Wacana Meneladani Peristiwa Hari Hartal

Another not-to-missed programme:



Warga TeamUsrahCardiff, dengan kerjasama MSSCF (Malaysian Student Society of Cardiff University) dengan ini menjemput anda ke diskusi ilmiah yang kami anjurkan iaitu:

“Wacana Meneladani Peristiwa Hari Hartal”

Hari Hartal jatuh pada tanggal 20 Oktober 1947. Pada hari tersebut, rakyat Tanah Melayu berpakat untuk protes dan mogok kepada pemerintahan British di Tanah Melayu. Tindakan ini merupakan suatu manifestasi perjuangan rakyat Tanah Melayu dalam memerdekakan negara mereka serta menyingkirkan penjajah British secara total. Meskipun ditentang dan ditekan dengan hebat oleh si penjenayah British, masyarakat Melayu, Cina dan India bersatu hati dan bergabung tenaga menjadi pejuang-pejuang tanahair menentang kezaliman dan menuntut kemerdekaan mutlak.

Wacana ini akan cuba menjawab beberapa persoalan penting, iaitu:

- mengapa berlakunya peristiwa ‘Hari Hartal’?

- apakah strategi yang digunakan British untuk menyekat kemaraan rakyat Tanah Melayu?

- apakah signifikannya peristiwa tersebut dengan situasi semasa Malaysia?

Panel yang dijemput untuk membincangkan isu ini ialah Saudara Muhaimin Bin Sulam. Beliau merupakan seorang mahasiswa pasca-ijazah PhD di University of Wales, Lampeter.

Berikut merupakan maklumat lanjut program:

Tarikh : Ahad, 26 Oktober 2008

Tempat: Darul Isra’ Islamic Centre

Masa : 1.45 petang – 3.45 petang

Sekiranya anda berminat untuk menghadiri ke wacana ini, sila emailkan NAMA, UNIVERSITI dan TAHUN PENGAJIAN kepada Saudari Dayang Nur Hadziah di email – mind_empirez@ yahoo.co. uk

Untuk maklumat lanjut, hubungi Azad di email azad282@yahoo. co.uk

Sekian, terima kasih.

Mohamed Azad

Pengarah Program

Wacana Meneladani Peristiwa Hari Hartal

20 Oktober 2008


Mari Belajar Bahasa Bulgaria dan Korea



Harini,16 Oktober 2008.Lectures saya berlangsung seperti sediakala.Setiap kali hari Khamis menjelang,saya akan merasa sedikit penat dan kerapkali hilang tumpuan semasa sesi pembelajaran.Ini kerana kami,pelajar-pelajar bisnes yang bertuah perlu stay fokus dalam lectures selama 3 jam berturut-turut.Dimulakan dengan lecture Advertising and Marketing Communication pada 10am,diikuti Strategic Management 1 pada 11am dan Human,Resource and Management 1 satu sejam selepas itu.Bagi mereka yang mempunyai tahap konsentrasi yang rendah seperti saya,pasti anda akan merana!:P Apetah lagi jika kelas tersebut diadakan pada waktu tengahari;waktu yang sangat disturbing,due to lunch time.

Namun hari ini,saya rasa sedikit gembira.I learnt something new,something yang sangat-sangat menarik minat saya.Today,I learnt some Bulgarian words from Kristina,and also Korean words from Jongho.Perkenalkan,Kristina dari negara Bulgaria dan Jongho,jejaka Korea!!Clap clap...Mereka berdua adalah teman rapat Cik Intan di dalam kelas kami yang meliputi hampir 400 orang pelajar :)

So,jom!Kita cuba belajar serba sedikit bahasa mereka.Namun,ampun dan maaf dipinta jika anda rasa apa yang saya belajar dari mereka ini sedikit merapu/mengganggu.Ha ha ha ~

Bulgarian:

Hello : Zdravei
I love you : Obicham te
You are Handsome : Ti si krasiv

Korean:

Hello : Aniyo haseyo
I love you :Sa rang hae /Sa rang hab ni dar
You are handsome :Jal saeng geot sir yo

Saya tahu..teruknya apa yang saya belajarni(lol).I should ask other things like 'thank you','goodbye' etc,tetapi masa tidak mengizinkan.InshaAllah lain kali akan menuntut ilmu dengan mereka berdua lagi.


