengar perkataan-perkataan kesat dan kata-kata yang menjatuhkan maruah orang.Sabarnya cepat menipis jika berhadapan dengan orang yang bersikap sedemikian.
Rasa marah Mak Yah meluap-luap.Bagaimana budak sekecil si Adi ini boleh menghamburkan perkataan sedemikian?Kurang adab namanya!Dari mana dia belajar?
Si Adi masih lagi mengutip sisa makanan adiknya di atas lantai sambil memarahi adiknya yang termangu-mangu apabila digelar toyol oleh abang kandungnya.Si Ali;membisu seribu bahasa.Takut agaknya..
Mak Yah masih lagi geram,namun apabila memikirkan Adi dan Ali masih kecil,dan keperluan untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara yang lebih efektif(pendekatan psikologi),cepat sahaja hati Mak Yah sejuk kembali.Darimana mereka belajar bercakap sedemikian sudah tidak penting bagi Mak Yah,yang menjadi prioritinya sekarang adalah memberi kefahaman kepada anak-anak ini bahawa berkata kesat,menghina orang dan seumpamanya adalah salah;sama ada dari sudut pandangan Islam ataupun dari konteks slogan Satu Malaysia.
Mak Yah:Adi,kenapa cakap camtu?Tak baik tau.. lain kali jangan cakap camtu kat adik ok?Meh
Mak Yah tolong kutip makanan ni sekali…
(Mak Yah cuba memainkan peranan dan memasang umpannya.)
Adi:Kenapa tak baik pulak?Memang Ali makan macam toyol pun..bersepah!&%@!
Mak Yah (tengah bersabar):Hurmm…sekarang Adi cakap kat orang lain macam toyol.Kalau lain kali,ada orang yang cakap Adi toyol,hantu pocong,atau mengata benda lain yang tak best kat Adi,Adi marah x?
Adi:mmm…Adi..marah la…
Mak Yah:Jadi Adi fahamlah kan kenapa tak boleh cakap buruk kat orang lain?Kalau kita tanak orang mengata dan buat jahat kat kita,kita janganlah buat jahat dan mengata kat orang.So,boleh tak Adi jangan buat lagi macamtu?OK?
Adi:mmm..ok (sambil tersengih).
Mak Yah:Haa,bagusnya Adi ni,cepatje faham…Kalau Adi jadi baik, Allah suka tau.Boleh dapat banyak pahala..
Adi:Ha?Pahala?Pahala tu apa Mak Yah?
Laju sahaja Adi memotong percakapan Mak Yah.Perkataan ‘pahala’ sangat asing dalam hidupnya.Masih banyak lagi perkara tentang hidup ini yang masih belum diterokainya,dan dia ingin tahu segera.
Mak Yah:Errr….camne nak cakap ye?Pahala ni macam hadiah kat sape2 yang buat baik.Kalau kita selalu buat baik,banyakla pahala kita dapat nanti.Semuanya Allah yang beri..
Mak Yah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Cuba sedaya upaya meletakkan pemikirannya setaraf dengan pemahaman anak yang berumur 7 tahun itu.Mudah-mudahan ia mampu ‘mencapai equilibrium’ yang dihajatkan.Namun,Mak Yah dapat rasakan bahawa penjelasannya tentang konsep pahala masih kabur dan sukar untuk dihadam oleh Adi.
Adi:Hadiah?Hadiah tu tu free tak?Aaaah,Mak Yah tipu…Adi nak jadi jahat.Adi suka jadi orang jahat.Adi tak nak jadi baik.
Terus Adi berlalu meninggalkan Mak Yah bersama dengan adiknya tanpa menghiraukan Mak Yah yang masih mencari cara terbaik untuk memberi penjelasan kepada Adi tentang konsep 'pahala dan dosa' . Mak Yah terkedu sebentar.Hatinya bertambah risau apabila memikirkan siapa yang boleh membantu membentuk Adi dan adiknya untuk mengenal Islam dan memiliki peribadi sebagai seorang muslim yang beriman.Hendak diharapkan sepenuhnya kepada kedua ibu bapa Adi,Mak Yah kurang pasti….Mak Yah kurang yakin melihatkan teladan yang diberikan oleh kedua ibupa Adi dan persekitaran yang disediakan untuk anak-anak ini membesar dirasakan tidak sesuai dengan fitrah seorang anak kecil seperti Adi.
Sekalipun Mak Yah tidak mempunyai anak,Mak Yah tahu bahawa anak ini adalah amanah yang besar dari Allah SWT.Sama ada anak itu luar nikah mahupun tidak,anugerah terindah dari Allah SWT ini mempunyai tabi’e yang berkeadaan suci bersih tatkala melihat ‘dunia baru’ di luar rahim ibunya.Sabda Rasulullah SAW:
Tiap-tiap anak dilahirkan berkeadaan fitrah (suci bersih), maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi'
(Riwayat Bukhari)
Dalam diam,Mak Yah mengangkat kedua belah tangannya dan berdoa agar Adi dan Ali membesar dengan selamat dibawah lembayung Tuhan yang mempunyai sifat ar-Rahman dan ar-Rahim kepada seluruh makhluk ciptaanNya.Moga mereka dilindungi dan diberkati selalu,sama ada di dunia ataupun di akhirat sana…
Dan moga Sepiah@Mak Yah,cepat dapat jodoh yang baik-baik juga.Dah nak masuk era 40s ni,walaupun kata orang putih “life begins at 40”.
Ceh!
4 comments:
Dalam kesibukan meneruskan mision impossible, sempat juga update blog...mantop2...
Bagus pengajarannya, tapi rasanya pengajaran paling besar ialah pada perenggan yang terakhir...hehe...
Selamat berjaya dengan mission kamu...
Agree :)
mkaz:
bukan mantap,tapi ia sebagai salah satu aktiviti untuk melepaskan tekanan.lol.anyway,esok kita akan lihat sama ada misi tu akan berjaya atau tidak.
and citer tak habis lagi actually.inshaAllah akan ada sambungan dia nanti.
shahnom:
agree bahagian mana ni shahnom?
anyway,selamat hari raya ~
cik intan, bila nak sambung cerita ni? :D
Post a Comment