Jangan Takut Untuk Bermimpi...

"OK,Intan..cuba bagitahu cikgu,apa yang kamu nak jadi bila dah besar nanti?"

Puan Rohaya,guru Bahasa Melayu saya yang juga merangkap guru kelas 1 Hijau mengajukan soalan di dalam suatu sesi 'interview' kecil-kecilan di dalam kelas.Hari ini kami diminta untuk memikirkan cita-cita kami sesudah besar nanti untuk diisi dalam borang maklumat diri.

Saya buntu sebentar.Dikala hampir separuh daripada ahli kelas 1 Hijau mahu menjadi doktor,saya langsung tidak mempunyai cita-cita yang tetap sebenarnya.Akan tetapi, saya mempunyai kecenderungan untuk berangan-angan yang tinggi.Saya mahu menjadi seorang yang hebat dan dapat menyelamatkan dunia,seperti mana watak hero di dalam TV dan komik-komik yang saya baca selama ini.




Mimpi Seorang Anak Kecil

Di waktu umur yang masih hijau,saya menyimpan impian untuk menghantar nasi bungkus Mok Joh berdekatan rumah kepada penduduk Bosnia dan Palestine yang sibuk berperang ketika itu.Di kala manusia sedang sibuk berbicara tentang pencemaran alam sekitar dan berlaku penipisan lapisan ozon hasil pengeluaran gas CFC,cita-cita saya pun turut berubah.Kali ini saya mahu menjadi seorang inventor; saintis wanita yang mampu merekacipta alatan futuristik yang dapat membantu membendung masalah pencemaran alam sekitar untuk kebajikan generasi masa hadapan.

"Cikgu,saya dah fikir masak-masak.Saya nak jadi pegawai pelindung haiwan dan alam sekitar,perekacipta atau suri rumah tangga."

Puan Rohaya hanya tersenyum lalu mencatitnya satu persatu diruangan kosong.Selepas sahaja tamat 'interview' tersebut,saya dikerumuni kawan-kawan sedarjah yang ingin tahu apa jawapan yang saya berikan pada Puan Rohaya.Namun,setelah diberitahu akan cita-cita saya itu,saya digelakkan kebanyakan mereka.Apetah lagi kerana saya menyebut suri rumah tangga sebagai kerjaya yang ingin dikejar.Respon yang lebih kurang sama juga diterima apabila hasrat ini diberitahu kepada keluarga di rumah.


Ternyata,masa berlalu dengan pantas,dan kini umur saya bakal menginjak 23 tahun pada 13 Julai yang akan datang, yakni 3 hari sebelum majlis graduasi berlangsung.Terlalu banyak perkara yang telah berlaku dalam tempoh masa 16 tahun ini.Jika mahu dibandingkan antara cita-cita saya semasa kecil,dan kerjaya yang bakal saya miliki selepas graduasi,cukuplah jika saya katakan ianya umpama langit dan bumi.Langsung tidak tercapai dek akal saya akan perancangan Allah SWT yang Maha Sempurna.Hasilnya,saya belajar hikmah redha,sabar dan syukur...Bila direnungkan kembali,sebenarnya semua kerjaya sama ada yang saya suka ataupun tidak;semuanya memiliki suatu persamaan.

They all share the SAME VISION!!

Saya masih mahu dan mampu untuk menjadi seorang yang hebat dan mampu menyelamatkan dunia(lol,tak putus asa lagi ok!).Cuma kali ini impian itu mungkin lebih realistik dan much more acceptable.Maksudnya disini,saya akan menggunakan setiap ruang dan kapasiti yang ada untuk menyumbang kepada masyarakat,tidak kira apa jua karier yang bakal saya miliki selepas ini - doktor,CEO,akauntan,suri rumah,pemilik kedai mamak,atau apa-apa sahaja.Pasti ada ruang yang membolehkan kita untuk membantu masyarakat sama ada dalam bentuk tenaga fizikal,financial dan lain-lain.Dan kesempatan itulah yang akan saya grab sebaik mungkin.InshaAllah...

Truly,Allah is the best planner of all,there is no doubt about that.We can only put our best effort,pray to The Almighty and tawakkal.I believe that His gift to us are our potentials (regardless of what we are going to become in the future).And our gift back to Allah is what we do with those potentials.Setuju?

Helen Keller pernah disoal,"What would be worse than being born blind?" Dan beliau menjawab,"To have sight without vision."




Mempunyai Visi Yang Jelas dan Istiqamah

Look around you now,and see what is happening to others.There are too many people nowadays yang takut untuk bermimpi.Takut visi murninya itu digelakkan,dan takut untuk mencuba sesuatu yang diluar kebiasaan sesebuah masyarakat.Siapa yang bertanggungjawab menjadikan mereka takut untuk membina impian sebenarnya?People are fickle,and dreams are fragile.Thus,a vision needs support,bukannya diperlekehkan,apetah lagi disekat secara total (*cough*provided it is not against the teaching of Islam).

Look within you,and ask yourself,what do you feel?Do you have any vision in life?Are you a person with vision,or are you just another visionary person?There is a vast different between these two that I have mentioned.Quoting from John C Maxwell:

  • A person with a vision talks little but does much.
  • A visionary person does little but talks much.
  • A person with a vision finds strength from inner convictions.
  • A visionary person finds strength from outwards conditions.
  • A person with vision continues when problems arise.
  • A visionary person quits when the road becomes difficult.

Look above you,what does Allah expect from you?I leave this question for you to reflect and think by yourself...

But believe me dear,just don't be afraid...Have a vision in life dan do not be scared in dreaming something.Best of luck people!



Now Everybody Can Fly!!


PS:Is there any difference between vision and dream?If there's any,sorila...it's just the same to me..haha!



5 comments:

This comment has been removed by the author.
 

sendiri tulis sendiri delete,ishk ishk!

tapi malangnya komen tu dah tersimpan rapi dalam emel aku sekarang...lol!

 

surirumah juga hebat dan boleh mnyelamtkan dunia..

antara entri yg menarik :

 

Saya ada impian, tetapi impian itu tak pernah diberitahu pad saper2..sebab takut orang ketawakan.Itu 9 tahun yang lalu. Tapi sekarang saya hairan impian dulu yang takut diketawakan, sekarang sudah ada yang tercapai sekarang.
Perangai mat jenin sebenarnya bagus!

 

abudarwis:

ye setuju.semua orang ada peranan dan sumbangan masing-masing..and it's very unfair to underestimate the role and contribution of the housewives.

yussamir:

hurmmmm,i wonder apa impian kamu tu?but i wish u all d best anyway.

eh,anyway..intan ada cita2 baru tau.saya nak rajin2 baca buku ilmiah macam kamu n kawan2 yang lain.nanti yus cepat2la bukak perpustakaan kat umah k,kami nak pinjam buku nanti :D byk pahala kamu,ameen...