Jongho:kiut budaknya,selalu tanya intan dah start assignment ke belum.Bagus betul ada teman cam dia


Kristina:she's lovely in person.

Apa-apapun,Cik Intan sangat suka mempelajari bahasa dan culture yang pelbagai~and alhamdulillah,I'm grateful dapat berkawan dengan mereka berdua,as diorang sangat baik and they can accept me for who I am.Ya Allah,moga-moga persahabatan kami akan terus berkekalan dan bantulah kami bertiga untuk graduate bersama-sama dengan cemerlang pada bulan Julai nanti,ameen.

Teringat kata-kata Dr Zakir Naik@Deedat Plus:

"We have to be one brotherhood. Islamic brotherhood is that, all human beings are brothers - And Muslims are brothers in faith."


FOSIS Palestine Conference '08 in Nottingham!!




Are you going to Palestine Conference '08??I AM..(dah dapat seat pun sebentar tadi,yeayy,alhamdulillah).It's a very rare opportunity,which you hardly find it anywhere else.

There should be a trip to Bath and Stonehenge with Malaysian sisters from Nottingham,but sadly it clashes with this conference.So,my dear sisters, have to make a wise decision.You shoud be able to differentiate between which one you 'need to go' and which one is 'nice to go'.

Anyway,if you want to attend the conference,do register yourself quickly.Tak kisah dari uni mana sekalipun.Dr Azzam Tamimi memang a crowd puller.Bila masa lagi nak dapat ilmu dengan dia,especially final year students,haihhh~Zaffan pun ada cakap,dia boleh sort outkan accomodation jika anda memerlukan bantuan :D Zaffanni suka masak-masak tau,cepat powww dia!!Haha~Go,Zaffan!!

ps:bye-bye Bath and Stonehenge trip,sob sob!(poyo seyh,sila jadi matang sket intan)



The Battle of Hastings 1066



tapestry yang menceritakan tentang The Battle of Hastings 1066

INTRODUCTION

1066 is surely the best known date in English history.Pada 14 Oktober 1066,sebuah angkatan tentera Normans dari Perancis yang dipimpin oleh Duke William The Conquerer berjaya mengalahkan tentera English pimpinan King Harold Godwinson dalam sebuah peperangan yang dinamakan sebagai "The Battle Of Hastings" di East Sussex.Hari tersebut merupakan suatu hari yang bersejarah buat semua penduduk Great Britain,kerana kemenangan Duke William telah membawa suatu evolusi baru kepada penduduk Great Britain dari segi struktur kenegaraan dan kemasyarakatannya.He effectively took all the lands from the Saxon English and gave them to French nobles.Pada 11 Oktober 2008 yang lepas,pihak daripada The English Heritage telah mengadakan its annual re-enactment of 1066 Battle of Hastings di lokasi peperangan tersebut. Some people may find it boring to engage with history,but not me,Aqilah [Leicester University] dan Imran Mustafa@Imakubex [Imperial College of London].That is why,the three of us decide to go there and discover this historical battle ourselves.

AURA-AURA 'THE MIDDLE AGES'


di bahagian tepi padang pertempuran

Mula-mula sampai di perkarangan tempat event tersebut dijalankan,saya dipegunkan dengan kelibat manusia berjalan-jalan sambil berpakaian ala zaman The Middle Ages i.e. the middle period between the decline of The Roman Empire and The Reinassance .Terasa seolah-olah berada pada zaman waktu Robin Hood pula,haha!Terujanya!!Suara kanak-kanak riang,berlawan antara satu sama lain dengan menggunakan pedang kayu,kapak dan shield plastik menggamatkan lagi suasana.Hati saya merasa seronok dan bahagia melihat anak-anak ini dididik untuk mengenal sejarah pada usia yang cukup awal dan mencintai tanah air melalui program sebegini.I wish sejarah Tanah Melayu turut diajar dengan telus di Malaysia melalui pelbagai jenis program dan pendekatan yang menarik supaya anak-anak Malaysia termasukla tuan empunya blog ini merasa dekat dengan sejarah,appreciate it dan bangga dengan roots kami.


