PUISI 2008,Here I Come!!


Ehehe...

Mesti kalian dah boring.Asyik-asyik tulis pasal program.Kejap-kejap pasal aktiviti yang saya join.Macamla dah tak ada benda lain yang Intan Nadia nak cakap dalam blognya,adehhh~

Maafkanlah daku...namanyapun blog,maka setiap entri dan penulisan yang dipaparkan disini adalah cenderung untuk bersifat peribadi =P.Kadang-kadang,saya berfikir dan bertanya diri ini kembali,apakah tujuan sebenar saya membuat blog sebenarnya??Both of my Malay and English Language,dua-dua lintang pukang..still nak menulis??Memalukan!!sigh~

Menurut Fauzul Na'im Ishak,dalam dunia penulisan,seseorang penulis seharusnya dapat menjawab 3 soalan mengenai penulisannya iaitu:
  1. Apakah sebenarnya yang ditulis?
  2. Mengapakah dia ingin menulis?
  3. Apakah impak yang ingin dia lihat apabila orang membaca karya yang dia tulis?
Soalan-soalan ini kelihatan mudah,namun sebenarnya ia agak sukar,lebih-lebih lagi jika penulis tersebut ingin memasukkan elemen-elemen perjuangan didalam penulisannya.Ada orang menulis kerana suka dan minat.Ada juga dikalangan kita yang menulis kerana mahu menulis,semudah itu sahaja.Namun,mereka yang memilih untuk menceburi bidang penulisan untuk suka-suka,atau hanya kerana mahu melepaskan perasaan dan sebagainya,akan menghadapi kesukaran untuk memaknakan apa yang ditulisnya.Secara ringkasnya,penulisan yang tidak mempunyai visi dan misi adalah suatu penulisan yang sia-sia,dan perlu diubah.Apabila suatu penulisan disertai dengan perjuangan,maka setiap apa yang disampaikannya itu akan meresap ke dalam sanubari pembaca kerana mesejnya berjaya menyentuh hati mereka.

Jadi,apakah mesej yang cuba disampaikan untuk entri kali ini??
Entri ini akan memberitahu kalian akan cara untuk memanfaatkan musim sejuk dengan aktiviti-aktiviti berfaedah lagi menyeronokkan!!<---super excited!




Sekarang UK dan Ireland sedang mengalami musim luruh,dan akan diikuti dengan musim sejuk tidak berapa lama lagi.Setiap tahun,pelbagai organisasi dan badan umum menganjurkan macam-macam jenis program untuk dihadiri oleh anak-anak muda,sama ada yang berkewarganegaraan UK/Eire mahupun sebaliknya.Pada pandangan saya,tidak ada sebab untuk kalian tidak menghadirkan diri dan menghabiskan saki baki cuti musim sejuk dengan hanya berkelubung dibawah duvet,menambahkan berat badan(lol,musim sejuk=musim kelaparan sepanjang masa),atau mengadakan trip ke negara-negara Eropah lain tanpa perancangan yang baik dan tersusun.Ada eloknya jika kita isi ruang yang ada untuk menimba ilmu sebanyak yang mungkin dengan menyertai program-program ilmiah sebelum pulang berbakti di Malaysia.Pada masa yang sama,jangan terlampau aktif berprogram sehingga mengabaikan pelajaran.

"Jika kamu menolong (agama) Allah,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."[Surah Muhammad,47:7]

Selalu juga firman Allah SWT ini dijadikan kata-kata keramat oleh para dai'e bila menghadapi ujian dan kesulitan,khususnya apabila pencapaian dalam akademik kurang memberansangkan.Ayat ini adalah antara ayat-ayat yang sesuai digunakan untuk meringankan beban dan sakit kepala si pemilik masalah.Ia boleh menjadi ubat penenang yang mujarab,namun,awas!!Jangan kerana kelemahan kita sendiri,(contoh:teknik belajar, dan pengurusan masa) ,kita lupa untuk berusaha lebih gigih membaiki diri;luaran dan dalaman.Lebih teruk jika organisasi yang kita sertai turut terkesan dan dicalit fitnah dek keputusan peperiksaan kita yang tidak memuaskan.Aduh,kurang adil bukan?Namun begitulah realitinya..

