Awal pagi itu saya tergunting tangan sendiri.Cuai ketika me'remove'kan tag harga baju yang baru dibeli bersama El dan Hana di city.The fact that saya memang fobia/trauma dengan luka,darah dan benda-benda tajam, menyebabkan saya hampir sahaja mahu menangis ketika melihat darah merah keluar bercucuran dari tempat luka.Syukur,saya dapat bertenang kembali selepas beberapa minit berlalu.
It reminds me of the time when I first donated my blood in college(KYUEM).Dari awal prosedur mengisi borang sehinggalah tamat menderma darah,saya menangis tidak berhenti-henti kerana melawan 'fear factor' ini.Teringat pula sahabat-sahabat yang menakutkan saya dengan cerita-cerita yang tidak munasabah(aku masih berdendam dengan korangni ok,hehe),sahabat-sahabat yang memberi kata-kata peransang dan dorongan,dan sahabat-sahabat yang kononnya membuat lawak antarabangsa Din Beramboi,dengan harapan saya akan berhenti menangis.Kelakar,namun malangnya mereka masih gagal menghentikan tangisan air mata setempayan itu..
Hal ini juga mengingatkan saya tentang suatu 'tragedi' di Victoria Centre(VC).Saya ditahan dan di interrogate oleh pihak sekuriti VC seketika dihadapan orang ramai.Bukan seorang dua,tetapi dalam 3,4,5 orang juga yang mengepung saya (if I'm not mistaken).Terkejut bukan kepalang dengan apa yang berlaku menyebabkan saya tidak mampu mengeluarkan sebarang kata-kata berupa defensif.Menurut mereka, saya kelihatan mencurigakan kerana tindakan saya mengambil gambar di hallway VC.Walhal,gambar yang diambil hanyalah sekeping dua gambar decorations di Hallway tersebut yang meriah kerana sambutan perayaan Krismas tidak lama selepas itu.
Berdasarkan tiga peristiwa ini,ia menyebabkan saya berfikir sebentar.Penakutkah aku?Luka sikit sahaja,sudah mahu menangis.Baru sedikit digertak,sudah mahu luruh jantung dan organ-organ dalaman lain di dalam badan.Sudah 5 kali saya menderma darah,maka kelima-lima kali itulah saya akan menangis.Penakutkah aku ini?Kalau benar saya seorang pengecut dan penakut,bagaimana untuk menakhluki perasaan takut ini dan seterusnya bertukar menjadi seorang yang berani?Apakah formulanya?
Lihat sahaja kepada Encik Muntadar,journalist dari Iraq ini.Beliau dengan BERANInya melempar kedua-dua belah kasutnya kepada Bush sebagai simbol penentangannya terhadap dasar Imperialisme yang diamalkan oleh Amerika Syarikat. Sungguh,saya mengagumi beliau secara peribadi.He's not my hero,but I respect his braveness and determination.Bukan calang-calang orang yang memiliki keberanian untuk berdepan dengan pemerintah yang zalim.
Lihat pula laporan al Jazeera ini.
Impressive!!
Dari mana mereka mendapat kekuatan sedemikian sehingga akhirnya membuat keputusan untuk memperjudikan nyawa dan masa depan mereka?
Bagaimana Untuk Menjadi Berani?
Manusia menjadi berani ketika menghadapi suatu masalah atau ditekan.Manusia juga menjadi berani apabila menghadapi risiko.In the mean time,ketakutan itu adalah suatu akibat yang timbul hasil daripada kelemahan kita,kerana merasakan bahawa kita tidak mampu untuk menghadapi situasi yang tertentu.Contoh tipikal,saat kerja sekolah tidak dapat disiapkan,kita takut untuk berjumpa dengan guru terbabit.Saat kerja kelab dan persatuan tidak dapat dibereskan,kita memilih untuk mengelak dari bertemu dengan ketua persatuan terbabit.
Ada orang kata,ketakutan ini tidak boleh diperangi,tetapi ia perlu difahami dengan kefahaman yang tepat tentang sebab dan puncanya.Namun sehingga kini saya masih belum bisa memahami punca kepada segala ketakutan saya selama ini.Masih bingung akan bagaimana caranya untuk menukarkan perasaan takut itu kepada suatu bentuk yang positif,yakni keberanian yang luar biasa seperti Muntadar dan rakyat Palestine di dalam video YouTube di atas.
Sebagai persiapan untuk menjadi singa-singa Allah SWT,biar kita berani menjaga solat 5 waktu, berani bangun di waktu Subuh, berani membuat persediaan awal untuk peperiksaan, berani menegur rakan-rakan sekampung,berani untuk berlapang dada juga berani memaafkan kesalahan orang lain, besar atau kecil.Waahhhhh,semoga anda(dan saya) berani untuk membuat perubahan!Not tomorrow,but now!Yes,now!
Sumber:
Menjadi Berani Vs Melawan Rasa Takut
Sinar Harapan
3 comments:
Salam.
Keberanian itu datangnya dari Iman. Iman yang membuatkan mereka tidak sabar melihat kemungkaran dan kezaliman di depan mereka. Kerana iman Manusia menjadi Mulia. Tidak ada yang dapat menjadikan manusia, melainkan iman yang sumbernya dari keislaman menusia itu sendiri.
Moga kita terus meningkatkan keimanan kita.
salam Palestin :)
berani menyatakan kebenaran...
Ahhh,exactly!
Keberanian sejati itu datangnya dari iman,dan iman itu datangnya dari Allah swt.Sekadar mereflect kembali how close are we to our Creator.or sejauh mana kita telah menyahut tuntutan yang diberikan oleh Allah SWT.
Moga ibadah dan urusan kita di dunia mampu untuk membantu kita sampai kepada nikmat syurga di akhirat sana.ameen~
Post a Comment