You Inspire Me..

Asif kerana membiarkan blog ini bersawang lagi.Surfing internet has been my biggest distraction factor,fyi.That’s why I suggest myself to minimalize the usage of internet during the exam period as much as possible.But since I have finished all of my exams since yesterday,I might as well write something today.Perhaps,share something about myself;explaining how teachers played significant roles in shaping my attitude,interest and personality up till now.They truly inspire me.

Pada tanggal 16 Mei lepas,saya sebenarnya berhasrat untuk menulis sebuah entri untuk didedikasikan khas buat para pendidik yang banyak menabur jasa di luar sana,terutamanya guru-guru sekolah rendah saya(read:SK Zainab 1,Kota Bharu).Sudah sekian lamanya saya cuba menjejaki mereka kembali,alhamdulillah dipertemukan kembali dengan Cikgu Salahuddin @ CD di facebook.Malangnya,selang beberapa waktu kemudian,saya mendapat tahu bahawa seorang lagi guru SKZS,yakni Sir Mahisham telah pun meninggalkan kami menyahut seruan Ilahi terlebih dahulu.


Dua dari kanan:Arwah Sir Mahisham dalam kenangan. Foto diambil daripada CD's fb.

Allahyarham Sir Mahisham mengajar saya subjek matematik di sekolah rendah.Beliau bukan sahaja hebat dalam mengajarkan ilmu akademik kepada kami,malahan beliau terlibat dalam kebanyakan aktiviti dan sukan di SKZS termasuklah sukan hoki,chess,gimrama,gimnastik,genderang,bola jaring,bola tampar dan lain-lain..Selain itu,beliau juga turut cuba memotivasikan kami untuk belajar bersungguh-sungguh dengan membawa kami ke KFC sekiranya kami berjaya mencapai full As dalam setiap subjek (lol).Oh well,umpan makanan free seemed to work on me as always... Apa yang membuatkan saya kagum dengan beliau adalah dedikasi dan semangatnya sebagai seorang pendidik dalam membimbing kami menjadi insan yang produktif dan serba boleh dalam pelbagai bidang.He sacrificed most of his time to be with his students.He spent years teaching at girl's school but died a bachelor...

Recently I found out from this blog that Sir Mahisham had been helping the rural students in their English. He even dedicated part of his salary for that purpose!Malah,Sir Mahisham juga diberi pengiktirafan untuk menerima Hadiah Buku Universiti pada majlis Konvokesyen Ketiga Universiti Terbuka Malaysia (OUM) apabila berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang meskipun menghadapi masalah kesihatan.

May Allah rewards you with jannah Sir..Saya minta maaf kerana tidak bersungguh-sungguh untuk menjejaki Sir sebelum ini,and drop by to say Hello/Assalamualaikum to you before your leaving =(


[mahisham.jpg]
Meskipun terlewat,tahniah Sir..we are very proud of you.

[MingguanMsia-Mahisham2.JPG]
he's a great guy,isn't he?the ladies of SKZS will surely miss you

[HMetro-Mahisham3.JPG]


Selain Sir Mahisham,Cikgu Hasmaruddin yang mengajar subjek Sains tidak kurang mempengaruhi saya.Sehingga kini,saya masih meminati subjek Sains meskipun 'end up' dengan Art Stream.Dan melalui subjek Sains,saya belajar menghargai alam sekitar dan setiap ciptaan tuhan yang serba unik.Saya banyak berfikir tentang ketuhanan meskipun dalam usia yang mentah.

