Mood Mahu Berkabung.Adakah Perlu?


Yesterday,I think I did something honored...eventhough terasa sangat susah nak melepaskan 'nikmat duniawi' yang betul-betul berada di depan mata,I still did it..It takes quite a lot of time for me to make this crucial decision though.Nevertheless,I feel glad afterwards,as I knew I made the right decision.

Today,I think I did something good again..something yang tak best has happenedbut surprisingly my emotion doesn't taking me over.I guess I manage to control myself pretty well..lol,congrats Intan!This is not the end pun..I still have plenty of time to fix this 'thing'.So,gambattene~

Ishkkk,sekali lagi ku merepek untuk memberi semangat kepada yang sedang menulis.Fyi,ini adalah antara taktik Cik Intan memujuk diri supaya dia tidak bersedih lama-lama,dan terus berusaha memperbaiki dirinya continuously.Maafkanlah dia yer..(Hoho,benda kecik je padahal..but,I'm just a normal human being..)

Ps:Thanks to 'Mata Yang Cantik' dan kawan-kawan lain yang memberi kata-kata peransang kepadaku...

" bila down,cuba lihat orang yang lagi teruk super berbanding kita.
kemudian lok fwd dan senyum."


I agree..tapi bukan untuk senyum jahatla,namun senyum tanda redha dan syukur.

*SMILE*

Missing Student ID Card

Huuuuu,nak cakap ada kaki,kad tuh takde kaki mahupun roda untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.Nak cakap orang buat prank,birthday ku pun lambat lagi,dan siapa yang buat prank tu memang nak kena la kejap lagi..Pening mencari sejak semalam,and rasa macam nak give up je.Namun kutabahkan hati sahaja,haha~

Kehilangan Student ID akan meyebabkan terjadinya beberapa perkara yang sangat tidak diingini seperti berikut:

1)I can't borrow books from library (I'm starting my 2nd semester today kot,adehhh..)
2)I can't even enter Hallward and George Green Library anymore!(kot-kot nak study,nak lepak-lepak ke,hehe..)
3)I can't collect my Advertising and Marketing Communication marks(curious ni)
3)I can't take examination..(sib baik dah abis exam).
3)I have to pay GBP 20 for a new ID (tidaaakkkKKkks!)

Maka,ku teringat kalau tak silap ada doa untuk mendapatkan barang yang hilang..google punye google,tertarik pula dengan laman web Darussyifa'.First time masuk,memang dah lama kagum dengan Tuan Guru Dato' Haron Din,sejak kecil lagi..inshaAllah akan cuba praktikkan doa ni sebagai suatu usaha mencari Student ID Card ku yang hilang.Mungkin melancong sebentar untuk kurangkan stress after exam..


Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang
Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din



Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.

Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.

Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;

(1) Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

(2) Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.




(3) Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;


a.Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

b.Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

c.Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

d.Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

e.Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

f.Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

g.Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.

h.Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.

(3) Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.

(4) Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang telah disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang ditandakan pada ayat yang berakhir dengan Mubin.


Sumber:Darussyifa' Online


More Barbarians!!

Reading of the recent death under police custody, we are bewildered and have to pose this question to our Prime Minister, “Will there be no end to this?”

Why are there so many deaths under police custody? And why do these corpses bear marks of police brutality? Do we have professional personnel or sadists interrogating suspects? Do we really get to the truth or force confessions out of these unfortunate suspects through coercion and brutal means?

The 22-year-old Kugan Ananthan, who it was claimed collapsed during interrogation and subsequently died, had markings all over his body which clearly establishes that he had been subjected to torture and inhuman treatment while under custody. Who inflicted these injuries and why was this necessary?

Urghhhh,I'm so annoyed!!












Source:Aliran.com and Malaysiakini

Buku Pertama iLuvislam.. Dapatkan Segera !

Cik Intan copy sebijik-sejibon dari sini:Buku Pertama iLuvislam.. Dapatkan Segera !

