Kita berbahas mengenai ideologi-ideologi politik yang dirasakan terbaik untuk masyarakat,samada dalam mengendalikan sebuah kerajaan(eg:demokrasi,sekularisme,komunisme) atau pun sistem ekonomi negara(eg:kapitalisme,sosialisme).Kita suka berdebat tentang siapakah yang selayaknya menjadi pemerintah no.1 di Malaysia-adakah masih Pak Lah?Najib?Anwar Ibrahim?Husam Musa?Lim Kit Siang(sekadar menyebut beberapa nama).
We may even dispute tentang perkara yang cukup trivial,yang langsung tidak mendatangkan faedah walau sekelumitpun dalam pembinaan tarbiyah seharian.Yang itu,anda boleh fikirkan sendiri contoh-contohnya kerana ia terlampau banyak untuk dibentangkan di dalam entri ini.
Ya,kita mungkin datang dari sudut latar belakang dan pengalaman yang berbeza.Kepelbagaian agama,bangsa dan warna kulit menghubungkan kita kepada identiti atau karakteristik sesebuah kumpulan/organisasi.Namun saya yakin majoriti daripada masyarakat sedunia bersetuju dalam isu Palestine,dan kita bersatu dibawah lembayung ini.Bahawa isu Palestin adalah suatu isu moraliti yang perlu difikir dan didokong oleh seantero dunia.This is the issue of oppression,which involves Israel(the oppressor) dan Palestine(the oppressed),and it's totally inhuman,ruthless and barbaric!
Dalam berkabung dengan peningkatan angka kematian Palestinian civilians,jauh dari sudut hati ini,saya merasa bangga dengan perjuangan yang dilakukan oleh para pembela Palestin.Walau sekecil manapun usaha anda(yang memperjuangkan isu Palestin),anda telah menyahut panggilan rakyat Palestin dengan men'translate'kan kesedaran,kemahuan,dan kefahaman anda into actions. Ada yang berarak di merata tempat untuk berdemonstrasi,menderma,solat hajat,membaca qunut nazilah(sunnah Rasulullah SAW ketika umat islam dilanda musibah),dan memboikot barangan US dan Israel bagi memberi tekanan kepada pihak US dan sekutu mereka.Sungguh,Allah tidak akan lupa.Setiap sumbangan kepada Islam pasti akan dihitung seadil-adilnya meskipun ia hanya sebesar zarah(99:7).
Dalam menghadapi kekangan peperiksaan,sesekali kita(atau mungkin saya sahaja) digugat dengan persoalan-persoalan nakal yang hadir tanpa izin,bagi menguji istiqamah diri dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin.Contoh mudah:
"Exam belum habis lagi,kalau join demo tu,sempat ke nak cover study ni?"
"Hurrmmm,nak derma X pound ke Y pound??Elaun scholar sampai sekarang tak naik-naik..Duit pun cukup-cukup makan je sekarang.Apetah lagi,kita bukan dapat bursary macam orang lain..ishkkk".
"Derma banyak-banyak,budget bulan ni kuranglaa..!!Dahla musim winter makan banyak macam ular sawa,huwaaa!!"
Jika direnung monolog-monolog dalaman diatas,perasaan risau akan menjadi lebih fakir sekali sekala datang menjengah.Apetah lagi tatkala ini, UK sedang menghadapi krisis kewangan yang menyebabkan harga makanan,mortgage rate dan fuel bills terus meningkat.Not to forget the fact that the value of the pounds currency has fallen steadily,which makes people to spend less (or save more) and the recession to worsen due to lack of demand in the UK economy.Sedangkan Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,bahawa sedekah yang lebih besar pahalanya adalah sedekah yang diberikan pada masa kita sihat dan berasa bakhil(merasa sayang untuk mendermakan harta) kerana takut menjadi fakir dan berangan-angan menjadi kaya(Hadis Bukhari dan Muslim).Sesiapa yang berjaya melawan godaan syaitan dan hawa nafsunya pada saat itu,beerti ia telah meraih suatu kejayaan yang sangat besar.
Terima kasih kepada seorang teman yang memperkenalkan lagu Palestina Tercinta (dendangan Shoutul Harakah kepadaku.Ternyata,lagu ini berjaya menyuntik semangat saya untuk belajar dengan lebih gigih dalam final exam ini..
Ohhh,anyway,Intan Nadia dah habis exam ye...hahaha!
Dan dibawah adalah antara gambar yang sempat ditangkap dan video yang sempat dirakam sempena Demonstrasi untuk Palestine yang dianjurkan di Nottingham tempoh hari.Credit to Socialist Party,Nottingham Palestine Solidarity,and Nottingham Stop War for the great efforts.
Remember,peace and justice are not only for muslims,but for all nations and tribes!
2 comments:
Allahuakbar!!!
haisy..jmpa gak aku dgn blog mu Mek Tan
Subhanallah man...
padahal hang bleh je tanya directly address blog aku :)
selamat berexam man..aku nak pi lawat che fiey on the 30 dan 3th jan ni kat manchester,inshaAllah..
Post a Comment