Tidak lupa juga Cikgu Yeo Li Li,guru muzik yang membawa kami menjuarai pertandingan genderang peringkat negeri setiap tahun dan mendorong saya untuk meminati muzik sehingga kini.Pernah beliau mencadangkan saya untuk menghadiri kelas muzik private sepertimana rakan-rakan yang lain melihatkan minat saya terhadap muzik dan kesenian yang begitu mendalam,namun cadangan tersebut terpaksa ditolak kerana yuran kelas yang mahal.Efeknya,sehingga kini saya masih menyimpan hasrat untuk belajar sekurang-kurangnya satu alat muzik sama ada piano,gitar,violin atau seruling.Dan alhamdulillah,baru-baru ini saya berjaya mendapatkan sebuah keyboard Casio yang masih baik keadaannya dengan harga GBP 8 di carboot.I can play a lil bit of Sadness and Sorrow song using both right and left hand now.Minat pada muzik dan sokongan Cikgu Yeo Li Li mengajar saya untuk keep on dreaming jika saya mahu melakukan sesuatu.Ternyata,kesabaran dan determination merupakan elemen-elemen penting untuk mencapai apa yang saya mahukan dalam hidup ini.


my super duper juniors,wahh...


congrats from your senior

I would also like to say my heartiest gratitude to Ustazah Aini,guru pendidikan agama Islam saya semasa darjah 2.She is one of the earliest person who encourage me to wear tudung at school.Perhaps, she doesn’t remember me anymore,but I will remember her for the rest of my life.Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada ustazah dan keluarga walau dimana sahaja ustazah berada sekarang.

Kami disekolah rendah diajar untuk berdisiplin dan sangat menghormati guru.Jauh sekali rasanya untuk kami menyentuh meja dan kerusi cikgu tanpa keperluan,apetah lagi mahu melawan kata-kata dan arahan mereka.Malah,saya masih ingat bagaimana kami di sekolah dipupuk untuk hanya menggunakan kata ganti diri “saya” dan “awak”.Kata ganti diri “aku” dan “engkau” dianggap sebagai rude di sekolah.Manners and respects are two things that have been embedded in my life.Jadi jika anda melihat ke’skema’an saya dalam kehidupan seharian terutamanya dalam mematuhi undang-undang,you know part of the reason now.Haha!


CD

Melihatkan raut wajah CD yang menunjukkan kesan peningkatan umur,membuatkan memori-memori lalu menggamit kembali.Pahit dan manis,semuanya bercampur baur. So,you can see how teachers influence people species saya.Some people argue,bahawa zaman kanak-kanak takdelah crucial mana..zaman remaja yang perlu lebih dtekankan,lebih-lebih lagi melihatkan kebejatan moral di Malaysia umumnya bermula seawal remaja,tatkala mereka cuba untuk define identity dan cara hidup yang mereka mahukan.Saya tidaklah menyangkal sepenuhnya arguments tersebut,namun sehingga kini saya tetap percaya akan konsep “melentur buluh,biarlah dari rebungnya”.Every stages of life is like a development process or journey to the end.I perceive that we should not differentiate which stages are much important than others,tetapi sebaliknya kita perlu menganggap bahawa setiap stage ini sama penting kerana ia berkesinambungan antara satu sama lain.Past,Present and Future..semua nya tidak harus dipandang remeh.


I doubt masih ada lagi cikgu yang mengajar di SKZS pada zaman saya.But I still want to visit the school bila dah balik nanti.

To my dearest friends who are becoming a teacher or lecturer in future,do become a good teacher,and an inspirational one.Kepimpinan anda memainkan peranan yang cukup besar dalam membentuk iklim di bilik darjah dan membentuk sumber manusia yang cemerlang. Sesungguhnya,bukan semua orang mampu menggalas tanggungjawab ini dan menjadi role model yang baik kepada anak murid mereka.Anda merupakan insan yang dipilih oleh Allah SWT untuk memikul tugasan suci ini,maka ucapkanlah syukur dan terima kasih atas peluang dan ganjaran pahala besar yang menanti.


