Huuuuu,nak cakap ada kaki,kad tuh takde kaki mahupun roda untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.Nak cakap orang buat prank,birthday ku pun lambat lagi,dan siapa yang buat prank tu memang nak kena la kejap lagi..Pening mencari sejak semalam,and rasa macam nak give up je.Namun kutabahkan hati sahaja,haha~
Kehilangan Student ID akan meyebabkan terjadinya beberapa perkara yang sangat tidak diingini seperti berikut:
1)I can't borrow books from library (I'm starting my 2nd semester today kot,adehhh..)
2)I can't even enter Hallward and George Green Library anymore!(kot-kot nak study,nak lepak-lepak ke,hehe..)
3)I can't collect my Advertising and Marketing Communication marks(curious ni)
3)I can't take examination..(sib baik dah abis exam).
3)I have to pay GBP 20 for a new ID (tidaaakkkKKkks!)
Maka,ku teringat kalau tak silap ada doa untuk mendapatkan barang yang hilang..google punye google,tertarik pula dengan laman web Darussyifa'.First time masuk,memang dah lama kagum dengan Tuan Guru Dato' Haron Din,sejak kecil lagi..inshaAllah akan cuba praktikkan doa ni sebagai suatu usaha mencari Student ID Card ku yang hilang.Mungkin melancong sebentar untuk kurangkan stress after exam..

Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang
Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.
Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.
Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;
(1) Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
(2) Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.
(3) Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;
a.Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
b.Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
c.Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
d.Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
e.Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
f.Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
g.Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.
h.Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
(3) Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.
(4) Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang telah disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang ditandakan pada ayat yang berakhir dengan Mubin.
Sumber:Darussyifa' Online
Sumber:Darussyifa' Online
2 comments:
salam,
sabar yer kak. Insyallah akn jumpe nanti. doa sesame kak. lets rnung hadis nie:
“Dari Abi Huraiah radiallahu anhu berkata: Rasulullah sallallahu alaihi wassalam telah berkata : Allah azza wajalla pula telah berkata bahawa : Aku pada sangkaan hambaku,dan Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu,demi Allah,Allah lebih gembira dengan taubat hambanya melebihi kegembiraan salah seorang dari kalian yang menjumpai barang yang hilang di bumi yang tandus,dan barangsiapa yang mendekatiKu sejengkal,maka aku akan mendekatinya sehasta dan barangsiapa yang mendekatiKu sehasta maka Aku akan mendekatinya pula sedepa,dan jika dia datang kepadaku dengan berjalan Aku akan datang pula kepadanya dengan belari-lari anak” (hadith riwayat bukhari dan muslim)
wslm wbt..
siapakah gerangan anonymous ini?selalu boleh teka,kali ini akak rasa cam tak berjaya je..ehehe..
alhamdulillah,student id card dah berjaya ditemui sebelum ke kelas pagi tadi.thus,i guess my life will be at peace again,inshaAllah.lol~
apa2pun thanks for the support and the hadith.May Allah bless you :)
Post a Comment