MAKLUMAT PROGRAM
5.1 Tempat : Killarney , Ireland
5.2 Tarikh : 22 - 26 Disember 2008.
5.3 Hari : Isnin – Jumaat
CADANGAN ATURCARA
22 Disember 2008.
1200-1400 : Pendaftaran & Perasmian
1500-1700 : Ice breaking
23 Disember 2008
0700 - 1200 : Learning Principle 1: Explosion Of Spritual Quotients
1300-1400 : Bengkel 1
1400-1600 : Spektrum Mahasiswa: Jati Diri Seorang Muslim
1730-1900 : Bengkel 2
2000-2130 : Spektrum Mahasiswa: Visi dan Misi
24 Disember 2008
0700 - 1200 : Learning Principle 2: Self Purification
1300-1400 : Bengkel 3
1400-1600 : Spektrum Mahasiswa: Anjakan Paradigma Dalam Kerjaya
1730-1900 : Bengkel 4
2000-2130 : Spektrum Mahasiswa: Masa Untuk Berubah
25 Disember 2008
0700 - 1200 : Learning Principle 3: Social Integration
1300-1400 : Bengkel 5
1400-1600 : Spektrum Mahasiswa: Peranan Memacu Globalisasi
1730-1900 : Bengkel 6
2000-2300 : Barbeque & Persembahan Berkumpulan
26 Disember 2008
0700 - 1200 : Learning Principle 4: Developing Spiritual Integrity
1300-1400 : Bengkel 7
1400 : penutup
Sedikit maklumat tambahan berkenaan PUISI 2008 untuk menjeleskan anda semua disamping menambahkan ilmu di dada inshaAllah...ehe..
KILLARNEY
Killarney was awarded the "Best Kept Town" award for 2007 in a cross-border competition jointly organised by the Department of the Environment and the Northern Ireland Amenity Council. Owing to its natural heritage, history and proximity to the Dingle Peninsula, Skellig Michael island and its location on the Ring of Kerry, Killarney is a popular tourist destination.
IKelulusan
- B.A ( Hons) , Usuluddin, Universiti Malaya dan
- M.A, Shari'ah ( Jayyid Jiddan) , Univ. Al-Yarmouk, Jordan
- PhD, Syariah & Islamic Finance, Univ of Wales, United Kingdom ( Candidate)
- Tawliah Berceramah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) No Ruj : pmwp/600/2klt.6(138)
- Felo Akademik (Pensyarah), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
- Panel Soal Jawab Agama, Majalah I, Terbitan Karangkraf Sdn Bhd
- Kolumnis Ruangan An- Nur, Harian METRO AHAD
- Kolumnis Majalah Iktisad, terbitan Yayasan Muslimin Berhad
- Ahli Majlis Penasihat Shariah, C & S Consulting & Investment Ltd, British Virgin Islands ( Bersama Prof. Dr Monzer Kahf)
- Pengerusi Majlis Penasihat Shariah, OSK Investment (Islamic) Bank Berhad
- Ahli, Konsultan Shariah, Standard Chartered (Sadiq) Bank (Malaysia) Berhad
- Ahli, Majlis Penasihat Shariah, Deutsche (Islamic) Bank, Malaysia
Apa lagi yang nak ditunggu-tunggu bro,sis??Daftar segera disini!!!
PS:dengarnya seat dah reach up to 70% already!!!wah wah wah~
New Flat and New Roommates
Untuk final year ini,saya masih tinggal di hall Riverside Point berdekatan dengan Jubilee Campus.Hall yang di sebut-sebut ramai,sebagai hall termewah di Nottingham. Whateverla korang :P Disebabkan elaun saya tidak naik,maka sponsorku PETRONAS Maju Jaya masih sudi membayar accomodation pelajar tajaan mereka dengan menggunakan skim 60-40,yakni mereka menggunakan 40% daripada jumlah elaun kami bagi membayar kos penginapan di sini.Net allowance yang diperolehi ialah GBP 271.Ramai pelajar tajaan lain melahirkan perasaan terkejut mereka dengan jumlah elaun yang diberikan PETRONAS.Duit does matter,tetapi apa yang lebih penting adalah peluang yang diberikan untuk merasai nikmat dan cabaran belajar dan berdakwah di UK.Ewahhh~
Menariknya,tahun ini saya mendapat 3 orang flatmates baru-Kristie (Cyprus),Maria (Cyprus) dan Dharni(London).Ini bermaksud bahawa lebih ramai rakan/mangsa yang akan saya gunakan untuk mengasah bahasa Inggeris saya yang berkarat,haha!Mujurlah flatmates baruku langsung tidak memberi masalah :),syukur alhamdulillah~
The Arrival of The New Students
Kampung Nottingham sekali lagi diceriakan dengan wajah-wajah baru dari Malaysia.Segala puji bagi Allah kerana memberikan saya kekuatan dan kelapangan untuk menyambut dan membantu adik-adik yang baru sampai ini.Bermacam-macam aktiviti yang telah kami lakukan bersama-sama,dari iftar bersama-sama di Portland,membeli belah di carboot dan di bandar,sehinggalah terguling kepenatan di atas katil ,sambil menahan kedinginan suhu malam yang mampu mencecah bawah 10 degree Celcius (takdelah horror sangat lagi,tunggula masuk winter sket).
