Ada Apa Dengan Degree?

Asif kerana membiarkan blog ini bersawang lagi.Bukan sibuk penyebabnya,tetapi saya cuba memupuk diri agar tidak menjadikan internet sebagai menu utama setiap hari lebih-lebih lagi apabila sudah tidak terikat dengan pembelajaran.Masa yang terluang cuba digunakan sebaiknya dengan menziarah teman-teman,membantu adik-adik junior yang berpindah keluar dan lain-lain.Syukur,setiap ketika yang terisi membuatkan diri ini terasa berguna buat agama dan masyarakat. Semoga detik-detik yang berlalu itu mempunyai nilai dan mendapat barakahNya,ameen..

Keputusan Degree

Alhamdulillah,saya sudah menerima keputusan keseluruhan bagi BA in Management Studies.Keputusan yang biasa-biasa sahaja namun lafaz syukur tidak harus ditinggalkan.Sejujurnya,semasa dalam perjalanan ke kampus untuk melihat keputusan sijil ijazah di papan kenyataan,saya langsung tidak merasa cuak atau takut.Dalam bahasa yang lebih mudah, ‘tak ada perasaan’.Berlainan sekali dengan rakan saya yang mengomel di sepanjang perjalanan kami-mahu terjun bangunan,mahu terjun ke dalam kolam jubilee campus dan lain-lain.Semuanya gara-gara keputusan sebuah degree.Bisa membuat manusia mahu 'bunuh diri'..tsk!



Ada Apa Dengan Sebuah Degree?

“What’s the point of studying hard?As long as you pass or get decent marks,you will till be employed by your sponsor.” beritahu seorang teman,yang dulu sangat terkenal dengan dedikasinya terhadap pembelajaran di kelas.

Jangan terkejut.

Ini adalah antara kata-kata yang diluahkan oleh pelajar-pelajar bijak pandai di overseas.Saya tahu ramai di kalangan rakyat Malaysia khasnya adik-adik di sekolah menyanjung pelajar luar negara dan menjadikan kami sebagai idola,kami juga manusia biasa,ada kelebihan tersendiri dan kelemahan yang cuba dilindungi daripada pandangan umum.Jujur saya katakan bahawa ada sahaja dikalangan pelajar yang menuntut di luar negara ini tidak menggunakan potensi dan peluang yang dimiliki sebaik-baiknya (mungkin termasuk saya). Lebih malang lagi,jika ada dikalangan pelajar luar Negara yang kembali ke Malaysia bukan sebagai pembela tanahair sebaliknya meruncingkan lagi kegawatan moral di sana.Namun,untuk bersikap lebih adil,jangan dipandang serong kepada semua pelajar lepasan luar negara,sekalipun result mereka hanya cukup makan.They might become a respectful person (or richer,hihi) than we do once they have realised their capabilities; and work in the best system or working environment that fit them the most.

Ada teman-teman saya yang lain pula berpendapat,sijil degree hanyalah sekeping kertas.Tidak perlu dibangga-banggakan kerana yang penting ialah kebolehan melakukan sesuatu pekerjaan bila di alam pekerjaan kelak.Ramai graduan yang bijak pandai berjaya dilahirkan,namun bukan pekerja atau petugas yang berkebolehan.Jika graduan ini diminta untuk menjadi ketua atau diberi sebarang tugasan,ramai yang gagal untuk melakukannya dengan baik kerana kekurangan soft skills yang diperlukan.Kesimpulannya,tak perlulah kami belajar rajin-rajin sepertimana ketika membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan SPM atau A-Levels satu ketika dahulu.

I partly agree,memang ada yang graduan sebegini,bukan semua.Bahkan,isu ini ada dimana-mana;bukan sahaja di luar negara. Namun,apa yang paling saya tidak setuju ialah apabila alasan-alasan sebegini seolah-olah sengaja dicipta bagi menyedapkan hati masing-masing setelah mendapat keputusan peperiksaan yang kurang memberansangkan.Lalu usaha dan fokus yang diberikan tidak mencapai level yang sewajarnya.Mungkin alasan tersebut membantu anda merasa lebih tenang,namun untuk jangka masa panjang,saya tak fikir hidup dengan 'alasan' akan membawa anda maju ke hadapan dan cemerlang sebagai individu muslim.

