Review Buku Formula Solat Sempurna



Field: Islam
Title: Formula Solat Sempurna
Author: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Publication: Telaga Biru
ISBN: 978-983-3494-98-9
Rating: 4/5
Level: Beginner
Reviewed by: Intan

Semakin jauh kita berjalan di merata pelusuk bumi,kita akan melihat pelbagai ragam manusia bersolat.Ada yang dilakukan atas dasar kejahilan.Kebanyakannya menjadi pak turut atau mewarisi ajaran daripada nenek moyang mereka.Perkembangan Islam membawa kepada perkembangan perkara-perkara furuk(ranting) yang wujud dalam ajaran Islam kerana makin jauh daripada sumber asal iaitu Rasulullah SAW.Jauh dari segi faktor zaman juga menghambat amalan solat yang tulen.Maka,pengarang yang juga merupakan pemilik kepada website http://zaharuddin.net telah merumuskan cara solat sempurna seperti yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW yang dengan merujuk sumber tradisional dan kontemporari.

Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat sesuai untuk masyarakat dari latar belakang yang pelbagai termasuklah mereka yang mempunyai pengetahuan yang minimum dalam kefahaman syariah.Buku ini dibahagikan kepada 5 bab yakni:

1. Persoalan taklid mazhab dan mencampuradukkan mazhab

2. Maklumat asas berkaitan solat

3. Tatacara solat berkualiti

4. Zikir dan doa nabawi

5. Hakikat dalam mendapatkan khusyuk dalam solat.

Menariknya,selain daripada merungkaikan tatacara solat mengikut pandangan para ulamak fiqh daripada 4 mazhab utama ahli sunnah wal jamaah iaitu Hanafi,Maliki,Syafi’i dan Hanbali,pengarang juga menyisipkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan dalam memperoleh khusyuk dalam solat.Kesan kerosakan akidah dan kepercayaan (bomoh dan ramalan,terlibat dalam gejala sihir,tangkal azimat,kepercayaan zodiak etc) dan pengambilan makanan,minuman dan pakaian daripada harta haram memberi kesan kepada munajat dan doa seseorang.Di dalam buku ini juga pengarang menekankan dosa besar yang melibatkan harta haram termasuklah dosa riba(2:278-279) dan dosa rasuah/sogokan (2:188) yang mana selalu dipandang remeh oleh masyarakat.

Kesimpulannya,buku ini amat bagus dan 'wajib' untuk dijadikan bahan bacaan semua setelah diambil kira dari semua aspek termasuk penggunaan bahasa mudah,isi yang komprehensif,tulisan yang bersaiz besar,glossari dan gambar-gambar yang memudahkan pembaca memahami tatacara solat sempurna.



1 comments:

Let's talk on this question.