Masihkah anda ingat bagaimana bekas Presiden Amerika Syarikat, George W.Bush, mengeksploitasi media untuk meng’halal’kan serangan ke atas Iraq pada tahun 2006? Selain ribuan manusia tidak berdosa mati ketika perang tersebut, kini Iraq masih dihiasi dengan letupan bom di sana sini.

Dan masihkah anda ingat bagaimana media antarabangsa digunakan sebaiknya oleh Amerika untuk melancarkan “War on Terrorists” selepas tragedi 11 September 2001? Ketika itu, fundamentalis Islam juga dilabel sebagai pengganas!

Sesungguhnya, tiada siapa dapat menafikan bahawa media kini mempunyai pengaruh yang amat besar dalam membentuk pemikiran masyarakat dan menyampaikan maklumat tentang sesuatu isu. Walaubagaimanapun kita dapat lihat bahawa pihak media antarabangsa sering memberikan maklumat yang salah dan kurang tepat mengenai agama Islam.

Atas kesedaran inilah, iLuvislam.com menerbitkan buku pertama kami yang bertajuk “Media & Islam - Berperang atau Berdamai?”. Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah.




Buku ini adalah hasil usaha salah seorang krew iLuvislam.com, saudara Mohd Effy Saiful Mohd Fathil yang telah menterjemah sebuah ceramah dan soal jawab yang bertajuk “Media and Islam – War or Peace” yang disampaikan seorang pendakwah terkenal di dunia, Dr. Zakir Naik.

Buat pengetahuan anda, Dr. Zakir Naik aktif melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti dialog antara agama dan beliau digelar oleh seorang inidividu yang tidak asing lagi dalam dunia perbandingan agama; Sheikh Ahmad Deedat, sebagai “Deedat Plus” pada tahun 1994.

Pada tahun Mei 2005, beliau menerima sebuah plag daripada Sheikh Ahmad Deedat yang terpahat padanya: “Wahai anak muda, kamu hanya mengambil masa selama 4 tahun untuk mencapai apa yang saya dapat capai dalam tempoh 40 tahun. Alhamdulillah.”

Antara isi kandungan buku ini adalah:

Bab 1 : Media Massa
Bab 2 : Strategi Media dalam Memburuk-burukkan Imej Islam
Bab 3 : Muslim Fundamentalis, Ekstrimis dan Terroris
Bab 4 : Satu Individu, Satu Aktiviti, Dua Label
Bab 5 : Jihad, Istilah yang Disalahfahami
Bab 6 : Pengebom Berani Mati
Dan pelbagai soal jawab dari Muslim dan non-Muslim.



Sedikit petikan dari buku tersebut:

"Ketika saya ke Los Angeles pada Oktober 2003, saya sudahpun bersedia...Kerana saya memakai tie dan code, berjanggut, berkopiah...Saya sudahpun bersedia untuk disoal siasat. Seseorang pendakwah haruslah sentiasa bersedia. Ketika saya melepasi imegresen, "Oh, berjanggut dan berkopiah...Sila ke bilik soal siasat..."

Mereka bertanya kepada saya, "Apa tujuan kamu datang ke sini?" Saya katakan, "Saya datang kerana saya akan diberikan anugerah."

"Anugerah apa??!" Saya katakan. "Anugerah Kemanusiaan." "Apa yang kamu lakukan sehingga mendapat anugerah?!" Saya menjawab, "Saya penyebar kebenaran. Jesus berkata dalam Gospel John bab 8 ayat 32, "Carilah kebenaran, dan kebenaran itu akan datang kepada kamu. saya adalah orang yang menyebarkan kebenaran."

Saya tidak berbohong...saya adalah seorang daie, dan kerja saya ialah untuk menyebarkan kebenaran. Seterusnya, untuk memendekkan cerita, ketika saya sampai di kastam, mereka memeriksa bagasi saya lalu mereka terjumpa satu kaset ceramah saya yang bertajuk 'Jihad & Terrorism".