tengokla betapa berbezanya kami dari segi warna dan kehalusan tekstur kulit,haha


Kami meneruskan lagi pengembaraan dengan berjalan memasuki sebuah abbey/church yang tersergam megah.Apabila kami memasuki perkarangan church tersebut,terdapat 2 orang penglipur lara;seorang lelaki dan seorang perempuan bercerita kepada para pelawat berkenaan sejarah peperangan Hastings dan juga serba sedikit mengenai Christianity.Menurut sejarah,agama Kristian dan gereja memainkan peranan yang sangat penting pada zaman pertengahan ini.Ceritera yang disampaikan turut diselitkan dengan nyanyian dalam bahasa orang-orang zaman dahulu.Sungguh merdu dendangan suara mereka berdua!!Sedang saya asyik mengambil gambar,tiba-tiba telinga saya menangkap ungkapan kata-kata ini "This is when Christian declare war to Islam".Terkejut dan kaget,apetah lagi Muslim yang mendengar "story telling" itu hanyalah kami bertiga(rasanyala kot).Rupa-rupanya beliau sedang bercerita tentang how the Christians were treated so badly when Jerusalem were taken by the turks in 1065,sehinggakan throughout the Christendom people were stirred to fight in crusades.Hurmmmm,begitukah??Apa komen anda??


gabungan suara yang padu!!Klasiknya~

Selain mendengar penglipur lara bercerita tentang sejarah masyarakat English@Anglo Saxon ini,aktiviti lain yang dijalankan pada waktu yang sama adalah pameran senjata dan middle ages' cloths and fashions,permainan archery untuk visitors,the re enactment of the battle dan paling best,pertunjukan well trained Falcon dan Hawk yang dipelihara oleh nobleman pada zaman dahulukala.Fyi,burung paling mahal pada zaman tersebut is equal to 250 000 pound!!Waaa,hangpa nobleman abis duit kot sinije!!Tapi seriously,memang macho abisla burung-burungtu.Tangkas dan ganas sebijik macam dalam filem,hoho!Even ketika kami menyaksikan pertunjukan tersebut,kami diminta untuk tidak bergerak jika burung falcon tersebut terbang ke arah kami.Ini merupakan satu langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.



us with the kids in front of the abbey


i look hideous,i know,lol~


pertunjukan burung hawk dan falcon yang sangat cool


antara visitors yang hadir


THE RE- ENACTMENT OF THE BATTLE


tengah perang olok-olok

Yang ini pun best juga,cuma mungkin sedikit boring kerana masa perang tipu-tipu yang diadakan sedikit lama.Almaklumlah,juruacara event menceritakan tentang peperangan ini daripada awal hingga akhir,termasuklah strategi peperangan yang digunakan oleh kedua pihak Normadian dan juga Anglo Saxon.I won't tell you what kind of strategy used by both of the armies but interestingly,majority of the audience hate the Normans.Samalah juga dengan kita yang bencikan penjajahan.Apabila re-enactment of the battle dilakukan,penonton akan menyebut Ut yang bermaksud 'Out' kepada tentera yang melakonkan watak tentera Normans atau melaungkan 'Godwinson' bagi menyokong tentera Anglo Saxon.Kami??Neutral.Diam dan gelak dalam hati sahajalah...haha!Peperangan Hastings 1066 berakhir dengan kekalahan puak Anglo Saxon,dengan kematian King Harold apabila matanya ditusuk dengan anak panah.


adik imakubex mengusha 'battle' yang sedang berlangsung

Di padang perang tersebut,puluhan khemah didirikan.Di dalam khemah tersebut,tinggallah tentera-tentera yang melakonkan kembali watak dalam Peperangan Hastings bersama famili dan rakan-rakan untuk menjalani dan menghayati kehidupan pada zama pertengahan yang bercirikan sistem feudal ini.Seorang wanita yang agak berumur memberi salam kepada saya.Wanita yang dipanggil Stephanie ini,pernah tinggal di Tanah Melayu suatu ketika dahulu,tatkala tiada lagi pembangunan dan kota-kota metropolitan seperti sekarang.Cik Intan merasakan bahawa mungkin beliau pernah datang ke Malaysia semasa pengkolonialisasian British ke Tanah Melayu.Wah wah...menarik juga kesimpulan yang dibuatku ini,haha!


with Stephanie yang tengah memintal benang

SOUVENIRS

Dengan menggunakan alasan bahawa ini adalah tahun terakhir saya belajar di UK,saya mengambil kesempatan untuk membeli beberapa cenderamata sebagai kenangan walaupun harga souvenirs di sini sangat mahal.T-shirt,fridge magnet,buku bergambar 'William the Conqueror and The Battle of Hastings' ,dan juga barangan kaligrafi (beli sebab cantik,unik dan so artistik.Lepasni ko kena belajar kaligrafi ye Intan,haha!).


antara kedai souvenirs di Battle of Hastings


Apekemendela ni..