Bukankah kita sebagai umat Islam dituntut untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan?Namun mengapa kita memilih untuk mengalah sebelum masuk ke medan tempur dan berusaha sehabis baik?Kenapa kita tidak kejar kesemuanya sekaligus-cemerlang akademik,ko-kurikulum,serta sahsiah dan akhlak terpuji?Sangat merugikan jika kebolehan ‘cream of the cream’ yang menjadi harapan rakyat tidak diasah sebaiknya semasa di peringkat universiti.

Kenapa Perlu Cemerlang?

Kita perlu cemerlang kerana kecemerlangan dalam sesuatu bidang mampu menyuntik semangat dan keyakinan diri dalam melakukan sesuatu perkara.Dengan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan/degree juga,inshaAllah,anda juga telah memberi inspirasi kepada rakan sekeliling secara tidak langsung serta menggalakkan pertandingan yang sihat dalam arena akademik.Apatah lagi jika anda turut tidak ketinggalan untuk aktif dalam lapangan lain seperti bidang kepimpinan,sukan,seni lakonan etc.Pasti ada yang terfikir dan mahu berusaha untuk menjadi sehebat anda.Qudwah hasanah yang ditonjolkan mungkin bakal menjadi titik tolak kepada permulaan hidayah kepada sahabat kita yang lain.Buat pelajar muslim khususnya,keputusan peperiksaan kita might be associated with our religion,Islam.Kita akan senantiasa menjadi duta kepada Islam walau dimana sahaja kita berada.Janganlah kerana dek kelemahan kita,nama baik agama turut tercalar sama.

Dengan memperolahi result yang baik juga,anda bukan sahaja menggembirakan hati diri sendiri,malah anda juga menggembirakan kedua ibu bapa,keluarga dan guru-guru yang mendoakan kejayaan akademik anda tanpa henti.Sponsor pun happy,hehe...(don't start dreaming for extra allowance :P).Again,sijil degree itu bukanlah sekeping kertas keras cantik semata-mata.Sijil tersebut bakal melakar riak wajah mereka yang dekat dengan kita.Making people smile and happy is a charity indeed.

adik Nik Nur Madihah,pelajar terbaik SPM 2008.

No doubt,keputusan peperiksaan yang baik memberi markah tambahan kepada anda dalam memohon pekerjaan yang diidamkan.Malah,berbekalkan ijazah yang sedia ada,anda telah memiliki sedikit sebanyak kuasa untuk mempengaruhi masyarakat sekeliling,lebih-lebih lagi bagi pelajar lepasan luar negara.Saya percaya bahawa kelebihan ini adalah amanah Allah,maka gunakanlah ia sebaik-baiknya.Dunia akhir zaman ini amat memerlukan individu-individu yang berkualiti dan berhemah tinggi untuk memimpin masyarakat kepada perubahan yang lebih baik.

Namun sebelum melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan cemerlang dalam bidang yang diceburi,ada baiknya jika kita merenung kembali niat asal menuntut ilmu selama ini.Make sure we are always on the right track:

Niat Belajar (antara reminder daripada Ustaz Kadir Al-Joofre)

Berapa ramai dikalangan kita yang belajar bersungguh-sungguh supaya mudah mendapat pekerjaan dan senang mengumpulkan harta dunia dengan sekeping pengiktirafan ijazah?

Berapa ramai pula yang belajar untuk menunjukkan dia lebih hebat,lebih pandai atau lebih alim daripada orang lain?

Berapa ramai yang belajar kerana mahukan dirinya dipuji dan dihormati?

Berapa ramai pula yang menuntut ilmu tanpa diniatkan langsung untuk balik ke tempat masing-masing bagi berjuang menegakkan agama Islam?