Mereka kemudian bertanya kepada saya, "Adakah kamu percaya kepada Jihad?"

"Sudah tentu, sedangkan Jesus pun percaya kepada konsep Jihad. Jesus mengatakan , " You have to strive," dan saya percaya kepada apa yang dikatakan oleh Jesus bahawa kita haruskan berjihad."

"Tidak, tidak. Maksud saya adakah kamu percaya kepada perlawanan?"

Saya menjawab, "Ada disebutkan di dalam kitab Bible di dalam Exodus bab 22 ayat 20 bahawa kamu perlulah berlawan....Jesus sendiri pun di dalam Gospel Luke bab 22 ayat 36 bahawa ambillah pedang dan berlawanlah!"........

Selepas peristiwa 11 September, kesemua urusan menjadi sukar termasuk urusan mendapatkan visa. Tetapi alhamdulillah saya berpeluang ke Amerika, Kanada, United Kingdom, Australia, Malaysia, Singapura dan saya mendapat visa selama 10 tahun daripada kerajaan Amerika, 5 tahun daripada kerajaan United kingdom dan 2 tahun dari kerajaan Kanada, alahamdulillah. "



Berikut adalah testimonial yang kami peroleh dari mereka yang telah melihat dan membaca buku ini:

"Buku ni perlu dibaca oleh semua orang! Terutama mereka yang banyak bergaul dengan non-muslims. In fact, buku ini sesuai untuk bacaan semua, muslim dan bukan-muslim. To muslim, it's an eye-opener on what's really happening around the world that we live in, which centres very much around various forms of media; and can also be a tool for us to counter any allegations that is directed towards Islam and Muslims. To non-muslims, this is a very good reading as it explains all the misunderstandings that occur to clear the name of Islam. most importantly from this book we know who's really at fault for what's currently happening around the world; the non-muslim owned media networks. And Dr Zakir Naik being a diplomatic debater, instead of just blaming others, also offers ways to solve this problem."
~ Mushana Aisamuddin, Universiti Tun Abdul Rahman, Kuala Lumpur~

“Design buku ini sangat cantik dan menarik. Design dalamannya lain dari yang lain dan ia membuatkan saya tertarik untuk baca buku ini. Isi kandungannya selari dengan apa yang dihadapi oleh kita hari ini. Dan ia amat sesuai dibincang dan dikongsi bersama dalam sesi usrah/halaqah”
~Md. Ruzani, Area Manager Kuala Lumpur, Petronas Dagangan~

“Alhamdulillah, setelah membaca buku ini, saya lebih faham mengapa berlakunya Islamphobia dikalangan non-Muslim. Sebagai seorang Muslim, saya lebih jelas tentang apa reaksi saya jika menerima pertanyaan-pertanyaan dari non-Muslim akibat salah faham mereka terhadap maklumat yang mereka terima melalui media. Sesuai juga dijadikan hadiah kepada rakan-rakan kita terutama non-Muslim. Two thumbs up!”
~anonymous, Kuala Lumpur~



Buku ini boleh dibeli secara online(hanya untuk pasaran Malaysia) dengan harga RM 11 sahaja! (termasuk RM 1 untuk kos penghantaran. Harga buku RM 10)

KLIK SINI untuk cara pembelian & bayaran serta promosi yang disediakan.

Palestina Tercinta



Kita berbahas mengenai ideologi-ideologi politik yang dirasakan terbaik untuk masyarakat,samada dalam mengendalikan sebuah kerajaan(eg:demokrasi,sekularisme,komunisme) atau pun sistem ekonomi negara(eg:kapitalisme,sosialisme).Kita suka berdebat tentang siapakah yang selayaknya menjadi pemerintah no.1 di Malaysia-adakah masih Pak Lah?Najib?Anwar Ibrahim?Husam Musa?Lim Kit Siang(sekadar menyebut beberapa nama).