Sepanjang 2 minggu ini,tidak dapat dinafikan riak-riak kepenatan jelas terpancar di wajah saya dan rakan-rakan lain yang turut terlibat dalam menyambut pelajar baru dari Malaysia.Sakit urat mengangkat barangan,lenguh badan membawa mereka berjalan-jalan,tidak cukup tidur memikirkan bagaimana penyesuaian diri pelajar baru ini disini dan macam-macam lagi.Itu semua menjadi satu perkara biasa.Malah,ianya menjadi suatu nikmat dan pengalaman yang cukup manis untuk dikecapi,apabila difikirkan akan ganjaran yang bakal diberikan oleh Allah SWT atas segala usaha dan sedikit pengorbanan yang telah dilakukan.
Abayah bin Rifaah r.a mengkhabarkan bahawa beliau bertemu dengan Abu Abbas ketika Jumaat,Abu Abbas mendengar Rasulullah SAW bersabda:Barangsiapa berdebu kakinya kerana berjalan di jalan Allah,diharamkan baginya api neraka.(HR. Tirmidzhi)
New Dreams and Goals
Banyak sungguh perkara yang bermain di minda..al maklumlah,dah rasmi bergelar sebagai pelajar tahun akhir di universiti.Barulah saya sedar bahawa saya tidak merencanakan hidup ini dengan cara yang sewajarnya.Semua pelan masa hadapan masih kabur,dan tidak diperhalusi dengan baik.Mungkin kerana masalah diri yang masih belum matang;tuan empunya badan masih belum mahu mengaku bahawa diri ini sudah dewasa,hahaha.Mungkin juga kerana saya takut untuk menghadapi masa depan yang penuh dengan sebarang kemungkinan.Ahhh,semuanya mungkin.Pelbagai alasan boleh dicipta jika itu yang saya mahukan.
Apa yang pasti,saya perlu merancang kembali pelan hidup yang saya inginkan.Pada masa yang sama,saya perlu memastikan bahawa segala amanah dan tanggungjawab sebagai seorang muslim,peranan seorang anak,dan seorang pelajar akan dilaksanakan dengan sebaiknya.Saya mahu berjaya dalam hidup by helping and educating myself and other people,dan menjadi insan yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.Ada beberapa teman mengatakan bahawa sayani skema/sivik/nerd orangnya kerana inilah jawapan yang saya berikan kepada Petronas semasa perjumpaan one-to-one bersama K Rash i.e Petronas Student Advisor pada tahun lepas.Nevermind..skema pun skemalah ko intan,haha..Janji kamu jadi budak baik,dan tergolong sebagai orang yang baik dikalangan orang yang baik-baik di sisi Allah SWT.Redha Sang Pencipta Yang Maha Kuasa,itu lebih utama.
PS:Wahhhhh,nak jadi budak baikkkKK!(subjektifnya ayat ini..)
once there was a girl i loved
but she did not know nor did she suspect..
i listened to her sing, speak and love each note and word
but she did not suspect..
i watched her when she sat, silent, simple
but never once do i believe she did suspect...
when by myself i thought of her, i painted and wrote poems for her..
its funny that, she never did suspect.
He sat back in his arrogant sort of way.
He said, “There’s nothing more to say.”
then lectured on for another hour.
She said, everything was fine.
She said, she didn’t like to whine,
then cried on for another hour.
They sat there screaming through the room was silent.
They sat so still though the scene was violent.
And words can never really help you say,
what you want them to anyway.
And words can never really help you see,
what you really want to be.
He took a last sip of cold tea.
Last chance to stop all these lies.
Last chance to clean up these lives.
This could be the final hour.
This could be the final hour, or
this could be the finest hour.
And words can never really help you say
what you want them to anyway.
And words can never really help you see,
what you really want to be.
He took a last sip of cold tea.
