Babysitting 3 Kids

Ahhaa...last time I received a few messages from friends asking me whether I am going to attend The Pre-Marriage Courses in Leeds,and they requested me to share the knowledge I acquired in my blog.Amboi-amboi,yakinje korang-korang ni ye...Walhal,I have made a promise to my friends to attend Nottingham Malaysian Night 2009 [read:trying to save some scenes,at least].Well,a promise is still a promise,and I had to keep it.


Sakinah and Saifullah

Selain menghadiri Pre-Marriage Courses dan forum dan talks yang berkaitan,saya sangat mengesyorkan untuk rakan-rakan sekalian bekerja membaby sit anak-anak postgraduate,atau lebih bagus kalau membantu mereka tanpa menerima sebarang upah.Ilmu,tarbiah,pengalaman,pendedahan,peluang mengejar pahala dan macam-macam perkara lagi yang anda boleh dapat hanya dengan meluangkan sedikit waktu dengan menjaga dan mendidik anak-anak ini.Bayangkan,jika tangisan seorang bayi sudah mampu mengajar kedua orang tuanya pelbagai perkara tanpa perlu berkata-kata seperti orang dewasa disekelilingnya.Apatah lagi,jika anak ini mampu berkata-kata dan meluahkan pandangannya menerusi perbuatan?

***************

Selepas menghadiri interview di London,saya terus bergegas menaiki train ke Loughborough untuk menjaga 3 kanak-kanak riang - Marwan [7],Saifullah [5] dan Sakinah [4],hero-hero dan heroin kepada Kak Anum dan Abang Syah.Turut direkrut ialah partner in crime saya dari Nottingham,yakni Elyani@El or Ellooo,The Happy Moo [Panggilan beliau yang lebih mesra tapi tak ramai yang tahu,hihi!Maafkan akak!:P]


menikmati keindahan musim bunga

Cabaran pertama kami adalah untuk menyiapkan mereka dan menghantar mereka ke sekolah yang berdekatan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.Keadaan menjadi rumit sementara apabila Saifullah melihat ummi dan abinya tiada di kamar,lalu menangis dan decide tidak mahu untuk ke sekolah,haha!Namun,alhamdulillah..berbekalkan sedikit ilmu nursery dan 'jampi-jampi 'berguna yang telah dihafal berdasarkan pengalaman menjaga kanak-kanak terdahulu,cabaran ini berjaya ditangani kami berdua dengan baik.

Sesudah menghantar Sakinah ke Playgroup di Burleigh Community College,kami menghantar pula Marwan dan Saifullah ke sekolah mereka yang hanya terletak sebelah menyebelah antara satu sama lain.Kali ini kami ditemani Kak Atiah,postgradraduate Loughborough University yang turut menghantar anaknya,Ilham ke sana.Sungguh gembira rasanya melihat kanak-kanak ini belajar dan bermain dengan riang,tidak seperti kanak-kanak di Malaysia yang seolah-olah telah hilang zaman kanak-kanak mereka kerana dihantar tuisyen merata tempat dan dibebankan dengan kerja sekolah yang banyak.Apalagi,tangan saya terus gatal mahu me'record' aktiviti Shake-Up,Wake-Up mereka atau dalam bahasa mudahnya,senam pagi sebelum bermula sesi persekolahan.



Oppps,maafkan komentator video ini yang memang di tahap amatur dan over excited.Well,actually there are two videos.Video yang satu lagi merakamkan saya ber"shake-up,wake-up" bersama mereka sambil memakai jubah,which I think is unnecessary to upload it for public.Besides,I can say that pada waktu itu saya mengalami kejakunan dan ke'excited'an yang nyata.

Anyway,menurut Kak Anum,kanak-kanak disini diajar membaca dengan membina imaginasi sendiri terlebih dahulu.Contohnya,jika mereka membuka dan membaca buku,kanak-kanak ini akan membina plot cerita mereka sendiri berdasarkan gambar-gambar yang tersedia di dalam buku.Ini sekaligus membantu perkembangan otak dan penggunaan deria penglihatan,sentuhan dan lain-lain yang dimiliki sebaik mungkin.This is what I think.Berbanding dengan sistem pendidikan di Malaysia [mengikut pengalaman sendiri,zaman-zaman muda dulu],kanak-kanak di ajar untuk membaca melalui sebutan perkataan,dan berlatih sehingga benar-benar lancar dan familiar dengan perkataan tersebut.