We may even dispute tentang perkara yang cukup trivial,yang langsung tidak mendatangkan faedah walau sekelumitpun dalam pembinaan tarbiyah seharian.Yang itu,anda boleh fikirkan sendiri contoh-contohnya kerana ia terlampau banyak untuk dibentangkan di dalam entri ini.

Ya,kita mungkin datang dari sudut latar belakang dan pengalaman yang berbeza.Kepelbagaian agama,bangsa dan warna kulit menghubungkan kita kepada identiti atau karakteristik sesebuah kumpulan/organisasi.Namun saya yakin majoriti daripada masyarakat sedunia bersetuju dalam isu Palestine,dan kita bersatu dibawah lembayung ini.Bahawa isu Palestin adalah suatu isu moraliti yang perlu difikir dan didokong oleh seantero dunia.This is the issue of oppression,which involves Israel(the oppressor) dan Palestine(the oppressed),and it's totally inhuman,ruthless and barbaric!

Dalam berkabung dengan peningkatan angka kematian Palestinian civilians,jauh dari sudut hati ini,saya merasa bangga dengan perjuangan yang dilakukan oleh para pembela Palestin.Walau sekecil manapun usaha anda(yang memperjuangkan isu Palestin),anda telah menyahut panggilan rakyat Palestin dengan men'translate'kan kesedaran,kemahuan,dan kefahaman anda into actions. Ada yang berarak di merata tempat untuk berdemonstrasi,menderma,solat hajat,membaca qunut nazilah(sunnah Rasulullah SAW ketika umat islam dilanda musibah),dan memboikot barangan US dan Israel bagi memberi tekanan kepada pihak US dan sekutu mereka.Sungguh,Allah tidak akan lupa.Setiap sumbangan kepada Islam pasti akan dihitung seadil-adilnya meskipun ia hanya sebesar zarah(99:7).


Can you feel their pain and sufferings?

Dalam menghadapi kekangan peperiksaan,sesekali kita(atau mungkin saya sahaja) digugat dengan persoalan-persoalan nakal yang hadir tanpa izin,bagi menguji istiqamah diri dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin.Contoh mudah:

"Exam belum habis lagi,kalau join demo tu,sempat ke nak cover study ni?"

"Hurrmmm,nak derma X pound ke Y pound??Elaun scholar sampai sekarang tak naik-naik..Duit pun cukup-cukup makan je sekarang.Apetah lagi,kita bukan dapat bursary macam orang lain..ishkkk".

"Derma banyak-banyak,budget bulan ni kuranglaa..!!Dahla musim winter makan banyak macam ular sawa,huwaaa!!"

Jika direnung monolog-monolog dalaman diatas,perasaan risau akan menjadi lebih fakir sekali sekala datang menjengah.Apetah lagi tatkala ini, UK sedang menghadapi krisis kewangan yang menyebabkan harga makanan,mortgage rate dan fuel bills terus meningkat.Not to forget the fact that the value of the pounds currency has fallen steadily,which makes people to spend less (or save more) and the recession to worsen due to lack of demand in the UK economy.Sedangkan Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,bahawa sedekah yang lebih besar pahalanya adalah sedekah yang diberikan pada masa kita sihat dan berasa bakhil(merasa sayang untuk mendermakan harta) kerana takut menjadi fakir dan berangan-angan menjadi kaya(Hadis Bukhari dan Muslim).Sesiapa yang berjaya melawan godaan syaitan dan hawa nafsunya pada saat itu,beerti ia telah meraih suatu kejayaan yang sangat besar.

Terima kasih kepada seorang teman yang memperkenalkan lagu Palestina Tercinta (dendangan Shoutul Harakah kepadaku.Ternyata,lagu ini berjaya menyuntik semangat saya untuk belajar dengan lebih gigih dalam final exam ini..





Ohhh,anyway,Intan Nadia dah habis exam ye...hahaha!