Apa-apapun,usahalah dengan bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan,sama ada anda suka ataupun tidak.Dalam konteks sebagai seorang pelajar,our core business is study.Soal hasilnya biarlah Allah SWT sahaja yang tentukan.Dengan ini barulah dapat kita tahu tahap kemampuan sebenar yang dimiliki dan inshaAllah merasa lebih puas dengan hidup yang singkat ini.At least,we know we have tried our best.

Kalau kalian mendapat keputusan peperiksaan yang memuaskan,lafazkanlah zikir memuji nama-namaNya…Sesungguhnya,setiap rezeki itu datangnya dari Allah.Ia tidak mungkin berlaku jika bukan kerana rahmat dan belas kasihanNya.Namun,jika keputusan yang diterima itu kurang memberansangkan mengikut pandangan umum,ketahuilah iaNya adalah kehendak Allah dan semoga kehendak Allah ini merupakan takdir yang terbaik dikurniakanNya kepadamu..

Kesimpulan

Pada hemat saya,proses untuk mendapatkan degree merupakan fasa penting dalam kehidupan.Benar,life is not only about studying,tetapi janganlah memandang sijil degree hanya dengan sebelah mata sahaja.Menganggap ia sebagai suatu yang remeh lalu tidak berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana yang dituntut agama.Lihatlah ia dengan mata hati dan akal yang kurniaan Allah SWT.Dengan itu,anda tahu apakah kalian belajar kerana mahu mendapatkan kejayaan di dunia sahaja atau berusaha mendapatkan degree bagi mendapatkan keredhaanNya.Moga-moga anda sedar bahawa setiap detik yang berlalu itu ada nilai dan harganya;termasuklah masa yang diperuntukkan untuk mendapatkan pengiktirafan ijazah di universiti.Tarbiah dari Allah tidak pernah berhenti.

Besides,what you see determines what you get.

Allah knows best.


9 comments:

Luv this intan!

Man jadda waja daa..

Innamal a'malubinniyat~

Insyaallah, Mg dpt bowok kelik degree trbaik utk Agama. Buke stkt degree n ILMU, tapi ilmu yg diAMALkan, dan Amal yg menatijahkan TAQWA.

sirru a'la barakatillah =)

berbangga dengan kalian yang menjadi Duta kecil utk Agama dn negara. Truskan mnjadi permata Islam yg brsinar wlwpun dimna sja dcmpkkan k.

ehem, apepun

kelik Jange x kelik.

hehe..

Klate n Malaysia need u.

~Luv from Malaysia.

 

hehe..

Mus,inshaAllah kami akan balik tak lama lagi.Doakan kami thabat dalam perjuangan ini dan dijauhkan dari gejala futur.Ingatkanlah Cik Intan kalau nampak lagha sikit tu ye :)

Jumpa nanti di Kelantan/Malaysia..

 

Salam Kak Intan,

Alhamdulillah dan tahniah untuk degree.

Slamat kembali bertugas di PetronAS. ;)

Jazakillahu khair, satu peringatan yang baik untuk kami yang masih meniti jalan menuju degree ni. :)

(^_^)

 

Ada apa dengan degree?
Subjektif... sangat subjektif
No komen, kalau komen jadi diskusi tak berkesudahan

Pe2 pun, layout blog ko best
Mana curi?

 

sya:

jzkk.hehe,nasib saya dengan petronas masih belum diketahui lagi akan kesudahannya.

apa2pun belajar2 rajin,semoga kamu menjadi insan cemerlang di dunia dan di akhirat,ameen.

shahnom:

ehem,memang sangat subjektif.terpulang kepada pembaca bagaimana untuk menginterprete tajuk tersebut.but hopefully,they will interprete it in a positive way with an optimistic mind.

ko jeles tgk layout ni eh?tak lain tak bukan,minta bantuan encik google je.usaha tangga kejayaan bro.

 

i like this entry...

thniah!=]

moga kejayaan ini seiring dg kejayaan gerak kerja jemaah...

 

zaman belajar zaman yang sungguh seronok...ish ish ish

 

yerp..

sebab tu rasa berat hati nak tinggalkan zaman belajar la ni.

belajar rajin2 ye daus...