Untuk anak-anak Malaysia,terdapat 2 perhimpunan yang bakal mengumpulkan ratusan pelajar Malaysia dari seantero UK dan Ireland saban tahun.2 perhimpunan ini ialah:

  • Winter Retreat atau Perhimpunan Musim Sejuk(PMS) anjuran Majlis Syura Muslimun(MSM).
  • Perhimpunan Ukhuwwah Insaniyyah Seluruh Ireland(PUISI) anjuran Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland(PPIMI).



Tahun lepas,saya berkesempatan menghadiri PMS di Beaumanor Hall,Loughborough dan menyambut Aidil Adha di sana.Masih lagi segar diingatan bagaimana saya mendapat prank call dari Akmal iluvislam yang menyamar sebagai AJK PMS 2007,ketika dalam perjalanan menuju ke Loughborough.Ceis,berani sungguh budak kecil itu membuli seniornya,haha!Tahun ini saya mahu berubah angin,mencuba sesuatu yang baru dengan menghadiri PUISI 2008 pada 22-26 Disember akan datang.Dengarnya siap ada aktiviti menunggang kuda lagi,waaaaahhh!!~Excited!!Syabas AJK PUISI 2008 yang diketuai oleh Saudara Usop selaku Pengarah Program.Saya turut berbangga kerana AJK Tertinggi PUISI turut dipelopori oleh sahabat-sahabat saya dari Kelantan,ehem!Berusaha semua!!:)

Kalau 2 tahun sebelum ini,Ustaz Hasrizal adalah figura yang dijemput untuk memberikan pengisian,kali ini PUISI '08 akan menampilkan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman ,disamping Ustaz Aminurrashid Yatiban.Terima kasih Ustaz-ustaz semua kerana sudi datang dan berkongsi ilmu dengan kami yang sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajarmu.


VIDEO PROMO PMS 2007



VIDEO PROMO PUISI 2008


PUISIpromo from Wan Yusof N.E Wan Jeffery on Vimeo.


Moga kita berpeluang untuk bertemu dan menimba ilmu bersama-sama,terutamanya bersama adik-adik dan rakan-rakan yang baharu sahaja mendaftarkan diri di universiti-universiti di UK dan Ireland..inshaAllah!!

ps:Otak cam dah dok start merangka-rangka pelan untuk menjelajah bumi Eire,hoyee!=D


15 comments:

kenapa ustaz hasrizal tak dtg ke tahun ni?

 

orang yang paling sesuai untuk mejawab soalan tersebut adalah Ustaz Hasrizal sendiri,ehe..

anyway,kalo en farhan berminat untuk datang,mailaaa...registration tak dibuka lagi,but I can ask my friend to reserve a seat for those who really want to come,inshaAllah~

 

tp UZAR pun best jgk..

terima kasih byk atas jemputan.
jauh sgt la nak dtg.
lgpun kami juga ada projek sendiri di sini.

 

UZAR pun best dan ada kelebihan tersendiri.Kalau tak silap,dia sedang melanjutkan pengajian di Wales sekarang..

saya pasti kat US pun ada program-program sebegini.Besides,nak jalan-jalan ke UK/Eire time winter isn't really appropriate..hehe!!

 

Salam Kak Tan,

erm, PUISI ni memang buat kat Ireland je ke?

(^_^)

 

Salam Sya..

Ha'ah...tak pernah lagi PPIMI keluar dari landasan orbit mengadakan PUISI di luar Ireland,kalau t silap sayala..

Ada satu lagi program Fuiyoh-Fun...erh,saya t ingat what does it stands for memandangkan panjang sgt,haha,sori~Prog Fuiyoh adalah anjuran iluvislam dan akan diadakan di UK,inshaAllah..