Education di UK juga tidak/jarang mengamalkan sistem homework,dan lebih bertumpu kepada social interaction and development dikalangan kanak-kanak..Mereka di ajar bermain games Mathematic secara online,bermain sukan seperti ping pong,dan memasak makanan yang mudah seperti pizza,menanam,membesar,dan menyayangi pokok dan tumbuhan yang dipertanggungjawabkan, etc.Aktiviti-aktiviti yang saya rasa sangat jarang dilakukan di sekolah-sekolah atau tadika di Malaysia![ke dah berubah sekarang?].Namun,apa yang saya notice, and based on my readings,kanak-kanak di UK jarang mengambil diet yang sihat sama ada di sekolah mahupun di rumah.Mereka lebih cenderung untuk mengambil makanan ringan.To add on this note,the number of overweight schoolchildren in the UK is almost two million, of which about 700,000 are obese, according to a study carried out by the International Obesity Taskforce [www.medicalnewstoday.com].


laptopku turut menjadi mangsa mereka

Yang paling menyentuh perasaan saya adalah apabila mengajar mereka mengaji al Quran.Saifullah tidak serius,dan asyik bermain-main.Di saat itu,barulah saya sedar setapa susahnya emak saya mahu mengajar saya membaca al Quran dahulu.Culas,dan ada sahaja alasan kreatif yang saya akan fikirkan,haha!Walaupun baru mencecah 7 tahun,Marwan selaku anak sulung cukup matang menegur Saifullah untuk tidak bermain dengan ayat-ayat al Quran."Nanti masuk neraka" katanya,hehe..bijak,bijak...Dan bermulalah sesi soal jawab bersama mad'u cilik untuk beberapa waktu.Antara soalan dan pernyataan yang diajukan beliau ialah:

1.Akak,is it true that our hands will talk for themselves once we have died?

2.What if kalau Marwan tak sengaja koyakkan al Quran,Marwan masuk neraka ke?

3.Akak cakap that Allah knows everything...Dia tahu kalau Saifullah conteng buku Marwan,kalau Marwan punch Saifullah.Bolehke dia ingat semua ni?

4.What is mumtaz?...Cemerlang??What is cemerlang??Marwan doesn't know much about Bahasa Melayu [ni selepas diberi pujian apabila he offered himself to help Saifullah to read Al-Fatihah,and he recited it very well]

Sedikit-sebanyak,ia menguji sejauhmana saya mampu memberi penjelasan yang rasional kepada mereka,dalam proses membentuk suatu foundation Islam yang kukuh.Bila difikirkan balik,terdetik rasa kasihan dan emphaty kerana mereka tarpaksa hidup dalam environment yang kurang membantu untuk memahami tentang Islam.Ditambah pula dengan language barrier,yang mungkin mengambil masa paling kurang 6 bulan untuk menyesuaikan diri [ it depends on how quick they are grasping the knowlege].Kelas KAFA diadakan di sesetengah tempat,dan ia adalah hasil inisiatif murni beberapa ahli postgraduate yang berkorban masa dan harta mereka demi memastikan anak-anak ini mempelajari serba sedikit mengenai asas-asas Islam.Oleh kerana syllabus dan teknik pengajaran yang digunakan di Kelas KAFA dan di sekolah di UK jauh berbeza,menjadi suatu cabaran yang besar kepada para pengajar KAFA di UK,untuk menarik perhatian anak-anak ini untuk berminat mempelajari agama.


membantu Marwan membuat origami

Jadi,sukalah saya untuk menyeru rakan-rakan membantu memesatkan lagi pengajaran KAFA di Bumi UK.Paling tidak pun,mungkin ahli undergraduate yang mempunyai masa extra lagi flexible ini boleh either menjadi tenaga pengajar atau turut sama duduk berfikir mencari cara yang lebih ampuh untuk membina suasana yang lebih Islamik untuk anak-anak ini membesar.Indeed,there are boons and banes in every systems.Yet,it is up to us to understand (and make others understand), and practise the positive side of the systems to get the most benefit of them;as long as the systems and the processes are permissible in Islam.