OBJEKTIF PUISI 2008:
3.1 Memberi kesedaran kepada para peserta terhadap konsep sebenar individu muslim serta tanggungjawab mereka seperti yang telah digariskan dalam Al-Quran dan as-Sunnah, selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan modal insan kelas pertama di kalangan mahasiswa.
3.2 Memberi anjakan paradigma kepada para peserta bagaimana mengintergrasikan Islam sebagai satu agama yang sempurna ke dalam kehidupan seharian agar keindahan Islam itu dapat dirasai bukan sahaja di peringkat individu bahkan di seluruh masyarakat sekeliling.
3.3 Meningkatkan kesedaran di kalangan peserta-peserta tentang kepentingan memperkasa dan memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan bagi menghadapi cabaran masa kini yang makin hari makin mencabar.
3.4 Menjalin hubungan diplomatik di kalangan mahsaiswa yang datang dari pelbagai pelusuk Eropah sekaligus membolehkah perkongsian maklumat dan pengalaman antara para peserta.
3.5 Memperkasakan rangkaian kerjasama antara pelajar-pelajar yang bakal melahirkan lebih banyak program bertaraf antarabangsa untuk pelajar di masa akan datang. 3.6 Menyerlahkan keterampilan ahli jawatankuasa program dengan kemahiran pengurusan dan komunikasi sepanjang persediaan program.
Pendaftaran untuk PUISI 2008 telah pun dibuka...Untuk sesiapa yang berminat,daftarkanlah diri anda dengan segera sebelum kaunter ditutup sebagaimana tahun-tahun yang sudah..For further info,do visit its official website at http://ppimi.org/puisi08/.
Mari kita BERPUISI beramai-ramai di Ireland :)
Regards,
yang baru mendaftar sebentar tadi,hehe..
Ehehe...
Maafkanlah daku...namanyapun blog,maka setiap entri dan penulisan yang dipaparkan disini adalah cenderung untuk bersifat peribadi =P.Kadang-kadang,saya berfikir dan bertanya diri ini kembali,apakah tujuan sebenar saya membuat blog sebenarnya??Both of my Malay and English Language,dua-dua lintang pukang..still nak menulis??Memalukan!!sigh~
Menurut Fauzul Na'im Ishak,dalam dunia penulisan,seseorang penulis seharusnya dapat menjawab 3 soalan mengenai penulisannya iaitu:
- Apakah sebenarnya yang ditulis?
- Mengapakah dia ingin menulis?
- Apakah impak yang ingin dia lihat apabila orang membaca karya yang dia tulis?
Jadi,apakah mesej yang cuba disampaikan untuk entri kali ini??
Entri ini akan memberitahu kalian akan cara untuk memanfaatkan musim sejuk dengan aktiviti-aktiviti berfaedah lagi menyeronokkan!!<---super excited!
Sekarang UK dan Ireland sedang mengalami musim luruh,dan akan diikuti dengan musim sejuk tidak berapa lama lagi.Setiap tahun,pelbagai organisasi dan badan umum menganjurkan macam-macam jenis program untuk dihadiri oleh anak-anak muda,sama ada yang berkewarganegaraan UK/Eire mahupun sebaliknya.Pada pandangan saya,tidak ada sebab untuk kalian tidak menghadirkan diri dan menghabiskan saki baki cuti musim sejuk dengan hanya berkelubung dibawah duvet,menambahkan berat badan(lol,musim sejuk=musim kelaparan sepanjang masa),atau mengadakan trip ke negara-negara Eropah lain tanpa perancangan yang baik dan tersusun.Ada eloknya jika kita isi ruang yang ada untuk menimba ilmu sebanyak yang mungkin dengan menyertai program-program ilmiah sebelum pulang berbakti di Malaysia.Pada masa yang sama,jangan terlampau aktif berprogram sehingga mengabaikan pelajaran.
"Jika kamu menolong (agama) Allah,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."[Surah Muhammad,47:7]
Selalu juga firman Allah SWT ini dijadikan kata-kata keramat oleh para dai'e bila menghadapi ujian dan kesulitan,khususnya apabila pencapaian dalam akademik kurang memberansangkan.Ayat ini adalah antara ayat-ayat yang sesuai digunakan untuk meringankan beban dan sakit kepala si pemilik masalah.Ia boleh menjadi ubat penenang yang mujarab,namun,awas!!Jangan kerana kelemahan kita sendiri,(contoh:teknik belajar, dan pengurusan masa) ,kita lupa untuk berusaha lebih gigih membaiki diri;luaran dan dalaman.Lebih teruk jika organisasi yang kita sertai turut terkesan dan dicalit fitnah dek keputusan peperiksaan kita yang tidak memuaskan.Aduh,kurang adil bukan?Namun begitulah realitinya..