KESIMPULAN

It's a very-VERY-very worth day to spent for.Tak sia-sia rasanya mengorbankan sedikit wang dan waktu untuk menghadiri event sebegini.Since young,I always wonder how does it feel to fight in the real battle.Tengok dalam TV macam senang,tapi hakikatnya peperangan ini cukup berat,mencabar dan sukar.Pada zaman dahulu,para muslim berperang kerana mereka mahu menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT.Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mati syahid dan menjadi penghuni syurga yang kekal abadi. Mereka sangat yakin dengan janji-janji Allah kepada mukminin yang masuk ke dalam Islam sepenuhnya.How about us?Bagaimana pula bentuk peperangan untuk umat akhir zaman seperti kita?Mampukah kita untuk turun ikut menyumbang berjihad sebagaimana umat Islam terdahulu jika diperlukan?Saya sendiri tidak pasti adakah saya mempunyai kekuatan sedemikian.Tengok orang luka terpotong jari sikit pun dah rasa nak menangis,adehhlaa~

Apa-apapun,setinggi-tinggi penghargaan kepada Deedee,Zata,Aiza,Dalila,dan Niza kerana menumpangkan saya dan Aqilah di London.Pelajar-pelajar London School of Economics(LSE) ni memang baik,kelakar dan best!To Imran,thank you sangat-sangat sebab ajak akak ke sini,and dragged me into intellectual discussion on ideology,philosophy and current issues.Saya suka sangat ada kawan yang boleh diskus dengan saya tentang hal-hal macam ni walaupun saya saya sendiri banyak tak faham dengan jargons yang kamu gunakan ;P.To Aqilah,huua,akak truly enjoy your company.It feels so good to have friends that share some common interest with me.Aqilah loves photography,so do I.And I am determined to buy kamera DSLR like her bila dah mampu sikit nanti,haha!

To sum up,I truly enjoy the annual re-enactment 1066 Battle of Hastings,and am looking forward to visit Cork this weekend. Yeayyy!!





FUIYO 2008

Ramai juga yang bertanya kepada saya,apa itu FUIYO?Bila dan dimana?Kenapa saya ke PUISI instead of FUIYO?Dan macam-macam pertanyaan lagi yang telah menyusul.



FUIYO atau nama panjangnya Fun With Iluvislam's Youth in Overseas ini merupakan sebuah lagi produk iluvislam yang turun berentap pada cuti Disember nanti bersama PUISI dan PMS.Jika tahun yang sudah,iluvislam membawa rakan-rakan ke Glasgow,event kali ini akan diadakan di South London,pada 24-26 December 2008.

Kenapa Saya ke PUISI instead of FUIYO?FUIYO tak bestke??

Keputusan saya untuk ke PUISI instead of FUIYO datang dari kemahuan saya sendiri.Pengarah program FUIYO merangkap event manager iluvislam.com,Encik Firdaus Rahim pun bagi greenlight.Saya belum pernah menghadiri PUISI,dan saya tidak mahu melepaskan peluang tersebut kali ini.Lebih menarik,sepupu lelaki saya dari German,Firdaus mahu ikut sama.Ditambah lagi dengan kehadiran sahabat-sahabat saya di Ireland yang menyandang jawatan selaku AJK PUISI.Inilah waktu yang dirasakan paling sesuai untuk melawat dan berjumpa dengan rakan-rakan Ireland dan UK,dan berkenalan dengan freshies.Karang boleh promote cendol yang bakal dijual sempena Nottingham Games,8 November ini,keskes!(agenda sampingan)