Yang menjadi masalah ialah biasanya tarikh2 program ini akan clash,paling tidak tariknya memang dekat sangat..boleh je kalau nak pergi semua prog,tapi kinda exhausted nanti.Plus final exam starts after winter breaks,hehe!So,better prepare your exams earlier~

(^_^)

 

owh! fuiyoh tu ade jgk kan diorang iklan kan mase WOW ari tu.

okies. thx for the info though. ;)

aah, sy tgk jadual uni. exam after winter break ehs. huhu.

btw, insyaAllah jika berkesempatan nak gak join. ;)

(^_^)

 

owh,fuiyoh start promo ke??masih belum kencang lagi nampaknya,hehe~

anyway no problem...if u really wanna come,inshaAllah tuhan akan permudahkan

 

Emmm.. Selamt bjya smua..

Sngguh diri ini kagum dgn korang..

Aku hrp 1 hari nnt... Bila tu? Huhuhu...

 

alamak...minta maaf!!

niat menulis entri kali ini adalah untuk memberitahu and promote to people about the activities.Langsung tak berniat untuk membuatkan sesiapa jeles,cemburu,iri hati,dengki dan sebagainya...kalau ada jugak,takleh buat camne la,lol =P

kat Malaysia sendiri,tidak kurang juga aktiviti2 yang dijalankan disana bukan??

tak apalah..apapun,setiap org dah dikurniakan rezeki masing2:)

 

Nak diikutkan kat Malaysia pun kalau kita tengok event kat IPTA, memang banyak je aktiviti yang dijalankan. Boleh kata hampir setiap bulan ada. Tapi aktiviti tu menjurus ke intelektualan la, macam seminar pengislaman ilmu, pemikiran islam, pembentangan kertas kerja tentang recent research dll.

Tapi mahasiswa kita ni kurang berminat program-program camtu. Plus nak join kena berduit, yuran agak mahal. Kalau yang menjurus ke keremajaan, kekahwinan, kekeluargaan, tu memang sure heboh la.

So jangan sedey2 yang cemburu. hahaha

 

Kalau yang menjurus ke keremajaan, kekahwinan, kekeluargaan, tu memang sure heboh la.<----haha,kamu mesti minat jugak kan??en saifuddin,jgn malu-malu nak mengaku,haha~

tapi ada benarnya tentang apa yang disebut oleh saifuddin tentang kurangnya minat mahasiswa dalam program ilmiah seperti ini,which is quite frustrating to me.this is based on my observation on some of my friends.but the fact that ada orang yang menggerakkan program2 sebegini di Malaysia,itu sudah cukup baik dan perlu disyukuri.cuma perlu fikirkan cara dan strategi bagaimana untuk mengajak rakan-rakan untuk ke program dengan tujuan menagih ilmu,dan diredhai allah swt.

i think comparative religion course conducted by bro brother shah kirit,bro lim jui soon and saudara engku fauzi tu menarik jugak.harap boleh hadirinya satu hari kelak :)

ps:duit oh duit~moga2 harta benda,dan perkara duniawi tidak bertakhta di hati ini,ameen

 

salam,
nak wat knyataan mmbela diri cket.. haha..

xdelah.. Kata org, Cmburu tndanya sayang. Sayang tndanya mahu.. Takde cmburu sbb tu program ilmiah xteringin pun org nak ikt.. Org lain bnyak ilmu, xde rse apa2.. Allah dah pesan "fastabiqul khoirot." Brapa rmai yg nk blumba2 buat baik.. Msih kurang.. xkirala apa pun prog@sminar khwin ke, kkluargaan ke, kurang jgk.. Sminar hadis lg la kurang org muda kcuali yg ngaji bdang tu.. Allah.. apala aku mrepek.. Sori ye tuan rumah.. Sya cmburu, sbb mcm bes je PUISI ni.. Msti ada beza dgn prog kat cni dr segi pndekatan.. Sya akn cuba buang cmburu tu.. haha.. Wallahualam..

Mjalah i baru ada cite psl lim jui soon :)

 

kenapa ye... ustaz hasrizal tak datang puisi tahun ni? hmm...

 

terkejut sungguh saya menerima kunjungan ustaz!terima kasih di atas lawatannya :)

ps:ustaz cuba berteka-teki dengan kami.