Full text of Mingguan Malaysia taken from a blog:

Penyakit saraf tak halang Mahisham jadi graduan terbaik OUM

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Walaupun menghidap penyakit saraf yang menyebabkan sebahagian anggota badannya lumpuh, Mahisham Mahmood hari ini membuktikan ia bukan penghalang untuk beliau muncul antara graduan terbaik Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Lebih membanggakan Mahisham, 44, lulusan Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, mencapai kejayaan berganda apabila dinobatkan sebagai penerima anugerah Hadiah Buku Universiti.

‘‘Walaupun lebih kurang setahun saya tak dapat menghadirkan diri (ke kelas) sebab kecederaan tulang belakang dan penyakit saraf, tetapi dengan menggunakan cara pembelajaran terkini secara dalam talian, Alhamdulillah, saya berjaya ke tahap ini,’’ katanya ketika ditemui Bernama pada majlis Konvokesyen OUM, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Mahisham lulus dengan cemerlang walaupun terpaksa berulang-alik dari hospital dan melaksanakan tugasan beliau sepenuhnya di atas katil kerana penyakitnya.

Mahisham yang kini mengajar di Sekolah Kebangsaan Warkah Baru, Kelantan, berkata ibunya juga antara faktor pendorong kejayaannya.

‘‘Selain daripada sambung belajar, saya juga memenuhi hasrat ibu yang mahu melihat anaknya mengambil ijazah kerana sebelum ini ibu saya tidak dapat menghadirkan diri pada konvokesyen adik saya di Amerika Syarikat,’’ katanya.

Ibu Mahisham, Maimun Abdullah, 72, yang hadir pada majlis itu berkata, beliau bersyukur terhadap kejayaan anaknya.

Pada majlis yang sama, tiga tokoh dianugerahkan Ijazah Kehormat.

Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan dianugerahkan kepada bekas naib canselor Universiti Malaysia Sabah, Tan Sri Dr. Abu Hassan Othman manakala Ijazah Kehormat Doktor Sains masing-masing diberikan kepada Tan Sri Dr. Syed Jalaludin Syed Salim, pengerusi Bank Rakyat dan bekas penasihat sains kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Ahmad Zaharudin Idrus.

Anugerah itu disampaikan oleh Pro-Canselor OUM, Tan Sri Azman Hashim.

– Bernama


8 comments:

wah intan...baca secara sepintas lalu je...

awak still igt nama2 cikgu ni..saya adalah juga igt...tp..nak track balik yg sekolah rendah dulu, sukar rasanya

apa pun...besar ertinya menjadi seorang `pendidik`...

 
adamhaiqal1036@yahoo.com.my

salam
lama tak chat ngan kak intan
jgn lupa bca blog sya
baru wat jer
jgn lpe add facebook
ngee~

 

zaf:

memang sukar,tapi tidak salah untuk mencuba :)

the teachers and the facilities are superb,jadi saya sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk belajar di sana.the school is just so dear to me.

menariknya,cikgu tadika saya masih ingat lagi akan saya beberapa tahun yang lepas.but sekarang saya dah lose contact dengan dia :(

adamhaiqal1036:

salam wbt farisham..

wahhhh,lama tak dengar khabar..ni mesti rajin sangat belajar ni.apa2pun,akak merasa bangga dilawat oleh bekas pelajar terbaik kelantan :P

mana saidin?nanti raya,datanglah umah akak dengan kawan-kawan sekolah MAHER yang lain.akak balik for good dah this year,inshaAllah.doakan akak ye?

nnt i'll add u on facebook.gimme ur blog's link as well :)

 

semuanya bermula daripada seorang guru....ko gano na?

 

aih..macam nak end up jadi cikgu je oh?hehe....

 

salam.bertuah kalo dapat anak murid cam kak intan.. aminn..

 

su:

ameen.bertuah sape2 yang jadi anak murid cikgu suhaila.welfare exco NMS gitu :D sape yang behave and do well in exam,cikgu buat kenduri untuk dia..lol..

 

Salam, saya bekas pelajar zainab 1 juga. Boleh saya tahu macam mana saya nak cari Cikgu Salahuddin @ CD? ada link facebook atrau nom?