FUIYO tak best??Perghhhh,silap besarla korang..speakers jemputan mereka semua hebat-hebat!!Saya tahu,anda mesti kata saya nak promo FUIYO,memang wajarla saya cakap diorang ni hebat-hebat.But,I'm telling all these from my heart.Setakat ini,iluvislam berjaya menjemput 3 trio dinamik,Mereka ialah:

  • Dr Kamal Helbawi:one of the respected figures in UK.Jika anda ingin memahami kisah muslim di UK dan Eropah,beliau adalah antara orang yang paling sesuai untuk dirujuk.Pernah memegang pelbagai jawatan,termasukla Founding Chairman of Muslim Association of Britain dan first Executive Director of World Assembly of Muslim Youth (WAMY) Headquarters in Saudi Arabia and offices in different Continents.
  • Saudara Riduan Mohamad Nor:wakil dari Yayasan Amal Malaysia.Sesiapa yang berminat untuk mengetahui kisah-kisah menarik beliau dalam membantu misi kemanusian seperti di Aceh (tsunami), gempa bumi di Pakistan dan Yogyakarta,sila lah datang.Turut aktif dalam menghasilkan seperti Pertembungan Iman dan Kufur, Duka Acheh Duka Kita, Penghinaan Terhadap Rasulullah: Implikasi Hukum, Menelusuri Sejarah dan Isu Kontemporari, Catatan Pilu Tragedi Gempa Bumi Pakistan.
  • Ustaz Erfino Johari:Malaysian Student Department Attache.Kalau speaker yang ni,student Malaysia di UK dan Ireland sewajarnya sangat familiar dengan beliau.Kalau tak kenal juga,tak tahula..
  • Ada seorang lagi speaker yang sangat hebat,dikagumi saya dan seantero rakyat Malaysia.Tetapi,kehadirannya masih belum dapat dipastikan,dan saya pasti sangat jeles jika beliau berjaya direkrut sebagai speaker FUIYO 2008.Tertekan pula,haha!






Maka,bagi yang masih belum register dengan program mana,dan masih keliru untuk bercuti dimana,why not beri kesempatan kepada diri anda untuk menadah ilmu bersama krew iluvislam di London.Boxing Day for shopaholic??Agaknya adala kot program tersebut,di kota metropolitan London..wah wah wah!Yang tu kena tanya AJK FUIYO.Saya macam biasa...tukang promoter amatur.Daftar sekarang!!



Some Interesting Remarks






Semasa melewati South Building,Jubilee Campus sebentar tadi,saya di dekati oleh seorang lelaki British.Pelik juga kerana dalam ramai-ramai orang,dia menyasarkan saya sebagai 'victim'nya.Apalah yang ada pada Cik Intan??Hahaha...Rupa-rupanya,beliau dari Christian Union dan ingin meminta saya untuk memilih tajuk yang dirasakan sesuai bersempena brief talk yang bakal diadakan khamis minggu depan di Jubilee Campus.Menariknya,saya memang sudah lama ingin mengetahui tentang Christianiy dengan lebih dekat.Konsep trinity pun,belum master lagi.Ini satu peluang yang sangat baik untuk berdiskusi,dan belajar memahami mereka.Satu peluang dakwah yang baik yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

Maka,dalam banyak-banyak list yang diberikan,saya tertarik dengan 2 tajuk ini:

1.Hanya ada satu agama sahaja yang benar.Beerti,agama yang lain adalah salah.
2.Can we believe the book that is written by human?

Recently,rasanya seperti banyak juga interesting remarks yang ditinggalkan ditinggalkan oleh guru-guru dan classmate saya.Dalam kelas Advertising and Marketing Communication minggu lepas,lecturer kami ini ada menyebut bahawa kita perlu menjadi an empowered reader,not naieve reader seperti membaca Bible dan bertaklid kepadanya tanpa merujuk other sources and references.As an empowered reader,we should give meanings to the text(any set of signs and symbols that can be spoken and have meanings) from any reference such as other readings,experience,etc.

Hari ini Anita Fernandez Young,lecturer saya bagi subjek Culture,Tourism and The Media meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap media massa yang dikuasai oleh Rupert Murdoch.Tak kenal??Boleh google =D Kalau sekarang ini masyarakat Great Britain disogokkan dengan berita tentang ekonominya yang berada dalam keadaaan recession.Namun kebenaran recession ini belum pasti kerana media massa disini turut dikuasai oleh golongan-golongan yang berkepentingan.Terus teringat kat tanah air tercinta,uppss!!