Untuk anak-anak Malaysia,terdapat 2 perhimpunan yang bakal mengumpulkan ratusan pelajar Malaysia dari seantero UK dan Ireland saban tahun.2 perhimpunan ini ialah:
- Winter Retreat atau Perhimpunan Musim Sejuk(PMS) anjuran Majlis Syura Muslimun(MSM).
- Perhimpunan Ukhuwwah Insaniyyah Seluruh Ireland(PUISI) anjuran Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland(PPIMI).
Kalau 2 tahun sebelum ini,Ustaz Hasrizal adalah figura yang dijemput untuk memberikan pengisian,kali ini PUISI '08 akan menampilkan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman ,disamping Ustaz Aminurrashid Yatiban.Terima kasih Ustaz-ustaz semua kerana sudi datang dan berkongsi ilmu dengan kami yang sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajarmu.
PUISIpromo from Wan Yusof N.E Wan Jeffery on Vimeo.
Moga kita berpeluang untuk bertemu dan menimba ilmu bersama-sama,terutamanya bersama adik-adik dan rakan-rakan yang baharu sahaja mendaftarkan diri di universiti-universiti di UK dan Ireland..inshaAllah!!
ps:Otak cam dah dok start merangka-rangka pelan untuk menjelajah bumi Eire,hoyee!=D
Sejujurnya,tugasan ini merupakan suatu cabaran yang sungguh menarik.Saya hanya mempunyai 2/3 hari untuk menyelesaikan segala persediaan,dan buat pertama kali dalam seumur hidup,saya perlu merangka dan menyusun modul untuk suatu program yang formal.Barulah saya sedar,selama ini saya hanya bekerja menjadi seorang kuli yang berjaya,hahaha~Saya juga perlu mencari bahan modul,membuat persembahan slide ,dan yang paling penting,membentuk pasukan yang sanggup berkorban masa dan keringat untuk melaksanakan program ini.Mujur,Allah SWT menghadiahkan 3 orang sahabat@adik@personal assistant yang comel,baik hati,dan selalu bersama saya tatkala saya memerlukan bantuan mereka.Dayana,Amni,and Atiqah...you guys are awesome!
Other facts about the activity:
- Atiqah tidak dapat hadir ke program,tetapi beliau menawarkan diri untuk membuat slide untuk tips dan tricks' presentation.
- Saudara Usop memberi buah fikirannya untuk perangkaan modul.Jzkk Usop!Walaupun berada di Eire pada ketika itu dan sibuk dengan urusan lain,beliau masih sempat memberi semangat kepada Cik Intan.
- Dayana,Amni,Atiqah,and Usop...they are or not Scippian's alumni(I wish they were)
- SCIPP is an all-girls-school,whalla~ =D
- The students don't want to take a break during the activity,ehem ehem...I'm taking it as a good sign,hehehe...syabas anak muda!!
Kalian semua perlu bergerak jua....pihak sekolah tidak boleh bergantung harap kepada 'orang-orang luar' buat selama-lamanya untuk membantu mereka.Walhal saya yakin ramai dikalangan ALUMNI mempunyai potensi dan kebolehan yang boleh diterjemahkan kepada praktikaliti,dan menjadi manfaat serta kebanggaan sekolah secara amnya.Please don't make excuses that you can't do something for the school,or lagi sadis,you are nothing to the school.Ini akan hanya maenyebabkan Cik Intan mahu meng'kame hame ha' anda sahaja. Even with small contribution,you'll bring hope and smile to people.Maka,marilah kita mengejar pahala bersama-sama untuk pelaburan di akhirat kelak.Mahu tak???Ehe..
Especially to my batch,Scippians 9903,saya yakin kita semua mempunyai kekangan,kelebihan dan kekurangan masing-masing.That's why we have to work in team because we complement one another.Huihhh,penting dowh hidup dalam jemaah~So,my hope is that along this one year before I graduate from Nottingham University,I'll be able to gather my batch-Scippianz 9903,build a community group with proper management team(hopefully),and find ways to keep in touch with everyone and make contribution to the school.Mungkin sedikit sukar,namun apa salahnya kita mencuba...If anybody happen to read this and have interest in joining the team,please,do contact me yea?Jzkk.
ImKoyube selalu berkata:
and as simple as that,I believe him,I have confidence in myself,and I have faith in everyone else as well.I'm inspired~