PS:Ini hanyalah pemerhatian saya selama 3 hari melalui sikap dan perkongsian cerita daripada kanak-kanak ini dan juga kedua orang tua mereka.Jadi,anda diminta untuk tidak membuat judgement dengan cepat dalam membandingkan sistem pendidikan yang disediakan di Malaysia dan UK kerana info dan observation saya yang sangat limited,ditambah pula dengan faktor-faktor lain yang mungkin turut menyumbang kepada pembentukan sahsiah kanak-kanak ini.

PS2:Teringat pada 6 orang anak saudara Cik Intan di Malaysia [3 nephews and 3 nieces].Moga mereka membesar dengan sihat sejahtera dan gembira...dan moga Kak Ja,Dina,Amni dan Sara dapat bersatu kembali dengan Abi mereka secepat mungkin;setelah sekian lama tinggal berjauhan [Cork-Malaysia]

Ameen..


9 comments:

baby sitter tanpa nama

intan...1-0...hehe

banyak soalan yang di tanya, lagi susah nak jawab daripada soalan interview.

3 kanak-kanak yang mencuit hati pastinya, abang yg sudah nampak kematangannya, anak tgh yang manja dan sakinah yang alahai....puteri tunggal

praktikal bait al muslim..bukan selalu lebih2 lagi sewaktu bujang


thanks for sharing

 

Mak aihhh..laju sungguh meninggalkan komen,hehe!

 

rasa mcm pernah jumpe la diorang!

 

Salam wbt

Perkongsian yang sangat berguna
Tertarik dengan bab kakak-kanak UK terlebih dahulu diajar berimaginasi

Oleh kerana Malaysia kita kurang bab itu dikalangan kanak-kanak

Maka tidak hairan apabila kanak-kanak ini pulang ke rumah
Mereka akan belajar berimaginasi sendiri tanpa dibantu oleh orang dewasa
Buka katalog Courts Mammoth, majalah resipi masakan, kartun-kartun..
Mungkin perlu dikaji bagaimana untuk diterapkan sistem membimbing anak-anak ini berimaginasi secara betul dan teratur

Atau mungkin sudah ada didalam pedagogi tadika/PASTI
Cuma kita yang kurang mengambil tahu

Imaginasi perlu dibimbing dan dibentuk sedari kecil


Update lagi yer pasal experience dengan kanak-kanak



Jzk

 

bellaObyla:

hehe,mungkin pernah jumpa kat mana-mana kot...

Shahnom:

"Mereka akan belajar berimaginasi sendiri tanpa dibantu oleh orang dewasa.Buka katalog Courts Mammoth, majalah resipi masakan, kartun-kartun.."

Haha,ku wonder...siapakah di antara golongan kanak-kanak ini?

Setuju dengan pendidikan di Malaysia yang terlampau exam oriented.Banyak hafalan,namun kurang kefahaman..Mungkin ramai dikalangan guru sebenarnya sedang struggle bersama untuk membawa perubahan positif kepada sistem pendidikan negara,cuma kita yang tak tahu...hehe!

Mungkin,sebagai bakal guru graduan overseas,Encik Shahnom boleh fikirkan pendekatan yang lebih segar dan menarik untuk disumbang dalam sektor pendidikan Malaysia.

Shahnom xmau apply jadi Menteri Pendidikan Malaysia?:D

 

wee menariknya jaga budok2! saya suka! saya suka! yang berumur gini-gini lah.......

 

kamu kan berhati penyayang...ehehe

 

first time tinggalkan komen kat blog intan..hehe..

menarikla perkongsian intan mengenai sistem pembelajaran kanak2 di UK.sekali imbas,berbeza dgn sistem di Malaysia.tapi perlukan lbh pembacaan utk mengetahui sistem yg sebetul-betulnya.

jazakillah atas perkongsian..:)

 

Salam..waaaa!Tak sangka Cik Syana ada blog!!And siap lawat blog saya yang cikai-cikai ni lagi..Makasih noo :)

Anyway,true..kita perlu lebih banyak membaca dan mencari maklumat untuk memahami sistem pengajaran mereka,dan merangka satu sistem baru yang lebih berkualiti dan mesra approachnya kepada anak-anak dari semasa ke semasa...

Lagi best kalau kita turun padang melihat sendiri bagaimana suatu sistem itu dijalankan di sekolah.Aih,jangan syana jadi over excited dan jakun cam intan sudah.