Rupert Murdoch

Dikelas Bahasa Arab pula,seorang pelajar menyatakan rasa peliknya kepada mudarris kami tentang bagaimana seorang muslim yang tahu membaca quran,namun tidak mampu untuk bercakap dalam Bahasa Arab.Siapa makan pedas,dia yang rasa cilinya.Nasib baikla cikgu kami tuh baik orangnya,bantu kami untuk menjawab soalan tersebut.Memang benarlah,untuk some muslim countries yang penduduknya bukanlah native arabic speaker,kami hanya diajar untuk mengenali huruf-huruf jawi,for worship purposes.Kami mampu untuk recite dan hafaz al quran,tapi kebolehan kami untuk memahami alquran,atau paling koman bercakap dalam standard bahasa arab menjadi satu tanda soal(ehemmm,saya la ni).

Memandangkan ini adalah tahun akhir saya belajar di UK,saya teramatla mahu mencherishkan setiap waktu disini dengan pengalaman yang bermakna dan ilmu yang bermanfaat.Tahun lepas,tak banyak sangat bergaul dengan local people and other international students due to lack of self esteem dan tak pandai bawak diri sangat.Tahun ni,alhamdulillah,makin confident!!!Bravo Intan!!

PS:Nak pergi banyak aktiviti sekalipun,study jangan lupa Cik Intan weiss~
PS2:Teringat juga kenangan masuk ke sebuah gereja lama di Oxford,seram gell please~



Tentatif PUISI (unfinalized)




Kalau dikala bulan Ramadhan 1400 tahun dahulu,baginda Rasulullah SAW menyertai Perang Badar,saya dan krew-krew yang terlibat dengan Program PUISI juga tidak mahu ketinggalan untuk turun berperang.Cuma apa yang membezakan kami dan Rasulullah SAW ialah kami berperang untuk mempromosi Program PUISI 2008 dan dalam ni,rasanya inshaAllah tiada pemenang mahupun yang kalah(kot).Haha..Apa-apa ajalah Intan merapu.Anyway,berikut adalah tentatif program PUISI 2008,namun masih belum difinalizedkan.Nampaknya untuk kali ini,saudara Usop (Pengarah Program) ada memasukkan elemen-elemen ESQ dalam modul-modul PUISI,dan skop module kali ini lebih kecil dan menjurus kepada aspek kehidupan kita selaku mahasiswa dan as-syabab/pemuda,tunjang pembentukan sesebuah negara Islam.


MAKLUMAT PROGRAM

5.1 Tempat : Killarney , Ireland

5.2 Tarikh : 22 - 26 Disember 2008.

5.3 Hari : Isnin – Jumaat

CADANGAN ATURCARA

22 Disember 2008.

1200-1400 : Pendaftaran & Perasmian

1500-1700 : Ice breaking

23 Disember 2008

0700 - 1200 : Learning Principle 1: Explosion Of Spritual Quotients

1300-1400 : Bengkel 1

1400-1600 : Spektrum Mahasiswa: Jati Diri Seorang Muslim

1730-1900 : Bengkel 2

2000-2130 : Spektrum Mahasiswa: Visi dan Misi

24 Disember 2008

0700 - 1200 : Learning Principle 2: Self Purification

1300-1400 : Bengkel 3

1400-1600 : Spektrum Mahasiswa: Anjakan Paradigma Dalam Kerjaya

1730-1900 : Bengkel 4

2000-2130 : Spektrum Mahasiswa: Masa Untuk Berubah

25 Disember 2008

0700 - 1200 : Learning Principle 3: Social Integration

1300-1400 : Bengkel 5

1400-1600 : Spektrum Mahasiswa: Peranan Memacu Globalisasi

1730-1900 : Bengkel 6

2000-2300 : Barbeque & Persembahan Berkumpulan

26 Disember 2008

0700 - 1200 : Learning Principle 4: Developing Spiritual Integrity

1300-1400 : Bengkel 7

1400 : penutup


Sedikit maklumat tambahan berkenaan PUISI 2008 untuk menjeleskan anda semua disamping menambahkan ilmu di dada inshaAllah...ehe..