Dan dibawah adalah antara gambar yang sempat ditangkap dan video yang sempat dirakam sempena Demonstrasi untuk Palestine yang dianjurkan di Nottingham tempoh hari.Credit to Socialist Party,Nottingham Palestine Solidarity,and Nottingham Stop War for the great efforts.

























..dan ini pula rakaman video ucapan sister Jamilah yang cukup lantang dan bersemangat!




Remember,peace and justice are not only for muslims,but for all nations and tribes!


One More To Go



yes,yes..
sikitje lagi Intan...
berusaha,ok?!!

PS:Esok inshaAllah will undertake Arabic Writing Exam.Alas!My last paper..*grin*

"Moga dikurniakan kefahaman para anbiya' ,ingatan para rasul dan diberi ilham sebagaimana malaikat yang dekat denganMu..."


Result CTM Coursework

Dear Student

The marked coursework for Culture, Tourism and the Media is now available for collection from the Business School Undergraduate Enquiries Office (room A3, Business School North Building, Jubilee Campus). Our office opening hours are 9.30am to 3.30pm, Monday to Friday.

Please bring your student ID when collecting your coursework.

Please note that we cannot give marks out by phone or e-mail.

Richard Gosling
Undergraduate Programmes Administrator
Telephone: 0115 8466068

Exam pun tak start lagi,result coursework CTM dah siap ditanda.But I don't feel like knowing the result now.I'm more worried with my Adverstising,and Marketing Communication coursework.Why do I don't receive any news about it yet??Allah..risaunya.Janganlah kerisauanku ini menjejaskan fokusku untuk exam yang bakal dihadapi pada hari esok.

Anyway,congrats untuk Diana di atas result coursework CTM yang memberangsangkan!Semoga makin bersemangat untuk exam esok hari..


NISE 2009 di Leeds



A SHORT ANNOUNCEMENT!

Hello,hello~Erk,tak sempat nak menyilentkan diri..rasanya adalah perlu untuk saya mempromosikan Nisa' Nasyid Extravaganza 2009@NISE memandangkan tarikh tamat penyertaan untuk nasyid adalah pada 20hb Januari ini[tarikh daku exam Introducing Entrepreneurship,Stage 3]

Program NISE anjuran Leeds University Malaysian Society(LUMSOC) ini merupakan satu wadah kepada gadis-gadis pingitan di luar sana untuk menonjolkan bakat mereka dalam bidang muzik tanpa mengabaikan prinsip-prinsip Islam yang dipegang.Oh yer,before I forgot,it's only for ladies..ulang suara...girls only.Namun begitu,para jejaka sekalian usah berdukacita,korang akan ada pertandingan Nasyid Extravaganza di Sheffield dalam pertengahan bulan Mac nanti,inshaAllah..(wahai kaum muslimin Kampung Notts,sila la hantar wakil ke pertandingan nasyid tersebut tahun ini yer)

Anyway,here is the Promo Vid NISE 2009.Tahun ini temanya adalah 'Purity From Within':
Justify Full

NISE 2009 Promo from maxhanafi on Vimeo.


InshaAllah,tahun ni Cik Intan bercadang nak masuk kedua-dua pertandingan yang diadakan bersempena NISE ini;yakni nasheed dan pertandingan fotografi.To adik-adik Santai Broadgate,akak dah cop satu tempat untuk kita okes?Lepas exam kita praktis kaw-kaw punye,yeszza~Daku juga sudah melantik diriku awal-awal untuk menjadi penyanyi latar kepada korang(ahax!).Hurmmm,dan antara jawatan lain yang turut perlu diisi adalah maskot kumpulan nasyid Santai Broadgate.El the happy moo,anda berminatka??Haha!

Untuk maklumat lanjut,sila layari website ini:http://www.lumsoc.com/nise/

ps:maafkan penulis hari ini...demam exam menyebabkan beliau menjadi semakin hyperactive..