KILLARNEY

Killarney was awarded the "Best Kept Town" award for 2007 in a cross-border competition jointly organised by the Department of the Environment and the Northern Ireland Amenity Council. Owing to its natural heritage, history and proximity to the Dingle Peninsula, Skellig Michael island and its location on the Ring of Kerry, Killarney is a popular tourist destination.


IKelulusan

  • B.A ( Hons) , Usuluddin, Universiti Malaya dan
  • M.A, Shari'ah ( Jayyid Jiddan) , Univ. Al-Yarmouk, Jordan
  • PhD, Syariah & Islamic Finance, Univ of Wales, United Kingdom ( Candidate)
  • Tawliah Berceramah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) No Ruj : pmwp/600/2klt.6(138)


Sekarang

  • Felo Akademik (Pensyarah), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Panel Soal Jawab Agama, Majalah I, Terbitan Karangkraf Sdn Bhd
  • Kolumnis Ruangan An- Nur, Harian METRO AHAD
  • Kolumnis Majalah Iktisad, terbitan Yayasan Muslimin Berhad
  • Ahli Majlis Penasihat Shariah, C & S Consulting & Investment Ltd, British Virgin Islands ( Bersama Prof. Dr Monzer Kahf)
  • Pengerusi Majlis Penasihat Shariah, OSK Investment (Islamic) Bank Berhad
  • Ahli, Konsultan Shariah, Standard Chartered (Sadiq) Bank (Malaysia) Berhad
  • Ahli, Majlis Penasihat Shariah, Deutsche (Islamic) Bank, Malaysia
Inilah sedikit sebanyak pengenalan terhadap Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR).Menurut Cik Ajah,blog UZAR mendapat tempat pertama dalam ranking Ukhuwwah Top Blog,mengalahkan saifulislam.com dan juga iluvislam.com.Dalam sehari,blog beliau dikatakan menerima kunjungan sebanyak 3000 unique visitors i.e. ada 3000 IP address berbeza yang melawat blog ustaz setiap hari.MashaAllah,mantaps!Ustaz juga bersahabat baik dengan seorang lagi penceramah jemputan,yakni Ustaz Aminurrashid Yatiban yang berkelulusan dari Al Azhar,Mesir.Dan kini beliau sedang melanjutkan pengajian di Wales.

Apa lagi yang nak ditunggu-tunggu bro,sis??Daftar segera disini!!!

PS:dengarnya seat dah reach up to 70% already!!!wah wah wah~

Refreshing Life In Nottinghamshire



New Flat and New Roommates

Alhamdulillah,sebenarnya saya sudah tiba di Nottingham di penghujung summer pada 14 September yang lepas.Berteduh di rumah rakan-rakan sementara waktu atas kekangan tempat dan waktu.Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah bagi memudahkan urusan sambutan pelajar baru di Nottingham ,disamping akan diberi meal percuma oleh empunya rumah sempena bulan Ramadhan yang mulia ini,hehe!Jazakillah yang tidak terhingga kepada yang berkenaan-Zaffan dan Anis Ucop.

Untuk final year ini,saya masih tinggal di hall Riverside Point berdekatan dengan Jubilee Campus.Hall yang di sebut-sebut ramai,sebagai hall termewah di Nottingham. Whateverla korang :P Disebabkan elaun saya tidak naik,maka sponsorku PETRONAS Maju Jaya masih sudi membayar accomodation pelajar tajaan mereka dengan menggunakan skim 60-40,yakni mereka menggunakan 40% daripada jumlah elaun kami bagi membayar kos penginapan di sini.Net allowance yang diperolehi ialah GBP 271.Ramai pelajar tajaan lain melahirkan perasaan terkejut mereka dengan jumlah elaun yang diberikan PETRONAS.Duit does matter,tetapi apa yang lebih penting adalah peluang yang diberikan untuk merasai nikmat dan cabaran belajar dan berdakwah di UK.Ewahhh~

Menariknya,tahun ini saya mendapat 3 orang flatmates baru-Kristie (Cyprus),Maria (Cyprus) dan Dharni(London).Ini bermaksud bahawa lebih ramai rakan/mangsa yang akan saya gunakan untuk mengasah bahasa Inggeris saya yang berkarat,haha!Mujurlah flatmates baruku langsung tidak memberi masalah :),syukur alhamdulillah~


The Arrival of The New Students

Kampung Nottingham sekali lagi diceriakan dengan wajah-wajah baru dari Malaysia.Segala puji bagi Allah kerana memberikan saya kekuatan dan kelapangan untuk menyambut dan membantu adik-adik yang baru sampai ini.Bermacam-macam aktiviti yang telah kami lakukan bersama-sama,dari iftar bersama-sama di Portland,membeli belah di carboot dan di bandar,sehinggalah terguling kepenatan di atas katil ,sambil menahan kedinginan suhu malam yang mampu mencecah bawah 10 degree Celcius (takdelah horror sangat lagi,tunggula masuk winter sket).

Sepanjang 2 minggu ini,tidak dapat dinafikan riak-riak kepenatan jelas terpancar di wajah saya dan rakan-rakan lain yang turut terlibat dalam menyambut pelajar baru dari Malaysia.Sakit urat mengangkat barangan,lenguh badan membawa mereka berjalan-jalan,tidak cukup tidur memikirkan bagaimana penyesuaian diri pelajar baru ini disini dan macam-macam lagi.Itu semua menjadi satu perkara biasa.Malah,ianya menjadi suatu nikmat dan pengalaman yang cukup manis untuk dikecapi,apabila difikirkan akan ganjaran yang bakal diberikan oleh Allah SWT atas segala usaha dan sedikit pengorbanan yang telah dilakukan.

Abayah bin Rifaah r.a mengkhabarkan bahawa beliau bertemu dengan Abu Abbas ketika Jumaat,Abu Abbas mendengar Rasulullah SAW bersabda:Barangsiapa berdebu kakinya kerana berjalan di jalan Allah,diharamkan baginya api neraka.(HR. Tirmidzhi)
Hadis ini cukup memberi semangat kepada saya supaya melihat syurga sebagai destinasi akhir kami.Malah,bukankah ada pepatah yang mengatakan bahawa "buat baik,dibalas baik."Setiap pelaburan dunia pasti akan ditimbang dan dinilai seadil-adilnya.Sungguh,Allah SWT tidak pernah dan tidak akan lupa setiap apa yang dikerjakan oleh hamba-hambaNya. Jadi,marilah kita buat baik beramai-ramai...jom bersihkan diri masing-masing dari diperhambakan oleh sebarang unsur jahiliyyah.

New Dreams and Goals

Banyak sungguh perkara yang bermain di minda..al maklumlah,dah rasmi bergelar sebagai pelajar tahun akhir di universiti.Barulah saya sedar bahawa saya tidak merencanakan hidup ini dengan cara yang sewajarnya.Semua pelan masa hadapan masih kabur,dan tidak diperhalusi dengan baik.Mungkin kerana masalah diri yang masih belum matang;tuan empunya badan masih belum mahu mengaku bahawa diri ini sudah dewasa,hahaha.Mungkin juga kerana saya takut untuk menghadapi masa depan yang penuh dengan sebarang kemungkinan.Ahhh,semuanya mungkin.Pelbagai alasan boleh dicipta jika itu yang saya mahukan.

Apa yang pasti,saya perlu merancang kembali pelan hidup yang saya inginkan.Pada masa yang sama,saya perlu memastikan bahawa segala amanah dan tanggungjawab sebagai seorang muslim,peranan seorang anak,dan seorang pelajar akan dilaksanakan dengan sebaiknya.Saya mahu berjaya dalam hidup by helping and educating myself and other people,dan menjadi insan yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.Ada beberapa teman mengatakan bahawa sayani skema/sivik/nerd orangnya kerana inilah jawapan yang saya berikan kepada Petronas semasa perjumpaan one-to-one bersama K Rash i.e Petronas Student Advisor pada tahun lepas.Nevermind..skema pun skemalah ko intan,haha..Janji kamu jadi budak baik,dan tergolong sebagai orang yang baik dikalangan orang yang baik-baik di sisi Allah SWT.Redha Sang Pencipta Yang Maha Kuasa,itu lebih utama.

PS:Wahhhhh,nak jadi budak baikkkKK!(subjektifnya ayat ini..)